“Aku setuju dengan cadangan Ihsan. Bilik tu jauh dari bilik warden. Kalau menjerit pun belum tentu orang dengar. Kita pressure dia macam tu dulu. Sampai dia mengalah dan respek kita semua. Hujung minggu ni kita buat. Kalau orang cari dia, kita cakap yang dia balik kampung sekejap”
“Takkan kita nak ikat dia masuk dalam bilik tu kot.”
“Aku ada cara. Cuma sekarang ni aku nak Anas tolong dapatkan kunci makmal dan kunci bilik elektrik tu”
“Kalau korang janji tak cederakan budak tu, aku boleh tolong”
Anas memerhati sekeliling. Dia juga bimbang kalau-kalau warden keluar meronda. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu kawan-kawan yang sama tingkatan dengannya dikenakan tindakan disiplin, paling teruk dibuang sekolah.
“setakat kurung jer, aku tak rasa dia akan injured. Makanan nanti aku mintak sapa-sapa bungkus dan hantar ke dalam bilik tu ikut lubang angin” Jelas Zahanif .
“kau tak rasa dia boleh panjat keluar ke.”
“lantak la dia nak panjat ke apa. Yang aku nak sangat, biar puaka dalam bilik tu bagi pengajaran sikit kat dia” Jawab Zahanif garang.
“Hah.. bab puaka tu slow sikit. Tengah malam ni. Tengok kiri dan kanan tu. Takut-takut ada yang lain join kita sekarang ni”
“Kalau macam tu, kes ni kita serah kat Zahanif . Bagi dia yang settle hal ni”
Masing-masing mengangkat kaki pulang ke bilik asrama mereka.
Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi.
Tuala kecil yang dipinjam dari Baba diseluk masuk ke saku. Cecair klorofom didalam botol kecil yang dicuri di makmal tadi turut dibawa bersama. Zahanif melangkah perlahan mencari Talib untuk membantu.
“Woi! Bangun” Talib yang sedang asyik berdengkur ditarik kakinya.
Share this novel