Bab 61 Flashback Sukan Sekolah

Romance Completed 279517

2 minggu kemudian...

Anis Umairah duduk menyandar di kerusi dalam biliknya, kemudian dia melihat setiap karya yang terhasil dari coretannya tadi. Dia tak habis fikir dengan rakannya Syifa dan Nur Aqilah, tak puas hati dengan dirinya. Anis Umairah teringat lagi masa Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, Cikgu Farah cuba mengambil markah untuk setiap murid tingkatan 5. Mereka di gabungkan kelas dengan tingkatan 5 akaun, iaitu kelas Nur Aqilah dan Syifa.

Hari itu, Anis Umairah terkecuali daripada mengikuti permainan di padang kerana di beri pengecualian oleh Cikgu Farah atas permintaan Adib Umair, itu pun tanpa pengetahuan Anis Umairah.

"Baiklah murid-murid semua sudah tukar pakaian untuk bersukan ke?" Tanya Cikgu Farah dengan suara tegasnya.

"Sudah Cikgu!!" Sahut para pelajar yang telah mengambil 4 barisan lurus ke belakang.

"Baiklah, sekarang Cikgu nak ambil kedatangan murid-murid semua, sila angkat tangan dan kata hadir ya... Harap murid-murid semua beri kerjasama sepenuhnya pada Cikgu." Ucap Cikgu Farah dengan nada tegas. Semua pelajar tingkatan 5 tahu akan ketegasan dan kewibawaan Cikgu Farah ketika mengajar dan mengendalikan kelas. Walaupun dia adalah seorang guru perempuan, namun dia amat di segani oleh para pelajarnya.

"Cikgu mulakan dari kelas 5 Sains, kemudian diikuti dengan kelas 5 Akaun." Setelah itu, Cikgu Farah menyebut seorang demi seorang nama pelajar.

"Amirah Hamid."

"Hadir Cikgu."

"Alisa Taufiq.

"Hadir Cikgu."

"Anis Umairah Muhaimin."

"Hadir Cikgu."

"Amirul Abdillah.

"Hadir Cikgu."

Cikgu Farah mengambil kehadiran semua pelajar sehingga selesai, kemudian mengarahkan mengambil peralatan permainan.

"Baiklah, alhamdulillah semua pelajar tingkatan 5 Sains dan 5 Akaun semua hadir pada hari ini. Jadi, Cikgu berharap hari ini Cikgu dapat mengambil markah untuk setiap pelajar. Yunus dan Amirul, sila pergi ke bilik sukan ambil peralatan permainan bola sepak dan kon 6 buah dan bawa ke mari." Arah Cikgu Farah dengan tegas.

"Baik Cikgu." Jawab Yunus dan Amirul serentak, kemudian mereka bergerak untuk mengambil peralatan permainan yang di arahkan.

Sementara menunggu kedatangan Yunus dan Amirul, Cikgu Farah mengarahkan Anis Umairah untuk duduk di tempat yang di sediakan.

"Anis Umairah, kamu tak payah ikut permainan ye. Kamu Cikgu lihat seperti kurang sihat."

"Baik Cikgu, terima kasih." Ucap Anis Umairah dengan senyuman tipis. Dia tahu pasti ini permintaan suaminya, takut kandungannya bermasalah kerana masih dalam trimester pertama.

Hubungan Adib Umair dan Cikgu Farah juga sudah membaik tidak seperti dahulu lagi, dingin. Sejak Cikgu Farah menyerahkan kad jemputan pertunangannya, Adib Umair merasa gembira setelah mengetahui akan khabar gembira tersebut. Anis Umairah juga bersyukur setelah mengetahui akan jemputan yang Adib Umair dapat, Adib Umair telah berjanji akan menghadiri jemputan tersebut dan akan menemani Amar sehingga penghujung majlis, apa lagi semasa dia diijab kabulkan, hanya Amar yang hadir dan tahu tentang pernikahan rahsianya.

Sementara menunggu, mereka semua di arahkan duduk di pondok-pondok yang berada di tepi padang. Nur Aqilah dan Syifa datang menghampiri Anis Umairah dengan senyuman sinis.

"Suka le tu jadi kesayangan Cikgu Adib?" Soal Nur Aqilah dengan nada angkuh dan memperlihatkan wajah yang dingin tak suka.

Wajah Anis Umairah menegang.

"Maksud kamu apa Aqilah?" Soal Anis Umairah pada Nur Aqilah. Mata Anis Umairah membulat mendengar ucapan Nur Aqilah tadi.

"Buat-buat tak tahu pula hurmmm!!" Jawab Nur Aqilah dengan nada sinis.

"Kami tahulah Anis, hubungan awak dengan Cikgu Adib." Sampuk Syifa seolah-olah dia tahu perkara sebenar.

"Apa yang kamu tahu?" Soal Anis Umairah mulai gelisah, namun dia cuba bereaksi tenang dihadapan Nur Aqilah dan Syifa.

"Masa di airport hari tu, Aqilah tengok kau dengan family Cikgu Adib. Macam kami tak tahu." Jawab Syifa terang-terang.

"Oh itu...." Ucapnya singkat. " Time tu aku tengah tunggu umie dan abah aku kat airport, family Cikgu Adib cuma menghantar aku untuk menjemput kedua orang tuaku." Jelas Anis Umairah cuba mencari alasan yang sesuai. Risau sekiranya hubungannya dengan Adib Umair ketahuan public.

"Boleh percaya ke?" Soal Nur Aqilah tidak yakin dengan jawapan Anis Umairah. "Muka macam awak nak dengan Cikgu Adib, jangan harap!!" Kata Nur Aqilah dengan sinis sambil menolak kasar dahi Anis Umairah. Aina Natasha yang melihat adegan tersebut terus sahaja datang mendekati Anis Umairah.

"Aqilah, sopan sikitlah... jangan nak cari gaduh." Ujar Aina Natasha dengan nada geram.

"Kenapa? Tak puas hati?" Soalnya pada Aina Natasha kemudian berlalu pergi. Risau sekiranya Cikgu Farah lihat apa yang mereka buat pada Anis Umairah. Tak pasal-pasal markah mereka di tolak, apa lagi mereka berbuat kasar pada Anis Umairah.

"Kenapa kau tak melawan Anis?" Soal Aina Natasha yang terkejut melihat tindakan Nur Aqilah dan Syifa.

"Aku malas nak gaduh-gaduh Aina, buang masa saja." Jawab Anis Umairah dengan tenang. Mujurlah dia tika ini tengah hamil muda, kalau tak mungkin dia takkan tinggal diam.

"Kau rehat ya Anis, aku pergi ke padang dulu...Cikgu Farah dah panggil tu ...!" Ucap Aina Natasha kemudian berdiri dari duduknya.

"Okay Aina!" Sahutnya sambil tersenyum.

"Kalau ada apa-apa cakap, saya tengok mukamu pucat jer tu...tak nak rehat kat bilik kesihatan ke?"

"Tak payah Aina, nanti saya pergi bilik kesihatan kalau tak larat." Ucapnya agar sahabatnya itu tidak risaukan keadaannya.

****************************

"Honey, macam mana tadi time sukan? Okay juga ke?" Soal Adib ketika mereka sudah berada di rumah.

"Okay juga abang, Cikgu Farah tak beri Anis ikut permainan padang tadi." Adu Anis Umairah pada Adib Umair, jelas tak berpuas hati.

"Abang yang minta mengecualian supaya sayang tak ikut permainan padang, abang risau dengan kesihatan honey dan anak kita." Sahutnya sambil mengusap lembut perut Anis Umairah.

Mata Anis Umairah terbelalak mendengar ucapan Adib Umair.

"Cikgu Farah dah tahu ke?"

"Belum lagi honey, nantilah tiba waktunya abang akan hebahkan pada semua orang." Jawab Adib Umair jujur, dia tersengih melihat reaksi terkejut Anis Umairah. Comel...!

"Huh! Terkejut Anis... ingatkan cikgu Farah dah tahu tentang pernikahan kita." Jawab Anis Umairah tersekat-sekat.

"Nantilah dah selesai SPM ni, baru kita umumkan tentang pernikahan rahsia kita, kalau sekarang kita beritahu...takut pula tersebar pada orang lain, bukan abang tak percaya dengan Cikgu Farah... tapi takut ada orang lain yang menguping."

Anis Umairah menggangguk perlahan, faham maksud suaminya itu.

semoga terhibur, tidak berapa panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience