Part 10

Romantic Comedy Series 91148

"Cikgu! Emirrr!"

Lambat lambat aku menoleh ke arah belakang sambil menggenggam erat kertas jawapan pelajar. Jantungku bagaikan hendak keluar dari tubuh. Mana tahu, bakal melayang kerusi ke mukaku ke? Meja melayang ke? Emir nak tumbuk ke?

"Cikgu, Emir, cikgu! Emir!"

Wajah Aizat cemas. Aku kerut dahi. Apsal pulak ni? Kenapa Emir? Namun, sempat juga aku tarik nafas lega ni wajah Aizat yang muncul.

"Kenapa Aizat?"

"Cikgu, Emir cikgu! Emir cikgu!" Jarinya ditunjuk berkali sambil terangkat menunjukkan isyarat sesuatu.

Aku pincing mata, cuba memahami tanda isyarat Aizat. Adakah ini adalah amaran bahaya yang Emir akan buat sesuatu terhadap aku?

"Ye, kenapa dengan Aizat? Dia nak mengamuk dengan cikgu ke?"

Aizat geleng laju. Aik?

"Habis tu?"

"Emir, cikgu!

Aku angkat kening sebelah. "Ye, kenapa dengan Emir? Aizat, dengar."

"Tarik nafas."

Aizat tarik nafas.

"Hembus nafas."

Aizat hembus nafas.

"Ok, tenang dah? "

Aizat angguk kepala.

"Ok, bagitau cikgu, apa yang terjadi dengan Emir?"

Aizat telan air liur. " Emir pengsan cikgu."

Bulat mataku. Cepat aku berlari masuk ke arah kelas. Aku doakan ini bukan prank untuk mengenakan aku gara gara marah dengan Tingkatan Enam Pluto.

" Cikgu!"

Aku lihat Karl sedang memangku Emir yang tidak sedarkan diri. Aku tersentak. Kertas jawapan aku letak atas meja. Laju langkahku menghampiri Emir.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"

Semua geleng kepala.

"Entahlah cikgu. Bila cikgu keluar aje, Emir terus pengsan."

Aku panik sekejap. Takkan sebab aku kot? Masih terngiang-ngiang lagi akan katanya.

"Emir, Emir!" Panggilku sambil menepuk pipi Emir yang pucat tersebut.

Panas.

Aku letak telapak tangan atas dahi Emir. Panas.

Demam panas ni. Teruk sangat dah ni. Tambah lagi dengan lebam lebam di yang wujud di sekitar muka Emir. Penambah rasa sungguh.

"Ok. Aizat, Arwish, awak dua tolong cikgu angkat Emir ni. Sementara tu, cikgu panggil cikgu bertugas harini. Yang lain, awak boleh balik. Doakan Emir baik-baik aje."

Aku pantas gesek telefon dan mencari nombor telefon guru yang bertugas pada hari ini. Mujurlah Cikgu Ilham.

"Assalamualaikum Cikgu Ilham? Ada kat mana sekarang? Boleh pergi ke kelas Form 6 Pluto tak? Urgent. Ada budak pengsan."

Tak sempat Cikgu Ilham berkata, aku terus gesek ikon merah. Aku arahkan Aizat dan Arwish memapah Emir memandangkan badan mereka sama besar dengan Emir sendiri.

Setengah jalan, aku lihat Cikgu Ilham berlari-lari ke arah aku. Dia termengah-mengah sekejap.

"Siapa yang pengsan?"

"Emir."

Cikgu Ilham kerut dahi sebentar sebelum menoleh ke arah belakangku.

"Jomlah. Kebetulan kereta saya kat situ aje."

Masuk sahaja dalam kereta, Cikgu Ilham pecut ke hospital berdekatan. Mujurlah tidak sampai 20 minit, urusan pendaftaran Emir selesai. Keluarga Emir sudah dimaklumkan dengan keadaan Emir. Aizat dengan Arwish dihantar oleh Cikgu Ilham dulu memandangkan aku ada urusan lahi yang hendak diselesaikan.

Contohnya, soal siasat ibu bapa Emir.

Tepat jam 3 petang, sepasang suami isteri melangkah laju ke arah bilik Emir. Seorang lelaki yang kemas berkemeja biru dan seorang wanita yang agak muda darinya. Ibu Emir? Mudanya. ketika tangan wanita itu mahu memulas tombol pintu, dia terhenti sejenak. Bibirnya diketap sebelum memandang ke arah lelaki di sisinya, seperti mencari kekuatan, Lelaki tersebut senyum sedikit dan menindih tangan wanita tersebut, bagaikan menyalurkan kekuatan.

Hebat pulak aku mentafsir pemandangan sebabak di hadapanku.

Masuk sahaja pasangan tersebut, suara Emir melengking kuat. Aku angkat kening. Nak jenguk ke tak jenguk? Aku berkira-kira sendiri.

Baik tak payah. Karang nanti, sinetron Indonesia pulak berlaku. Terkaku 5 jam depan pintu sambil mulut ternganga luas. Gajah pun boleh masuk agaknya.

Aku duduk bersandar di kerusi yang dikhaskan. Duduk, menanti sambil memerhati dan mendengar pertelingkahan yang berlaku di dalam bilik Emir. Getaran telefon mematikan pergerakan leherku yang menjenguk ke bilik Emir. Aku pandang fonsel.

Cikgu Ilham.

Dah selesai urusan Emir ke?

Aku tarik nafas.

Tak lagi.

Ohh, yeke? Saya otw ke hosp.

Aku jongket kening sambil garu pipi.

Belikan makanan utk sy blh x? Apa² shj.

Alasan untuk lengahkan Cikgu Ilham supaya tak kacau penyiasatan ala ala polis pencen aku. Aku teringat lagi outburst Emir tadi. Masih terngiang-ngiang akan kata-kata yang dituturkan oleh Emir.

Hidden problem. Problematic child. Family problem? Itu yang aku boleh simpulkan.

Kadang kadang, kerjaya cikgu ni bukan satu benda yang mudah. Berhadapan dengan kereneh pelajar, kereneh ibu bapa dan masyarakat. Kalau dulu, kerjaya guru bukanlah pilihan aku. Kat sekolah pun aku bukan lah pelajar yang baik sangat tapi tidaklah sehebat Emir. Suka tidur dan makan semasa cikgu mengajar, ponteng kelas tambahan dan tak pernah siapkan latihan yang cikgu bagi. Ironinya, itulah kerjaya yang aku pegang sekarang.

Tidak lama kemudian, sepasang suami isteri tadi keluar dari bilik Emir. Kelihatan wanita itu menahan air matanya manakala lelaki tersebut merah padam menaham marah.

Aku telan air liur.

"Assalamualaikum, puan, encik. Ibu ayah Emir ke?"

Pasangan tersebut tersentak sekejap sebeluk berpaling ke arahku. Aku senyum.

"Ye. Saya Dr. Awal. Ini isteri saya, Mawardah."

Aku bersalaman dengan Puan Mawardah. Cantik orangnya. Lembut mukanya dan muda. Pertengahan 30-an agaknya. Manakala Dr. Awal kelihatan lewat 40-an. Doktor rupanya.

"Saya guru kelas Emir, Althea."

Mereka mengangguk seraya duduk di kerusi. Puan Mawardah pandang aku. Dia senyum sedikit.

"Terima kasih cikgu kerana bawak Emir ke hospital dan juga berterima kasih dengan cikgu sebab cikgulah yang sentiasa ikat jamin anak saya. Saya sebagai ibu, malu dengan cikgu."

Aku pegang tangan Puan Mawardah.
" Dah tugas saya sebagai cikgu ,puan. Saya bertanggungjawab ke atas semua pelajar saya, tak kira dalam ataupun luar kelas."

"Maaflah puan, Dr. Saya bukan nak masuk campur ataupun nak jaga tepi kain keluarga puan, tapi boleh tak puan kongsikan kenapa Emir boleh jadi macam tu? Saya bukan apa, sebenarnya Emir ni baik. Cuma, mungkin persekitaran dan apa yang dia alami membuatkan dia bertindak seperti itu."

Puan Mawardah menundukkan pandangan ke lantai manakala Dr. Awal mengeluh kasar. Aku diam memerhatikan telingkah pasangan suami isteri ini. Entah apa yang bermain dalam fikiran mereka berdua.

"Kalau boleh sebenarnya, saya nak tolong Emir ni. Sebab itu, saya perlukan sokongan dan kerjasama daripada pihak keluarga Emir sendiri. Maksud saya, sampai bila puan dengan Dr. nak biarkan Emir terus hanyut macam ni?"

"Kalau aku hanyut sekalipun apa masalah cikgu?

Holy-moly-polymer!

..............................................................................................................................................

Hello guys..
Actually sy baru cdg nk publish 2 part utk Emir smpena krismas tp..
Haa.....
Haa.....
Haa....
Haa....

Sy xdpt cuti??.. Sedihnya hidup.  ??

Sorrryyyyyy!!!! For those yang minta update  2x smggu, saya xdpt nk tunaikan memandangkan sy dah mula bekerja. Haraf maaf. Sungguh2 sorry. ??
Tapi, saya tetap akan update seminggu sekali. Jangannla merajuk dengan Emir nnt..????..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience