Nia Calissa melangkah longlai menuju ke beranda.
Nafasnya terasa sesak dan dadanya semakin sebak.
Dia duduk menatap langit malam yang hitam pekat itu dan hanya di temani bintang bintang yang berkerlipan.
Dia mendonggak ke atas menatap dan membiarkan airmatanya gugur jatuh satu persatu membasahi pipi gebunya.
Perlahan pada mulanya tetapi semakin laju dan isakannya semakin kuat dan kuat lagi.
Sehingga nafasnya semakin terasa sakit dan dadanya terasa pedih.
"kenapa aku harus terima kekalahan ini,kenapa? kenapa?!! dia menjerit sendiri di batinnya kerana tidak mampu untuk dia luahkan kepada siapa kesakitan yang dia tanggung kini.
Kenapa harus dia rasa sakit andai lelaki yang mengahwini dia tiga bulan yang lalu akan berlalu pergi sedangkan pernikahan antara dia dengan lelaki itu bukan atas dasar cinta.
Mungkin kerana hanya sakit ini yang dia rasa kerana dia tersalah jatuh cinta pada lelaki yang tidak pernah punya perasaan padanya.
Pernikahan mereka hanya kerana urusan perniagaan dan pernikahan mereka juga adalah kerana berlandaskan itu tanpa ada rasa cinta antara,mereka.
Namun kini kedua orang tuanya sudah pergi meninggalkan dia sendiri ,selepas perkahwinannya menginjak dua bulan dan sebulan yang lalu orang tua Nia kembali ke rahmatullah kerana kecelakaan jalan raya selepas pulang dalam urusan perniagaan.
Maka kini dia sendiri melayari bahtera rumahtangga bersama seorang suami yang tidak ada cinta terhadapnya.
Suami yang hanya pada kertas semata.
Tetapi hanya dia yang mencintai lelaki yang bergelar suami yang tidak pernah menyentuhnya sama sekali selayaknya dia sebagai isteri.
Dia terpaksa akur dengan mainan takdir untuknya di saat dia benar memerlukan kasih dan sayang orang tuanya dia terpaksa menghadapi semuanya sendiri.
Usianya baru menginjak 20 tahun tetapi terpaksa melalui liku liku yang penuh onak dan duri hanya kerana satu keyakinan yang ada dalam dirinya iaitu bahawa ada lagi insan yang lebih susah jalan hidupnya berbanding dia.
Hanya itu lah menjadi penguat untuk dia teruskan hidup bertaut di ranting harapan yang kian dia rasa terlalu rapuh.
Untuk hidup dengan lelaki yang bernama Darin Ashraff bukanlah semudah ucapan semata,ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal.
Nia terus menangis sendirian di beranda tanpa menyedari ada mata yang memerhatinya.
"kenapa begitu sadis nasibmu puan" gumam Andi selaku pembantu peribadi Darin Ashraff.
Selepas puas melihat puan mudanya itu menangis sampai terisak isak sendirian dia melangkah pergi takut nanti akan dicurigai oleh majikannya.
Daun pintu yang sedikit terbuka tadi ditarik agar tertutup sepenuhnya.
Nia Calissa beralih ke katilnya selepas puas sudah menangis dan airmata pun kering dengan sendiri.
Kenapa tangisan itu pecah malam ini....
"mama,papa....Ash akan menikah lagi..." ujar Darin tenang.
Nia yang baru sahaja keluar dari pintu dapur membawa dulang berisi air terkejut dan dulang yang dibawanya itu terjatuh terhempas ke bawah menyebabkan isi di dalam dulang jatuh dan pecah di lantai.
Jadi benarlah dengan lamaran yang dibuat oleh suaminya pada perempuan yang sebaya dengan suaminya itu adalah benar.
Sudah jelas tersebar di media sosial makanya ada lagi kah yang bisa di tutup.
"bibik...angkat semua!! arah Puan Sri Dahlia pada beberapa pelayan agar membersihkan jatuhan gelas tadi.
Puan Sri bangun mendapatkan menantunya Nia yang masih terkaku di situ tanpa bergerak terkejut dengan perkataan suaminya tadi
Nia berjalan tanpa ada rasa duduk di sebelah mertuanya yang cuba menenangkan.
Tiada setitik airmata pun yang tumpah di pipinya tetapi hanya hatinya sahaja yang dicarik carik pedih mendengar ucapan tadi.
Sudah tiga bulan dia menikah tanpa disentuh dan kini suaminya itu akan mengahwini pula dengan perempuan lain.
"kau sedar apa yang kau kata ni Ash?" soal Tan Sri Darwin tegas.
Dia sendiri habis fikir dengan perangai keras kepala dan dingin anaknya itu.
Nia hanya,menunduk menekur lantai,meramas jari jemarinya menahan seksa di hati.
Dia masih tenang tanpa reaksi.
Seketika dia menyedut dan menghembuskan nafasnya dalam dalam untuk mencari keselesaan untuk memulakan bicara.
"saya setuju pa" ujarnya perlahan namun didengari oleh enam mata dan enam telinga itu.
Nia gagahkan diri mengangkat mukanya yang dari tadi tertunduk menahan hiba dan tangis di hatinya.
"kerana abang Darin tak pernah cintakan Calis...Calis tak kisah andai dia berkahwin dengan perempuan yang dia cintai...dia mampu" dengan susah payah dia berucap dan menatap tajam ke arah suami yang dia cintai itu dan kembali dia beralih pandangan pada bapa mertuanya yang kelihatan kecewa dan kesal.
Mungkin bukan itu yang diharapkan oleh mereka,mungkin mereka ingin Nia membantah selayaknya isteri.
"Calis pun berikan keizinan", hanya Darin memanggilnya dengan nama itu Calis dan hanya dia yang memanggilnya Darin,itu cukup jelas ada keserasian di situ,tetapi tiada dalam perhubungan mereka,mereka ibarat langit dan bumi bukan berbeza taraf tetapi berbezanya dalam perhubungan mereka.
"kau berdua baru tiga bulan nikah...sekarang kau carikan madu untuk isterimu ?" Tan Sri terus membentak marah.
Nia tahu hubungan antara suaminya dengan mertuanya tidak pernah sehaluan.
Mereka tidak sebulu dalam segala jenis apa pun,tetapi mereka adalah lelaki yang dua dua sama terpengaruhnya.
Kaya raya,tampan seadanya tetapi kedua duanya dingin.
"isteri mana sanggup berkongsi kasih Ash...baru tiga bulan kau kahwin dengan Nia..." belum habis Puan Sri habiskan kata Darin memotong.
"Ash tak cintakan dia dan pernikahan kami bukan kerelaan" Nia menghela nafas panjang menahan sekali lagi sebak di dada.
"benar pa,ma,berilah peluang untuk abang menjalani hidupnya sendiri...bagi Calis cukuplah mama dan papa yang selalu ada untuk diri ini",Nia cuba menenangkan suasana yang keruh itu agar ucapannya tadi boleh menyakinkan semua orang di depannya yang dia rela dimadukan walau hakikatnya hatinya hancur remuk ketika ucapan yang baru dia lontarkan sebentar tadi.
Darin Ashraff memandang Nia Calissa yang sudah tiga bulan dia nikahi,mungkin tidak percaya dengan apa yang dia dengarkan dari mulut perempuan yang bergelar isterinya itu.
hahah...kelakar isteri,isteri yang tidak pernah dia sentuh sekalipun.
Nia menunduk kembali ke lantai bila anak matanya bertemu menatap mata Darin.
Bukan dia tidak mahu terus menatap tetapi dia tidak mahu terus berharap ,biarlah cinta yang dia rasai kini terpendam sendiri di lubuk hatinya.
Walau hatinya pedih dan terlalu sakit ketika ini.
Nia bangun berlalu pergi meninggalkan lelaki keras kepala dan dingin itu dengan perasaan hampa dan terluka.
"papa,mama ,Calis naik dulu..esok ada kelas pagi" ujarnya dan menoleh ke arah Darin yang mendonggak memandang ke arahnya.
'abang....Calis naik dulu...selamat malam" dia tidak pernah lupa hormat pada orang tua Darin menyalami mereka dan juga menghulurkan tangan menyalami suaminya.
Walau pun salamnya tidak bersambut tapi dia tetap mencuba agar malam ini tangannya itu disambut.
Darin menghulurkan tangan Nia dan membiarkan isterinya itu mengucup lembut tangannya dan dapat dia rasakan kehangatan bibir munggil Nia .
Nia Calissa mengukir senyum kerana pertama kali huluran tangannya disambut dan dia dapat mengucup juga tangan suaminya itu.
Mungkin terpaksa atau sebaliknya sudah cukup membuatkan dia terasa satu detik kebahagiaan.
Dia berlalu pergi dan enam mata itu hanya memandang ke arah figura itu berlalu.
"papa,Ash pergi dulu..",Darin turut bangun ingin menyusuli Nia tetapi sempat dihalang oleh Puan Sri Dahlia.
''biarkan Nia sendiri,mama tahu dia terluka...", Darin menyatukan pandangannya ke arah ibu tirinya itu.
Dia mengangguk faham,walau apa yang dirasakan oleh perempuan yang bergelar isterinya itu,dia tetap nekad akan menikah jua dengan Syakila.
Tan Sri yang dari tadi merasa marah dengan tingkah anaknya hanya mampu diam .
Mungkin dia juga terpaksa akur dengan semua kelakuan anaknya itu.
........
..........
"Nia..tak sarapan dulu", tegur Dahlia bila nampak menantunya itu terburu buru keluar tanpa menyentuh makanan yang berada di meja.
Semalaman dia menangis dan terlena tanpa sedar.
"mama,pama,sorry Caliss dah lewat ni..takut tak sempat masuk kelas pertama" ujarnya sambil tangannya menyarungkan kasut di kakinya.
"mama,papa bye" sempat dia menyalami keduanya,itulah rutin hariannya tidak pernah lupa amanat yang disampaikan padanya dari kedua orang tuanya.
Selalu hormat orang tuan walau apa keadaannya.
Kini kedua mertuanya itu telah dia anggap ibubapanya sendiri.
Dia melangkah laju menuju ke kereta yabg sudah pun ditunggu oleh pemandu.
"biar abang hantar ", dia sedikit terkejut dan menoleh ke arah suara di belakangnya.
Dia ingat semalam suaminya itu tidak akan bermalam di sini kerana tidak akan sekalipun lelaki itu akan berada lama di situ apatah lagi bermalam.
"tak apa Calis boleh pergi sendiri" dia cuba menghindar agar perasaan yang malam tadi akan menyinggah kembali.
Tanpa jawapan tangannya telah ditarik masuk ke arah Lamborghini milik suaminya.
Terpaksa dia mengikut langkah dengan laju agar dia tidak jatuh tersungkur
"masuk",arah Darin lembut.
Nia terpaksa akur dan pintu di tutup.
Darin masuk dan memasang tali pinggang.
Nia masih terdiam kaku di samping dan debaran jantungnya berdegup kuat.
Kereta Darin keluar dari perkarangan mansion milik keluarga mertuanya
Suasana di dalam kereta tetap sunyi hanya kedengaran muzik di corong radio.
"thanks", terucap perkataan di bibir Darin.
Nia yang dari tadi terdiam menoleh melihat ke arah Darin yang sedang memandu.
"untuk apa" Nia membalas .
" kerana menyokong abang semalam"
"Calis tak mampu nak halang abang...abang ada hak dan mampu", entah lahir dari mana kekuatan itu untuk dia suarakan semua itu,mungkin kerana dia sudah lelah untuk menjadi wanita,lemah di pandangan lelaki.
Suasana kembali hening,mereka kembali diam sampai ke perkarangan kampus.
Kereta Darin berhenti.
"balik jam berapa",
deg!! sekali lagi jantungnya berdegup kencang dengan pertanyaan itu,kerana itu adalah yang pertama sejak tiga bulan yang lalu.
Darin tidak pernah hiraukan dia selama ini,apatah ingin bertanya sebegitu,ke mana dia melangkah,bila dia balik,dah makan atau belum tidak pernah dia dipedulikan,tetapi hari ini di dia ajukan soalan itu.
Nia menoleh sebelum pintu kereta dibuka.
Nia menguntum senyum sebelum membuka mulut untuk bicara.
"jam 4.. tapi tak apa Caliss balik sendiri" entah betul jawapannya,dia tidak mahu terlalu berharap,agar perasaan mengharap itu akan perlahan hapus dari kotak fikirannya.
"tunggu abang jemput...ada hal abang nak cakap" redup pandangan Darin menyapa mata cantik isteri nya.
Entah mengapa baru hari ini dia sedar yang Nia Calissa itu memiliki mata bundar yang cantik dengan bulu mata melentik serta alis mata lebat hitam dan terletak elok sempurna di wajah putih gebu dan mulus itu.
Kenapa hari ini baru dia perasan pesona wanita di depannya itu.
Senyuman yang dipamerkan memukau segera dia beralih pandangan ke jalan.
"ok...Caliss tunggu.." tangan nya dihulur dan disambut baik oleh Darin.
Nia keluar meninggalkan Darin yang masih lagi memerhati langkahnya.
Nia pergi tanpa menoleh apabila sudah ditegur oleh teman baiknya Mira.
Darin pun berlalu pergi bila perasan teman baik isterinya seolah menoleh ke arahnya.
"hai darling...hari ini your handsome hantar,ada apa apa ker?", sapa Mira galak.
"memang pun..dia minta izin aku nikah lagi" ujar Nia selamba sambil mengatur langkah menuju dewan kuliah.
"really? so you setuju?"
Nia hanya mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan Mira yang terlopong mengangga terkejut dengan jawapan dari teman baiknya itu.
"wei,tutup mulut tu,nanti masuk lalat" segera mulutnya ditutup dan berlari anak mendapatkan Nia yang sudah pun sampai di pintu dewan kuliah.
"wei kau biar betul..kau rela dimadukan hanya selepas tiga bulan nikah?" soal Mira berbisik kerana tidak ramai yang tahu status pernikahan Nia dan Darin.
"biarlah..itu hak dia..kekasih dia,insan yang ada tempat di hatinya"
Mira terkedu dan diam dengan kata kata dari kawannya itu.
"sanggup kau lepaskan dia pada orang lain"
"aku tak lepaskan aku hanya berikan dia apa yang dia nak"
"tapi kau cintakan dia"
"cinta tak semestinya memiliki,cukuplah aku lihat dia bahagia.."
"walau hakikatnya hati kau terluka?"
Nia hanya mampu mengukir senyum paksa ,dia tahu bagaimana nak sembunyikan luka hatinya.
"a..a.." belum sempat Mira nak menghabiskan kata pensyarah sudah masuk ke dewan.
Mira mendengus tidak berpuashati.
Share this novel