15

Romance Completed 132660

Hazim tercegat di hadapan cermin bilik sambil menekan-nekan kekunci di telefon bimbitnya. Dari tadi panggilan dibuat tak berangkat. Siapa lagi kalau bukan kepada isteri tercinta.

Setelah putus asa, Hazim memandang susuk tubuh sendiri di cermin. Berbaju melayu putih dan bersampin. Sewajarnya Atilia Hana yang menjadi pasangannya di hari bersejarah ini.

Namun semangatnya bagai melayang pergi apabila teringatkan wanita yang bakal dinikahi langsung tiada tempat di hati.

"Zim. Semua dah tunggu kat bawah." suara Aqil menghentikan lamunan panjang Hazim.

Hazim mengangguk seraya berjalan ke muka pintu. Sudah tiba masa untuk berangkat ke majlis akad nikahnya yang kedua.

"Zim. Songkok?" tegur Aqil lagi apabila melihat kepala Hazim yang tidak beralas.

Hai lah pengantin terpaksa. Nampak sangat tak ready.

"Oh.." Hazim berpatah balik ke arah meja wardrobe dan mencapai songkok hitam yang sudah tersedia di situ.

Kacau benar fikirannya pagi itu.

.
.

Selesai akad nikah yang memaksa Hazim melafaz sebanyak tiga kali, kini tiba pula waktu untuk acara pembatalan air sembahyang.

Mona Ellisa yang sedari awal tadi tersenyum lebar dalam persalinan serba putih langsung tidak menjentik perasaan Hazim. Barangkali cuma jasadnya yang ada di situ, tetapi rohnya menerawang ke tempat lain.

"Smile, Hazim." bisik Mona di sebalik senyum paksa sambil tangannya dihulur untuk disarungkan cincin.

Panas hatinya melihat Hazim banyak mengelamun. Macam dia bernikah sorang-sorang.

Hazim tidak membalas tenungan serius dari Mona malah riak selamba yang ditayang. Hanya segarit senyum terlakar di hujung bibir saat jurugambar memberi arahan.

Rashed di suatu sudut mengeleng kepala perlahan melihat perangai acuh tak acuh Hazim. Hendak dimarah, Hazim sudah dewasa benar. Hanya Noor yang berdiri di sisinya menggosok-gosok bahu Rashed supaya lebih bertenang.

Meskipun riak wajah Hazim tidak terlalu jelas di pandangan khalayak ramai, orang yang terdekat pasti faham akan ketegangan situasi ketika itu. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan langsung tidak sekepala!

Sepanjang majlis persandingan juga tidak banyak reaksi ditunjukkan oleh Hazim. Sekadar senyum paksa yang dipamerkan kepada tetamu-tetamu yang datang. Sebolehnya dia mengelak daripada berlebih-lebihan sewaktu bersama Mona.

Dia pasti tindak tanduknya di hari itu menjadi perhatian ramai orang. Dan tidak mahu situasi itu dilihat oleh isteri yang seorang lagi.

"You don't make that face again after this, Hazim. I fucking hate it." Mona membuang pandang ke arah lain apabila mereka berdua masuk ke bilik hotel yang sudah ditempah khas.

Busana pengantin yang sarat memaksa dia untuk cepat-cepat menukar pakaian. Sudahlah kurang selesa. Suami pula buat hal!

"What am i suppose to do? fucking smile?" balas Hazim perlahan, kedengaran cukup sinis di telinga Mona.

"Senyum je la! Susah sangat ke?! You ni memang takda perasaan kan?" Mona naik berang mendengar jawapan Hazim. Terhenti tangannya yang baru sahaja menanggalkan crown di kepala.

"Whatever.. bukan aku yang nak semua ni Mona. Just so you know!" gumam Hazim tanpa perasaan.

Memang dia tidak berperasaan, lebih-lebih lagi apabila bersama Mona. Cepat sahaja dia mahu naik angin.
Laju Mona mengatur langkah mendekati Hazim yang sedang menanggalkan pakaian. Sedikit sebanyak rasa sabar dia menipis.

"Hei, nak atau tak you dah kahwin dengan i! Tolong jaga sikit air muka family i! Bukan ikut emosi you sorang je! Malu lah i nak hadap perangai tak matang you ni!" belakang bahu Hazim yang membelakanginya ditunjal perlahan.

"Jaga air muka? oh, kau ni ada perasaan malu jugak la ye? ingat muka tembok!"

"How dare you—" Mona sudah mengenggam sebelah penumbuk.

"Kau nak buat apa? Nak pukul aku? Pukul lah!" cabar Hazim yang jelas tidak peduli dengan perasaan Mona.

"Listen here, Mona. I can be nice to your family, but not you. Aku hormat mak ayah kau, sebab tu aku buat semua ni. So kau tak payah nak mengharap lebih-lebih sebab aku tak akan pernah suka kau. Ingat tu!"

"You akan menyesal, Hazim. Sebab i akan buat you cintakan i! I will, Hazim. You jangan cabar i!!" suara Mona meninggi.

Hazim yang sudah tidak berbaju meninggalkan Mona yang sedang menahan amarah terkulat-kulat sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air.

Mona menjengil ke arah bayangan Hazim yang menjauh. Hilang sahaja kelibat Hazim, Mona menjerit kegeraman sambil menghentak kaki. Mata sudah berair menahan marah.

Rosak mood dia hari ini. Semua gara-gara suami yang baru dinikahi. Bahagia bersuamikan lelaki idaman bertukar menjadi sakit hati apabila terkenangkan sikap dingin Hazim.

"You don't know what im capable of, Hazim. Bodoh!" kutuk Mona.

Selama ini dia tunjukkan sisi gedik, belum sisi jahatnya lagi.

.
.

Usai solat subuh, Hana tidak berganjak dari atas katil. Sengaja dia mematikan telefon bimbitnya dari semalam untuk mengelakkan sebarang gangguan. Dia tahu Hazim pasti akan buru-buru menghubunginya.

Pagi sabtu yang mendung itu ibarat selari dengan apa yang dia rasakan. Hendak menangis pun dia sudah tidak larat.

Tangan Hana terketar-ketar mencapai iphone di sisi meja katil. Setelah berkira-kira, akhirnya telefonnya dihidupkan kembali.

Alang-alang ingin tahu, biarlah dia teruskan dengan niatnya. Menyiksa diri namanya. Nafas ditarik berat sambil tangan menekan ikon terpapar di skrin iphone.

Tidak semena-mena, airmata Hana mengalir lagi sewaktu melihat siaran live upacara akad nikah Hazim dan Mona di akaun instagram milik Yusra. Kini dia sah bermadu dengan gadis itu.

Hana tetap berdegil mahu menyaksikan acara yang pastinya menyakitkan hatinya itu. Dia rindukan Hazim. Rindu waktu mereka diijabkabulkan begitu.

Melihat wajah sugul Hazim di skrin meruntunkan lagi jiwa Hana. Berbeza dengan reaksi Mona Ellisa di sudut satu lagi.

Pastinya Mona merupakan gadis paling bahagia saat ini. Sedangkan dia berduka atas kedegilan sendiri.

Akhirnya, Hana pendam sebak yang tak tertahan. Wajahnya ditekup ke atas bantal. Melepaskan jeritan batinnya di situ.

'Sakitnya, ya Tuhan...'

Ini juga jalan yang dia pilih. Dia sudah setuju dengan takdir ini. Ini baru permulaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience