Masing-masing terdiam di meja makan menjamah makanan sendiri. Farish dari tadi asyik pandang ke arah aku. Aku tahu dia ingin berborak dengan aku tapi di sebakan ada orang lain, dia terpaksa lupakannya.
Aku seperti buntu, sudah mati akal. Apa yang harus aku lakukan? Dari tadi pelbagai topik aku sudah ucapkan dengan mulutku ini, namu semuanya di balas sepatah-sepatah oleh mereka.
Aku rasa aku sudah 'gagal' ya, aku gagal. Aku mula rasa kecewa dengan diri aku. Aku terasa hampa, wajahku sepi tersenyum kelat. Aku bangun dari kerusi lalu meminta diri untuk ke tandas.
"Excuse, nak pergi toilet sekejap, boraklah dulu." Ucapku dengan wajah kosong menahan perasaan. Entah apa yang aku rasakan. Entah...
Farish Mikael mengangguk perlahan ke arah ku. Begitu juga Kak Siti. Aku terus meluru ke arah tandas dengan pantas.
Aku masuk ke dalam tandas lalu terus membasuh wajahku. Mataku juga mula merah menahan air mata ini daripada gugur ke pipi.
Aku bercelaru. Entah apa yang aku fikirkan. Aku keliru. Aku mahu Farish melepaskan aku tapi dalam masa yang sama, aku masih sayangkan dia. Aku tahu, dia takkan bahagia dengan aku sampai bila-bila. Cinta terlarang ini takkan ke mana.
Jangan kata hingga ke Jannah, hingga ke anak cucu pun belum tentu akan berlaku. Sudahlah, lupakan sahajalah kebahagian aku ini. Kebahagian Farish lebih penting.
Aku mengambil tisu lalu mengelap wajahku yang kini kelihatan lebih lembab dan segar.
Aku cuba tersenyum agar dapat lindungi segalanya perasaan ku ini.
Sebaik sahaja bebola mataku ini sudah melihat bayangan mereka berdua. Aku jadi tersentak seketika. Mataku membulat besar seakan tidak percaya. Adakah benar apa yang aku lihat ini?
Aku melihat mereka berdua bersembang dengan mesra sekali siap bergelak ketawa kuat. Adakah aku ber...bermimpi? Oh tidak. Ini semua benar.
Aku tersenyum nipis, aku... Aku terasa bahagia, Alhamdulillah, rancangan aku berjaya. Namun, dalam hati ku terasa sedikit duka. Tak apalah, aku rawat sendiri perasaan ini.
Aku mula melangkah pergi dari situ secara perlahan-lahan untuk memberikan mereka berdua ruang untuk lebih kenali antara satu sama lain. Aku tidak mahu menganggu kebahagian mereka ketika ini.
Perlahan-lahan aku keluar dari situ dan melepak di dalam kegelapan malam seorang diri di luar ditemani kedinginan malam hari...
Share this novel