Rate

BLACK ROSE (broken inside) 15

Drama Completed 921511

"You jangan lasak sangat. Bahu you tu tak baik sepenuhnya lagi," pesan Aydean apabila melihat kerutan di dahi Mawar saat wanita itu memegang bahu kiri. Perlahan Mawar membuka mata semula. Namun, mulutnya masih terkunci. Tidak mahu berbicara dengan Aydean walaupun lelaki itu kelihatan mengambil berat terhadap dirinya.

"Pukul berapa habis kelas? I nak ajak you lepak-lepak dekat BB(Bukit Bintang)," ajak Aydean masih lagi tidak berputus asa. Mawar termenung sejenak.

Bukit Bintang? Senyuman nipis terukir di bibir Mawar. Mata Aydean masih melekat pada raut wajah Mawar. Bibir Mawar direnung lama. Aydean menelan air liur. Bibir yang kering dibasahkan dengan lidah. Kemudian, dia mengalih pandangan ke tengah-tengah gelanggang yang kosong itu.

"Mana tau kelas saya dekat sini?" tiba-tiba Mawar bertanya. Hati Aydean dilambung gembira apabila Mawar mula memberi respon padanya.

"I upah spy," seloroh Aydean. Hati mula tak keruan. Matanya kembali melihat susuk tubuh Mawar. Walaupun hanya satu soalan sahaja yang keluar dari mulut Mawar, sudah cukup membuatkan hati Aydean berbunga riang.

Tiba-tiba Mawar bingkas bangun semula dari duduknya. Dia terus menghampiri Zack yang sudah pun bersedia di tengah gelanggang. Mawar kelihatan sedang berbincang sesuatu sambil mereka berdua melihat ke arah Aydean. Aydean terkebil-kebil. Terasa Mawar dan lelaki itu sedang bercakap tentang dirinya.

Kemudian, Mawar kembali berjalan menghampiri Aydean. Dia berdiri tegak di hadapan lelaki itu. Aydean mendongak memandang ke arah Mawar. Kedua kening di angkat seolah menyoal.

"Awak nak ajak saya pergi BB kan?" soal Mawar dengan riak dingin. Melebar senyuman Aydean. Perlahan kepala di anggukkan. Cuba mengawal perasaan gembiranya. Dia pasti Mawar setuju dengan pelawaannya sebentar tadi.

"Ada syarat," ringkas Mawar menambah. Aydean sekali lagi mengangkat kening. Mawar menarik lengan Aydean supaya mengikutnya ke tengah gelanggang. Wajah Aydean berubah riak.

Ashuuuddahh! Apasal dia ni??

Aydean menelan air liur. Tangan Mawar yang memegang lengannya di tenung. Tetapi, kakinya tetap akur melangkah mengikut tarikan tangan Mawar. Sedar-sedar dia sudah berada di tengah gelanggang. Wajah Zack dipandang.

'Nak suruh aku jadi refree ke apa ni?' gerutu Aydean di dalam hati. Zack tersenyum simpul. Wajah pucat Aydean menggelikan hatinya.

"Jadi partner sparring I. Then, I follow you pergi BB. Okay baby?" usik Mawar sambil tersenyum manis. Aydean terpaku seketika dengan senyuman Mawar. Tanpa sedar dia menganggukkan kepala. Senyuman Mawar seperti bunga raya yang baru kembang. Haa.. begitulah perumpaannya. Bunga di dalam hati Aydean juga semakin mekar apabila Mawar turut memanggil dirinya dengan panggilan manja.

Syahdu sungguh!

Sparring glove di letak ke tangan Aydean. Aydean tersedar kembali dari lamunan indahnya. Hodiee dan topi ditarik dari kepala. Aydean terpinga. Zack pula tersedar sebaik sahaja kepala Aydean sudah tidak berbungkus.


"Eh, Aydean Asyraff kan?" Zack terkejut. Aydean tersengih sambil kepalanya ligat memikirkan apa yang dijanjikan kepada Mawar sebentar tadi.

"Spa apa you??" soal Aydean masih keliru. Wajah blur tidak dapat di sorok lagi. Mawar memakaikan glove tersebut ke tangan Aydean tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu. Aydean membiarkan sahaja sambil memerhatikan segala perlakuan Mawar.

"Serius ke kau nak sparring dengan Aydean ni Mawar? Bengkak muka dia nanti," tiba-tiba Zack bersuara. Dia mula bimbang apabila menyedari yang lelaki itu adalah Aydean Asyraff pelakon paling popular abad ini.

"You okay kan Deannn?" soal Mawar dengan lenggok manja. Iye, dia sengaja. Aydean telan air liur. Mendengar suara manja Mawar membuat hatinya luruh. Zack menarik nafas dalam dapat menangkap helah Mawar. Pasti ada benda yang lelaki itu pernah lakukan pada Mawar. Mawar mahu balas dendam, mungkin.

Glove di tangan Aydean di periksa Zack. Begitu juga glove di tangan Mawar. Setelah memastikan segalanya okay, Zack berdiri menjauhi Mawar dan Aydean.

'Habislah bengkak muka handsome mamat ni,' gerutu Zack di dalam hati.

Mawar mula memukul sebaik sahaja Zack memberi isyarat untuk mulakan latihan.

PAP!!PAP!! Mawar memukul bahu Aydean sengaja mengacah-acah lelaki itu. Muka Aydean mula pucat.

"You!!" Aydean bersuara sambil memandang sekeliling. Mujur orang tidak ramai pada hari ini. Tetapi dia tetap malu apabila Zack ketawa melihat aksinya ketika di acah-acah Mawar.

"E lak!" hanya satu perkataan yang keluar dari mulut Mawar sebelum dia kembali memukul Aydean.

Kali ini perut Aydean menjadi sasaran Mawar. Aydean mula menggelabah. Dia memandang Mawar dengan muka geram. Mawar tersenyum puas. Baru Aydean perasan Mawar memang sengaja mahu mengambil kesempatan memukulnya.

PAP!! Pukulan backfist tepat mengena ke pipi Aydean. Terbaring Aydean ke sisi kanannya.

"Aaarrrggghhh..," jerit Aydean sambil memegang pipi. Matanya berpinar. Mawar terkejut. Tak sangka pukulan tadi terlalu kuat. Asalnya mahu mengacah-acah sahaja si Aydean. Sekali terlepas geram pula.

Zack dan Mawar masing-masing menerpa ke arah Aydean. Mawar menarik tangan Aydean yang menutupi wajahnya. Terbit merah di pipi kiri Aydean.

"Kau cakap nak acah-acah je Mawar. Ni kau pukul betul-betul pula," bebel Zack sambil membantu Aydean bangun. Aydean menggosok pipinya dengan glove yang masih tersarung di tangan. Mawar buat muka bosan.

Macam perempuan. Lembik!

"Terlepas," jawab Mawar selamba. Wajah cemberut Aydean di pandang. Mereka sama-sama berdiri.

"Sikit je. Tak kan tu pun sakit. Bukan saya tunjal kuat-kuat pun," bebel Mawar dengan wajah dingin. Aydean mengerang kesakitan. Zack geleng kepala mendengar jawapan Mawar.

"Aydean mana biasa. Kau ni pun. Tak beragak. Dah-dah. Sparring dengan aku je. Baru fair," Zack mula bimbang. Dibuatnya Aydean saman pusat latihannya. Habis!

Glove di tangan Aydean dibuka. Mata Aydean merenung tajam ke arah Mawar yang masih selamba riak wajahnya waktu itu. Mawar mengulum senyum apabila tersedar Aydean melihatnya. Mata mereka bertaut. Pandangan Aydean mula mengendur ketika mata mereka bertembung. Sungguh dia sanggup buat apa sahaja untuk Mawar.

"So, you kena ikut I lepak dekat BB," tegas Aydean sambil menggosok pipi yang berbekas itu dengan telapak tangan. Zack mengukir senyum mendengar pertukaran mereka. Walaupun Mawar tidak menjawab, tetapi Zack tahu wanita itu bukanlah jenis memungkir janji.

Aydean turun dari gelanggang sambil berjalan menuju ke arah kerusi yang berada di kawasan gelanggang. Dia masih merenung Mawar. Begitu juga Mawar. Zack sudah bersiap sedia untuk mengganti tempat Aydean.

"Let's start," ujar Zack sebaik sahaja dia menyarung glove ke tangan. Mawar mengambil tempat. Latihan bermula.

Zack cuba menyerang Mawar dengan pukulan jab, dengan pantas Mawar menundukkan kepalanya ke bawah. Pukulan Zack terlepas. Kesempatan itu Mawar ambil dengan pukulan liver shot di bahagian dada Zack. Zack terdorong sedikit ke belakang. Mawar mengangkat kening sambil tersenyum ke arah Zack. Zack hanya mengangguk kepala. Mawar sudah agak pantas dan fokus dengan setiap pergerakan dan pukulan.

Aydean yang melihat setiap pergerakan pantas Mawar agak kagum dengan wanita itu. Makin direnung makin jatuh cinta dirasakan. Aydean mengukir senyum.

Sweetie...

Setelah hampir setengah jam berlatih, akhirnya mereka berhenti. Zack berpuas hati dengan peningkatan pergerakan Mawar setakat ini. Dia kagum melihat kesungguhan Mawar dalam menjalani latihan. Walaupun hanya seminggu sekali Mawar datang berlatih, tetapi, wanita itu kelihatan sangat bersemangat dan gigih berlatih.

Kemudian, Mawar kembali ke tempat duduk asal. Aydean bangun dan membontoti Mawar. Baju berwarna hitam yang dipakai Mawar dibasahi peluh.

"You larat tak nak ikut I lepak BB ni?" soal Aydean sambil melabuh punggungnya di sebelah Mawar. Mawar diam lagi. Dia meneguk air mineral yang masih berbaki. Degupan jantung cuba dikawal. Aydean masih sabar menanti jawapan dari mulut Mawar.

Tidak lama kemudian, Zack datang membawa ice pack sebesar tapak tangan dan dihulur kepada Aydean. Aydean terpinga seketika. Dia memandang ice pack tersebut sambil terkebil-kebil. Mawar menarik senyum sinis. Di ambil ice pack dari tangan Aydean dan diletakkan ke pipi lelaki itu. Kemudian, tangan Aydean di pegang dan diletakkan pada ice pack tersebut. Zack turut mengukir senyum sinis memandang ke arah pasangan di hadapannya itu.

"Bercinta ke korang berdua ni?" soal Zack selamba. Dia melabuhkan punggung ke lantai. Mawar mengerut dahi. Aydean mengukir senyum lebar.

"Tak. Encik Aydean ni boss aku," jawab Mawar bersahaja. Nafasnya mula kembali tenang. Handwrap dibuka dari telapak tangan.

"Boss?" soal Zack seakan tidak percaya. Aydean hanya tersenyum hambar apabila mendengar jawapan Mawar itu. Mawar mengangguk kepala.

"Restoran tu?" soal Zack lagi inginkan kepastian. Mawar ketawa kecil melihat wajah Zack yang seakan mahukan penjelasan yang lebih detail lagi.

"Iye Zack. Second boss dekat restoran tu," jawab Mawar lagi. Aydean merenung Mawar.

"Ohh.. So, hari ni takde shooting ke?" soal Zack tiba-tiba. Mawar turut terfikir.

'A'ah ye. Takde shooting ke dia hari ni?' detik hati Mawar. Dia menunggu jawapan dari Aydean walaupun riak wajahnya seakan tidak mahu ambil tahu.

"Baru settle shooting drama untuk ramadhan. Rest a week. Then, start semula shooting, next week untuk rancangan hari raya pula," jelas Aydean ramah. Zack hanya menganggukkan kepalanya teruja mendengar jadual pengambaran Aydean.

"Oh, drama untuk ramadhan?? Awal shooting," Zack mula berminat mendengar cerita Aydean. Mawar yang berada di sebelah tidak memandang ke arah Aydean sebaliknya dia hanya memasang telinga mendengar perbualan dua jejaka itu.

"Biasa memang shooting awal. Sebab sepanjang ramadhan, aku cuti sebulan. Nak spends time dengan family. Sebab masa raya, start sibuk balik dengan macam-macam jemputan," jelas Aydean tenang. Ice pack di pipi di serahkan semula kepada Zack.

"Nasib baik cuti seminggu. Kalau tak, pipi kau tu nak sorok macam mana," Zack mencebik bibir memandang sekilas ke arah Mawar. Mawar buat-buat tak faham. Dia sibuk menggulung handwarp miliknya. Aydean tersenyum.

"Takpe. Biasa kalau shooting make up artis touch up. Lagipun sikit je ni," jawab Aydean sambil memegang pipinya. Kurang sedikit sakit yang dirasakan selepas di tuam dengan ice pack itu tadi.

"Anyway, thanks," tambah Aydean sambil menunjuk ke arah ice pack yang sudah pun berada di tangan Zack. Zack hanya menganggukkan kepalanya.

"No hal, bro. Kau kalau nak belajar kickboxing boleh belajar dekat sini. Lepas ni kalau si Mawar ni ajak sparring, takde lah kena pukul macam tadi," seloroh Zack. Aydean ketawa besar. Malu sebenarnya. Tetapi, apa boleh buat, Mawar punya pasal. Lautan api pun sanggup dia redah. Haaa.. gitu!

"Tunggu kejap. Saya mandi," Mawar bangun sambil menggalas beg gym miliknya. Di berjalan menuju ke lokar. Aydean sembunyi senyum. Hatinya sekali lagi dilambung gembira. Zack merenung wajah Aydean yang ceria itu. Dia dapat menangkap sesuatu dari riak wajah Aydean.

"Kau suka dia ke?" soal Zack tanpa kias. Aydean ketawa kecil. Dia menggaru kepala yang tidak gatal itu. Zack turut ketawa. Betul sangkaannya. Aydean sukakan Mawar.

"Aku faham, bro. Tapi, Mawar ni bukan macam perempuan lain. Kau kalau dapat dia, jaga baik-baik. Limited edition tu," pesan Zack bersahaja. Dia bangun dari duduknya. Tangan dihulur. Aydean menyambut huluran tangan Zack. Mereka bersalaman.

"Okaylah. Aku masuk office dulu. Kalau kau berminat nak belajar, hello hello je aku," tutur Zack. Dompet di keluarkan dari poket. Kad nama diambil dari dalam dompet dan diserahkan kepada Aydean. Aydean mengambil kad tersebut sambil menganggukkan kepalanya. Mereka saling berbalas senyuman. Kemudian, Zack melangkah meninggalkan Aydean di situ.

××××××××××

Mawar menanti Aydean di satu sudut sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Rindu. Sungguh dia rindu suasana di Bukit Bintang itu. Sudah jauh berbeza keadaannya dari dulu dan sekarang. Air slurpee berwarna hijau itu di sedut dalam. Menghilangkan rasa dahaga dan teringin tekaknya.

Bahu terasa sedikit sengal. Selepas membersihkan diri tadi, sempat Mawar menyapu minyak panas ke bahu kirinya itu. Tatoo nama dia dan Syakir direnung lama.

Terasa diri begitu bodoh dengan perbuatan jahilnya itu. Mengukir nama orang yang bukan lagi milik dia. Nama masih terpahat di bahu. Namun, hati lelaki itu sudah jadi milik wanita lain. Dan dia? Masih terkapai-kapai mencari arah hidup. Mahu terus membuang? Bukan semudah itu. Mawar perlu masa untuk dia buang masa lalunya. Sungguh terlalu banyak kenangan dia bersama Syakir. Masih cinta? Entah!

Beberapa minit kemudian, Aydean muncul.

"Laaaa.. Dah beli rupanya. I beli untuk you ni," sapa Aydean sambil tangannya memegang secawan slurpee berwarna hijau. Mawar menunjukkan air slurpee yang berada di tangannya ke arah Aydean. Riak wajahnya masih dingin. Aydean hanya tersenyum.

"Habis siapa nak minum ni?" soal Aydean sambil merapati Mawar. Mawar jungkit bahu. Lantas dia terus berjalan meninggalkan Aydean. Pantas Aydean membontoti Mawar. Dia berjalan seiring dengan Mawar. Air slurpee dia sedut. Terasa sejuk seakan menangkap otaknya. Kepala digeleng laju cuba memghilangkan ngilu di gigi.

Aydean menyerahkan bungkusan plastik yang dipegangnya kepada Mawar. Mawar mengangkat kening seolah menyoal.

"Roti," jawab Aydean. Tangan masih menghulur sambil mereka berjalan masuk ke dalam shopping mall Pavillion.

"Roti?" soal Mawar. Keningnya bertaut. Aneh. Aydean mengukir senyum. Merah di pipinya kian hilang dan kurang sakitnya. Mawar sedikit lega melihat pipi Aydean yang tiada lagi kesan merah akibat pukulannya tadi.

"Roti brand Sweetie," jawab Aydean. Mawar terdiam cuba menghadam maksud pemberian Aydean itu. Tetapi, plastik tersebut tetap di sambut olehnya.

"Dulu masa kita lepak ramai-ramai, you kan suka makan roti brand ni. You cakap coklat dia banyak. Sedap," jelas Aydean sambil tersenyum lagi. Setiap apa yang Mawar ucapkan dahulu masih segar diingatan Aydean. Segalanya tentang Mawar, Aydean tak pernah lupa walaupun Mawar bukan miliknya tika itu.

Mawar terkedu. Jantungnya mula berdegup kencang. Air slurpee disedut lama. Cuba menghilangkan rasa gemuruh di hati. Sudah lama dia tidak rasakan perasaan sebegini.

Aydean tengah try aku ke ni?

"Ingatkan karipap," Mawar cuba mengubah topik. Tidak mahu berbicara soal hati. Aydean ketawa.

"Next time I beli karipap untuk you. Sebelum I follow you ke gym tadi, I dah tengok gerai makcik tu. Tutup. Makcik tu tak meniaga hari ni," jelas Aydean. Jari jemari Mawar yang mengenggam air direnung Aydean. Teringin berjalan sambil memegang tangan wanita itu. Tetapi, Aydean tidak berani, takut di pulas seperti tempoh hari.

"Saya nak tanya. Awak beli karipap tu dengan makcik karipap yang ketuk tingkap tu ke?" polos wajah Mawar menyoal. Sehingga hari ini dia masih tertanya-tanya dari mana Aydean tahu tentang cerita makcik karipap itu.

Aydean terpinga seketika. Soalan Mawar mengundang rasa hairan dibenak fikirannya. Tak kanlah Mawar selurus itu. Percaya cerita dogengannya. Tiba-tiba tawa Aydean meledak. Rasa lucu melihat wajah polos Mawar sudah tidak dapat ditahan lagi. Mawar ketap bibir. Geram ditertawakan Aydean.

"You percaya ke cerita I tu?" soal Aydean dengan tawa yang masih bersisa. Mawar menjeling mata geram. Dia tahu Aydean mengejeknya. Bekas air slurpee yang sudah kosong itu dicampak ke dalam tong sampah.

"Okay, sorry sweetie. I takde niat nak kenakan you. Tapi, seriuslah you tak pernah dengar langsung pasal makcik karipap tu?" soal Aydean kembali serius. Wajah dingin Mawar direnung. Jantung Aydean seakan melompat-lompat di dadanya setiap kali dia melihat Mawar. Hatinya berbunga riang ketika wanita itu berada di sisinya.

"Saya lapar," balas Mawar. Malas mahu melayan merepek si Aydean lagi. Aydean menahan senyum. Dia sukakan segala-galanya tentang Mawar. Apa pun ungkapan dari bibir wanita itu seakan melodi indah di halwa telinganya saat ini.

"Kita makan dekat atas. Jom," Aydean mengatur langkah menuju ke escalator yang berada di sebelah kiri mereka. Mawar hanya membontoti Aydean. Dia berdiri dibelakang lelaki itu Mawar merenung susuk tubuh Aydean dari belakang. Tangan kekar dan berurat Aydean menarik perhatiannya.

'Sharkie? Deankie?' Mawar ketawa dalam hati. Kepala digeleng perlahan saat namanya digabungkan dengan Aydean. Aneh bunyinya.

I wish I had the power to ignore you -Mawar Kirana -

bersambung...

happy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience