BAB 12

Romance Completed 9573

Aku pandang jari yang merah berinai. Begitu pantas masa berlalu. Sekejap saja aku dah habis belajar. Rasa macam baru semalam aku masuk universiti. Dan seperti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak, akhirnya tanpa dapat menolak takdir aku tetap menjadi isteri kepada Sany. Nak menyesal pun dah tak guna sebab aku dah sah jadi milik dia.

Aku mengeluh kecil. Apa agaknya yang akan terjadi dalam perkahwinan kami nanti? Adakah aku akan bahagia atau Sany akan menghadiahkan aku penderitaan? Bolehkah aku hidup di samping Sany? Lamunanku terhenti bila Sany muncul.

“ Puaslah hati kau sekarang ni?” aku bertanya kasar bila kelibat Sany masuk ke dalam bilik. Baju melayunya sudah berganti dengan t-shirt putih.

“ Yup, aku puas sangat. Rasa bahagia sampai aku tak tahu nak cakap macam mana.” Ujar Sany dan dengan selambanya dia tarik tangan aku menyebabkan aku terbaring di sebelahnya. Dengan kelam kabut aku tolak badannya dan bangun menjauhi katil. Dadaku berdebar kencang dengan tindakan Sany yang tidak kuduga.

“ Aku akan benci kau sampai bila-bila.” Luah aku penuh perasaan. Sampai sekarang aku masih tidak percaya yang Sany sanggup menggunakan taktir kotor untuk menjadikan aku miliknya hanya disebabkan dia tak suka aku rapat dengan Faiq.

“ Aku akan tukar rasa benci kau kepada rasa sayang.” Lembut Sany membalas.

“ Aku tak tahu apa yang merasuk kau tapi aku dah tak kenal kau lagi. Kau bukan Sany yang aku kenal dulu.”

“ Memang, aku bukan Sany yang dulu. Sany yang sekarang ni tahu perasaan dia. Sany yang sekarang ni tahu apa yang dia nak. Sany yang sekarang ni sayang sangat dengan kau.” Sany tersenyum mesra.

Aku mencebik. Sikit pun aku tak percaya apa yang Sany cakap. Sayang aku konon. Kalau sayang kenapa dia tinggalkan aku hari tu? Kalau betul dia sayang kenapa dia asyik berkepit dengan Zira? Huh…
Aku ambil bantal kat atas katil dan campak kat sofa. Tak ingin aku tidur sekatil dengan dia. Perasaan marah aku masih belum berkurang. Tapi aku yakin suatu hari nanti perasaan marah ini akan hilang juga kerana rasa cinta aku terhadap Sany lebih besar. Cuma ketika ini aku mahu melayan rasa marah ini.

“ Kenapa tak tidur atas katil? Banyak lagi ruang ni.”

Aku senyap tanpa ada niat untuk membalas. Terus aku rebahkan diri kat sofa dan pejamkan mata. Siapa
sangka aku akan jadi isteri Sany. Aku fikir kami memang tak akan bersama. Aku fikir hubungan kami memang tak akan lebih daripada kawan. Apa yang aku rasa sekarang ni ialah rasa sedih kerana aku yakin yang Sany tak berkongsi rasa yang serupa dengan aku.

Aku tersentak bila Sany turut merebahkan badannya di sebelahku menyebabkan aku terpaksa berhimpit dengan dia di sofa yang tak berapa nak besar. Tangan Sany yang berlingkar di pinggang aku tepis kasar.

“ Apa yang kau buat ni?” tanyaku geram.

“ Aku ajak tidur kat katil kau tak nak. Kau nak sangat tidur kat sofa, so aku followlah kau tidur kat sofa.” Sany semakin mengeratkan pelukannya sehinggakan muka aku dah tersembam di dada bidangnya.

“ Aku tak suka kau buat aku macam ni.” aku menolak dadanya namun sikit pun Sany tak bergerak. Aku risau jika Sany dapat dengar degupan jantung aku yang dah berubah rentak. Aku tak nak dia tahu yang tindakannya ni buat aku tak tentu arah, berdebar sehinggakan nafas yang aku tarik pun rasa tersekat.

“ Hmmm… tapi aku suka.” Ujar Sany perlahan sebelum mengucup dahiku lembut.
“ Sany, let go of me.” Aku masih cuba untuk melepaskan diri namun rangkulan Sany terlalu erat.

“ I love you dear.” Terus aku berhenti meronta. Sedikit terpana dengan apa yang Sany luahkan.

“ I do really love you.” Sany berbisik perlahan di tepi telingaku sebelum mengucupnya lembut.

Aku menggeleng kepala. Tipu! Tak mungkin Sany cintakan aku. Dia tak pernah anggap aku lebih daripada seorang kawan! Lantas dengan sekuat hati aku menolak tubuhnya dan aku bangkit. Laju kakiku melangkah ke arah pintu namun langkahku tak cukup pantas kerana Sany dengan mudahnya merentap tanganku menyebabkan aku kembali ke pelukannya.

“ Lepas!” aku menjerit kecil. Aku benci dia buat aku macam ni. Aku benci sebab aku tak boleh nak buang rasa cinta aku pada dia. Aku benci sebab walau apa pun yang dia buat, aku tetap tak boleh nak lupakan dia. Aku benci!!!

“ Syhhh… Jangan macam ni Lin. Kau buat aku susah hati.” Sany mengusap belakang badanku lembut. Cuba menenangkan aku yang kuat meronta.

“ Kenapa kau buat aku macam ni? Kau cakap kau sayangkan aku tapi kenapa kau sakitkan hati aku?
Kenapa kau tinggalkan aku hari tu? Kenapa kau buat aku kahwin dengan kau kalau kau tak suka aku?” aku tumbuk dadanya dengan perasaan yang berkecamuk. Sany hanya membiarkan. Air mata yang menitis di pipiku diseka oleh Sany perlahan sebelum pipiku diusap lembut oleh Sany.

“ Aku sayang kau Lin. Sungguh, aku sayangkan kau.”

“ Tipu! Kau jangan cuba nak tipu aku.” aku menggeleng.

“ Tak… aku tak tipu kau.” Sany risau bila aku tak nak dengar penjelasan dia.

“ Kau tipu. Kau memang sengaja nak tengok hidup aku hancur. Dulu kau pernah cakap yang kau lagi rela kahwin dengan aku daripada biarkan Faiq kahwin dengan aku. Kau berdendam dengan Faiq.”

“ Jangan sebut nama dia.” Sany memberikan amaran. Suaranya serius.

Aku ketap gigi geram.

“ Kenapa kahwin dengan aku kalau kau langsung tak cintakan aku? Kau patut biarkan aku dengan Faiq sebab Faiq lagi…” suaraku tersekat bila Sany memagut bibirku, mematikan bicara yang ingin aku luahkan.

“ Aku dah cakap jangan sebut nama dia tapi kau degil.” Sany tersenyum sinis. Aku meronta kuat dan akhirnya pegangan Sany terlepas.

“ Kau dah melampau!” menggigil aku menahan marah. Berani dia sentuh aku?

“ Tu baru sikit, aku boleh buat lebih daripada tu.” Sany kembali merapatkan jarak di antara kami.

“ Aku tak sangka kau…”

“ Dah, jom tidur.” Sany memintas ayatku. Dia tarik tangan aku ke katil tanpa sempat aku mengelak.

“ Aku nak keluar dari bilik ni.” aku membentak sambil cuba melepaskan pegangan Sany.

“ Lebih baik kau tidur sekarang daripada aku buat yang bukan-bukan.” Sany mula mengugut bila aku masih berdegil.

Dengan rasa sakit hati yang menggunung aku baring di atas katil. Aku meletakkan bantal peluk kat tengah untuk memisahkan aku dan Sany. Dalam keterpaksaan aku memejamkan mata. Aku dengar Sany mengeluh.
Setelah beberapa lama, aku perasan yang Sany mengalihkan bantal peluk yang berada di tengah dan melingkarkan tangannya di pinggangku. Nafasnya hangat menampar leherku. Aku menahan debar. Kalau dia buat lebih-lebih aku tak akan teragak-agak untuk menjerit.

“ Kenapa Lin tak nak percaya cakap abang? Abang tak tipu bila abang cakap yang abang cintakan Lin. Susah sangat ke nak percaya apa yang abang cakap?” Sany berbisik perlahan di telingaku. Suaranya kedengaran sedih.

“ Kalaulah Lin tahu apa yang abang rasa…” sempat Sany mengucup ubun-ubunku sebelum dia turut merebahkan kepala di atas bantal yang aku gunakan.

Aku membuka mata sedikit. Luahan Sany membuatkan hatiku sedikit terkesan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience