BAB 3

Romance Completed 24711

Kerusi besar itu dipusingnya ke kanan dan kiri, konon dia jadi Boss. Tanpa disedari bunyi pintu terbuka, Ad masih lagi berangan di tempat kerusi milik Ketua Manager “Sila duduk, saya ada sesuatu nak bincang tentang Syarikat ini. Hahahhahhaa perasaan pulak aku ni!”

“Ehem ehem, apa yang awak buat ni? Awak datang untuk temu duga, bukan? Dan untuk pengetahuan awak, kerusi yang awak gunakan itu hanya untuk boss sahaja.” Adriana terkejut dengan teguran itu terus berdiri dan berjalan sambal terrunduk untuk menukar tempat. ‘Ya Allah dia ni ke Projek Manager tu? Habislah aku… Malunya, kan dah kantoi huhuhu.’

“Maaf Encik saya tahu saya salah tapi saya cuma berangan sahaja tadi tu.” terketar-ketar Adriana memohon maaf dan berterus terang atas perbuatannya. Tadi bukan main lagi jadi macam boss. “Dah boleh mula dengan temu duga?” sengaja ditanyakan soalan itu kerana rasa bersalah. “Saya dah bersedia untuk mulakan temu duga dengan Encik.” Mukanya sudah panas dan memerah.

“Ehemm… Memang dah boleh mula, kalau awak memang dah bersedia untuk di temu duga, duduklah, jangan tercegat di situ.” Ketua Manager dengan suara garangnya.

‘Ehh… Dia ni kan yang macam tadi…..’ masih lagi Adriana berdiri memikirkan siapa lelaki yang sudah duduk di kerusi boss.

“Awak tunggu apa lagi ni? Sila duduk kalau nak mulakan temu duga, kalau tak nak duduk pun boleh jugak kita mulakan, asalkan fikiran awak tu tak melayang lagi.” Lelaki tu sengaja nak perli Adriana.

“Sorry sorry. Ya Encik, dah boleh mulakan.” tersengih-sengih Adriana duduk.

“Balik-balik sorry tapi masih jugak sengaja buat tak tahu.” sindir semacam je suara Project Manager ni. Baling kang file ni baru tau aku ni ganas, bisik Adriana dalam hati.

“Saya betul-betul minta maaf encik. Saya tahu saya salah tadi.” Adriana meminta maaf sekali lagi, takut tidak diterima bekerja di Syarikat ni kerana ini saja peluangnya kalau tak habislah dia kena ketuk dengan Mak nanti. Ketua itu hanya mengangguk dan senyum melihat gelagat Adriana yang sudah takut dan gelabah sebelum temu duga di mulakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience