Jack meletakkan jip itu di bahagian belakang mall di mana tempat parkir khas untuk staff mall. Mereka berempat perasan akan sebuah jip terbalik berdekatan mall semasa sampai di hadapan pintu utama. "Eh, ada orang cuba kacau kem ke? Ni mesti kerja David." Jill berkata. Mereka berempat memasuki pintu belakang dan terkejut melihat situasi agak sunyi. "Mana diorang semua? " Jack hairan. Kemudian mereka menaiki eskelator dan terlihat Mia serta tiga lelaki anak-anak Chen sedang duduk berkumpul memandang sekujur tubuh yang diselimuti kain pada sebuah katil. Kelihatan juga Harry yang duduk tidak jauh daripada situ menghirup secawan kopi sambil memerhati ke arah kerumunan kanak-kanak itu. Danial pelik dan bertanya pada Mia.
" Maaf nak tanya siapa tengah tidur tu? " . Mia menoleh ," Ouh , dia tak sedarkan diri sebab demam. " Mia membalas. Danial melihat terdapat satu tali panjang diikat pada kaki yang terkeluar daripada selimut bersambung pada bahagian kaki katil yang dibaringnya." Pelik, budak ni datang dengan abangnya. Abang dia ditembak dan masih tidur. Budak ni pula sampai sahaja sudah pengsan dan bila John periksa terdapat kesan gigitan pada lengan kananya. Kami takut dia akan berubah kerana John beritahu suhunya cecah 40 celsius dan dia berpeluh kuning dan alami sesak nafas. Tapi yang hairan adalah dia dapat tidur seperti biasa dan tidak berubah. Kalau lihat pada luka juga makin pulih." Harry memberitahu. " Jadi kami terpaksa ikat dia dahulu untuk berwaspada. " Jack bertanya pula pada Harry. " Jadi ada nampak sesiapa datang selain adik-beradik ni? Maksud saya abang kepada Danial ni." "Hanya mereka je yang datang sebab mereka dikejar oleh anak-anak buah si Bob. Jip di luar tu si David yang tumpaskan." Harry membalas. Rasa ingin tahu Danial sangat memuncak dan tanpa berlengah dia menarik selimut pada bahagian muka budak diikat itu. " Abang!" Danial menangis sambil memeluk erat abangnya yang sedang tidur itu. "Eh?!" Mereka semua terkejut manakala Luke gembira melihat wajah Adam." Abang, bangunlah. Apa dah berlaku pada abang? Maafkan Danial, tak dapat lindungi abang. " Danial menangis mengenangkan abangnya itu telah digit oleh zombi. Harry meleraikan pelukkan Danial. "Tak!" Danial melawan.
" Ouh pening ni. " Jill pula menggeleng kepalanya. " Danial bertenang abang kamu baik sahaja. Mungkin dia bukan digit oleh zombi tetapi hanya digit oleh orang kurang siuman. Dia nampak biasa je?" Jack mencelah. Luke pula yang mengetap giginya dan memandang tajam pada Jack namun tidak diperasan oleh orang yang lain. " Saya nak teman abang sampai dia sedar." Danial enggan berganjak dari situ. " Baliklah tapi kamu mesti beritahu jika ada apa- apa yang pelik berlaku padanya." Harry mengingatkan. Mereka yang dewasa berlalu dikuti Luke dan kanak-kanak yang lain. " Aku kena bagi amaran pada budak tu supaya tak bagitahu apa yang terjadi pada dia. Sempat lagi untuk tinjau mall ni dan pasang perangkap. " Luke berfikir.
Hari sudah malam dan Danial masih setia menemani Adam. Adam membuka mata perlahan-lahan dan terus dipeluk erat oleh Danial. "Abang! Huhu... Abang selamat. Maafkan adik, sebab terpaksa buat macam tu. Adik tak mahu susahkan abang. Abang maaf sebab tak dapat teman abang." Danial memberitahu sambil menangis. Adam mengusap belakang badan Danial. " Tak apa dik. Kamu hanya nak bantu abang. Abang faham. Tak apa yang penting kamu selamat. Cukuplah kita berdua selamat dan dapat bersama semula." Adam memujuk. " Abang ok ke? Siapa gigit abang? ", Danial menyoal. " Abang kena tangkap dengan seorang lelaki separuh zombi lepas tu dia gigit tangan abang. Abang pun takut sangat akan jadi zombi. Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada abang. Mungkin berkat ubat yang pak cik Hathen bagi. " Adam lega dan dia menarik Danial supaya duduk di sebelahnya. Adam merasa sesuatu pada kakinya dah melihat dia diikat tali. " Ouh, mereka ikat abang kata waspada. Tapi abang jangan risau saya akan lepaskan abang lepas tu kita lari daripada sini dan cari papa dekat Keyah." Danial berkata. " Tak boleh adik. Kita kena minta bantuan orang dewasa untuk cari papa. Kita berdua tak mampu. Abang ada terserempak dengan Hakim, dia orang Malaysia. Abang nak pujuk dia teman kita sebab dia baik." Adam memberi cadangan. Danial meletakkan tangannya pada dahi Adam bagi merasakan suhu badan abangnya itu. " Abang dah ok. Tak rasa sakit dah." Adam tersenyum melihat gelagat adiknya.
Lalu Adam menceritakan kisah sejak mereka berpisah sehingga kisah dia bertemu Hakim. Danial terkedu mendengar kepayahan Adam lalui untuk mencarinya. " Terima kasih abang." dia berkata. Adam menepuk kepala Danial." Kamu tu satu-satunya adik yang abang ada. Abang sayang kamu." Danial memandang sekeliling dan setelah memastikan tiada sesiapa dia bertanya. " Abang , menurut cerita abang , Harden dan Milly sudah tewas. Tapi kenapa saya jumpa lelaki yang ada di sekolah dia kata abang, Harden dan Milly ikut kawan dia nak ke pusat beli belah ni?" Danial hairan. " Eh ,macam mana dia tahu abang bersama-sama Harden dan Milly? Kami kemalangan dan abang diculik oleh lelaki aneh. Kenapa dia kata macam tu? " Adam mengerut dahi. " Ke sebab dia kata dia berlindung di sekolah? Dia juga beritahu dia selalu mengintai di atas bahagian sekolah untuk lihat sesiapa lalu. Tapi kalau ikut apa yang abang beritahu. Mustahil dia dapat lihat apa jadi sebab sekolah tu agak jauh daripada jejantas. Macam mana dia boleh nampak dan kenapa perlu tipu. " Danial hairan. " Tapi dia ada senapang. Ke dia intai guna scope pada senapang tu. Tapi setahu saya senapang sniper je yang boleh intai jelas. Takkan lah dia ada binokular? Dia ikut kami pun hanya berbekalkan senapang tu je." Danial menerangkan. " Dia mungkin buat macam tu sebab nak berlindung sekali di sini?" Adam menjawab. " Tapi abang, pelik juga rasanya. Saya takut dia ada rancangan tak baik." Danial memberi pendapat. " Kamu kenal semua orang di sini? Kalau tak kita minta pendapat mereka?" Adam memberi cadangan. " Ouh, boleh juga." Danial bersetuju.
Namun adiknya itu kembali murung. " Kenapa Danial ada apa-apa lagi yang kamu risaukan?" Adam menyoal. " Sebenarnya abang, selepas abang pergi dari stesen minyak , dua orang kawan Harden beritahu Pak cik Hathen sedar dan kembali normal tapi Pak cik nazak dan meninggal dunia lepas tu. Saya sempat lihat tempat pak cik kena tanam di belakang stesen minyak tu. Danial sedih sebab pak cik pergi tanpa sempat jumpa kita." Danial memberikan Adam sebuah loket jam dan satu surat berlipat. Kemudian Adam pun membaca isi surat itu. Adam terdiam dan memandang Danial. " Surat ni betul ke?" Danial mengangguk. " Kita kena bagi segera pada papa. Mendiang Pak cik Hathen kata kita berdua boleh tolong wabak ni? Sebab ubat yang kita dapat daripada atukkan? Tapi kat sini kata jangan percaya atuk? Abang tak faham? " Adam berkata dan Danial pun mengangkat bahu tidak faham juga. " Abang, biarlah dulu. Saya nak panggil mereka buka tali pada kaki abang. Abang ok je!" Danial berlalu pergi. " Danial, jangan beritahu pasal ubat yang kita dapat. Bahaya kalau sesiapa tahu. Kita tak boleh percaya pada sesiapa kecuali papa." Adam memberi pesanan. " Jangan risau abang. Saya tahu." Danial mengangguk. Danial berlalu pergi turun ke eskelator dan Adam kembali baring berehat sambil menatap loket jam milik Hathen. Dia berazam jika jumpa papa mereka akan melawat semula tempat bersemadi Hathen.
Share this novel