7

Romance Completed 6186

"abang, liya g sebelah sana dulu ek. nak tengok coklat" melihat amir mengangguk, aku terus ke arah jualan coklat. pelbagai jenis coklat yang ada. tapi aku perlu melihat acuannya takut tidak halal.

"liya" panggil seseorang

suara macam pernah ku dengar lalu ku mengangkat pandangan ku kearah pemilik suara tersebut. sungguh aku terkejut. "kkau.. buat aa..ape kat ss..sini" tanya ku gagap. aku terbang jauh pun dapat jumpa lagi budak nih.

"urm, saya dengan isteri saya" jawapnya lancar. "awak?" tanyanya lagi.

"sayang? ish puas abang cari. dekat sini rupanya..." kata katanya terhenti apabila perasan mataku tidak melihat nya, sebaliknya melihat orang dihadapan ku. "siapa ni liya?" aku memandang wajahnya.

"abang, kenalkan ni Iqwan" suamiku berjabat tangan dengan iqwan.

"urm, saya pergi dululah. isteri dah tunggu. bye " iqwan berlalu pergi.

"bye" amir senyum sambil tangannya melambai. dan dia perasan perubahan mood ku. "sayang ok?"

"ah.. ok" aku menjawab lalu berlalu. tiada mood nak pilih coklat.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

aku duduk di luar beranda bilik hotel yang kami tempah. bilik kami berada di tingkat 7 dan pengudaraan yang sejuk membuatkan lamunan aku semakin jauh. tangan amir menyentuh bahuku lembut.

"period ek, dari tadi moody je abang tengok" amir bertanya penuh prihatin.

"taklah" jawap ku ringkas. malas rasanya hendak bercakap. kenangan lama yang menerjah masuk ke fikiranku membuatkan aku berasa serik untuk mempercayai lelaki.

amir mengusap rambutnya dan menarik nafas sedalam dalamnya. 'sebelum laki aku naik angin baik aku cerita perkara sebenar'. hatiku berkata

"baik awak cakap siapa laki tadi tu?" suaranya tegas. nak tak nak aku mesti cerita la

"dia bekas kekasih liya." jawap ku pendek . aku tahu amir terkejut. apa nak jadi jadilah. 'tulah kau liya, berahsia lagi' hatiku gusar.

amir mencapai tangan ku. "macam mana korang boleh putus?" tanya amir lembut. mungkin faham dengan keadaan ku.

"dia curang, saya yang tangkap dia dengan perempuan tu kat tempat karaoke" jelas ku

"liya masih ada hati dekat dia?" tanyanya sambil pandangannya tunduk.

"tak" jawapanku membuatkan pandangannya tertumpu pada wajah ku.

"habistu kenape nak kenang kisah lama dengan dia? moody sebab jumpa dia balik? kalau awak betul takda perasaan dengan dia lagi, awak takkan kesah kalau berjumpa dengan dia. buat dek je bila berselisih" terang amir jelas. mungkin geram dengan sikap ku. betul tu abang, tapi

"sebab dia saya serik nak percaya lelaki" air mata ku mengalir ke pipi. amir tergamam lalu memberikan aku sebuah pelukan yang hangat.

"abang tak suka tengok liya nangis, dah la. buang buku lama. beli buku baru, pastu tulis cerita baru." aku mengangguk perlahan.

"terima kasih abang. terima kasih sebab dengar luahan liya" aku membalas pelukannya dengan lebih erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience