Fahmi dan Jali sedang tidur di Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak. Tiba-tiba telefon Fahmi berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia tersedar dari tidurnya.
“Alamak mampus…Halim call aku lah. Ah hentam jelah cakap diorang dekat Sungai Perak ni. Hoi Jali bangun lah ! Kau check tracker tu diorang kat mana” kata Fahmi mengejutkan Jali yang sedang tidur. Fahmi menjawap panggilan itu.
“Haa hello. Bos kitorang follow diorang sampai Sungai Perak nih. Belum sampai pulak kampung dia” kata Fahmi.
“Aik lambatnya diorang nak sampai kampung. Jauh sangat ke kampung dia tuh” kata Halim Tokan.
“Aik bos mana la aku tahu. Aku ikut je diorang. Ke bos tak nak pergi sebab jauh sangat hehe” kata Fahmi sambil tersengih.
“Banyak lah kau. Yang aku pergi Siam dulu ambik stok kat sana tak jauh ke ? Inikan Perak ramailah geng aku kat situ. Kalau korang uruskan dia pun belum apa-apa dah kena belasah dengan abang dia. Kau nak ke rasa lagi ?” kata Halim Tokan memerli Fahmi.
“Alah bos aku saje je melawak. Okay nanti kitorang sampai kampung baru aku roger kau” kata Fahmi. Tiba-tiba panggilan itu terputus.
“Aik apahal fon aku mati nih ?” tanya Fahmi. Dia membuka telefonnya tetapi tidak hidup.
“Alamak bodoh lah aku. Bateri habis pulak ! Jali kau bawak powerbank tak ?” tanya Fahmi.
“Ada lek je Fahmi. Aku bawak semua. Kau nak tahu diorang dekat mana. Nah tengok nih” kata Jali sambil menyerahkan telefonnya kepada Fahmi.
“Bagan Serai. Diorang lepak dekat kedai makan eh. Jauh lagi nih dari sini. Takper asalkan tahu diorang dekat mana. Dah aku nak pergi tandas basuh muka kejap” kata Fahmi.
“Weh Fahmi” kata Jali.
“Asal kau. Haih orang nak cepat kau memacam pulak” kata Fahmi.
“Fon aku bagi la balik kalau ya pun” kata Jali.
“Ouh. Nah haih tunggu kejap” kata Fahmi lalu menyerahkan telefonnya kepada Jali.
“Bengong dia nih. Jauh lagi perjalanan. Fuh tidur sedap nih” kata Jali seorang diri.
.
Syaa memberhentikan kenderaan di kawasan rehat Taiping. Dia keluar dari keretanya dan meminum air kerana kehausan. Dia melihat jam di tangannya dan menunjukkan pukul 4 pagi. Suasana persekitaran amat sejuk sekali.
“Sejuknya. Haih patutlah si Lina tidur lena sangat. Rasanya macam tak jauh dah nih nak keluar dari highway nih” kata Syaa seorang diri.
Azralina tersedar dari lenanya dan bertanyakan kepada Syaa.
“Dah sampai ke Syaa ?” tanya Azralina.
“Belum Lina. Baru sampai Taiping” kata Syaa.
“Baru pukul empat. Lambat lagi rupanya” kata Azralina.
“Tak jauh dah nih. Nanti sampai lah. Aku rasa area kampung nenek kau, ada homestay sini. Kalau aku pusing-pusing jumpa homestay, kita stay situ lah kejap” kata Syaa.
“Boleh lah lagipun aku kena rehat yang cukup. Nanti nak sahur dekat mana ?” tanya Azralina.
“Rasanya sekarang ni boleh sahur kan. Pukul 5 kita gerak la. Aku nak tidur kejap penat gila ni aku drive” kata Syaa.
“Suka hati kau lah. Aku nak main fon kejap. Lama jugak aku tidur” kata Azralina.
“Ish kau takper Lina sebab kau tu tak sihat and kau dah berbadan dua kan” kata Syaa.
“Bakal okay ? Belum sahkan lagi. Haih” kata Azralina.
“Kau ni mamai ke ? Doktor dah cakap dengan kau petang tadi yang kau disahkan mengandung. Lupa ke kau ?” kata Syaa.
“Hm aku tahu. Aku rasa macam tak percaya pulak dengan aku sekarang ni. Padahal dia dah berpisah dengan aku…” kata Azralina sambil menghela nafasnya.
“Percaya atau tak pun kau dah mengandungkan anak Fadzil. Insyaallah dia takkan marah lagi dekat kau. Orang yang berani adalah orang yang mengaku salah nya sendiri. Kalau kau berani mengaku dengan dia, aku hormat kau gila-gila punya sebagai kawan” kata Syaa.
“Hmm aku tak bersedia lagi sebenarnya Syaa. Nak berhadapan dengan ayah dia lagi” kata Azralina.
“Kalau kau terus macam nih, kau cuma nak lari dari masalah kau je. Itu orang pengecut namanya. Kau nak jadi pengecut ke ?” kata Syaa.
“Tak aku bukan orang macam tuh. Haih kau agak-agak laa nak cakap aku macam tuh. Erm bagi la aku masa dulu boleh ? Bila aku ready baru aku bagitau okay” kata Azralina.
“Sorry Lina aku cakap camtu…aku cuma nak bagi kekuatan dekat kau. You can do this Lina. Kalau apa-apa yang berlaku. Aku ada di samping kau okay ? We’re bff right ? Kau nak perlukan masa aku tak kisah pun. Nanti dah bersedia kau cakap dengan aku” kata Syaa.
“Takper aku tak ambik hati pun. Bagi aku masa dulu okay ? Kau tidur la. Kau tuh penat drive dari KL tadi kan. Tidur la aku stay up dalam kereta. Nanti hampir pukul 5 aku kejut kau sahur” kata Azralina.
Syaa mengangguk faham dengan kata-kata kawannya lalu melelapkan matanya. Azralina mengelamun sahaja memikirkan nasibnya apabila dirinya sudah berbadan dua tanpa ada suaminya di samping Azralina.
.
“Mengantuk je korang nih. Tidur ke tak korang ni ?” tanya Nek Tipah kepada Faridah, Alisha dan Adirah dan yang tersengguk-sengguk di atas meja makan.
“Mana ada mengantuk nenek. Biasalah sahur pagi-pagi nih” kata Alisha.
“Banyak lah kau. Pergi cuci muka” kata Nek Tipah menyuruh Faridah, Alisha dan Adirah masuk ke dalam bilik air dan mencuci mukanya dengan bersih supaya tidak berasa mengantuk. Selepas solat Subuh mereka akan menjalankan operasi pembuatan ketupat lembu.
“Nak nasi mama….” ringkas sahaja kata-kata Faridah. Puan Yusnita menggeleng kepala melihat gelagat anaknya yang suka tidur mati. Dia menceduk nasi ke dalam pinggan Faridah.
“Lepas makan siap-siap solat Subuh berjemaah. Ayah jadi Imam nanti. Lepas solat ni jangan tidur korang. Tolong nenek buat ketupat nanti. Ingat janji ayah dekat kau ya” kata Encik Shuhaimi.
“Ya ayah tak lupa pun janji tuh” kata Faridah sambil makan dengan cermat.
“Mak dah senaraikan ke barang nak beli pagi nanti ?” tanya Encik Shuhaimi kepada Nek Tipah.
“Haah. Mak letak dekat meja ruang tamu sana. Nanti belikan ya. Duit ada sekali kat situ. Kalau tak cukup korang tambah la. Ataupun kalau nak beli benda lain untuk hias rumah ni raya nanti beli je la” kata Nek Tipah.
“Baik mak. Barang dapur memang ada yang tak cukup kan ?” tanya Puan Yusnita.
“Haah. Beras nanti beli lebih sikit nanti untuk masukkan ketupat nanti. Mak ingat nak buat ketupat lembu lebih sikit. Tahun ni la mak ada mood sikit nak buat ketupat lembu” kata Nek Tipah.
“Wah bagus lah tuh nenek. Insyaallah kalau kitorang dah master buat ketupat lembu, nanti kitorang buat banyak-banyak” kata Faridah.
“Nak buat banyak ? Boleh asalkan korang kena la cepat belajar. Lepas solat Subuh nanti korang pergi rumah Pak Amat. Nenek dah tempah 8 ikat daun ketupat. Boleh ?” kata Nek Tipah sambil tersengih. Pak Amat adalah penjual daun ketupat di kampung ni.
“Boleh sangat tuh. Tapi kenapa banyak sangat nenek ? Buat untuk kita je kan ?” tanya Adirah.
“Lah kata nak buat banyak-banyak. Tu sepupu kau dah cakap. Nenek dah siap-siap buat tempahan 8 ikat daun ketupat. Rumah dekat je. Pandai-pandai la korang bawak” kata Nek Tipah.
“Hehehe baiklah nenek” kata Faridah sambil tersengih. Mereka sekeluarga menyambung juadah sahur sehingga azan Subuh berkumandang.
Share this novel