TIGA BELAS : UTUSAN NERAKA

Mature Content Series 572

‘Kebakaran di Eden Black Club awal pagi tadi meragut nyawa beberapa VIP terkenal, termasuk artis dan tokoh perniagaan.
Satu-satunya mangsa yang terselamat, idola pop Strayz, kini kritikal dengan kesan melecur teruk dan kecederaan kejam — alat sulit mangsa turut dikerat.
Polis menemui pemacu USB mengandungi bukti eksploitasi wanita melibatkan pelanggan elit kelab itu.
Siasatan masih diteruskan.’
Nafas Nova terasa tersekat di kerongkong tika menonton berita yang ditayangkan dari skrin TV di stesen keretapi itu.
Bukan kerana berita itu menakutkannya — sebaliknya kerana dia ada di sana ketika perkara itu berlaku.
Jika ditanya kejadian hari itu kepadanya, dia hanya mampu berkata bahawa hari itu dia melihat syaitan dan neraka.
Dia takkan terlupa Strayz yang selama ini berjalan dengan megah, kelihatan menggigil biarpun tubuhnya tak mampu bergerak. Air mata jantannya meleleh menahan kesakitan dari luka tikaman di perutnya dan...
“Janganlah menangis.”
May mengesat air mata lelaki itu dengan kemaluan lelaki itu sendiri yang masih berdarah di tangannya.
“Villain takkan mati dengan mudah.”
Wajah Strayz dipenuhi darahnya sendiri ketika May mencampakkan kebanggaan lelaki itu ke ribanya.
Jujur, Nova selalu ingin membalas setiap kesakitan yang ditanggungnya selama 3 tahun ini. Mengharapkan lelaki itu mati. Ingin menyakitinya berkali-kali.
Namun apa yang berlaku... tidak pernah terlintas di fikirannya.
“Jom main sikit lagi. Kalau kau survived, aku lepaskan kau.”
Suara May bergema di udara, bersama senyuman ngeri di wajahnya.
Untuk sesaat, Nova merasakan dia sedang melihat syaitan dari neraka.
Strayz masih terkaku. Hanya anak matanya bergerak, mengikuti langkah May.
May mengambil botol champagne dari mini fridge dan memandikan Strayz dengannya. Kemudian, gadis itu mengambil beberapa lagi dan mula menuangkannya ke lantai — bermula dari kaki Strayz dan berjalan keluar dari bilik, meninggalkan aliran yang tidak terputus.
Nova takkan lupa betapa maraknya api ketika itu.
Saat May mencampakkan kemaluan semua VIP ke atas riba mereka yang sudah bermandikan alkohol... dan mencampakkan pemetik api milik Veno ke riba pemiliknya yang duduk paling tengah.
Nova seolah dapat mendengar jeritan mereka memenuhi ruangan — biarpun tiada di antara mereka mampu bersuara.
Tubuhnya menggigil hebat. Dia jatuh melutut ke lantai.
Tapi May melakukannya dengan senyuman — seolah sedang membintangi sebuah filem.
Strayz masih bermandikan darah bercampur alkohol yang mengalir sehingga ke ruangan ini.
Mata Nova dan Strayz bertaut seketika.
Lelaki itu seolah sedang meminta simpatinya.
Mata yang biasanya memandangnya tidak lebih dari sekadar appetizer yang harus diratah... kini memohon bantuan.
Ironik.
Nova sangka dia akan puas. Mungkin dia sedang puas.
Namun ketakutan lebih menguasainya.
Bukan pada Strayz — tapi pada May, yang sedang bermain dengan api yang mula membakar tubuh-tubuh kaku tak berdaya itu.
Dia masih ingat...
Kakinya seakan melekat ke tanah ketika api menjulang tinggi di hadapannya.
Dia menyangka hidupnya berakhir saat itu —
dia benar-benar menyangka.
Sehingga ada tangan yang menariknya keluar.
“Nova.”
Nova tersentak dari lamunan apabila ibunya yang berada di kerusi roda menarik lembut lengan bajunya.
Dia membalas pandangan ibunya dengan senyuman.
“Train kita dah sampai,” ibunya bersuara.
“Apa lagi yang aku kena buat lepas ni?”
Dia masih ingat soalan itu — yang dia lontarkan kepada May dari tingkap kereta ketika gadis itu menghantarnya kembali ke hospital.
Sepanjang perjalanan, May hanya diam.
Tingkap terbuka.
Nova takut untuk lari — setelah apa yang disaksikannya tadi.
May memandangnya dengan wajah bosan.
“Kenapa tanya aku?”
“Aku kan...”
Mainan kau.
Nova tak mampu menyambung.
“Kau membosankan aku.”
May mencampakkan sehelai kertas berlipat kepadanya sebelum memandu pergi — tanpa sebarang penjelasan.
Nova melihat kepulan gas keluar dari tingkap kereta May — sedikit gelap berbanding yang dikenakan kepada Strayz.
Tubuhnya menggeletar.
Membayangkan gas itu sebenarnya disediakan untuknya.
Nova terus memandang belakang kereta itu sehingga ia menghilang dari pandangan.
Baru dia melutut, mengambil kertas yang dicampakkan May tadi.
Kertas mengenai maklumat dirinya sebagai pekerja di Eden Black.
Kertas yang menyatakan dia telah berhenti kerja selama 3 tahun.
Wang rawatan ibunya ditanggung sendiri oleh Veno atas dasar simpati.
Kelab itu memang hebat menghapuskan jejak semua mangsa dengannya.
Dan kini, hubungannya dengan kejadian itu... telah terputus sama sekali.
“Nova.”
Sekali lagi, suara ibunya memanggil.
“Jom pergi,” Nova bersuara.
Dia menolak kerusi roda ibunya ke arah salah satu gerabak kereta api.
Bersedia untuk meninggalkan bandar penuh kepahitan dan dosa ini.
Dan memulakan hidup baru.
Kini, hanya tinggal Nova dan ibunya.
****

“Kereta si Sazzy tu dah dipulangkan balik.” Helena dapat mendengar jelas suara ibunya bergosip dengan ayahnya. Kemarin heboh tentang kehilangan kereta milik anak jiran mereka di bandar tempat dia tinggal sebelum ini. Dan hari ini, dengarnya kereta itu telah dipulangkan kembali di tempatnya. Seperti tiada yang pernah mencurinya.
Tapi, Helena tidak peduli tentang gosip itu. Yang dia risaukan adalah ibunya yang jelas telah kehilangan tempat begosip sejak 2 bulan yang lalu. Sejak dia melaporkan Strayz. Hanya dalam sekelip mata dia dan keluarganya kehilangan segalanya. Hanya kerana lelaki itu idola dan dia orang biasa.
Mereka lebih berpihak kepada orang yang mereka hanya lihat di TV berbanding orang yang mereka telah lihat membesar di hadapan mereka. Orang yang telah ketawa dan menangis bersama mereka. Orang yang telah berpenat lelah dan berdarah bersama mereka.
Hanya yang terkenal dan kaya saja yang layak bersuara. Jika dia bersuara cuba mendapatkan keadilan, dia akan dibalas dengan kejamnya.
Biarpun dia masih ada ibu bapa yang menyokong dan mempercayainya. Melihat mereka tersenyum dan memberi semangat kepadanya setiap hari hanya mengingatkannya bahawa dia penyebab kedua orang tuanya dipulaukan oleh orang kampung. Dia lebih baik tidak wujud lagi di dunia.
Dia memandang pisau yang dirapatkan ke pergelangan tangannya yang masih belum berbekas. Dia sudah cuba berkali-kali untuk mengambil nyawanya. Untuk membiarkan ibu bapanya mendapat kehidupan yang lebih baik tanpa anak sepertinya. Namun setiap kali dia mencuba, suara itu akan kembali menghalangnya.
“Kenapa bukan dia?”pisau itu dijauhkan semula setiap kali dia terkenang suara di rooftop itu.
Dia masih ingat mata yang memandangnya tanpa simpati namun soalan itu telah berkali-kali menyelamatkan nyawanya.
“Lene.”pisau di tangannya diletakkan kembali ke atas meja sebelum dia menyahut ibunya.
“Ya, ma.” Helena bangun dari katil dan keluar ke ruang tamu arah suara ibunya muncul.
Langkah kakinya terhenti apabila melihat ruang tamu rumahnya dibanjiri orang-orang yang pernah memalingkan belakang mereka kepadanya.
Dan di skrin TV yang terbuka dia dapat melihat tajuk berita “KEJAHATAN STRAYZ TERBONGKAR”
“Kenapa bukan dia?”suara itu terngiang lagi di telinganya.
Kini ia tidak kedengaran seperti satu soalan sebaliknya sebuah janji.
****
‘ Satu-satunya mangsa yang terselamat, idola pop Strayz, kini kritikal dengan kesan melecur teruk dan kecederaan kejam — alat sulit mangsa turut dikerat.’
May ketawa kecil ketika mendengar berita itu.
“Villain memang umur panjang, kan?” May bersuara sendiri.
Harinya kelihatan cerah untuk pertama kali dalam tempoh yang sangat lama — senyumannya ikhlas, matanya bercahaya.
Zack muncul di sisinya menyapanya seperti biasa.
“Happy nampak.”
May memandang bosan ke arah Zack sebelum menuangkan jus oren ke gelasnya. Dia cuba menyembunyikan rasa namun keterujaannya jelas apabila dia berbicara kepada kembarnya itu.
“Of course. Kau tak tengok aku semalam? Aku cool gila. Rasa macam Harley Quinn dalam Suicide Squad’.”
“Tapi kau tak boleh gembira.”
Kata-kata Zack membuatkan May mengangkat wajahnya.
“Kau bunuh aku, May.” Senyuman May serta-merta menghilang. Dia melangkah ke belakang apabila wajah Zack kini berlumuran darah.
“Kau tahu tu bukan aku, May. Aku takkan pernah cakap macam tu.”
May berpaling ke tepi ke arah suara lagi satu menyapa — kini ada dua Zack.
Satu berlumuran darah.
Satu seperti Zack yang dia kenal.
May ketawa hambar. Kedua-duanya menghilang serentak.
“Of course kau takkan cakap macam tu... sebab dia cuma ilusi.” Dia bersuara perlahan setelah tawanya bersisa.
“Dan kau pun…”
May terdiam seketika sebelum menyambung.
“Tapi aku takkan gembira, Zack. Aku takkan pernah gembira. Kau akan tengok kembar kau menderita... sampai aku mati.”
Bayangan Zack muncul semula menatapnya dengan penuh sesalan
“Dan tempoh tu… Akan sangat panjang.”
May membalas kembali tatapan kembarnya. Dan bersuara penuh dendam.
"...sebab kau yang tinggalkan aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience