"Sayang", laung Arif dari dapur. Aku mengemas barang yang nak dibawa pulang ke kampung. Propa lebih, balik dua hari je pun berkemas macam balik dua minggu.
"Ye", jawabku kegeraman. Arif ni memang suka sangat melaung kuat kononnya nak bagi rumah tu bising. Padahal bukan besar mana pun rumah, takat panggil macam biasa pun aku boleh dengar jelas.
"Jangan lupa bawa rendang daging ni nanti", laung Arif lagi. Makin geram aku dibuatnya. Ingat aku pekak ke.
"Iye pak...", jawabku sengaja mengikut lenggok orang seberang.
"Drive tu nanti hati hati. Ramai orang balik kampung hari ni nak sambut puasa", tambah Arif lagi. Kebetulan puasa bermula ketika cuti sekolah.
"Iye. Saya tau", jawabku menuruni tangga dan menghampiri Arif yang berada di dapur sedang meletakkan kuali paling besar di rumah ni, ke dalam sinki.
Aku memeluknya dari belakang. Ada semangkuk kecil rendang di tepi dapur masak. Pasti tu untuk lauk makan kami sebentar lagi. Itulah Arif, dia lebih gemar ke dapur berbanding aku. Lagipun, masakannya lebih enak. Jadi aku biarkan saja dia.
Hari ini dari pagi Arif sudah keluar ke pasar basah dan terus berada di dapur menyiapkan kelengkapan memasak rendang daging yang katanya authentic. Aku nak membantu pun dia tak izinkan. Katanya itu rahsia. Jika aku nak makan, hanya dia yang bisa memasaknya bukan orang lain. Dan itulah cara dia mengikat aku selama lamanya. Klisè. Karut nak ikat ikat aku. Aku dah memang terikat dengan dia pun - di atas kertas dan di jiwa. Jika nak ikat aku malam malam pun aku rela sepenuh hati.
"Bang, dah dua kali puasa kita tak dapat sambut bersama", keluhku memeluk pinggangnya erat, mencium kulit belakang tubuhnya yang terdedah dek kerana memakai singlet. Punggung bulatnya yang hanya tersarung boxer ketat aku gesel perlahan lahan. Apa yang berlaku pada alat vitalnya aku tak tahu, terlindung dengan apron hitam.
Sambil menyental kuali, Arif membalas "Ala, sama je puasa ke tak. Jangan nak sentimental sangat".
Aku melepaskan pelukan tadi. Rendang dalam mangkuk kecil itu mengamit seleraku. Aku ambil satu sudu kecil lalu kusudukan seketul daging bersama bumbu ke mulut. "Saya balik esok je la. Lepas kita buka sekali", kataku sambil mengunyah.
"Cik Nura Lisa, kalau balik esok, tu bukannya sambut puasa dengan mak namanya. Lagipun bahaya drive lepas berbuka, nanti mengantuk". Arif membebel, mencapai tuala kecil untuk mengeringkan tangan basahnya.
"Tapi bang...". Hidungku berkerut dan mulutku tersungit bila Arif berkata demikian. Hati aku masih rasa sebal akan hal ini. Di sana mak, di sini suami.
"Abang ok. Kan dah janji dengan mak, tak baik mungkir", pujuknya mengeluarkan dua buah pinggan makan dari dalam kabinet.
"Jom la balik sekali". Aku merengek, menarik hujung singletnya. Aku tarik dia rapat padaku. Sengaja aku letakkan pahaku di antara kaki Arif, aku lemparkan pandangan menggoda.
"Tak boleh sayang. Banyak kerja abang ni", balasnya berdiri di depanku , merenung lama. Ini bukan kali pertama aku cuba memujuknya. Aku mengucup bibirnya seketika.
"Lagipun setakat balik sehari, tak berbaloi", tambahnya sebaik bibir kami berpisah.
Aku mencebik, "mengata saya la tu kan?".
Arif meletakkan pinggan tadi ke meja dan berjalan semula ke dapur. Sebenarnya aku tak cuti pun, aku berganti giliran. Aku nak juga menyambut puasa dengan mak memandangkan raya nanti aku terpaksa bertugas. Nak berganti tempat masa hari raya, memang tak siapa nak layan aku.
"Ala.. bukan. Kalau abang balik abang nak berbuka rumah bonda, esok tu berbuka kat rumah mak", ujarnya memujukku.
"Cakap je lebih. Macam berani", sindirku mengambil botol berisi air dari dalam peti sejuk. Sampai sekarang Arif masih belum memberitahu keluarga kami. Aku masih menanti saatnya dengan penuh sabar.
"Bila abang nak balik berpuasa dengan bonda?", soalku meletakkan botol ke atas meja sebelum ke dapur semula.
"Tak balik kot. Bonda nak turun sini, shopping raya", jawab Arif, aku yang baru nak mengambil mug terhenti.
Wajahku berubah, maknanya aku kena kosongkan almari seperti biasa. Bawa balik semua bajuku ke rumah sewa seperti dulu. Maklong Yam akan tinggal di rumah ni selalunya jika datang sini. Dah rumah anak dia.
"Dah lama bonda tak datang sini kan. Nanti bagitau bila bonda nak datang tau" ujarku cuba kelihatan biasa walau dalam hati ada rasa ingin meninggalkan sehelai pakaianku supaya rahsia kami terbongkar.
"Ya sayang". Arif memeluk dari belakang, bukan di pinggang tapi di dada. Belakang telingaku dijilat dan cuping telingaku digigit lembut.
"Abang, kita kan nak makan", kataku kononnya menolak keinginan yang sedang melonjak dalam diri.
"Ni nak makan la". Bisikan gemersik suara Arif melemahkan setiap sendi di tubuhku.
*******
Keluar dari kereta setelah membetulkan selendang dan memakai kaca mata hitam, aku melangkah dengan berhati hati mengharapkan tiada kaum kerabat terlihat aku di sini. Pintu kaca kutolak luas dan langkahku terus pada kaunter pembayaran, hanya di situ ada dua orang pekerja memakai baju seragam warna hijau putih. "Tuan Alif Farhan ada?", tanyaku sambil tersenyum.
Gadis berbadan kurus halus dengan muka penuh berjerawat memandang aku tak berkelip sehingga rakan sebelah menyigung sikunya baru dia bersuara, "Ada. Kejap ye".
Gadis itu hilang setelah menolak pintu yang tertulis For Staff Only. Tak lama kemudian, along Paan keluar mengekori staff tadi. Aku membuka kacamata hitamku.
"Laaa... Nura ke? Meh masuk. Ingatkan siapa tadi. Dak Enot ni kata orang tv". Aku tersenyum lebar, lucu pulak rasanya. Aku rasa dia terkesima sehingga lupa namaku.
"Ayeh sihat?", tanya along Paan sebaik aku duduk setelah dipelawanya. Layanannya padaku seperti kami sudah kenal lama, tak kekok langsung.
"Alhamdullillah. Ni dia minta along berikan pada bonda", kataku sambil menghulurkan beg kertas yang dalamnya terdapat bekas plastik berisi rendang kiriman Arif.
"Kegemaran bonda ni. Ayeh saja yang pandai masak macam arwah wan. Kami adik beradik dah banyak kali cuba, tak dapat sama. Bonda pun sama, failure juga", nyata along Paan membuka bekas plastik itu dan mengambil bau rendang tersebut. Buat seketika, aku kagum dengan kebolehan Arif.
"Nura sihat? Balik berapa lama ni?", tanya along Paan menutup kembali bekas tadi dan menyimpan semula ke dalam beg. Dia meletakkan sekotak air soya jenama Vsoy di atas meja untuk aku. Tau tau je kegemaran aku air soya, jenama apa pun takpe asalkan air soya.
"Alhamdullillah. Kadang kadang rasa lesu sikit", jawabku tanpa lengah meneguk air soya. Lega rasa tekak. Kali ni aku tak singgah mana mana RnR. Ada je bawa air kosong tapi rasa payau pula di tekak. Jadi aku biarkan saja tekak kering.
"Kurang rehat tu. Kerja pagi sampai malam. Balik rumah layan Ayeh lagi. Minta duit kat Ayeh untuk buat treatment kat spa", ujar along Paan bersahaja seperti dia tahu kegiatanku tiap hari.
"Ada Ayeh bagi. Cuma Nura yang tak sempat nak pergi. Bonda sihat?".
"Alhamdullillah. Sibuk nak ke sana, nak shopping raya. Korang dah pindah rumah baru belum?".
"Ha... rumah baru?". Terperanjat aku dibuatnya. Takde nak cover cover. Nasib air dah habis, kalau tak mau jugak tersembur ke muka along Paan.
Along Paan tersengih, "Nak buat suprise la tu. Sorry la along dah bocorkan rahsia. Nanti Nura buat macam tak tau apa apa tau. Buat buat terperanjat".
Panas pula hati aku, Arif ni tak cerita apa apa pun. "Bila Ayeh beli rumah tu? Dia tak penah cakap apa apa pun", tanyaku cuba mengawal rasa tak puas hati.
"Sebelum korang kawin, Ayeh ada cakap nak beli rumah. Masa tu baru nak develop. Ayeh ni memang tak bercerita sangat hal hal camni kecuali kalau dah siap. Along pun tau sebab dia minta tolong pasal nak buat pinjaman. Elok along cerita pasal loan dah approved, Ayeh pula cerita pasal korang dah kawin".
"So dah siap la sekarang ni?". Aku cuba mendapatkan maklumat.
"Dah. Sebab dia dah mula bayar penuh. Tapi Ayeh kata nak buat renovation sikit". Aku sekadar berkata Oooo dengan penjelasan itu.
"Ok tak Ayeh layan Nura? Ada dia pukul ke tumbuk ke?". Bulat mata aku. Tak pernah Ayeh ganas begitu padaku. Ganas atas katil tu selalu la. Selalu juga aku terdampar di atas katil hingga tengah hari.
Along Paan ketawa dengan reaksi yang aku berikan. "Dia sayang sangat dengan Nura. Jaga dia elok elok tau. Walau apa pun terjadi, along percaya hatinya takkan berubah".
********
"Kakak, beli kat mana rendang ni? Sedap. Macam pernah rasa tapi tak ingat kat mana". Mak terus membuka bekas plastik berisi rendang sebaik aku meletakkannya di atas meja. Sempat aku belikan lemang di tepi jalan sebelum masuk ke kampung.
"Kawan kakak masak. Sedap sangat ke mak?". Aku lihat mak mencolek bumbu rendang dengan lemang yang sudah siap dipotong. Kunyahannya seperti menikmati bersungguh. Aku pun jamah la juga walaupun dah makan di rumah tadi.
"Haah. Dah lama mak tak rasa rendang gini. Berapa puluh dia jual sekilo?", tanya mak masih tak henti mencolek rendang tersebut. Daging rendang tu pun mudah dikunyah, lembut sangat.
"Dia tak jual. Dia kata nak jadi menantu mak".
Terbatuk terus aku dibuatnya. Hati aku terus berdebar dengan ayat itu. Angah tersengih sengih di muka pintu dapur, menjinjing beg plastik saiz besar. Baru sampai ler tu.
"Betul kak? Mak setuju je kalau pandai masak gini. Chef hotel mana?". Beriya pulak mak bertanya sambil menyambut huluran tangan angah untuk bersalaman. Beg plastik diberi padaku. Ada bahan mentah untuk dimasak mungkin untuk bersahur.
"Mana ada chef mak. Kerja biasa je", jawabku, menjeling maut pada angah.
"Lelaki?". Aku angguk curiga. Mak dah tersenyum meleret.
"Dah kawin?". Aku tak jawab cuma mengetap bibir.
"Kalau dah kawin, jangan diganggu. Cukup kawan biasa. Kalau belum, bawa balik. Mak nak jumpa". Angah dah tersenyum lebar sambil mengunyah lemang dan rendang.
Telefon di dalam tas tangan aku berdering kuat. Deringan nada yang dikhaskan buat Arif.
"Jap mak. Bos kakak call"
"Eh, kan cuti. Tak faham faham ke cuti tu apa? Boss kau selalu gitu. Berenti je la. Kerja je kat tv tu", bebel mak sambil aku mengambil telefon dari dalam beg. Aku letakkan jari ke bibir, meminta mak agar diam.
"Hello bang", jawabku berbisik sambil menyarung selipar berjalan tergesa gesa ke pangkin bawah pokok rambutan.
"Rinduuuu....".
"Gatal kan? Tadi orang ajak balik sekali tak nak". Terdengar suara Arif ketawa terbahak bahak bila aku berkata demikian.
"Abang kat mana ni?", tanyaku bila terdengar banyak suara seolah berbual dengan meriah.
"Office Yong. Ada hal sikit. Sayang dah sampai rumah mak?"
"Baru sampai dalam lima belas minit. Tadi singgah petrol station Along Paan dulu", jawabku.
"Suara siapa tu bang?", tanyaku bila terdengar suara latar yang bercakap. Aku kenal suara tu. Hati aku jadi tak enak.
"Oh.. Wati tu. Tadi abang minta dia buatkan kopi".
Aku mula terbayang yang bukan bukan. Dulu Yong kenalkan aku pada Arif sebab kopi la. Dada aku mulai sakit.
"Sayang.. kenapa diam je ni?".
"Nak muntah". Aku terus matikan talian, menundukkan bahagian atas tubuh dan terus muntah di perdu pokok rambutan.
"La.. kakak. Kau dah kenapa tiba tiba muntah ni?", jerit mak dari dalam rumah, berlari dia mendapatkan aku.
"Tah la mak. Rasa pening". Aku memegang lengan mak kejap. Aku rasa pandanganku gelap seketika.
Share this novel
Lupa betul dah.. Ingatkan siapa la Yong & Wati ni. Rupanya ada di chapter 2-4 masa nura intern di syarikat mr Yong & project di Sabah tu.. Lama betul dah tak muncul..
opssss dah mbuahka hasil ke tuu
opssss dah mbuahka hasil ke tuu