16

Romance Series 93217

Hari kedua berada di Mauritius, jadual mereka telah diisi dengan begitu padat sekali. Tempat pertama yang Aayra dan Harraz tujui ialah Port Loius. Di bandar ini mereka dapat melihat pelbagai jenis tugu peringatan yang telah dibina bagi memperingati pengorbanan askar - askar negara itu. Selain itu, terdapat juga sebuah patung besar yang diberi nama Shiva. Mengikut yang diceritakan Steve kepada mereka, patung Shiva ini merupakan patung kedua terbesar di dunia.

Sebaik tamat sesi lawatan mereka di bandar tersebut, Aayra dan Harraz dibawa pula menaiki sebuah cruise yang diberi nama Catamaran Cruises. Cruise ini akan membawa mereka ke sebuah pulau yang bernama Isle Aux Cerfs. Di pulau ini para pelancong telah disajikan dengan aktiviti island hopping dan snorkeling. Hampir setengah jam berada di situ, kesemua pelancong dibawa pula menyaksikan keindahan sebuah air terjun yang sangat cantik tidak jauh dari pulau itu. Rata - rata pelancong yang berada di dalam Cataraman Cruises itu melahirkan perasaan keterujaan mereka terutama sekali Aayra. Suasana nyaman dan indah seperti ini sudah pasti menjadi idaman Aayra sejak dulu lagi. Dia tersenyum bahagia dan melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan menyaksikan keindahan bumi ciptaan Allah S.W.T ini.

Pada sebelah petang pula, mereka berdua langsung dibawa menuju ke sebuah tempat yang diberi nama Seven Colour Earth. Apa yang menariknya di sini, ianya merupakan sebuah tempat yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Mengikut cerita Steve, tanah yang terbentuk di situ mempunyai 7 warna yang berlainan dan apabila ianya bergabung, maka terhasillah sebuah tanah yang terdiri dari pelbagai warna. Lebih menarik lagi, tanah - tanah ini langsung tidak akan terhakis walaupun bumi Mauritius dilanda hujan ribut tropika. Bunyinya agak pelik namun itulah keajaiban dan kekuasaan Allah. Jadi tidak hairanlah mengapa tempat ini sering menjadi tumpuan para pelancong kerana rata - ratanya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan panorama itu. Aayra dan Harraz juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar di situ. Sekurang - kurangnya ada juga kenangan mereka untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti.

****************************************

Penat berjalan seharian hari ini telah membuatkan Aayra langsung tertidur sebaik pulang ke hotel. Tubuhnya mula terasa lenguh - lenguh. Tanpa mempedulikan Harraz, Aayra terus sahaja melelapkan mata sambil berbaring di atas katil. Saat ini Harraz sedang asyik membersihkan dirinya di dalam bilik air. Cuaca yang panas dan terik itu membuatkan tubuhnya terasa melekit dek kebasahan peluh. Justeru itu sebaik tiba di bilik hotel mereka, Harraz pantas sahaja menuju ke kamar mandi lalu menyucikan diri.

Sebaik keluar dari bilik air, matanya tertancap ke arah susuk tubuh Aayra yang sedang terbaring keletihan di atas katil. Timbul perasaan simpati di hatinya. Manakan tidak. Seharian mereka berdua dibawa berjalan pada hari ini. Malah kepadatan jadual mereka untuk hari ini telah membuatkan Harraz dan Aayra perlu berkejaran ke sana ke sini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan. Inilah salah satu sebabnya mengapa Harraz tidak gemar menggunakan khidmat agensi perlancongan ketika datang melancong. Sejujurnya dia lebih gemar bergerak secara sendirian. Namun memandangkan ini merupkan kali pertama dia menjejakkan kaki di Mauritius, jadi terpaksalah dia mengupah agensi perlancongan untuk menguruskan segala jadual dan pergerakan mereka selama berada di sini.

Harraz mendekati tubuh isterinya. Rambut Aayra diusap lembut sebelum tangannya menyapa lembut bahu Aayra. Bahu isterinya itu digoyang perlahan bagi mengejutkan Aayra dari tidurnya. Beberapa kali bahu itu digoyangkan barulah Aayra membuka matanya lalu dia segera membetulkan kedudukannya menghadap Harraz. Wajah bersih lelaki itu ditatap dengan penuh mamai.

“Bangun sayang. Dah maghrib ni. Tak baik tidur waktu - waktu begini. Sayang mandi dulu, nanti kita solat berjemaah sama - sama ye? Abang tunggu." Ujar Harraz lembut.

Aayra memisat - misat matanya sebelum meraup wajahnya perlahan. Rambut yang dilepaskan mengurai sebentar tadi langsung diikat menjadi satu sebelum dia menurun dari birai katil. Sejujurnya matanya masih terasa mengantuk. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menyambung tidur. Namun Aayra cepat - cepat menampar pipinya. Dia tahu itu semua hanyalah bisikan syaitan. Sebelum dirinya tersasar, lebih baik dia cepat - cepat menyucikan diri. Harraz yang sejak tadi hanya memandang reaksi isterinya itu turut tertawa kecil melihat keletah Aayra. Adakalanya dia merasakan tingkah laku Aayra ini tidak ubah seperti kanak - kanak kecil. Lucu dan menghiburkan. Sebaik tubuh Aayra hilang dari pandangan matanya, Harraz segera menuju ke almari bagi mempersiapkan diri.

Setelah mengaminkan doa bersama - sama, Harraz berpaling ke arah Aayra. Tangan isterinya digapai lalu Aayra mencium tangannya penuh hormat. Kepaa Aayra dipegang tanda restu sebelum dahi isterinya dicium. Suasana begini sungguh tenang bagi Harraz. Apatah lagi setelah dia berjaya menjadi imam yang sah buat Aayra. Sejujurnya Harraz sangat bersyukur kerana dapat menikahi wanita sebaik Aayra. Bukan sahaja peilakunya terjaga bahkan akhlaknya juga turut terjaga. Betapa dia sangat berbangga dengan kejayaan kedua ibu bapa mertuanya dalam mendidik anak - anak mereka. Lihat sahaja diri Aayra. Sikap rendah dirinya itu masih kuat menjadi pegangan hidupnya walaupun dia sudah memiliki segala - galanya sebaik mereka berkahwin.

“Jauh abang menung. Ingatkan siapa tu?" Soal Aayra sebaik melipat telekungnya.

“Nak ingatkan siapa lagi? Mestilah ingatkan buah hati abang ni. Sayang nak tahu something tak?" Soal Harraz pula.

“Nak. Apa dia?" Soal Aayra tidak sabar.

Tubuh Harraz didekati lalu bahu suaminya dirangkul dari arah belakang. Namun ianya cuma hanya seketika sebelum Harraz menarik tangan Aayra lembut menghadapnya.

“Abang sebenarnya bangga dan respect dengan cara abah dan mama besarkan sayang dan abang Aayrel. Walaupun sederhana tapi penuh dengan adab. Abang harap suatu hari nanti abang pun dapat besarkan anak - anak kita sama macam abah dan mama lakukan. Seronok kan sayang?" Harraz mula meluahkan impiannya.

Aayra tersenyum manis. Hatinya berbunga - bunga saat mendengarkan Harraz melaungkan ayat 'anak - anak' sebentar tadi. Lengan suaminya dipaut lalu kepalanya direbahkan ke atas bahu Harraz.

“In Shaa Allah, abang. Sama - sama kita doakan yang terbaik untuk keluarga kita ye?" Balas Aayra bersama senyuman yang masih mekar di bibir.

“In Shaa Allah, amin. Takde apa yang abang harapkan lagi sayang melainkan dikurniakan seorang isteri yang baik macam sayang dan anak - anak yang soleh dan solehah. Tiba - tiba abang rasa macam tak sabar pula nak ada anak dengan sayang. Nampaknya abang kena 'berusaha' keras lagi ni." Usik Harraz nakal.

Aayra menjegilkan matanya lalu lengan Harraz dicubit manja. Akhirnya tawa mereka meletus sebelum tiba - tiba Aayra menarik tangan Harraz perlahan.

“Cakap soal anak, cuba abang rasa ni. Dah menendang - nendang 'baby' dalam perut ni minta daddy dia bawak dia pegi makan. Kesianlah mummy dia. Dari tadi tahan lapar tau." Ujar Aayra bersahaja.

Harraz tertawa. Sejujurnya dia masih belum dapat menangkap akan maksud kata; kata Aayra itu.

“Alololoooo, lapar eh? Ok!! Ok!! Pegi siap cepat. Lepas ni kita keluar makan." Balas Harraz.

Aayra akur. Dia tersenyum nakal kerana menyedari bahawa Harraz masih belum mengerti apa yang dia cuba sampaikan. Namun belum sempat kakinya melangkah pergi, Harraz tiba - tiba menarik bahunya kembali.

“Wait!! Wait sayang, wait! Apa yang sayang cakap tadi? Baby dalam perut dah menendang - nendang? Kejap!! Apa maksud sayang?" Soal Harraz mula menyedari akan maksud disebalik kata - kata Aayra itu.

Aayra tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya tersenyum. Wajah lembut Harraz ditatap dengan penuh rasa bahagia. Perlahan - lahan Aayra menganggukan kepalanya tanda mengiakan telahan suaminya.

“Allahuakhbar!! Betul ke ni sayang? Sayang pregnant? Since when? Kenapa abang baru tahu ni?" Harraz mula melonjak kegembiraan.

“Betul abang. Sayang tak tipu pun. Baru je lagi ni. Sayang pun baru je check tengah hari tadi. Abang ingat tak tadi sayang ada masuk satu farmasi lepas kita makan tengah hari tu? Kan sayang cakap dengan abang sayang nak pergi cari ubat standby takut - takut pening ke apa. Masa tu la sayang pegi beli alat pengesan kehamilan tu. Then sebelum naik cruise tadi kan sayang ada pegi toilet. Sayang teruslah check. Alhamdulillah result dia memang positive." Cerita Aayra panjang lebar.

Harraz memeluk Aayra erat. Dia terasa seperti mahu menjerit kegembiraan saat ini. Namun dia cuba mengawal. Pipi Aayra dicium bertalu - talu.

“Alhamdulillah, terima kasih sayang. Terima kasih Ya Allah. Esok pagi, kita pegi hospital checked ya?" Ujar Harraz.
Aayra mengangguk setuju lalu pelukan Harraz turut dibalas dengan penuh rasa bahagia. Semoga sinaran bahagia ini mampu kekal hingga ke akhirnya. Doa Aayra di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience