Bab26:Hazel vs Dayana Rosley

Romance Completed 204114

Tengku Que Iskandar mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja.Otaknya ligat berputar dan berfikir membuat perkiraan untuk mencari keberadaan Hazel yang masih ghaib,gagal di jejak.Anak-anak buahnya masih berusaha menjejaki Puan Muda mereka di setiap daerah dan negeri. Tidak mungkin Hazel dibawa lari ke luar negara jika hanya menggunakan helikopter. Ataupun kemungkinan besar mereka sengaja mengalihkan perhatiannya?

"Aarghhhhhhhhh....Carl Zafran!!!"

"Aku terlalu memandang rendah pada kemampuan Carl Zafran Alex!"...Que mengeluh kerana kecewa dengan dengan dirinya sendiri.

Tengku Que Iskandar lemas dengan pelbagai fikiran negatif yang menerjah di benaknya.Dia takut bila memikirkan Carl Zafran akan mengambil haknya ke atas tubuh badan Hazel.Dia tidak sanggup memikirkan itu namun sebagai seorang suami dia tidak mampu untuk menepis bayangan itu.Que ingin segera menemui Hazel secepat yang mungkin dan berharap isterinya mampu bertahan dan kekal dalam keadaan selamat.

Dunia terlalu luas, dimana harus dia mulakan mencari supaya Hazel boleh dikesan dalam masa yang singkat.Bukan boleh dijumpai dalam masa sehari dua,mungkin berbulan atau lebih sadis bertahun-tahun lamanya proses pencariannya.Tengku Que Iskandar mengeleng-geleng kepalanya,matanya dipejam rapat.

Alex memandang sayu kesedihan tuannya.Lelaki yang tidak pernah gentar apa pun walhal menghadapi kematian,namun tertewas jika melibatkan insan yang di cintainya.Jelas airmata mengalir dari juring mata tuannya yang tertutup rapat.Alex memahami ape yang tuannya hadapi,kehilangan isteri tercinta dan juga bakal zuriatnya.

"Perintahkan orang untuk memeriksa passport di semua lapangan terbang dalam negara!"

"Sebarkan gambar Hazel dan Carl Zafran pada setiap check point di dalam kawasan lapangan terbang!"

"Aku akan berhubung dengan orang atasan untuk mengakses CCTV setiap lapangan terbang!".....Tengku Que Iskandar kembali membina semangat untuk mengejar jejak isterinya.

*****************

"Wah sangat hebat!.....Good job Acong!"

Carl Zafran mengambil envelope coklat yang diisi dengan passport dan identiti card palsu yang terpampang gambarnya dan Hazel,tetapi menggunakan maklumat peribadi orang lain.Carl memeriksa dengan teliti dan mengangguk-angguk kepala tanda berpuas hati dengan hasil kerja Acong,seorang agen pemalsuan identiti.

"Aku akan bayar keseluruhan selepas aku sampai di destinasi kami nanti!"

Setelah beberapa hari terlena akhirnya Hazel terbangun dari lenanya.Namun dia seperti tidak mempunyai otak kerana langsung tiada apa-apa di fikirannya.Hazel merentangkan tangannya untuk menghilangkan lenguh di badannya.

"Aaaaaaaaaa!!!"....

"Siapa awak?"...Hazel menjerit bila Carl Zafran muncul tiba-tiba di hadapannya.

"Abang suami sayang lah?"....

Carl Zafran menjawab laju pertanyaan Hazel.Dia memerhati setiap tingkah Hazel untuk memastikan ubat yang digunakan memberi kesan yang semaksimum yang mungkin untuk Hazel melupakan semua memori masa lalu wanita itu.

"Saya sudah kahwin?"...

"Ya lah sayang dah kahwin dengan abang!...Ni dekat dalam ni dah ada baby!"...Carl Zafran menyentuh perut Hazel yang sedikit berbonggol.

"Betul ke awak suami saya?...Awak ada bukti kita dah kahwin?"

"Sayang!..Kita kahwin dekat Thailand,jadi surat nikah dari Malaysia belum ada lagi...Yang penting kita dah halal dari segi agama!"

Hazel menutup matanya bila ada suara yang bergema di dalam benaknya.Suara itu langsung tidak sama dengan lelaki didepannya dan yang pasti pandangan mata itu tidak mendatangkan rasa hangat dihatinya.

"Siapa nama saya?"..

"Haz......Err...nama sayang Dayana binti Rosley dan nama abang Shamsul bin Anson!"

"Macam mana saya boleh hilang ingatan?"....

"Sayang accident dan cedera dekat kepala!...Doktor cakap sayang akan hilang memori masa lalu!"

"Jom kita makan,abang dah masak untuk sayang dan baby kita!"...Carl Zafran cuba mengelak bila Hazel semakin banyak bertanya.

Selepas selesai makan,Hazel kembali ke bilik tidur untuk membersihkan badan.Dia baru mangangkat bajunya,Carl Zafran sudah menerobos masuk ke bilik air membuatkan Hazel menjerit kuat sambil menutup bahagian yang terbuka.

"Kenapa awak masuk sini?...Saya nak mandi!"... Hazel menjadi marah dengan olah lelaki itu.

"Biasanya abang yang mandikan sayang!"...Carl Zafran cuba menipu untuk mengambil kesempatan.Selama Hazel tidak sedarkan diri,pembantu rumah yang menolong wanita itu dalam semua perkara.

"Errr...tak nak...tak payah!...Saya boleh mandi sendiri!..Saya bukan budak kecil yang perlu dimandikan!"....Entah kenapa Hazel sangat tidak selesa dan rasa tidak selamat bila duduk berdekatan dengan Carl Zafran.Haruman dan tatapan mata lelaki itu seperti tidak serasi dengan deria rasa yang ada di badannya.Semuanya bertentangan dari ilusi yang samar-samar datang dalam benaknya.

Hazel berendam dalam bathtub yang dipenuhi dengan air hangat.Matanya di tutup untuk mencari ketenangan.Bagaikan memanggil memori semalam,tatapan mata cantik kehijauan yang tajam dan berkilauan menerjah masuk ke dalam fikirannya.

"Hazel...Sayang!!".....Suara itu bergema lagi dan badannya seperti bereaksi positif dengan bayangan itu.Matanya hampir dapat melihat bayangan itu namun kabus tebal menutup wajahnya,hanya nampak kelibat susuk tubuh yang tinggi dan perkasa.

Hazel membuka matanya dan pantas mengetuk kepalanya yang gagal melihat bayangan yang hadir dalam benaknya.

************************
Selesai mandi Hazel mengenakan pijama dan terus berbaring di atas katil.Badannya masih terasa penat dan lenguh.Suhu yang sejuk menyebabkan mata Hazel cepat sahaja di sapa lena.Dalam lenanya hadir lagi susuk tubuh itu.Mereka saling berbalas pandangan dan ciuman mereka sepertinya ada rasa rindu yang menghambat jiwa Hazel.Lena Hazel sedikit terganggu dengan sentuhan dan nafas hangat yang menampar diwajahnya.Matanya di buka dan automatik badannya terangkat bangun.

Carl Zafran masih ingin merayu Hazel untuk meminta haknya sebagai seorang suami.Hazel menjadi sedikit ketakutan bila lelaki itu seperti mahu memaksanya.Carl Zafran cuba mencumbu Hazel namun pantas Hazel menolak tubuh lelaki itu menjauhinya dengan memberi alasan dia belum bersedia.Carl Zafran yang berasa marah dengan penolakan Hazel terus berusaha menindih badan wanita itu.Tangan Carl Zafran sudah mula meraba sembarangan menyentuh badan Hazel.Tiba-tiba datang imbasan tentang pergelutannya bersama dengan Tengku Que Iskandar.Hazel memegang kuat kepalanya bila rasa sakit kepala tiba-tiba menyucuk di kepalanya.

Suara jeritan Hazel yang sedang memegang kepalanya berjaya menghentikan tindakan liar Carl Zafran.Lelaki itu cuba memeriksa keadaan Hazel namun wanita itu semakin menjauhkan diri daripadanya.Hazel menangis dan memeluk kuat lututnya,sungguh dia takut dengan lelaki didepannya.Dia yakin lelaki ini bukan suaminya.

"Abanggggg.......Hazel takut!"...Tanpa sedar Hazel mengumam perlahan.

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-06-17 10:27:08 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience