BAB 50

Romance Completed 42886

Beberapa hari kemudian, Adi Ashraf dan Ariana mengadakan sebuah majlis keraian di kediaman mereka. Hanya ahli keluarga dan rakan yang terdekat sahaja dijemput hadir. Semuanya hanya untuk menyambut hari kelahiran Ariana pada hari tersebut.

Sudah beberapa kali Ariana bertegas untuk menyambut secara kecil-kecilan sahaja tetapi Adi Ashraf tetap tidak mahu mendengar kata isterinya. Akhirnya, Ariana mengalah. Diturutkan sahaja kehendak suaminya.

Suami jenis keras kepala ni memang banyak akalnya.

Pada masa yang sama, dia menikmati segala yang dilakukan oleh Adi Ashraf untuknya. Tiada satu pun yang dia perlu lakukan lagi. Segalanya telah diuruskan oleh suaminya itu sendiri. Bersyukur mempunyai suami sebaik Adi Ashraf di sisi.

Ariana berdiri di muka pintu bersama segaris senyuman. Dia menyambut kedatangan tetamu yang datang dengan mesra. Bersalaman, berpelukan dan menegur sapa kepada yang sudah lama tidak berjumpa. Adi Ashraf sudah hilang entah ke mana.

Tidak henti dia memperoleh hadiah daripada tetamu yang hadir sejak dari tadi. Naik merah mukanya menahan malu apabila menerima hadiah yang begitu banyak pada usianya yang sudah meningkat dewasa. Eleh, malu tapi mahu.

Bak kata orang, rezeki jangan ditolak bukan?

Matanya bersinar-sinar dalam kegembiraan apabila menangkap sebuah figura yang dirinduinya. Dia segera mendapatkan figura tersebut. Senyumannya makin dilebarkan.

"Tok Wan!" laung Ariana penuh teruja. Tok Wan membuka tangannya seolah menunggu kehadiran Ariana ke dalam pelukannya. Dia mengukir senyuman sebaik melihat anak perempuannya itu.

Tanpa membuang masa, Ariana sudah berlari ke dalam pelukan hangat wanita itu. Tangannya memeluk erat tubuh Tok Wan seolah hidupnya bergantung padanya. Melepaskan kerinduan.

"Lia..." panggil Tok Wan lembut. Kepala anaknya diusap penuh kasih. Dia tersenyum bangga melihat gadis itu membesar dengan baik sehingga menjadi wanita yang kuat pada hari ini. Ariana mendongak kepala, menemui pandangan Tok Wan.

"Selamat hari lahir Lia, Tok bangga dengan Lia. Tak kira apa pun yang terjadi, Tok sentiasa bangga dengan apa yang Lia buat." ucap Tok Wan ikhlas dari hati. Pipi anaknya diusap lembut. Ariana tersenyum bahagia.

"Terima kasih, Tok. Lia sayang Tok. Terima kasih sebab besarkan Lia sampai ke hari ini." balas Ariana jauh dari lubuk hatinya. Tak ada perkataan yang dapat mengungkap rasa berterima kasihnya terhadap Tok Wan yang menjaganya sejak dari kecil bersama ibu bapanya.

Tok Wan mengangguk kecil. Dahi Ariana dikucup sebelum dia meleraikan pelukan. Manakala, senyuman di wajahnya tidak lekang di bibir. Kehadiran seseorang menarik perhatian mereka berdua.

"Surprise, Suka tak hadiah abang?" ucap Adi Ashraf tersenyum penuh makna pada isterinya. Dia mengenyitkan mata pada Tok Wan. Berterima kasih kepada wanita itu yang bersetuju untuk hadir pada majlis hari jadi Ariana pada hari ini.

Tok Wan mengeleng kepala melihat tingkah menantunya. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Tenang hatinya melihat rumah tangga mereka yang sedang melayari bahtera kebahagiaan. Manakan dia ingin menjawab tidak pada permintaan Adi Ashraf sedangkan Ariana Atilia seperti anaknya sendiri?

"Abang!" ucap Ariana tanda tidak percaya. Dia segera memeluk suaminya dihadapan Tok Wan. Tangannya dilingkarkan pada batang leher Adi Ashraf. Bibirnya didekatkan pada telinga suaminya.

"Thank you, hubby!" bisik Ariana penuh gembira. Sekilas, pipi Adi Ashraf dihadiahkan ciuman daripada isterinya. Adi Ashraf melarikan pandangan daripada Tok Wan. Kekok apabila wanita itu melihat dirinya diperlakukan sebegitu.

Dia menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Mengharapkan isterinya sedar dengan tindakannya itu yang memalukan mereka berdua. Telinganya mula memerah menahan malu.

"Welcome, wifey." balas Adi Ashraf pada isterinya. Tangan isterinya diambil dari lehernya lalu dipegang erat disisi tubuh badan. Ariana yang mula hairan dengan reaksi suaminya baru tersedar apabila menyedari tindakan mereka berdua diperhatikan oleh Tok Wan sejak dari tadi. Dia senyum kekok.

"Tok Wan..." ucap Ariana malu mahu menerangkan keadaan mereka berdua. Tangannya mula menyiku sisi tubuh suaminya mahu meminta bantuan daripada lelaki itu.

Tetapi seperti biasa, suaminya yang baik budinya menjadi syaitan yang bertopengkan manusia selepas mengendahkan permintaan bantuannnya itu secara sengaja. Tak cukup dengan itu lagi, Adi Ashraf dengan selamba tersengih kerang melihat dirinya yang merana ditelan dalam rasa malu yang tak terhingga.

Tak guna! Dasar! Suami-

Segala sumpah seranahnya terhadap Adi Ashraf terhenti apabila Tok Wan terpaksa meninggalkan mereka berdua sendirian kerana dipanggil oleh ibunya, Puan Sandra. Dia menarik nafas lega. Jelingan tajam diberikan pada suaminya.

"Sayang... Kenapa jeling abang? Tak elok tau." ucap Adi Ashraf mahu memujuk isterinya. Ariana menghadiahkan sebuah jelingan tajam lagi kepada suaminya. Sengaja mahu membalas dendam.

"Sayang tak boleh marah abang eh, sayang yang peluk abang dulu depan Tok Wan bukan abang." ucap Adi Ashraf mahu mempertahank an dirinya. Ariana mengecilkan mata kepada suaminya. Riak muka tidak puas hatinya jelas terpamer pada wajahnya. Jarinya ditudingkan pada wajah Adi Ashraf sebelum mendarat pada dada lelaki itu.

"Oh jadi semuanya salah sayang lah sekarang ni hmmm? Bukan abang?" ucap Ariana tak puas hati. Jarinya ditekan kuat pada dada bidang milik Adi Ashraf. Adi Ashraf menahan senyuman melihat wajah isterinya yang sedang menahan geram.

Kenapa perempuan comel bila marah? Lagi-lagi isteri dia ni, haih... Apatah lagi, yang sedang membaca ni kan? Hehehe...

"Lah sayang marah ke?" tanya Adi Ashraf selamba. Sengaja buat-buat tak faham. Padahal sudah jelas lagi nyata, kenyataan di depan mata. Ariana menjulingkan mata ke atas. Muka menyampah ditunjukkan.

"Eh mana ada marah. Tengok muka ni. Suka tau tak. Suka sangat!" ucap Ariana jelas dengan nada memerli. Tangannya disilangkan di dada. Mulutnya sudah dimuncungkan. Tanda merajuk. Adi Ashraf tersengih.

"Janganlah merajuk. Sini, peluk abang. Tadi tak dapat nak pelukkan? Meh, sini abang peluk balik. Peluk puas-puas." pujuk Adi Ashraf lembut. Tangan isterinya ditarik lalu dilingkarkan pada pinggangnya. Tangannya pula membawa kepala isterinya pada dadanya.  Tak lama kemudian, Ariana berada di dalam pelukan hangat Adi Ashraf.

Pada mulanya, Ariana berpura-pura tak mahu. Tetapi lama kelamaan dia mengalah ke dalam pelukan suaminya. Wajahnya disembamkan pada dada lelaki itu. Tangannya pantas menarik telinga suaminya sehingga lelaki itu meringis kesakitan. Dia tersenyum kepuasan.

"Sakitlah, sayang."

"Padan muka, abang."

Adi Ashraf tersenyum mendengar balasan isterinya. Kepala isterinya diusap sesekali. Ariana membalas pelukan suaminya kembali. Telinga suaminya ditiup lembut mahu menghilangkan kesakitan yang berpunca daripada dirinya. Perbuatan itu membuatkan Adi Ashraf melepaskan tawa halus. Rasa geli pada telinganya.

"Janganlah sayang. Gelilah..." ucap Adi Ashraf cuba menjauhkan telinganya daripada Ariana. Secara tak sengaja, dia meleraikan pelukan. Sisa tawanya yang kedengaran pada gegendang telinga Ariana membuatkan gadis itu turut ketawa sama.

Dia semakin mendekatkan diri mahu melakukan perbuatan itu sekali lagi. Mahu mendengarkan tawa dari mulut suaminya untuk sekian kalinya. Dia tersenyum gembira. Namun, perhatian mereka berdua terganggu apabila seorang kanak-kanak lelaki mendekati mereka berdua.

"Akak, abang, ada nampak mama dengan papa saya tak?" tanya kanak-kanak lelaki itu dengan begitu lancar sekali. Kepetahan percakapannya membuatkan Adi Ashraf sedikit terkejut. Memandangkan kanak-kanak lelaki itu masih muda.

Ariana tersenyum lebar melihat kanak-kanak tersebut. Dia duduk mencangkung mahu menyamai ketinggian kanak-kanak tersebut. Kepala kanak-kanak itu diusap lembut.

"Nama adik apa?" tanya Ariana mesra. Dia memegang tangan kanak-kanak tersebut mahu  memperoleh kepercayaan kanak-kanak lelaki itu. Bibirnya mengukir senyuman manis.

"Raihan. Raihan Iskandar." jawab kanak-kanak lelaki yang bernama Raihan itu. Dia membalas senyuman yang diberikan oleh Ariana semula. Adi Ashraf memerhatikan mereka berdua.

Tak mahu menganggu perbualan antara mereka. Hatinya terasa bahagia melihat Ariana yang kelihatan senang dengan kanak-kanak. Dia sudah dapat membayangkan hubungan Ariana bersama anak-anak mereka nanti.

"Hmmm, sedapnya nama Raihan. Nama akak Ariana. Abang ni pulak, abang Ash. Raihan cari mama dengan papa eh?" tanya Ariana kembali dengan mesra. Nada cerianya membuatkan Raihan mengangguk kecil bersama senyuman.

"Jom, kita cari mama dengan papa sama-sama dengan abang Ash, nak?" tanya Ariana sekali lagi. Dia tak dapat menahan diri daripada mengusap pipi Raihan yang tembam dan lembut itu. Geram!

Raihan mengangguk tanda setuju. Ariana segera mendukung tubuh kecil Raihan. Sesekali dia mengeletek Raihan sehingga kanak-kanak itu menghamburkan tawa. Mahu menceriakan Raihan agar tidak bersedih kerana tak dapat berjumpa ibu bapanya. Adi Ashraf tersenyum bahagia melihat mereka berdua.

"Abang Ash... Kenapa tengok Raihan macam tu? Oh... Abang Adi cemburu eh sebab tak dapat main dengan Kak Ariana?" tanya Raihan polos. Ariana melepaskan tawa mendengar kata-kata Raihan. Adi Ashraf mengeleng kepala apabila dituduh sedemikian. Anak siapalah ni...

"Raihan! Ya Allah, punyalah lama papa cari. Sini dekat papa." tegur satu suara ke arah mereka berdua. Adi Ashraf dan Ariana menoleh pandangan.

Panjang umur ibu bapa Raihan....

"Papa! Raihan rindu papa!" ucap Raihan gembira apabila melihat wajah bapanya. Ariana segera menyerahkan Raihan kepada lelaki yang merupakan bapa kepada anak kecil itu.

"Papa pun rindu Raihan. Raihan pergi mana tadi hmmm?" tanya lelaki itu pada Raihan. Kepala Raihan diusap beberapa kali sebelum dihadiahkan beberapa ciuman. Dia memeriksa tubuh anaknya sekilas. Ariana dan Adi Ashraf hanya melihat gelagat anak beranak itu.

"Terima kasih ya jagakan anak saya. Maaf menyusahkan. Selalunya Raihan ni tak nakal tapi entah kenapa hari ini begini pula jadinya. Oh lupa, saya Afiq Raihan." ucap bapa Raihan yang bernama Afiq Raihan itu. Afiq melemparkan senyuman manis kepada Ariana dan Adi Ashraf. Dia bersalaman dengan Adi Ashraf.

"Raihan!"

"Mama!"

Afiq Raihan menoleh apabila mendengar suara isterinya. Dia tersenyum lega melihat anak mereka sudah kembali di pangkuan mereka semula. Pinggang isterinya dirangkul kemas. Anis Raihanna menjeling tajam ke arah suaminya. Kalau bukan kerana Afiq Raihan, pasti Raihan Iskandar tidak hilang tadi. Nasib jumpa tau!

"Kak Riana, Abang Ash, nilah mama dengan papa, Raihan!" ucap Raihan penuh gembira memperkenalkan ibu bapanya. Anis Raihanna menunduk malu. Nak buat macam mana perangai tak tahu malu suaminya turun kepada Raihan pula. Pening kepala dia dibuatnya.

Afiq Raihan tersenyum bangga melihat anaknya. Anak papa! Ariana dan Adi Ashraf saling berpandangan sebelum melepaskan tawa kecil melihat gelagat keluarga bahagia itu.

"Maaf ya, kami pergi dulu. Oh, selamat hari lahir Ariana." ucap Anis Raihanna sebelum meminta diri kepada Adi Ashraf dan Ariana Atilia. Mereka sempat berpelukan.

"Terima kasih Anis. Bye, Raihan. Nanti kita jumpa lagi, okay?" ucap Ariana Atilia kepada Raihan Iskandar, anak kepada Afiq Raihan dan Anis Raihanna. Raihan tersenyum, dia melambaikan tangan tanda mengucapkan selamat tinggal.

"Bye, Kak Riana! Bye, Abang Ash!" ucap Raihan dengan ceria. Anis Raihanna tersenyum melihat anaknya. Sekilas, dia menghadiahkan ciuman pada pipi anaknya itu. Secara tiba-tiba, dia dikejutkan oleh suaminya, Afiq Raihan yang mengulangi perbuatannya itu pada pipinya pula. Dia menjegilkan mata.

"Afiq!"

Ariana Atilia memerhatikan gelagat keluarga bahagia itu. Dia tersenyum sendiri. Adi Ashraf mula menyedari isterinya leka dengan sesuatu mengalihkan pandangan ke arah apa yang dipandang oleh isterinya. Sebaik pandangannya jatuh pada keluarga bahagia milik Afiq Raihan, dia tahu suatu hari nanti keluargannya akan sebegitu juga.

Perlahan-perlahan, dia melingkarkan tangan pada pinggang isterinya dari belakang badan Ariana. Kini, Adi Ashraf memeluk tubuh isterinya itu dengan kemas dari belakang. Dagunya diletakkan pada bahu kiri isterinya.

"Sayang..." panggil Adi Ashraf lembut. Menarik perhatian Ariana yang leka dalam lamunannya sendiri. Barulah dia tersedar dia sudah berada di dalam pelukan suaminya. Tangannya diletakkan diatas tangan Adi Ashraf yang berada pada pinggangnya. Panggilan suaminya dibalas dengan deheman lembut.

"Hmmm..."

Adi Ashraf tersenyum penuh makna. Tangannya yang berada pada pinggang isterinya bergerak ke arah perut Ariana. Lalu, tangannya mula mengusap perut isterinya beberapa kali.

Ariana menoleh kepala ke bahunya, cuba melihat wajah suaminya disitu dengan dahinya dikerutkan. Tangannya menghentikan pergerakan tangan Adi Ashraf pada perutnya. Tak faham dengan tindakan lelaki itu yang secara tiba-tiba. Keningnya diangkat sedikit.

"Abang harap kita akan ada keluarga bahagia macam keluarga Raihan jugak." ucap Adi Ashraf menjawab persoalan isterinya tanpa Ariana perlu mengatakan apa-apa. Adi Ashraf mengukir senyuman kecil hanya pada tanggapan mereka sebagai keluarga yang bahagia. Tangan isterinya dipegang kemas.

Ariana turut mengukir segaris senyuman. Dia berasa gembira kerana Adi Ashraf mahukan perkara yang sama sepertimana yang dimahukan olehnya juga. Kebahagiaan mereka berdua bersama. Hanya itu sahaja yang dimahukan olehnya selama ini.

Namun rasa gembira itu hanya untuk seketika. Semuanya kerana kebahagiaan yang dilayari oleh mereka sekarang ini akan berakhir selepas kebenaran tentang dirinya terbongkar pada Adi Ashraf. Sudah lama dia menyimpan perkara itu daripada pengetahuan  suaminya. Dia terlalu asyik dalam kebahagiaan sehingga dia terlupa tentang perkara itu.

Tanpa dia sedari, senyumannya tadi mati serta-merta. Riak wajahnya mula bertukar kepada kerisauan. Bimbang dengan nasib mereka berdua. Sempatkah mereka mengecapi kebahagiaan yang dingini?

Adi Ashraf berasa pelik apabila isterinya tidak berkata apa-apa segera meleraikan pelukan. Matanya cuba membaca riak muka isterinya yang seperti dalam kerisauan. Akhirnya, dia tersalah faham terhadap keadaan isterinya.

Risau sekiranya kata-katanya itu seperti memberikan tekanan kepada isterinya dengan mengharapkan sesuatu dalam hubungan mereka yang baru bercambah dengan benih-benih cinta. Dia segera mencari anak mata Ariana.

"Sayang, sorry... Abang tak ada maksud nak buat sayang tak selesa ataupun tertekan dengan kata-kata abang tadi. Abang tahu kita tak sedia lagi cuma abang harap kita akan bahagia. Tak kira macam mana pun keadaan kita, hanya itu yang abang harapkan. Asalkan sayang bahagia, abang pun bahagia, okay?" ucap Adi Ashraf cuba menyakinkan Ariana. Pada masa yang sama, mahu mengusir pergi kebimbangan yang mahu menguasai fikiran isterinya itu.

Ariana Atilia tersenyum nipis. Dia menghela nafas lega dalam diam. Tenang hatinya mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh suaminya tadi.  Tangan suaminya yang berada pada wajahnya dipegang. Cuba menunjukkan dia sudah tidak apa-apa.

"I love you..." ucap Ariana perlahan kepada Adi Ashraf. Anak mata mereka berdua bertembung sebaik kata-kata itu dikeluarkan daripada mulutnya. Adi Ashraf mengusap lembut wajah isterinya dengan penuh kasih sebelum mengucapkan kembali kata-kata itu.

"And I love you more... Happy birthday, sayang."  ucap Adi Ashraf selafaz, menyatukan dahi mereka berdua pada masa yang sama. Hidung mereka bersentuhan. Bibir Adi Ashraf mengukir senyuman. Ariana turut tersenyum pada kata-kata suaminya. 

Semoga Tuhan memberkati cinta mereka berdua dan mempermudahkan segalanya.

???????????????????

"Abang, Happy birthday!" ucap Akid Ahnaf berlari memeluk tubuh Adi Ashraf. Adi Ashraf meraup muka. Ini nak yang nak jadi suami Maisarah? Dia menghulurkan simpati kepada bakal isteri adiknya nanti. Hari lahir dia dengan Ariana pun Akid boleh terlupa. Entah macam mana nanti hari lahir Maisarah pula.

Ish Akid, Akid... Adi Ashraf mengeleng kepala pada masa yang sama. Dia meleraikan pelukan adiknya. Kuat betul. Nak dia mati lemas dalam pelukan ke apa?

"Akid, berapa kali aku nak ingatkan? Hari ini hari lahir isteri aku, Riana, bukan akulah gila. Nampak sangat kau tak ingat hari lahir aku kan?" perli Adi Ashraf kepada Akid Ahnaf. Dia membetulkan bajunya yang sudah berkedut kerana dironyokkan dek kerana pelukan adiknya tadi. Dia perlu kekal segak pada majlis hari jadi isterinya. Mesti!

Akid Ahnaf tersengih kerang. Tangannya menyentuh belakang kepalanya tanda kekok. Tak lama kemudian, dia kembali seperti biasa. Alah biasalah, Akid mana reti tahu malu kan?
Tangannya diletakkan pada leher Adi Ashraf.
Maklumlah, ketinggian mereka yang hampir sama membuatkan dia suka melakukan perkara itu.

"Tak kisahlah hari lahir siapa, janji aku datang kan? Kau kena bersyukur abang, ada adik macam aku ni. Dah la hensem, baik-"

"Pelupa, playboy, perasan lebih, ha nak aku tambah apa lagi?"

Akid Ahnaf segera mengetatkan pegangan pada leher abangnya. Tanda geram apabila kata-katanya dicantas oleh abangnya itu. Siap sempat lagi dirinya diperli juga oleh Adi Ashraf. Adi Ashraf dengan mudah melepaskan lehernya daripada pegangan adiknya. Rambut adiknya diusap kasar sehingga kusut masai.
Akid Ahnaf menampar tangan abangnya.

"Woi, apa ni! Rosaklah rambut aku. Tahu tak lama aku betulkan." ucap Akid Ahnaf geram. Dia segera melarikan tangan pada rambutnya mahu membetulkan rambutnya semula.

"Pada muka kau. Hadiah untuk isteri aku mana?" ucap Adi bercekak pinggang. Tangannya dihulurkan mahu hadiah daripada Akid Ahnaf untuk isterinya Ariana.

"Aku dah bagi dekat dia lah. Dah tepi aku nak pergi tandas." jawab Akid Ahnaf masih tidak puas hati. Nampaknya perlu jugalah dia betulkan rambutnya di tandas. Jelingan tajam diberikan kepada abangnya. Sengaja dia melanggar bahu Adi Ashraf juga.

Adi Ashraf mengeleng kepala melihat tingkah adiknya yang masih seperti ketika mereka kecil dahulu. Dia sebenarnya masih tidak dapat menerima kenyataan bahwa Akid Ahnaf sudah besar sehingga mahu menjadi suami orang. Pada matanya, Akid Ahnaf masih adik lelakinya yang masih muda dan tidak matang. Tetapi siapa sangka, jodoh adiknya sudah ada di depan mata.

"Adi! Ha baru jumpa kau. Kau pergi mana tadi? Penat tau aku cari kau. Tanya Riana dia pun tak tahu. Akid mana? Tak sampai lagi ke?" tegur Izz Faris kepada Adi Ashraf. Belum apa-apa, bertalu-talu soalan sudah ditanyakan pada Adi Ashraf. Adi mengeleng perlahan.

"Aku ada dekat sini je dari tadi. Akid dah sampai. Dia pergi tandas kejap." maklum Adi Ashraf ringkas, membalas segala pertanyaan Izz Faris. Izz Faris mengangguk tanda faham.

Dia mengambil tempat disebelah sahabatnya, Adi Ashraf. Lengan sahabatnya itu disiku lembut. Bibirnya mengukir senyuman kecil.
Adi Ashraf menaikkan kening. Wajahnya jelas mahukan penjelasan daripada Izz. Ingat dia faham ke senyuman itu bermaksud apa.

"Kau senyum-senyum kenapa?" tanya Adi Ashraf pelik. Izz Faris mengeleng perlahan. Tetapi, senyumannya masih terukir di bibir.

"Tak ada apalah. Aku cuma suka... Suka tengok kau dah bahagia dengan Riana. Akhirnya, kau bahgia. Kan?" terang Izz Faris jujur. Tak mahu berselindung lagi. Adi Ashraf tersenyum lega. Ingatkan apa tadi.

"Alhamdulilah, ya. Kenapa kau pulak yang happy?" balas Adi Ashraf sekadar ingin tahu. Sudah lama mereka tidak berbual begini. Terasa rindu dibuatnya apabila memikirkan perbualan mereka sebelum ini. Izz Faris memasamkan wajah sedikit.

"Takkan aku tak happy? Kawan aku sendiri, kau, akhirnya dah bahgia dengan orang yang paling dia sayang. Boleh pulak kau tanya aku, kenapa aku yang happy? Cuba cakap siapa yang tak happy sekarang ni hah?" ucap Izz Faris cuba memarahi sahabatnya itu tetapi tidak berjaya. Sedikit terasa walaupun tahu itu sekadar gurauan. Adi Ashraf melepaskan tawa halus.

"Izz, aku guraulah. Aku tahu kau happy. Terima kasih untuk segalanya. Aku tak tahu nak balas budi kau macam mana." ucap Adi Ashraf ikhlas. Sudah lama dia mahu mengatakan perkara itu. Akhirnya terluah juga.

"Ish, tak ada apalah kau ni. Eh, tu Akid dah datang. Aku nak pergi tandas kejap. Nanti aku join kau orang berdua lepak." maklum Izz Faris mahu meminta diri ke tandas. Adi Ashraf mengangguk tanda faham. Izz sempat menegur Akid sebelum menuju ke tandas.

Tiba-tiba, tanpa amaran tubuh Izz Faris ditolak kuat oleh seseorang sehingga membuatkan dia mahu terjatuh. Dia meringis kesakitan kerana merasakan kakinya seperti terseliuh. Matanya tidak sempat melihat siapakah gerangan yang melakukan perkara itu terhadapnya tetapi matanya terlihat seperti ada suatu sampul surat tebal yang berada berdekatan dengan tempatnya jatuh tadi.

Barangkali kepunyaan gerangan yang melanggarnya secara tidak sengaja kerana terburu-buru atau yang benar-benar sengaja membuatkan perkara itu terhadapnya. Tangannya mencapai sampul surat tersebut. Dia menilik sekilas.

"Siapa punya kerjalah ni haih..." omel Izz Faris kepada dirinya sendiri. Sampul itu dilipat dua lalu diselit ke dalam poket belakang seluarnya.  Nanti-nanti sahajalah dia periksa. Dia perlu melepaskan hajat kecilnya dengan segera.

Sementara itu, Ariana Atilia berada bersama dengan Haris Irfan. Mahu menebus waktu mereka berdua tak dapat bersembang bersama.

Perbualan mereka semakin lama semakin rancak. Langsung tidak mengendahkan kehadiran orang lain di situ yang bersama mereka. Adi Ashraf pula bersama dengan Akid dan Izz seperti biasa. Gelak tawa yang diselangi dengan perbualan mereka menghilangkan rasa sunyi Haris Irfan.

Sudah lama dia tidak berbual sebegitu dengan Ariana. Dia tahu kawannya itu sibuk dengan rumah tangga yang baru melayari bahtera kebahagiaan tetapi dia tak dapat menahan diri daripada merindui kehadiran Ariana di dalam hidupnya seperti dulu. 

"Riana, kau ada nak bagitahu apa-apa dekat aku ke?" tanya Haris Irfan tiba-tiba. Menduga kelakuan Ariana yang seperti sedikit terganggu dengan sesuatu sepanjang perbualan mereka berdua. Firasatnya dapat merasakan Ariana mempunyai masalah.

"Eh mana ada. Aku okay je. Aku bahagia mestilah aku okay." balas Ariana cuba menafikan rasa curiga Haris Irfan pada dirinya. Nampak sangat ke? Rasanya dia sudah cuba menyembunyikannya sehabis baik.

"Tipu. Aku tahu kau ada sorokkan sesuatu daripada aku. Baik kau bagitahu, Riana. Apa, apa yang buatkan rasa tak senang hati ni hmm?" pujuk Haris Irfan. Semudah itu saja dia dapat membaca Ariana seperti buku yang terbuka. Dia sudah mengenali Ariana terlalu lama. Semuanya berada di dalam gengamannya tentang sahabatnya itu.

"Hmmm..."

Ariana melepaskan keluhan kecil. Tahu dia tak dapat menyorokkan lagi apa-apa daripada pengetahuan Haris Irfan. Dia bermain-main dengan cincin perkahwinannya sebelum menerangkan segalanya. Helaan nafas panjang ditarik.

"Pasal Ash. Aku.... Aku dah tak tahu macam mana nak sorokkan lagi daripada Ash, Haris. Aku rasa serba salah. Mungkin kita orang berdua bahgia sekarang. Tapi semuanya sebab apa? Atas apa? Atas rahsia ni semua. Bukan sebab kebahagiaan semata-mata. Kau rasa Ash boleh terima ke kenyataan yang sebenarnya, Haris? Macam mana kalau dia tinggalkan aku?" luah Ariana dengan nada yang kendur. Terasa berat lidahnya menuturkan kata-kata itu pada akhirnya. Dia memandang ke dalam anak mata Haris Irfan. Mahu melihat kejujuran disebalik kata-kata lelaki itu.

Haris Irfan tersenyum lemah. Benarlah sangkaannya. Dia memandang semula ke dalam anak mata Ariana. Tahu Ariana mahukan kejujuran daripada dirinya sekarang ini. Jujur dia kata, dia tak tahu apa yang akan terjadi pada rumah tangga mereka berdua. Tetapi tidak lain dan tidak bukan yang dimahukan daripada melihat Ariana bahagia.

"Riana, walau apa pun yang jadi asalkan kau berdua sayang satu sama lain pun dah cukup menjanjikan satu kebahagiaan. Jadi jangan risau. Selagi kau berdua sayangkan antara satu sama lain, semuanya akan okay. Percaya cakap aku. Kau percayakan aku kan?" ucap Haris Irfan jujur dari hatinya. Dia percaya dengan hubungan mereka berdua akan kekal lama.

Ariana mengukir senyuman sebaik mendengar kata-kata sahabatnya. Dia mempercayai Haris Irfan sepenuhnya. Haris ialah satu-satunya lelaki yang paling dipercayainya selepas Adi Ashraf.

"Sekarang, jangan sedih-sedih. Hari ni birthday kau tau. Mana boleh sedih. Faham? Birthday girl?" usik Haris Irfan mahu menceriakan suasana. Dia mengerakkan keningnya beberapa kali membuatkan Ariana tertawa.

"Fine, aku happy. Thanks, Haris." ucap Ariana bersama dengan sisa tawanya. Dia mengukir senyuman lebar. Riak wajahnya juga bertukar ceria. Haris Irfan mengangguk kecil. Bibir mengukir senyuman lega.

"No, problem Riana."

???????????????????

"Aku balik dulu, nanti ada masa kita lepak lagi." ucap Izz Faris meminta diri. Adi Ashraf dan Ariana mengangguk tanda faham. Mereka menghantar pemergian Izz Faris dengan pandangan sebelum masuk ke dalam rumah.

"Drive elok-elok!" laung Adi Ashraf kepada Izz Faris. Izz Faris mengeleng kepala bersama senyuman terukir dibibirnya. Dia meloloskan diri ke dalam kereta. Kakinya diletakkan pada pedal kereta.

Enjin keretanya sudah dihidupkan. Hanya bunyi radio yang memenuhi kesunyian di dalam keretanya. Sesekali dia akan bernyanyi bersama mengikut rentak lagu yang dimainkan. Pandangannya tetap di jalan raya.

Sesekali mulutnya meringis kesakitan apabila kakinya yang terseliuh itu dikenakan tekanan yang kuat. Dia mengingatkan dirinya untuk merawat kakinya itu dengan segera. Risau sekiranya dibiarkan lebih lama menjadi bertambah teruk pula.

Sebaik tiba di pekarangan rumahnya, dia menghela nafas lega. Akhirnya, dia dapat berehat. Dia segera keluar dari perut kereta. Langkahnya sedikit perlahan kerana kecederaan pada kakinya. Mujurlah Adi Ashraf tak menyedari keadaannya itu. Maklumlah, sibuk layan isteri la katakan.

Dia menundukkan badan sedikit untuk membuka kasutnya sebelum disusun pada rak kasut yang disediakan. Pintu rumahnya dibuka. Tangannya menyeluk poket belakang seluar untuk mengambil telefon pintarnya. Tetapi tangannya terambil sampul surat yang dijumpainya tadi.

Telefon pintarnya berdering segera dijawab menggunakan tangan kanannya. Manakala sebelah lagi tangannya memegang sampul surat tersebut. Matanya sibuk meneliti sampul itu dengan penuh rasa curiga.

"Izz, kau dah sampai rumah ke?" tanya Adi Ashraf dari corong telefon. Izz Faris segera menjawab pertanyaan rakannya itu. Dia berjalan menuju ke arah bilik tidurnya. Sampul itu dicampak pada meja kecil di sisi katilnya.

"Dah, kau kenapa call aku ni? Tak pernah-pernah lagi sebelum ni kau call." tanya Izz Faris pelik. Dia mula bersiap-siap untuk membersihkan diri. Sampul surat itu diambil semula.

"Aku lupa nak tanya kau tadi, kaki kau kenapa?" balas Adi Ashraf. Dia memang sudah perasan dengan kaki Izz Faris yang kelihatan tercedera tetapi tak sempat untuk dia bertanya.

"Oh, terseliuh. Aku terjatuh tadi." balas Izz Faris ringkas. Tak mahu memputar belitkan cerita. Dia berkira-kira sama ada mahu melihat kandungan sampul surat tersebut atau buang saja ke dalam tong sampah.

"Kenapa tak bagitahu tadi? Dah letak minyak angin ke belum? Nanti lambat bengkak baru kau tahu." bebel Adi Ashraf seperti Ariana Atilia. Izz Faris langsung tak mengendahkan bebelan sahabatnya itu. Perhatiannya tertumpu pada sampul surat tersebut. Oleh kerana rasa ingin tahu, dia akhirnya membuka sampul surat itu.

Kandungan sampul itu dikeluarkan dengan berhati-hati. Kelihatan ada beberapa keping gambar yang berada di dalamnya. Izz Faris mula tertanya-tanya. Siapa pula yang masih membawa gambar di dalam sampul surat ke mana-mana sahaja sekarang ini? Teknologi yang sudah maju tak digunakan sebaiknya.

"Izz, kau dengar tak ni?" tanya Adi Ashraf geram apabila kata-katanya tak diendahkan oleh Izz Faris. Penat saja dia bercakap sejak dari tadi.

"Ya, aku dengar." tipu Izz Faris. Dia mula meneliti gambar tersebuf dengan teliti. Sedikit terkejut apabila menemui beberapa keping gambar Ariana dan Adi Ashraf di situ.

" Apa benda semua ni..." ucap Izz Faris perlahan. Dia menyambung semula meneliti gambar yang lain. Dahinya terkerut apabila menemui sekeping gambar kereta yang seperti mengalami kemalangan yang teruk. Tak lama kemudian, dia memeriksa dengan lebih teliti untuk mengenal pasti pemandu tersebut.

Tetapi sukar. Jadi dia melihat pula pada penumpang di dalam kereta itu. Matanya dibulatkan apabila menyedari sebuah figura di dalam kereta itu merupakan arwah Naufal.

"Naufal?" ucap Izz Faris tak percaya. Adakah ini bermakna gambar itu merupakan gambar kemalangan yang melibatkan Naufal 5 tahun lepas? Hanya tinggal sekeping gambar saja lagi yang belum dilihatnya.

Kini,  rasa terkejutnya bukan kepalang apabila mengenal pasti sebuah figura yang sudah tidak bernyawa berlumuran darah di dalam pangkuan riba seorang wanita yang amat dikenalinya. Telefonnya terlepas dari tangan. Menamatkan panggilan Adi Ashraf sebentar tadi serta-merta. Kerana wanita itu ialah

Ariana Atilia.

Finally updated!
Six chapter left!
Izz dah tahu pasal Ariana
Nak tahu apa jadi seterusnya?

Stay tune!
And leave a comment
A/n: Author cubaaa update setiap kali ada masa terluang, jangan risau

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience