BAB 10

Romance Completed 497

“ Saya tak tahu awak suka makan apa, so saya beli apa yang saya suka makan. Taste saya pun boleh tahan.” Syairi sengih. “Double cheese burger.” ujar Syairi sambil tersenyum.

Azalea mengeluarkan burger dari beg kertas. Burger yang masih berbalut itu dipusing-pusing 360 darjah.

“ Nak makan dalam kereta je ke?” Syairi menyoal dengan hati tertanya-tanya bila melihat Azalea yang bagaikan tidak pernah melihat burger.

Azalea mengangguk. Kertas balutan burger dibuka. Ohh memang sebijik sama macam yang dia selalu tengok dalam iklan. Tak sangka dapat makan ni hari ni.

“ Awak suka?” Syairi tidak dapat meneka samaada Azalea suka atau tidak dengan makanan yang dibeli itu.

Azalea mengangguk lagi. “ Saya selalu tengok ni dalam iklan kat tv.”

“ Tengok je? Makan?”

Azalea menggeleng perlahan. Malu pun ada nak mengaku, tapi itulah sebetulnya.

Syairi tersenyum pahit. Terbit rasa simpati dalam dirinya. Tinggal dalam rumah mewah tapi tidak pernah makan double cheese burger McDonald. Sungguh. Ini kali pertama Syairi mendengarnya. Padanlah dari tadi muka macam tak percaya je tengok burger tu. Rasa sedih tiba-tiba bila melihat Azalea. Macam mana agaknya hidup gadis itu sebenarnya?

“ Sedap tau.” Syairi mengalih beg kertas yang masih berisi french fries dan juga burger BigMac dari riba Azalea dan diletakkan ke tempat duduk belakang. “ Kejap ya, saya letak sos. Awak tahan pedas tak?”

“ Saya makan apa-apa je.”

Syairi tersenyum mendengar jawapan Azalea yang selamba. Roti bahagian atas burger di alih. Sepaket sos cili dibuka. “ Kalau saya, saya tak makan benda hijau tu.”

“ Kenapa?” Azalea hanya menjadi pemerhati Syairi mengerjakan burger di atas ribanya.

“ Tak sedap.”

“ Saya pun tak nak lah.”

Syairi tertawa kecil lantas mengalih pickles dengan tangan kiri. Kemudian barulah dia memicit sos ke atas kepingan keju yang menimpa kepingan daging. Roti diletak balik ke tempat asal.

“ Makan.”

Azalea terus mengambil burger dan menggigit double cheese burger pertamanya. Selepas itu dia mengangguk. “ Sedap.”

“ Kalau awak nak lagi, awak bagitau saya. Nanti saya pergi beli..” Syairi belum menyentuh makanannya, dia jadi leka melihat Azalea yang nampak sangat berselera. “ Awak berapa umur?”

“ 20.” Azalea hanya menjawab selepas habis mengunyah.

Syairi mengangguk. Muda empat tahun dari dia. “ Saya 24.”

“ Ohh..”

“ Tak sambung belajar?”

Kunyahan Azalea terhenti sejenak bila mendengar soalan Syairi. Ya, dia tahu, umur macam dia memang sepatutnya sedang sibuk menyambung pelajaran, sibuk menimba ilmu. Tapi bukan dia.

Azalea hanya menggeleng kemudiannya. Sedih bila dia tidak dibenarkan menyambung pelajaran. Dia hanya dibiarkan terperap di rumah dan menjadi orang gaji kat rumah agam tersebut. Kalau ada masa terluang macam sekarang ni, memang dia akan keluar dari rumah. Sebab nak lapangkan hati.Walaupun seketika.

“ Sorry kalau saya tanya benda yang tak patut.” Syairi senyum serba salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience