Blurb 22 : Ending 2

Mystery & Detective Series 29168

~Dua. Don't worry about 'how', just make dua with whole trust and Allah will make it happen. You just need to turn every page of life with sabr and Dua.~

"Don't cry. Untuk malam ni, malam istimewa kita. Abang tak izinkan love menangis. Just accept apa yang abang dah sediakan untuk love. Itu sudah cukup bagi abang. Okay love?"

Eshal angguk. Senyum melebar terukir dibawa niqab menjadikan tulang pipinya naik dan matanya menjadi sedikit sepet.

"Come." Eshan menggenggam erat tangan Eshal lalu dibawakan ke satu tempat yang dikhaskan untuk Eshal. Eshal hanya menurut.

Eshan meninggalkan Eshal disitu dan dia beralih ke tengah pentas. Satu tepukan gemuruh diberikan kepada Eshan sebaik sahaja Eshan capai mikrofon yang dihulurkan oleh gadis yang menggesek violin tadi. Kali ini sekali lagi perempuan itu menggesekkan violinnya, menggunakan melodi yang sama cuma bezanya Eshan yang akan menyanyi. Lagu Fairytale, nyanyian asalnya Alexander Rybak.

"Years ago

When I was younger

I kinda liked

A girl I knew,"

Eshan memulakan nyanyian dengan suara merdunya. Matanya dihalakan tepat kepada Eshal Maisarah. Sambil jari dilurusnya kepada Eshal Maisarah. Tepukan kedengaran lagi. Sengih-sengih Eshan ketika mengalunkan lirik itu. Tengah membayangkan saat kali pertama mereka berjumpa dan berkenalan di muka pintu rumah Baariq. Love at the first sight!

Eshal juga tersipu malu. Teringatkan kisah itu. Sesuka hati dia saja gelarkan Eshan itu pencuri! Rupanya betul Eshan pencuri. Pencuri hatinya!

"She was mine and we were sweethearts

That was then, but then it's true

I'm in love with a fairytale

Even though it hurts

'Cause I don't care if I lose my mind

I'm already cursed..."

Eshan menyambung. Kenangan lama terusik lagi. Macam mana dia cuba menjadikan Sarah itu hak dia seorang sedangkan awal-awal lagi Sarah menyatakan yang dia sudah berpunya. Dan lelaki itu adalah 'Abang Pilot', iaitu Waeez Haikal.

Eshal disana juga terusik dengan kenangan lalu. Eshan yang cuba mendekat dengannya, Eshan yang cuba tarik perhatiannya. Eshan yang selalu muncul sebagai hero. Satu persatu kenangan lama muncul.

"Every day we started fighting

Every night we fell in love

No one else could make me sadder

But no one else could lift me high above

I don't know what I was doin'

But suddenly we fell apart"

Fighting? Ya, mereka selalu bergaduh. Pantang jumpa pasti ada bahan Eshan mahu mengusik Sarah. Kadang-kadang sampai merajuk teruk Sarah dibuatnya. Tapi malamnya pasti berjela mesej minta maaf dari Eshan yang Sarah terima. Oh kenangan!

"Nowadays

I cannot find her

But when I do

We'll get a brand new start,"

Dan terjadilah perpisahan itu. Perpisahan yang mengubah segalanya. Mengubah Eshan, mengubah Sarah dan juga mengubah Waeez. Tapi siapa duga, walaupun DIA mengubah jalan cerita mereka bertiga tapi DIA menyediakan sesuatu yang terindah lainnya. Iaitu CINTA. Cinta yang ada dalam jiwa Eshan, Sarah dan Waeez. Kerana rasa cinta itulah yang menjadikan mereka 'a brand new start.'

"I'm in love with a fairytale

Even though it hurts

'Cause I don't care if I lose my mind

I'm already cursed..."

Eshan pejam mata. Sungguh kisah mereka bertiga macam fairytale. Berliku-liku, penuh onak dan duri tapi kerana ujian itulah menjadikan siapa mereka hari ini.

"She's a fairytale

Yeah

Even though it hurts

'Cause I don't care if I lose my mind

I'm already cursed.."

Sungguh malam ini menceritakan seluruh kisah mereka dan sesiapa yang tahu kisah itu pasti tahu kenapa lagu ini yang menjadikan pilihan Eshan buat sang isteri. Tepukan demi tepukan diterima Eshan sebaik sahaja menghabiskan nyanyiannya.

***

Dapatkan keseluruhan cerita disebalik kisah cinta antara Eshan, Sarah dan Waeez dalam Her Voice karya Tulip Haura. Boleh rujuk di fac atau Ig Tulip Haura. Terima kasih kepada yang sudi menyelami kisah ini.

HV

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience