BAB 6

Drama Completed 373

Malam tu, tepat pukul 12 malam...dua jam selepas pemergian ma..Ma pulang ke rumah,,tapi hanya tubuh badan Ma yang pulang kerumah, rohnya sudah di panggil Ilahi. benar kata-kata Ma, Ma akan pulang ke rumah..Aku melihat sahaja Van jenazah Hospital Kota Bharu memasuki perkarangan rumahku, membawa masuk mayat ma yang diselimuti dengan kain batik. Aku berjalan di iringi Maksu dan kakak-kakaku ke tempat Ma di letakkan. Kami berjalan sambil memimpin satu sama lain..Walaupun terasa ingin pengsan, aku kuatkan hati. Kami mengelilingi ma, Aku membacakan Surah Yassin kepada Ma. Aku tidak tahu berapa kali aku mengulangnya. Cuma yang aku tahu, aku terjaga bila aku sudah berada di dalam bilik. Mungkin semasa mengaji Al-Quran tadi, aku telah jatuh pengsan. Entah, aku tidak mampu mengingatinya. Aku tersedar melihat Chek Long, kakak ku yang Sulong tidur di sebelah ku. Kesin Chik Long, dia cuma mengetahui keadaan Ma yang telah pergi menghadap Ilahi. Bukan kami tidak mahu memberitahunya, tapi kami bimbang pembelajaran dia di universiti terjejas. Mungkin Chek Long dapat tahu bila Mak saudaraku mengambilnya di kolej malam tadi.

Ma, Rita sayangkan Ma..Rita tahu Ma sayang kan Rita dan yang lain-lain jua. Rita terlampau rindukan Ma..Hidup Rita tiada seri tanpa Ma. tiada lagi orang yang akan memarahi Rita lagi. Aku menangis tersedu sedan lagi malam itu. sambil menatap wajah ma yang pucat dan di selimuti kain putih itu...

"Rita ..." bahuku di tepuk. Aku terkejut. Lantas segala episod lalu hilang dari pandangan ku. Dunia realiti berada di depanku. Gelak ketawa kanak-kanak kembali memenuhi suasana hiba tadi. Aku tersenyum memangdang Chik Long. Lama betul aku mengelamun. Aku menyapu air mata yang bersisa.

Aku rindukan Ma...AKu rindukan kasih sayang Ma, belaian Ma, ciuman Ma....Ma, Rita rindukan Ma...Rita ingin bersama Ma...Ya Allah, Kau tempatkan lah Ibuku di antara orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga rohnya tenang di sana. Amin ya Rabbal Al-amin.Al-fatihah buat Ma. Setiap tahun selepas kematian Ma, aku tidak mampu nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ma lagi, aku cuma mampu bisikkan pada angin sahaja. Kepada sesiapa yang masih mempunya ibu, sayangilah ibumu kerana ibu hanya satu, tiada dua atau tiga. dan tiada sesiapa dapat mengantikan tempat ma.

Bahuku di tepuk..aku tersedar daripada episod lalu. Aku tersenyum memandang kakak ku. Aku mengelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience