Rate

Bab 10 Kembali Bertugas

Romance Completed 278246

Adib melihat jadual personalnya. Tiba-tiba dia tersenyum, masa pertama dia mengajar akan masuk di kelas isteri rahsianya kelas 5 sains. Sudah 3 hari Adib tak melihat Anis Umairah, dia cuma melihat Anis melalui handphone saja yang dikirim oleh abah mertuanya. Masa Anis memakai baju nikah berwarna putih, dan cermin matanya yang selalu bertenggek di hidungnya di lepaskan seketika. Jelas kelihatan cantik walaupun wajahnya dihias tipis sahaja, Adib bersyukur kerana kecantikan sebenar Anis hanya dia yang dapat lihat.

Adib bersiap untuk masuk ke kelas Anis, dia merapikan buku-buku di atas mejanya kemudian berjalan menuju ke kelas dengan senyuman bahagianya. Ramai pelajar perempuan yang melihat Adib berlalu tersipu-sipu malu.

"Kacaknya Cikgu Adib senyum." Suara pelajar perempuan kedengaran yang tengah bersembang dari dalam kelas.

"Ye la, bestnya kalau dapat jadi couple cikgu Adib." Sahut seorang pelajar lagi.

"Cikgu Adib dah ada couple ke ya?"

Adib tidak peduli dengan celoteh pelajar-pelajarnya. Dia hanya menggeleng singkat tak habis fikir dengan budak zaman sekarang.

Setelah sampai di depan kelas Anis, Adib masuk dengan wajah datarnya agar kelihatan tegas dan berwibawa.

"Semua murid berdiri... Selamat pagi cikgu". Ucap semua pelajar sambil berdiri tegak.

"Selamat pagi, boleh duduk." Sahut Adib sambil meletakkan buku-bukunya di atas meja guru.

"Terima kasih Cikgu." Sahut para pelajar bersamaan.

Adib melihat ke sekeliling kelas, dan duduk di meja guru.

"Cikgu ada bagi kerja sekolah ke minggu lalu bawa balik rumah?" Tanya Adib pada murid-muridnya.

"Ada Cikgu." Sahut Yunus si ketua kelas.

"Baik Yunus, tolong kutip semua buku-buku latihan yang berada di atas meja.

Yunus dengan cekap dan pantas terus bergerak mengutip semua buku yang diarahkan oleh Adib.

Adib melirik ke meja Anis Umairah, dia hanya tertunduk melihat bukunya yang terbuka. Tanpa sengaja, Adib melihat jari manis Anis dihiasi dengan cincin polos berbatukan berlian halus yang Adib beri masa ijab kabul kepada Abah Anis. Adib tersenyum singkat melihat Anis mahu memakai cincin pemberiannya.

Adib membiarkan sementara waktu Anis Umairah dengan dunianya sendiri, selama Anis masih dapat mengikuti pelajaran yang dia ajar dengan baik Adib permasalahkan. Adib memegang buku teks matematiknya kemudian memberi arahan.

"Baik la, sila keluarkan buku teks kalian di atas meja. Buka muka surat 20 ya, Natasya tolong bacakan arahan yang diberi."

Natasya pun berdiri dan membaca setiap arahan-arahan yang diberi dengan lantang dan jelas. Adib melihat pelajar-pelajarnya semua fokus pada buku teks masing-masing. Selesai sahaja Natasya membaca arahan yang dipinta, Adib mengarahkan pelajarnya membuat aktiviti matematik.

"Yunus, tolong ambil buku aktiviti ni agihkan kepada semua kawan-kawan kamu. Kemudian jawab soalan muka surat 10 ya." Arah Adib kepada semua murid-muridnya.

"Cikgu, soalan nombor berapa yang kami kena jawab?" Sahut Airin, seorang pelajar berbangsa Chinese.

"Kamu jawab semua soalan dimuka surat 10 tu, nanti Cikgu nak 3 orang keluar ke depan untuk menyelesaikan soalan yang Cikgu suruh nanti." Jawab Adib Umair dengan tegas.

Semua pelajar dalam kelas Adib langsung menyelesaikan soalan yang di arah, semua pelajar tunduk dan fokus pada buku aktiviti matematik yang berada di depan mereka.

Adib mengedar pandangannya kesekeliling kelas, kemudian terhenti setelah melihat Anis yang hanya diam membisu.

"Anis, kamu ada problem ke?" Soal Adib melihat Anis yang sedang melamun.

Anis masih bertopang dagu memandang ke depan, tidak peduli dengan teguran Adib tadi. Pandangan Adib masih belum beranjak dari melihat Anis.

"Anis, kamu dengar tak Cikgu tanya tadi?" Teriak Adib dari meja guru.

Semua pelajar yang fokus pada buku aktiviti tadi beralih pandang kepada Anis Umairah.

"Anis, Cikgu Adib panggil tu!" Senggol Aina rakan yang duduk bersebelahan dengan Anis.

Anis Umairah terkejut sontak saja dia berdiri.

"Ya Cikgu." Sahut Anis pelan dan tertunduk.

"Kamu sudah buat ke yang Cikgu suruh?"

Anis Umairah menggelabah, kerana dia langsung tak sedar arahan apa yang Adib beri pada kelasnya. Dia menjadi tidak fokus semenjak kenduri kesyukuran yang abah dan umie kata.

"Maaf cikgu!" Ucapnya dengan debaran jantungnya yang kencang.

Dug dug dug!!
Dug dug dug!!

"Tolong kamu kedepan Anis, Cikgu menganggap kamu dah selesai menyelesaikan soalan aktiviti tersebut." Ucap Adib tegas penuh wibawa.

Anis pun keluar ke depan dan mengambil pen marker yang Adib hulur kepadanya.

"Ambil buku aktiviti kamu, macam mana kamu nak salin kalau tidak tahu soalan?" Arah Adib lagi sambil melihat Anis kembali semula ke meja dan mengambil buku aktiviti yang berada di atas mejanya.

"Tolong selesaikan arahan nombor 1, dan pastikan jalan penyelesaiannya jelas ya."

"Baik Cikgu!" Anis pun menulis jawapan yang dikehendaki dengan betul. Adib cuma terdiam melihat jawapan Anis Umairah, sungguh luar biasa fikirnya. Di perbuat dari apa otaknya, dari tadi Adib melihat Anis langsung tidak fokus pada pelajarannya hari itu.

"Okay Anis, kamu boleh duduk tapi tolong jangan melamun..saya tak suka orang melamun dalam kelas saya." Sambil melihat Anis kembali ke meja semula. "Dan satu lagi, jangan pernah meremehkan mata pelajaran yang Cikgu ajar." Sambung Adib dan tatapannya tidak lepas dari Anis. Kemudian dia berdiri berlegar-legar dalam kelas, kerana murid yang lain masih kusyuk menjawab soalan-soalan yang diberi.

"Sudah siap ke? Kamu boleh tengok ke depan, dan Cikgu akan panggil 2 orang ke depan menyelesaikan soalan nombor 2 dan nombor 3."

"Kejap cikgu, aduh sakit jari-jariku Cikgu macam nak patah."

"Lenguh badanku Cikgu menjawab soalan-soalan ni."

"Rehat kejap cikgu!!"

Kedengaran rungutan pelajar kelas 5 Sains, Adib tersenyum samar tapi dia tetap menunjukkan ketegasannya agar lain hari pelajar-pelajar tidak akan ambil kesempatan terhadapnya.

Setelah selesai mengajar dikelas 5 Sains, Adib kembali kebilik guru untuk merehatkan badannya.

"Cikgu Adib baru habis mengajar?" Tanya Cikgu Farah dengan ramah.

Adib lantas mendongak melihat Cikgu Farah yang tengah berdiri di depan mejanya.

"Betul Cikgu, baru selesai mengajar kelas 5 Sains. Cikgu tak masuk kelas ke?" Sahut Adib sambil melihat sekitarnya yang sunyi, hanya mereka berdua saja yang berada didalam bilik guru.

"Saya sudah selesai mengajar Cikgu, baru saja balik dari kelas." Jawabnya dengan senyuman yang tak lekang dari wajahnya.

Adib hanya tersenyum seketika. Apa sebenarnya yang Cikgu Farah inginkan, dari tadi tak beranjak dari tempatnya. Adib jadi serba salah dibuatnya.

"Cikgu Farah ada perlu ke?" Soal Adib kemudian. " Kalau ada Cikgu Farah boleh cakap sekarang!" Sambil meluruskan badannya dikerusi.

"Itu, Cikgu Adib dah makan bekal tadi? Jom kita ke kantin sama-sama kalau belum, saya pun belum sempat makan sarapan tadi." Sambil melihatkan bekalnya di tangannya.

"Oh itu, belum Cikgu, mari Cikgu." Ajak Adib agar mereka terhindar dari berdua-duaan dibilik guru dan cuba untuk berfikiran positif pada Cikgu Farah.

Adib mengedar pandangannya kesekeliling kelas, kemudian terhenti setelah melihat Anis yang hanya diam membisu. "Anis, kamu ada problem ke?" Soal Adib melihat Anis yang sedang melamun. Anis masih bertopang dagu memandang ke depan, tidak peduli dengan teguran Adib tadi. Pandangan Adib masih belum beranjak dari melihat Anis. "Anis, kamu dengar tak Cikgu tanya tadi?" Teriak Adib dari meja guru. Semua pelajar yang fokus pada buku aktiviti tadi beralih pandang kepada Anis Umairah. "Anis, Cikgu Adib panggil tu!" Senggol Aina rakan yang duduk bersebelahan dengan Anis. Anis Umairah terkejut sontak saja dia berdiri. "Ya Cikgu." Sahut Anis pelan dan tertunduk. "Kamu sudah buat ke yang Cikgu suruh?" Anis Umairah menggelabah, kerana dia langsung tak sedar arahan apa yang Adib beri pada kelasnya. Dia menjadi tidak fokus semenjak kenduri kesyukuran yang abah dan umie kata. "Maaf cikgu!" Ucapnya dengan debaran jantungnya yang kencang. Dug dug dug!! Dug dug dug!! "Tolong kamu kedepan Anis,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience