Epilog

Romance Completed 132664

Rumput halus yang menjalar dikuis dari tanah, lalu dicampak jauh dari situ. Sambil itu mulut terkumat-kamit membaca surah Al-fatihah buat insan yang dirindui.

Setelah menyelesakan duduk, sebuah buku kecil dikeluarkan dari poket baju melayu. Helaiannya diselak sehingga ke satu muka surat yang ingin dibaca.

Selesai menghadiahkan surah Yaasin, Hazim bercakap-cakap pula di tepi pusara itu. Hanya itu yang mampu dilakukan. Belum sempat dia merayakan Syawal ini dengan isteri yang tidak sampai setahun dikahwini.

"Ati apa khabar? Abang rindukan Ati... Selamat hari raya, sayang.. "

"Semalam abang pergi rumah Ati. Rumah tu, abang bercadang nak sewakan. Lagipun abang tak mampu nak duduk situ. Abang mesti akan teringatkan Ati..."

Setiap kali melangkah ke apartmen milik Hana, terbayang-bayang wajah kesayangannya itu. Layanan manja Hana, dan senyuman yang tidak pernah gagal mencuri hatinya. Semua itu kini tinggal kenangan. Terlalu rindu Hazim rasakan.

"Barang-barang Ati semua abang pindahkan ke rumah abang. Dapatlah abang lepaskan rindu."

Selain berkunjung ke situ, hanya gambar-gambar lama dia dan Hana menjadi pengubat rindu. Hazim masih bertatih belajar untuk redha akan pemergian Hana walaupun setelah beberapa bulan berlalu.

Hari makin gelap menandakan sebentar lagi akan hujan. Ada beberapa orang lain yang di sekitar situ juga sudah mula beransur mahu pergi.

Hazim bangun seraya mencapai kendi air yang dibawa bersama. Disiram air ke atas kubur itu sebanyak tiga kali.

"Nanti abang datang lagi. Assalamualaikum." ucap Hazim perlahan.

Baru Hazim hendak angkat punggung, ada satu suara sedang memanggil namanya.

"Assalamualaikum." ucap seseorang dari satu arah.

Hazim menoleh ke arah suara yang dikenali itu. Tiada riak, walaupun sejujurnya dia terkejut dengan kehadiran wanita itu ke mari.

.

Mona Ellisa berbaju kurung kapas hijau dan berselendang putih tunduk memandang jari sendiri. Ditebalkan muka untuk berjumpa dengan bekas suaminya setelah lama tidak bersua.

"Takziah. Maaf, i tahu i dah terlambat. I baru tahu pasal arwah." Mona membuka bicara setelah beberapa saat menyepi.

Hazim hanya mengangguk. Tiada apa yang mahu dia bicarakan. Sekadar memenuhi permintaan Mona untuk duduk berbincang sesuatu.

"Hazim.. I'm really sorry, atas apa yang berlaku dekat Hana.. Banyak salah i dengan dia. I tak tahu dia sakit." kali ini lebih bersungguh-sungguh Mona meminta maaf.

Masih tiada respon dari Hazim yang membatu sedari tadi. Mungkin Hazim sedang menahan marah.

"Lepas kejadian tu, i larikan diri pergi oversea. I was mad at everything. Kalau boleh i tak mahu ingat langsung pasal apa yang dah jadi. I tak sempat nak minta maaf dengan Hana." akui Mona.

"Benda dah lepas. I pun tak tahu yang selama ni dia sakit." suara Hazim yang tenang membelah kesunyian, sekali gus menyangkal andaian Mona bahawa lelaki itu marah terhadapnya.

"Kalau dia masih ada pun, i yakin dia akan maafkan you." Hazim ukir senyuman payah.

Hana mengajar dia erti memaafkan. Dengan memaafkan orang lain, hati akan lebih tenang.

"Hana.... Dia terlalu baik.." Hazim melempar pandangan kosong ke hadapannya, sedaya upaya menahan perasaan sebak yang bertandang.

"Betul apa yang you pernah cakap, i ni dayus. Even after all the things i did, dia masih maafkan i. Masih lagi nak terima i." luah Hazim.

"Hazim..."

"Sorry, Mona. Sebab sikap i sebelum ni, i abaikan you. And sebab tu jugak, i kehilangan Hana.. I'm not a good man, Mona." setitis air mata yang jatuh Hazim seka pantas.

Pilu segenap hati Mona mendengar pengakuan dari Hazim. Makin menggunung rasa bersalah terhadap Hana.

"But your love for her is sincere, Hazim. I yang jadi penghalang selama ni. Maafkan i. Maafkan segala kesalahan i terhadap arwah isteri you."

"I maafkan. You deserve someone better, Mona. I pun minta maaf."

"It's okay, Hazim. I'm so sorry for what happened." Mona melihat Hazim yang di hadapannya ini agak berbeza, egonya tidak melangit seperti dahulu.

"Can we still be friends?" tanya Hazim.

Tawa kecil terlepas dari bibir Mona. Perasaannya terhadap Hazim juga sudah pudar, jadi apa salahnya kalau mereka kekal bersahabat. Sudah lama dia akur bahawa antara dia dan Hazim, tidak ada jodoh.

"Of course. I akan selalu ada kalau you perlukan i. I could be a listener." tawar Mona.

Hazim angguk setuju. Itu sudah memadai. Hendak bermusuh pun, Mona pernah menjadi sebahagian dari hidupnya. Lagipun dia yakin, Mona kini sudah menemui pengganti.

"Thanks, Mona."

Bunyi deruan enjin sebuah kereta Toyota Vios putih mencelah. Mona segera angkat tangan ke arah kereta bercermin gelap itu. Hazim juga mencuri pandang ke arah yang sama.

"Anyway, Hazim. I ada sesuatu nak bagitahu." lambat-lambat Mona mahu membuka cerita.

"Just tell me."

"Lagi 3 minggu i akan kahwin."

"Alhamdulillah. I'm happy for you." ujar Hazim. Terkejut, namun Hazim lega mendengar khabar gembira itu dari Mona.

Mona ukir senyum kecil sambil mengeluarkan sekeping sampul surat dari dalam beg yang dibawa.

"Kalau you free nanti, datang lah." sampul dihulurkan berhati-hati ke arah Hazim.

"Inshaallah, kalau i free i datang. Apa-apa pun i doakan kebahagiaan you."

.
.
.

Selesai menilik kad kahwin milik Mona tadi, Hazim senyum sendiri. Turut berbahagia, nampaknya Mona sudah betul-betul move on. Dia bila lagi?

Enjin kereta dihidupkan. Hujan sudah mula membasahi bumi. Hazim melempar pandangan terakhir ke arah kubur sebelum kereta Audi nya meluncur pergi.

Berkumandang di radio Hitz.fm,  intro lagu Ghost of You nyanyian kumpulan 5 Seconds of Summer . Hazim lantas menguatkan volume radio.

Seakan kena dengan jiwanya yang rawan tatkala ini. Bait-bait lagu itu mengingatkan dia kembali kepada arwah isteri tercinta. Sambil memandu memasuki jalan raya utama, Hazim mengimbau kembali detik-detik bersama Hana.

"I janji akan setia dengan you, Hazim."

Hana pernah berjanji dengannya.

"I love you Hazim."

"But you left..." bisik Hazim.

Sedar akan ada air mata yang mengalir, Hazim tidak mengendahkannya malah terus sahaja dia menghambur tangisan semahunya.

"You promised me once, sayang. You promised that you will stay by my side..."

Hazim lemas. Lemas dalam rindu yang tak berpenghujung.

TAMAT

P/s: Terima kasih kepada semua readers. Sis hargai setiap vote dan komen, semua sis baca. Thanks sebab support cerita ni, maaf kalau ada kekurangan. Love u guys  ??????

Share this novel

Siti Raudhatun Nadiyah Jamaludin
2020-03-27 10:59:48 

sedihhh

Teh Zulyza
2019-12-10 22:17:45 

sedihhhhh

sariffah jakaria
2019-12-09 11:38:37 

terbaik... so sad..


NovelPlus Premium

The best ads free experience