Chapter 13

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 13

"Kau sungguh nak ikut ni?" Rizal seakan tidak yakin dengan semangat Salwa dan Adila.

"Serius! Kami yakin sangat-sangat. Surya tu kawan kami. Takkan nak biarkan dia sendiri." Adila bersuara.

"Sudah. Jom. Kita gerak cepat sikit." Encik Sabri di tempat duduk pemandu pacuan empat roda itu.

Encik Basri, Rizal, Salwa, Adila dan dua rakan silat Rizal, Adhwa dan Nadzri. Eman manusia yang cuba menjejak kembali seorang anak gadis di dalam hutan itu. Dengan diiring juga seorang ranjer, Pak Daud, memudahkan lagi perjalanan mereka.

Dua kenderaan pacuan empat roda membelah sunyi hutan. Penghuni hutan hanya mendiamkan diri. Tiada bunyi-bunyi kebiasaan hutan. Sepi. Begitu juga suasana di dalam kereta Encik Basri. Rizal, Adila dan Salwa cuma membatu. Beberapa kali Encik Basri cuba berbual, tapi dijawab hambar dan akhirnya diam. Sehingga kereta mereka berhenti di persimpangan jalan selepas kereta Pak Daud berhenti.

"Macam mana Pak Daud?"

"Kita buat tanda Basri. Takut apa apa jadi. Biaq polis hutan tahu mana lokasi-lokasi kita. Pasai aku dah habaq kat depa pasai budak hilang." Kerana di dalam hutan itu tiada perkhidmatan telko yang baik, tidak seperti yang diiklankan, jadi Pak Daud terpaksa berhenti dahulu dan berbincang.

"Bagus jugak tu."

Selepas membuat tanda pada jalan dan pokok, mereka bergerak ke jalan sebelah kanan. Menurut Pak Daud, akan berjumpa satu tangki dan laluan paip. Maknanya semakin hampir.

Bam!

Satu hentakan kuat pada bumbung kereta Encik Basri membuatkan Encik Basri memberhentikan keretanya secara mengejut. Terlalu kuat hingga Adila dan Salwa menjerit sedikit. Rizal cuma beristighfar kerana terkejut.

"Awat berhenti?" Jerit Pak Daud dari jauh.

"Tadi macam ada benda jatuh atas bumbung kereta, pak Daud. Ni tak ada pulak."

"Dah makin dekatlah tu. Dah jom. Depa bagi amaranlah tu."

Selepas lebih sejam perjalanan, kelihatan tangki air yang diberitahu oleh Pak Daud tadi. Usang, dan seakan dibiarkan. Paipnya juga sudah karat. Malah, ada lebah bersarang pada menara tangki itu.

"Ada yang pakai ke tangki ni?" Rizal bingung.

"Entah. Macam dah lama kena tinggal aje." Encik Basri mengandai.

Salwa dan Adila masih diam. Mereka semakin diam selepas bumbung dihentam sesuatu tadi. Cuma sesekali Salwa terbatuk kerana tersedak air tadi.

"Kau orang okay?" Rizal bertanyakan keadaan.

"Okay..."

Perjalanan diteruskan lagi. Suasanan hutan semakin melapang dan makin terang di terangi matahari terik. Mereka mengikut sepanjang paip lama itu dengan jalan tanah merah. 'Jauh lagi ni.' Benak hati Salwa terdetik. Dia sudah semakin rimas. Dan sesekali dia merasakan ada yang memerhati. Adila sudah terlelap akibat bosan dan letih. Perjalanan hutan sebegini kurang diminatinya kerana dia bukan suka aktiviti lasak.

Pak Daud memberhentikan kereta di satu tanah lapang. Rizal seakan aneh. "Kenapa berhenti sini, encik?"

"Dah sampai, agaknya. Kamu tak nampak apa-apa?" Rizal menggeleng.

Pak Daud menghampiri kereta Encik Basri. "Jom. Dah sampai."

Pak Daud meninjau kawasan sekeliling. Padang lapang itu cukup luas, seakan boleh memuatkan satu stadium bola. Lebih lagi. Rizal dan rakan-rakan masih bingung. Kenapa mereka tidak nampak apa apa? Jika betul ini kampung yang dimaksudkan. Pak Daud membacakan sesuatu pada laluan masuk mereka tadi. Dan dihembuskan perlahan-lahan. Manakala yang lain masih mundar-mandir di sekitar tanah lapang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience