VS15

Drama Completed 85759

Majlis pernikahan Eva dan Daim selesai pagi tadi dan membawa hingga ke petang.
Berjalan lancar?
Tak lancar pun tapi tetap kena buat lancar.
Jurukamera dari pelbagai majalah dan tv dah hadir. Jika silap sikit mahunya dicanang sampai ke anak cucu nanti.

“Im.. jaga air muka aku!”
Hari ni dah berapa kali Daim mendengar arahan ditaktor Eva itu.
Nak melawan, takut makin keruh. Nak taknak ikut je lah.

Yang peliknya Daim memang sentiasa mengikut arahan.
Tapi Eva je yang selalu buat hal. Sekejap-sekejap nak lari dari dia.
Pulak tu tunjuk muka cemberut.
Hinggakan beberapa kali Dahlia menegur sikap anaknya itu.

Petang adalah masa rehat yang sekejap bagi Eva dan Daim sebelum menyambung pula untuk majlis makan malam di hotel yang sama.
Cuma malam ni tetamu ada kurang sikit.
Dan wartawan pun tak semua yang boleh masuk.

Eva dan Daim masih di Suite Room, menanti arahan untuk mereka turun ke Ballroom.
Suite room ni akan digunakan oleh mereka selepas majlis malam ni sebelum Eva dan Daim kembali pulang kerumah.

Tak banyak pun Eva dan daim keluar duit poket.
Kerana banyak yang menaja majlis mereka, dari segi perangcangan, baju dan tempat majlis. Semua di taja khas buat artis Eva Natasha.

Sehinggakan cincin yang dipakai oleh Eva pun ingin ditaja. Tapi Daim melarang keras.
Dan Eva hanya kerut dahi bila Daim bertegas yang dia akan menggunakan duitnya sendiri untuk membayar cincin bagi perkahwinan mereka.

Dahlia dah senyum lebar.
“Menantu yang sangat bertanggungjawab”
Katanya....

Apalagi.. bibir bawah Eva macam nak terkeluar bila dia cebik lebar.

Saat itu sempat Daim mendekatkan bibirnya pada telinga Eva dan berbisik.
“Aku nak kau buang cincin Lukas tu, kalau kau nak aku sarung cincin yang baru.”

Erkkk! Eva lari wajah.
Ikut suka aku lah, Lukas bagi kat aku! kalau pun aku taknak pakai, aku akan simpan. Mana tahu Daim cerai kan aku dan ambik balik cincin pemberiannya.
Sekurang-kurangnya aku masih ada cincin pemberian Lukas.
Uuwweekk!

Masih didalam Suite room..
Eva beberapa kali membetulkan kedudukan ‘Florest Flower Crown’ yang dililit pada kepalanya.
Florest Flower Crown digubah dari bunga liar dan dibentukan menjadi bulat supaya dapat diletakan keatas kepala sebagai hiasan.
Rambut Eva hanya diikat ‘ponytail’ dan membiarkan bahagian hadapan jatuh sedikit mengenai pipinya.
Simple untuk makan malam.
Baju yang disarung ketubuh pula berkonsepkan ‘Trumpet Gown’ yang sendat dari bahagian dada sehingga tengah peha sebelum ianya kembang mencecah lantai. Dibahagian atas dada pula hanya ditutupi lace nipis yang menampakan kulit putih milik Eva.

Daim turut memakai coat yang sama warna dengan ‘Trumpet Gown’ milik Eva. Coat putihnya terbuka didada berbentuk V yang luas menampakan kemeja warna hitam yang dipakai dibahagian dalam.
Juga kakinya disarung slim slack berwarna putih berserta ‘Boat Shoe’ dengan warna yang sama.

‘Sungguh kacak mengalahkan putera kayangan.’ Kata Eva...
Tapi dalam hati lah..
Takkan nak cakap depan-depan. Malu siot!

Eva yang masih menunggu di sofa sekali lagi mengerling kepada kepada Daim yang berdiri di balkoni bersama Vape warna monochrome yang tak lepas dari tanganya.
Dasar perokok tegar! Tak pernah nak berubah!
Dulu waktu sekolah, boleh la Eva berbunyi bila tahu Si Daim tu merokok. Kini bila usia dah makin meningkat, pada Eva dah takde guna lagi nak bercakap dengan jantan macam tu!
Elok Eva daftarkan Daim ni kat Klinik berhenti merokok biar sedar sikit!

Ketika matanya masih ralit memandang belakang Daim, lelaki itu tiba-tiba memusingkan badan menyebabkan Eva laju melarikan pandangan. Air liur diteguk pantas.
Bunyi derap kaki Daim makin kuat, menyatakan lelaki itu makin menghampiri Eva.

“Pukul berapa nak start ni?”

Kali ni baru Eva kembali memusing wajah, tubuh Daim yang sedang dihenyak ke sofa ‘single’ berhadapanya ditatap.
“Kenapa? Tak sabar nak tamatkan semua ni ke?”

Daim sandar belakang, nafas dikeluh perlahan.
“Dah la Eva... jangan nak mula lagi, aku tanya je. Kau taknak jawab sudahlah..”

Huh! Eva cebik bibir.

Kepala Daim digeleng berkali-kali, kadang-kadang geram jugak dengan sikap Eva ni! Rasa nak cubit-cubit je pipit tu supaya Eva sedar yang perangai dia tu kalah budak umur satu tahun! Mengada!

“Bila kau nak ceraikan aku?”

Pulak...
Laju mata tajam Daim melirik kearah wajah Eva yang sengaja ditundukkan.
Tak sampai 8 jam pernikahan mereka, Eva dah mintak cerai?
Lupa ke perjanjian perkahwinan mereka yang telah diangkat sumpah siang tadi?
“Enough Eva, reporter masih ramai kat luar. Jangan buat hal.”

“Now or later kau akan ceraikan aku jugakan Daim. Sama je.. wartawan akan tahu juga akhirnya.”

Sekali lagi Daim sedut nafas, makin dilayan, makin menjadi Eva ni! Dia akhirnya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

“Hurgh! Cakap dengan tunggul! Tak reti nak menjawab!”

Sekali mata Daim menangkap tubuh Eva yang ingin didirikan. Tajam betul ayat perempuan tu.

Seraya tubuh didirikan, Eva terus membuka langkah. Hajat hati nak keluar ke Balkoni, menyampah pandang muka Daim Akli.
Tapi tiba-tiba, kakinya terpijak hujung gaun yang meleret ke lantai menyebabkan badan tak dapat diseimbang dan hampir tersembam ke depan.

Pakk..
Pantas Daim menangkap tubuh Eva dari tersungkur.

Eva turut laju mengangkat wajahnya.
Hidung mancung Daim sikit lagi mengenai hujung hidung milik Eva sewaktu mukanya berpusing menghadap lelaki itu.
Nafas saling merasa.
Lama mata menangkap pandang sebelum Daim bersuara mematikan suasana.
“Kau okey Eva?”

Eva tak menjawab, badan didirikan namun kakinya masih memijak hujung gaun, menyebabkan Eva sekali lagi mahu terjatuh.

Dan seperti tadi, Daim kembali mencapai tubuh Eva.

Kali ni Eva tak mahu drama sentuh hidung berlaku kali kedua. Cepat tanganya menarik hujung kain yang dipijak sebelum menebar kebelakang agar kakinya dapat melangkah sempurna.

Daim melepaskan bahu Eva saat Eva dapat berdiri dengan sempurna.
“Itu lah kau derhaka sangat kat aku.”

Wuuu what?!
Eva senget kepala memandang Daim yang masih rapat berdiri disisi kirinya. Mata dibalikan.
“Kau ingat kau tu mama dan papa aku ke, sampai kau boleh tuduh aku derhaka kat kau?”

Daim silang tangan didada.
“Aku bukan mama dan papa kau, tapi aku laki kau Eva. Aku lebih berhak pada kau.”

Eva mula pusing tubuh, kaki diatur perlahan menuju ke balkoni.
“Kau tak payah cerita pasal hak, Daim! Meluat aku dengar.”

Kaki Daim turut melangkah mengekori Eva ke ruang Balkoni. Kedua bahu Eva disentuh, lantas tubuh wanita itu yang menghadap kedepan, dipusing bersetentang dengannya.

Eva kelu ketika gengaman Daim hangat menyentuh kulit bahunya yang hanya ditutupi oleh lace putih yang jarang.

Daim masih meneruskan aksinya, kali ni kedua tangan mencapai ‘Flower Crown’ diatas kepala Eva dan dibetulkan kedudukanya yang tadinya agak senget.
“Selagi aku suami kau, selagi tu kau hak aku Eva...”

Perlahan Eva angkat wajah, dagu Daim dipandang saat mata lelaki itu masih turus pada ‘Flower Crown’ diatas kepalanya.
Lama mata Eva singgah pada wajah Daim sebelum lelaki itu menuduk pandanganya dan menyinggah tepat pada anak mata hazel milik Eva.

Daim kedu nafas. Mata bulat dan sayu milik Eva boleh buat jantungnya terhenti.
Tanpa sedar jari diangkat mengenai hujung rambut Eva yang terjuntai ke pipi.
Wanita itu masih kaku, membuatkan watak Daim terus dimainkan tanpa sedar,
Kali ni kelima-lima jari Daim menyentuh perlahan pipi Eva, seraya dielus lembut sisi rahang kecil wanita itu.
Lama dan lembut..

Dan ketika jari terlunjuk Daim mengenai hujung bibir merah Eva, tindakanya mati. Sekali lagi mata hazzel Eva dicari, namun tak sukar kerana wanita itu masih kaku memandangnya.
Air liur diteguk keras menyebabkan rahang kekar Daim terangkat kemas.

Eva terus diam seakan membenarkan babak seterusnya dari Daim.

Ketika ini wajah Daim, sudah ditundukan dan sekali lagi hujung hidungnya menyentuh puncak hidung kecil milik Eva.

Hangat tamparan nafas masing-masing dapat dirasa.

Pankk!
“Oppsss! Sorry we all ganggu you berdua!”

Serentak wajah Eva dan daim dipusing kekanan.
Jurumekap pondan yang diupah oleh Eva sedang berdiri dimuka pintu bersebelahan Zizie yang satu spesis dengannya.

Potong stim!
Perlahan Daim mengeluarkan jemarinya dari pipi Eva sebelum selangkah kaki diderap kebelakang, menjauhi wanita itu.

“Come out! Everybody waiting for you all!”

Jurumekap pondan itu menoleh kearah Zizie yang bersilang tangan menghadap kepada Eva dan Daim.
“Alaa... biar la diorang continue dulu, nanti dah siap baru turun ke Ballroom okay.”

Jantung Eva dan Daim dah kuat mengepam darah, kata-kata jurumekap pondan tu membuatkan muka Eva tak perlu pakai blushing lagi.

“Kau nak suruh continue apa?! Reporter dah tunggu kat bawah, ini bukan masa nak beromen!”
Zizie mencerla memandang jurumekap dihadapanya. Padahal, hatinya sakit melihat aksi kurang ajar Eva dan Daim didepan mata.

Eva tidak berbunyi, semertalah jantungnya makin terasa mahu meletup. Hujung kain gaun diangkat sebelum langkah diatur menuju keluar pintu.

Daim turut mengejar dari belakang, lantas tangannya mencapai lengan Eva. Wanita itu tidak memandang, lenganya dibiarkan menyangkut pada jemari Daim sebelum keduanya kembali mengatur langkah masuk ke Ballroom.

Zizie yang melihat dari belakang makin meluap-luap rasa marahnya!

Eva dan Daim sampai ke dalam dewan dengan dihadiahkan puluhan kelipan lampu dari pelbagai jenis kemera, disertakan sorakan beralun dari semua tetamu yang hadir.
Senyum FAKE terus diukir Eva dan Daim, segala sengketa cuba dilupa demi nama mereka berdua.
Makin lebar senyum Dahlia, Mansor dan Clara yang melihat aksi mereka berdua.

Eva dan Daim dibawa ke meja diruang tengah, sambil dikelilingi meja tetamu yang lain.

Seperti biasa, Daim menarik kerusi Eva sebelum membenarkan wanita itu untuk duduk.
Sewaktu dia menghenyakan punggung bersebelahan wanita itu, bibir didekat ke telinga Eva.
“Better kau pegang aku sepanjang majlis ni, aku taknak kau tersungkur macam dalam bilik tadi.”

Eva ketap bibir, wajah ingin dipusing, namun aksi ditahan. Dia tahu Daim sedang memerlinya. Eva juga tahu sekarang ni Daim sedang tersenyum dengan senyuman JERK!

Smile Eva..... Smile... control you felling...
Arrgghh! How dare you Daim!

Seusai selesai majlis makan malam, acara seterusnya adalah ‘Open stage’. Dimana pasangan pengantin kena menari.

Okay... yang ni Daim mintak undur diri.
Sebulan yang lepas ada dia belajar menari, tapi masih kaku.
Pada Daim belajar silat adalah 100 kali lebih senang dari belajar menari yang entah apa-apa entah.

Namun dalam keadaan sekarang ni, dia harus beranikan diri.
Sebelah tangan Daim meraih pinggang Eva sehingga dua benjolan milik wanita itu mengenai dadanya yang kekar.

Sekali lagi Eva telan liur.

Sebelah lagi tangan Daim, mengait jemari Eva. Semua langkah yang diajar sebulan yang lepas cuba dipraktiskan sebaik mungkin.
Sesekali, mata Daim dapat menangkap gelak kecil di bibir Eva, bila wanita itu mengetawakan pergerakannya yang salah.
“Kau gelak lagi, aku naik bilik. Kau menari la sorang!”

Saat ni Eva rasa nak tertunduk menahan gelak, namun ditahan.
“Kau berani tinggalkan majlis ni?”
Suara ditinggi sedikit cuba menyamai bunyi musik ‘country’ yang bergema didalam dewan ini.

“Kau ingat aku tak berani?”

Laju Eva angkat wajah, mata tajam Daim ditatap keras!
Bibir dimuncung sebelum kaki kirinya diangkat sedikit dan dengan menggunakan hujung tumitnya yang halus, Eva memijak serta memusing tumit kasutnya pada hujung depan kaki Daim yang ditutupi oleh ‘Boat shoe’

Berdesing seketika bunyi yang keluar dari mulut Daim apabila terasa ibu jarinya pedih!

“Kau jangan macam-macam Daim, atau aku patahkan ibu jari kau!”

Bisikan kuat Eva mengegar koklea Daim.
Dahi licin Eva terasa ingin ditunjal bagi memprotes tindakan wanita itu.
Tapi hati mintak sabar....

Seusai semua acara.
Eva dan daim kembali ke suitenya.
Tak habis kisah di ‘Ballroom’, dibawa pula kedalam bilik.
Kali ni Eva dan Daim bergaduh untuk menggunakan bilik air.

Siapa yang mengalah?

Eva la!

Daim cakap :
‘cukup sekali dia mengalah! Kali ni Eva Natasha kena turut katanya pula’.

Haiii.. macam budak tadika lah perangai laki bini ni!

Selesai membersihkan diri.
Eva mengambil tempat diatas katil, manakala Daim membaringkan diri diatas sofa berhadapan katil tersebut.
Untuk mendapatkan tempat dikatil, Daim tak melawan. Kerana dia sendiri nak tidur disofa, lebih luas dan dekat dengan Balkoni.
Alasan... padahal kau care kat Eva kan Daim?
Taknak bagi Eva tidur kat sofa sebab takut tak selesakan. Huh!

Lampu meja ditutup oleh Eva, menyebabkan suasan suite tersebut agak suram.
Selimut ditarik menutupi dada.
Sekali lagi mata melirik kebawah memandang sofa yang menempatkan tubuh Daim.
“Im...”

“Mmmm....”
Dalam menahan ngantuk Daim menjawab garau.

“Selepas Farina, takde perempuan lain lagi ke yang kau suka?”

Glup!
Daim telan air liur, matanya masih terbuka namun Eva takkan nampak sebab bilik dah gelap.

Keadaan jeda sebentar,

Eva cuba menarik nafas perlahan. Dia pun tak sangka kenapa mulutnyan tiba-tiba mengeluarkan soalan itu pada Daim.
Tapi Daim terus diam...
Sekali lagi Eva membetulkan selimutnya. Dia tahu Daim takkan menjawab. Terus mata dipejam erat.

“Sejak dari dulu dalam hati aku hanya ada seorang je wanita, takde wanita lain yang dapat menandingi dia.”

Pantas Eva membuka mata saat telinganya mendengar jawapan Diam.
Siapa wanita tu?
Ingin Eva bertanya, namun ayatnya mati dihujung bibir.
Kerana dia tahu, wanita itu adalah Farina. Kerana Farina kekasih pertama Daim Akli dari mula-mula lelaki itu kenal cinta.
Maksudnya Eva Natasha tiada langsung dalam hati lelaki itu.

Huh! Sedih!

Kau pun bodoh Eva! Dah kau tahu apa jawapan Daim, tapi masih juga nak bertanya.
Sekarang yang sakit hatinya kau Eva!

Ahh! Bodohnya!

Entah bila, akhirnya Eva tertidur juga dalam keadaan hati yang masih sakit!

Bila mata dicelik waktu pagi, dilihat Daim sudah tiada disofa.
Kemana lelaki tu pergi, malas Eva nak ambik tahu.
Buat apa dia menjaga lelaki yang menyimpan hati pada wanita lain?
Buang masa.

Setelah menyiapkan diri, Eva turun ke cafe Hotel setelah Dahlia menelefon untuk sarapan pagi.
Sewaktu kakinya melangkah masuk ke cafe, Daim sudah menunggu di meja sambil memegang sejambak mawar merah.

Pandangan Eva kedu sebentar.
Daim Akli ke ni?
Kenapa romantik sangat?
Atau sengaja nak tunjuk pada semua yang dia lelaki idaman seantero yang sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan wanita?

Habis tu malam tadi terang-terang kau kata, Farina adalah wanita pertama dan terakhir dalam hidup kau.
Kau dah lupakan Daim?
Cara ni juga ke yang kau buat pada Bella, sampai dia boleh layu pada kau?

Hampir 30 tahun aku jadi Buddy kau Daim, tapi kenapa aku rasa macam aku baru je kenal kau?
Sikap kau dah berubah!

Selepas menjamah sarapan yang menjengkelkan sebab terpaksa menghadap muka Daim, Eva mengarahkan semua untuk pulang kerumah.
Dahlia, Mansor dan Clara yang turut berada dimeja itu diam sebentar, namun tetap menurut.

Selesai mengemas barang, mereka berlima pulang menaiki Vellfire yang dipandu oleh pemandu upahan Mansor
Sampai dihadapan rumah mereka, Eva mengekor Daim masuk kerumah lelaki itu.
Kenapa Eva bertindak sedemikian?
Kerana wartawan masih berkeliaran dikawasan rumahnya dan Daim.

Clara turut mengekor pasangan itu sambil bibir tak habis-habis mengorak senyum.

Saat pintu pagar rumah Daim ditutup, pantas Eva menarik jemarinya dari gengaman Daim.

Daim agak terkejut, begitu juga Clara yang berada dihadapan mereka.

“Sampai sini je lakonan kita!”
Tanpa menunggu jawapan dari Daim, laju langkah Eva diderap menghampiri pintu kecil yang menghubungkan pagar rumah Daim dan Eva.
Sebentar selepas pintu ditolak buka, Eva terus meloloskan diri ke bahagian rumahnya.

“Mak kau!”
Dahlia hampir terkejut apabila melihat tubuh Eva membolos pintu pagar sedang dia dan Mansor mahu masuk kedalam rumah.
“Kau tak ikut Daim ke?”
Tinggi suara Dahlia bertanya.

“Ikut apanya? Eva dah ada rumah sendiri kan.”
Tanpa memandang mamanya , Eva terus melangkah masuk kedalam rumah dan menghentak kaki pada anak tangga sehingga sampai ke biliknya.

Dahlia yang memandang hanya menggelengkan kepala.

Bermulalah kisah Buddy vs Hubby selepas ni....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience