BAB 9

Horror & Thriller Completed 1513

“Qaisara … I kena pergi attend meeting kat Kuala Selangor kejap lagi. Bibik akan temankan you. Iskandar pun ada. Tolong jangan buat sesuatu yang bodoh sepanjang I tak ada. I pergi tak lama. Malam ni jugak I balik…” Adi memeluk Qaisara. Hatinya berat untuk meninggalkan isterinya di rumah. Namun tuntutan kerja perlu juga dia utamakan.

“Adi jangan tinggal I sorang-sorang…” rayu Qaisara. Dia takut kalau ditinggal suaminya. Ugutan yang diterima mungkin bakal jadi kenyataan. Nyawa dia dalam bahaya. Apatah lagi dengan Iskandar. Dalam kepalanya hanya terbayang Iskandar yang selalau tersenyum sinis kepadanya.

“Bibik ada nak temankan you… I pun dah arahkan Iskandar tidur sini malam ni.”

“Kenapa Iskandar. I rasa dia punca semua ni… dia yang…”

“Stop it Qaisara … I dah mintak Inspektor Bakar siasat. Lagu dengan tulisan tu hanya perasaan you aje. Kan I dah pesan jangan ikutkan sangat perasaan tu. Lepas habis meeting I terus balik. I akan bawak you jumpa psychiatric …” Adi mengusap pipi Qaisara yang dibasahi air mata.

“I tak gila Adi… Kenapa kena jumpa psychiatric… I tak gila…” ujar Qaisara perlahan. Adakah dia sudah gila. Adi suaminya sendiri anggap dia gila.

“I tak cakap you gila… you perlukan pertolongan Qaisara. Please Qaisara …”rayu Adi.

Qaisara angguk. Dia sayangkan Adi. Dia tak mahu Adi turut tertekan dengan masalahnya. Dia akan turut semua kemahuan suaminya.

“Tapi jangan tinggal I malam ni. I takutlah…” Qaisara merengek. Memang dia takut. Takut dengan ugutan yang dia terima siang tadi.

“Please sayang jangan macam ni. Meeting ni penting sangat…”

“Okey…” Qaisara membalas pelukan Adi. Dia tak boleh pentingkan diri. Dia harus kuat untuk suaminya.

‘Walau hanya sederhana…tetapi tak mengapa…moga dapat membangkitkan…sedarlah wahai insan…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience