"TAK BOLEH ! "
Dr.Haider berpuas hati setelah penanda buku itu akhirnya kembali ke tangannya setelah ri ragut Nurjihan dan di perhatikan Nurjihan yang kalah berpeluk tubuh.
"Fine, kalau Dr. nak sangat ambil la."
Kata-kata dari Nurjihan itu mengundang senyuman di wajah Dr.Haider.
"Ikhlas eh?".
Nurjihan berfikir sejenak.
"Kalau belanja minum dulu baru boleh ikhlas."
Dr.Haider memutarkan bebola matanya ke atas.
Budak ini ! "Okay, let's go."
"TERIMA KASIH datang lagi." Baki duit pelanggan di hulurkan.
"Sama-sama." kata pelanggan yang mula beredar dari kedai 7 Eleven itu.
Hawa tersandar pada almari belakangnya itu dan fikirannya mula tergawang-gawang mengingati perihal pagi tadi semasa dia berada di pasaraya.
"Ouch !." Jerit seorang wanita yang tidak sengaja di langgar Hawa.
"Oh my... sorry-sorry saya tak perasan." Kalut dia meminta maaf dan memandang ke arah wanita itu.
Mereka saling bertatapan.
"Kak Rania? lah, kebetulan pulak jumpa kat sini."
Rania mendengarkan namanya di seru dan dia juga memandang ke arah empunya suara setelah sibuk mengutip barang-barangnya yang terjatuh tadi.
"Kau? heh .. kalau dengan kau ni semuanya bawa sial. Tengok habis jatuh barang-barang aku !".
Hawa menunduk rasa bersalah. Dia cuba untuk mengutip barang-barangnya yang tersisa jatuh tadi.
"Dah...dah, tak payah nak buat-buat baik kat sini. Macam mana la adik aku boleh suka dekat kau ni? Menyusahkan !" Rania bersuara penuh emosi.
"Kenapa Kak Rania benci sangat dengan saya? salah saya apa? kenapa nak halang hubungan saya dengan Rizal?."
Hawa tidak tahan di perkotak-katikkan lagi oleh Rania.
"Sebab kau tu...budak miskin, lain sangat dengan Shera, aku nak kenenkan mereka pada asalnya. Tapi muncul kau .. rosak semua !".
Hawa terdiam. Hanya matanya berkaca menelan semua yang di dengari.
"Aku tahu yang Rizal akan dengar juga cakap aku sebab aku satu-satunya kakak dia. So buat masa sekarang ni kau merasa la kasih sayang dia tu puas-puas..end up nanti dia akan tinggalkan kau juga."
Rania berlalu pergi dengan angkuh dari situ meninggalkan Hawa yang menahan rasa pedih di hati.
Apakah cinta di ukur dengan status dan harta kekayaan seseorang? Begitu sekali tega Rania berkata sebegitu tanpa memikirkan perasaannya.
Rambutnya di tolak kebelakang dan memicit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Haruskah dia meninggalkan Rizal sebelum rasa itu lagi sakit bila Rizal yang meninggalkannya nanti ?
Hawa buntu.
Nurjihan menatap lama skrin laptop itu. Jarinya begitu giat menaip melakarkan isi coretan di blog peribadinya.
Setiap isi konten yang di terbitkan, Nurjihan selalu menunggu dari komen seseorang yang bernama 'White Jasmine'.
Sekian lama 'White Jasmine' tidak masuk ke dalam ruangan komen. Nurjihan merasakan ada sesuatu pada 'White Jasmine' itu bila setiap kali dia masuk ke ruangan komen berserta ayat yang memilukan ia ibarat menggambarkan keadaan hidupnya. Siapa 'White Jasmine' ini? apa yang sedang di tanggung olehnya ?
Tuk..tuk..tuk...
Bunyi ketukan pintu menyentakkan lamunan Nurjihan.
"Ye masuk." Laung Nurjihan.
Kelihatan Syifa yang sedang bergerak masuk menuju ke arahnya.
"Sorry kacau Cik Jihan. Tuan Syed panggil Cik Jihan. sekarang, dekat taman bunga tau Cik Jihan." Kata Syifa.
"Yelah Kak Syifa. thank you."
Nurjihan bangun dan menutup skrin laptopnya lalu bergerak ke bilik Tuan Syed Iqwal.
Kini dia Bergerak mendekati meja yang berada di bawah pondok kayu itu. Kelihatan Tuan Syed Iqwal yang sedang duduk membaca majalah.
"Tuan Syed cari saya?". Tanya Nurjihan.
Mendengarkan suara gadis itu Tuan Syed Iqwal menutup sebentar majalah yang di bacanya.
"Pergi siap. Saya rasa nak pergi jogging petang ni."
Petang? sekarang kan dah petang?
"Err pukul berapa eh? sekarang ni petang juga ni." Tanya Nurjihan lagi.
"I give you 5 minit."
Bulat mata Nurjihan. Baru dia sedar untuk menilik pemakaian Tuan Syed Iqwal itu yang sudah sedia dalam pakaian sukan.
Ergh ! suka dia buat aku kelam kabut macam ni !!
Dengan pantas Nurjihan berlari dan naik ke bilik untuk menukar pakaian.
Melihat gadis itu yang tergesa-gesa naik.. Tuan Syed Iqwal tersenyum kecil. Makin hari makin suka dia menguji emosi gadis itu.
Kini mereka berada di Putrajaya Wetlands Park.
Nurjihan memerhati sekeliling..cantiknya !
macam-macam aktiviti kat sini boleh buat. Bukan jogging je.
"Tenang kan?". Tanya Tuan Syed Iqwal yang memerhati tasik di depan mereka itu.
Nurjihan mengganguk mengiakan kata-kata Tuan Syed Iqwal. Nurjihan melangkahkan kaki ingin naik ke atas titi menuju ke pondok kayu atas tasik sana. Tiba-tiba tangannya di capai kemas oleh Tuan Syed Iqwal yang membantutkan langkahnya.
"But first, jom jogging dulu dalam 2 round."
"Hah?". Nurjihan terpinga-pinga bila dia harus melangkah mengikuti Tuan Syed Iqwal berpatah balik ke belakang menuju trek jogging.
Ala... baru nk feeling-feeling kat sana tu. Kacau !
Dengan tidak relanya Nurjihan mula gerak langkahnya berlari anak berjogging mengejar langkah Tuan Syed Iqwal yang agak jauh meninggalkannya.
Bila jarak mereka agak dekat, Nurjihan memperlahankan lariannya membuntuti belakang Tuan Syed Iqwal. Dalam tidak sedar...tali kasutnya di sebelah kiri terbuka dan tidak semena-menanya dia terasa langkah kakinya tersekat akibat dari terpijak tali kasut itu.
"Arghhh !!".
Nurjihan menjerit terasa badannya ingin terjunam mencium track jogging.
"Be careful !!". Dengan pantas Tuan Syed Iqwal berpaling dan menyambut Nurjihan dari terjatuh serta hampir tertolak dia. Jika tidak di sambut, maka dengan dia sekali bakal tergolek macam nangka busuk !
Nurjihan kini terkedip-kedip matanya mendongak memandang Tuan Syed Iqwal yang selamatkan dia dari terjatuh dan kini kemas dalam pelukan lelaki itu.
Pandangan mereka melekat di antara satu sama lain.
Nurjihan berasa rimas kerana pelukkan Tuan Syed Iqwal itu terasa semakin lama semakin kuat. Dia cuba untuk meleraikan dakapan itu namun tidak berjaya. Tuan Syed Iqwal begitu tajam memandangnya.
"Err, Tuan Syed jangan la macam ni." Kata Nurjihan perlahan sambil matanya memerhati keadaan sekeliling yang terdapat beberapa orang yang lalu lalang di situ memandang pelik ke arah mereka.
"Kenapa? awak malu?" Tuan Syed Iqwal bertanya sinis.
Gila kau tak malu? ingat ini negara orang putih nak peluk, nak ber.. macam-macam ber lah, kat tempat awam pun orang buat tak tahu je?
Nurjihan mengganguk perlahan tetapi pandangan matanya kepada Tuan Syed Iqwal kendur kerana takut dengan nada suara lelaki itu.
Tuan Syed Iqwal mengela nafas. Matanya masih terarah pada Nurjihan.
"Don't give me that look. Awak menggoda saya."
Pelukkan di lepaskan. Tuan Syed Iqwal teruskan berjogging meninggalkan Nurjihan yang tergamam di situ.
Aku goda dia? oii oii ni fitnah. Dia tu yang goda aku tau !
RIZAL menunggu Hawa di depan rumah. Berkali-kali dia menelefon kekasih hatinya itu tetapi tidak di angkat, whatsapp juga tidak di balas. Serba serbi tidak kena jadinya.
"Assalamualaikum." Rizal memberi salam cuba memanggil penghuni di dalam rumah itu.
Seketika terdengar pintu di buka.
"Lahh, Rizal.. Waalaikumsalam. lama dah ke sampai ni. Tadi mak cik ada dengar bunyi enjin kereta ingatkan datang rumah sebelah." Kata Gayah.
Rizal menggosok belakang tengkuknya. Rasa bersalah kerana perlu datang malam-malam hari sebegini ke rumah orang.
"Saya minta maaf mak cik sebab datang malam-malam ni. Saya risau sebab dah try contact Hawa tapi tak dapat. Itu yang saya ke mari."
"Eh, tak apa..tak apa. Hawa ada ja dalam bilik tu. Sekejap mak cik panggilkan ye. Mari masuk dulu."
"Haah ye mak cik."
Rizal mengganguk lalu mengikuti langkah Gayah masuk ke dalam rumah.
Pintu bilik anak gadisnya di ketuk Gayah.
"Hawa, bukak pintu nak. Rizal datang ni."
Hawa terbangun pantas dari pembaringannya. Rizal datang sini? aduh.. baru sedikit langkah untuk menjauhkan diri dari Rizal namun Rizal terlebih dahulu ingin mematahkan kekuatannya.
Pintu bilik di buka sedikit melihat si ibu yang menanti di situ.
"Erm ibu.. cakap dengan Rizal Hawa tak sihat. Hawa tak nak jumpa dia la." Hawa cuba berdalih.
Gayah berkerut dahinya.
"Eh, jangan la macam tu Hawa, kesian Rizal tu datang malam-malam ni. Resah je muka dia tu. "
Hawa tidak Sampai hati. Namun dia Kembali sedar, dia harus kuatkan semangat untuk mengabaikan Rizal walaupun sebenarnya hatinya itu membuak-buak untuk berjumpa.
Hawa menggeleng.
"Tak nak ibu. Tolong la cakap dekat Rizal tu Hawa tak sihat tak larat nak keluar bilik."
"Apa dah jadi ni. Gaduh apa ni terok sangat sampai tak boleh nak berbincang ni?"
Gayah jadi tidak selesa untuk memghalau tetamunya balik.
"Erm, nanti-nantilah Hawa cerita dekat ibu.".
"Hmm yela."
Rizal terbangun melihat Gayah mendekatinya.
"Rizal, mak cik minta maaf ye. Hawa tak sihat. dia tak larat nak keluar bilik."
Gayah menuturkan kata dengan baik bagi menjaga hati Rizal.
"Tak sihat? demam ke mak cik?". Tanya Rizal cemas.
Gayah mengganguk laju.
"Haah. dia baru makan ubat selesema tu. Rasanya dia dah lali nak tertidur. Nanti datang lagi ye nak. Mak cik minta maaf sangat-sangat."
Rizal mengganguk berat. Harus dia akur tidak mahu mengganggu istirehat orang sakit.
"Tak apalah kalau macam itu. Saya minta diri dulu mak cik. Nanti kalau Hawa dah sihat sikit minta dia call saya ye mak cik?".
Gayah mengganguk dan tersenyum.
"TUAN SYED !!". terkocoh-kocoh Syifa berlari anak ke arah bilik membaca mencari Tuan Syed Iqwal.
"Ya, Syifa ada apa?". Tuan Syed Iqwal tenang bertanya dalam keadaan matanya menatap buku tebal di tangan.
"Err....Cik Jihan meracau-racau tu dalam bilik."
Pantas Tuan Syed Iqwal bergerak keluar dan di ikuti Syifa.
Sesampainya di bilik itu. Kelihatan Nurjihan yang bercakap seorang diri dalam tidurnya. Tanggannya juga ikut meracau-racau.
Pantas Tuan Syed Iqwal duduk di birai katil dan menggangkat sedikit kepala Nurjihan untuk di letakkan di atas lengannya. Di peluk Nurjihan lembut dan di gapai tangan yang meracau-racau itu.
"Syuhhh...sleep.. just sleep. Saya ada ni." Bisik Tuan Syed Iqwal cuba memujuk Nurjihan. Matanya masih terpejam dan akhirnya gerakan badan mulai lemah dan tertidur dengan tenang semula.
Syifa yang melihatkan keadaan Nurjihan yang telah stabil itu, dia perlahan-lahan berundur dan menutup pintu bilik itu.
Pelukan dari seorang suami yang hangat terasa menjadi ubat kepada mimpi buruknya itu.
Pipi Nurjihan di pegang lembut. Tuan Syed Iqwal meratah segenap inci di wajah itu. Dia ralit menatap keindahan yang tersedia di depannya kini. Mencium haruman wangi rambut Nurjihan membuatkan dia juga turut terlena di sebelah isterinya.
Share this novel