BAB 32

Romance Completed 11647

Aku memandang kad yang tertulis nama aku dan Hamka. 28 Disember 2016, tarikh keramat bagi kami berdua. Namun hari yang sepatutnya menjadi hari bahagiaku telah bertukar menjadi hari yang penuh mendukakan.

Aku memandang ke arah kalendar. Hari ini sudah 23 Disember, hanya lima hari lagi itu akan tiba. Hari akad nikahku bertukar menjadi majlis menyambut menantu. Oleh kerana Cik Da terlalu beria ria hendak mengikut adat, tempoh akad nikah perlu dipercepatkan. Malam 25 Disember, akad nikah akan dilakukan. Manakala keesokan harinya, majlis persandingan akan diadakan.

"Rose, dah siap ke?" Soal Hamka.

Aku mengangguk. Tidak sedar pula pintu bilik terbuka, patutlah Hamka menjenguk. Dia mengangkat sebuah bagasi yang berisi baranganku. Senyuman dilemparkan kepadaku, manis sekali. Aku membalasnya dengan senyuman kelat, takkan nak melebih lebih dengan bakal suami orang.

Hari ini kami akan bertolak ke Terengganu dan tinggal di rumah lama Hamka. Hampir 5 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Terengganu. Aku terpana melihat keindahan Kampung Alor Limbat. Bunga bunga yang ditanam di sepanjang jalan, kebun sayur yang menghijau mendamaikan jiwaku.

Kereta yang dipandu Hamka berhenti di hadapan sebuah kayu usang, namun masih utuh berdiri. Di sebelah rumah itu terdapat sebuah sungai dan sungai itu berpunca daripada sebuah tasik yang menghijau. Ada jambatan gantung yang dibina merentasi tasik itu. Agaknya inilah taman yang diceritakan Hamka.

"Rose, jom lah masuk." Ajak Hamka.

Aku menuju ke arah bonet untuk mengambil bagasiku namun ditegah oleh Hamka. Aku lihat tangannya memegang dua buah bagasi. Susah payah dia menariknya ke dalam rumah.

"Hamka, bagilah sini bagasi Rose." Aku mengejar Hamka yang sedang mendaki tangga.

Hamka mempercepatkan langkah sambil ketawa riang. Aku turut ketawa, bahagia. Sudah lama rasanya tidak ketawa begini. Baru saja hendak mencapai bagasi yang berada di tangan Hamka, satu suara menyergah kami.

"Hoi."

Aku tersentak. Ketawaku dan Hamka serta merta mati. Ainun sedang berdiri sambil bercekak pinggang. Raut wajahnya kelihatan seperti sedang marah, masam mencuka.

"Kenapa kau masih nak menggatal dengan Hamka? Tak sedar ke lagi dua hari dia nak jadi suami aku?" Ujarnya kasar. Meluat pula aku melihat gadis di hadapanku ini.

"Menggatal apanya, tak boleh nak beza ke menggatal dengan bermain? Kita belum kahwin lagilah, jangan nak cemburu buta sangat. Jom Rose." Ujar Hamka sambil menarik tanganku masuk ke dalam rumah. Mujurlah Pak Mid dengan Mak Mah tiada, mereka sedang mengelilingi rumah mereka. Rindu agaknya.

"Abang Hamka!" Ainun masuk ke dalam sambil menghentak kaki, kuat.

Hamka tidak mengendahkannya. Aku terasa bersalah pula, tangan yang berada di dalam genggamam Hamka ditarik.

"Kenapa abang buat Ainun macam ni? Sampai hati abang. Ainun ni bakal isteri abang tau?" Ujar Ainun, dia mula teresak esak di hadapan kami.

"Ainun, kau tak sedar ke apa yang kau buat? Kau guna cara kotor nak dapatkan aku. Kalau kau nak jasad aku, boleh. Ambillah. Tapi hati aku, cinta aku, bukan milik kau. Hanya seorang saja yang boleh mengisi hati aku. Silap besar kau pilih aku jadi suami aku. Silap besar." Kata Hamka. Dia sudah melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi kayu yang kelihatan agak antik.

Aku cuba memujuk Ainun. Tangannya cuba digapai, tapi ditepis.

"Kau jangan nak sentuh aku. Jijik dengan perempuan murahan seperti kau. Aku akan pastikan aku dapat rampas Abang Hamka daripada kau. Perempuan tak guna!" Bentaknya kepadaku.

Darah terus menyirap ke muka. Dadaku berdegup kencang. Tangan terketar ketar ingin menampar wajahnya. Berani dia cakap aku perempuan tak guna.

"Rose."

Aku memandang ke arah pintu masuk. Kelihatan Pak Mid dan Mak Mah sedang berdiri. Pak Mid mengeleng elengkan kepalanya, mungkin menghalangku daripada bertindak kasar. Aku segera keluar dari rumah untuk menenangkan diri.

Dari luar aku dapat mendengar bicara Pak Mid dengan Ainun. Suara Mak Mah pula tidak kedengaran, mungkin malas masuk campur.

"Ainun, kenapa ni?" Ujar Pak Mid.

"Pak Mid, perempuan tu cuba nak rampas Abang Hamka daripada Ainun." Suaranya kedengaran terlalu mengada ngada. Naik meluat aku mendengarnya.

"Ainun, kalau nak tahu Rose dah banyak korbankan perasaan dia untuk Ainun. Kenapa Ainun nak cakap dia nak rampas Hamka pula?"

Aku tidak mendengar suara Ainun menjawab, tetapi kedengaran bunyi tapak kaki menghentak lantai kayu. Tidak lama kemudian, aku ternampak Ainun mengayuh basikalnya laju meninggalkan rumah Hamka. Apabila dia sudah hilang daripada pandangan, barulah aku melangkah masuk ke dalam rumah.

Aku masuk ke dalam bilik yang diberi kepadaku. Di dalamnya terdapat beberapa keping bingkai gambar yang tergantung di dinding. Aku meniliti gambar itu, mungkin inilah Zahra, cantik. Memang benar agak sama wajahnya dengan wajahku. Namun kulitnya agak gelap dibandingkan denganku.

Aku memandang gambar seterusnya. Kelihatan gambar Hamka sedang menyuap kek ke dalam mulut Zahra, mungkin sambutan hari lahir mereka. Satu lagi gambar merakamkan wajah polos Zahra yang dihiasi dengan ising kek, comel.

Pintu bilikku diketuk. Belum sempat aku sampai di pintu, ia dikuak dari luar. Kelihatan Mak Mah sedang tersenyum memandangku.

"Mak Mah, masuklah." Pelawaku.

Mak Mah melangkah masuk ke dalam bilik. Dia membuka almari kayu yang terletak di hadapan katil bujang. Aku cuba mengintai ke dalam almari. Banyaknya baju! Mak Mah sedang membelek belek baju yang tergantung. Mungkin dia sedang memikirkan Zahra. Kasihan pula aku melihat wanita tua di hadapanku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience