Bab 3

Romance Completed 53836

Hurmm.... ingatkan tahun ni aku nak fokus belajar jerr. lagipun.. spm kan.. malas nak masuk pertandingan yg disyorkan oleh cikgu2 ni. Tak sempat langsung otak aku nak rehat.. study dah habis.. Sempatlah aku nak habiskan komik anime aku ni.. arrr romantik sangat! membebel Irah di kerusi bangku depan halaman rumahnya. Dia meletakkan senarai pertandingan yg dianjurkan itu di bawah buku latihan. Irah terus bermain telefonnya dengan begitu asyik sekali. sesekali ketawa.. sedih.. Marah.. melayan emosi semasa membaca komik itu.. Irah, dah siap ker homework Cikgu bagi tu.. tak habis2 dengan fon kamu.. Nanti abah balik kena sound baru tahu.. tegur Pn Ruziah dekat anak perempuannya itu. Sudah.. semua sudah siap. Irah nak ambil mood sekejap ni. Jawab Irah meleretnya. Seperti malas nak berbual dengan Pn Ruziah. Irah, umi.. nak bercakap sikit dengan kamu boleh? Tanya Pn Ruziah melihat Irah hanya buat tidak tahu saja padanya. Hmm, Balas Irah sedikit biadap. Irah,Umi nak cakap sikit ni. pandanglah muka umi ni. Pujuk Puan Ruziah lagi dekat Irah. Yee ye. Apa umi? Cakaplah. Irah masih dengar dengan jelasnya. Now, just talk! Balas Irah dengan nada suara sedikit marah kerana masa rehatnya diganggu lagi. Irah, jaga sikit percakapan kau tu . Dengan Umi tau yg kau tinggikan suara tu. Mikhail menyampuk selepas melihat Irah memarahi Puan Ruziah. APA semua orang nak haa? Tolonglah! Irah dah penat. Penat dengan semua benda ni. Irah perlukan ruang. Irah nak rehat. Marah Irah lalu pergi dari situ. Irahh, ..panggil Puan Ruziah lembut. Tetapi Irah buat tidak dengar sahaja suara pujukan itu. Ehh, kurang ajarnya kau. Mikhail berasa bengang dengan tingkah laku kakaknya itu.

Semua orang sama saja. Yang itu yang ini. Apa yg mereka nak... aku dah penuhi! Tapi impian aku? Ada mereka semua peduli? arghhh!!!!!???? Menjerit Irah sekuatnya. Ia merasa beban yg dipikulnya terlalu berat sehingga tekanan hidupnya tidak stabil dan normal seperti orang lain.Dari jauh mikhail mendengar keluhan kakanya itu di luar bilik. Tanpa teragak lagi dia pun terus masuk tanpa mengetuk dahulu pintu bilik itu.

Wehhh Irah..kalau ye pon kau tengah marah..asal sampai umi pon kau nk biadap haa? Tak boleh ke cakap elok2 dengan umi? Tegur Mikhail kepada Munirah. Dia sedikit geram dengan perangai buruk kakaknya itu.

Ehh kau...banyak mulut pulak ehh?!! sudahlaaa keluar dari bilik aku boleh tak? aku penatlah nak dengar semua org asyik membebel je dkt aku..dekat sekolah tadi pon aku kena...balik2 rumah pon aku kena...boleh tak dalam sehari sahaja org tak kacau hidup aku? Aku rimas tahu tak? rimas!!!!! Kelihatan Munirah sudah bengang dan beremosi selepas seorang demi seorang berleter tanpa sebab kepadanya.

Wehhh Rah...kau kan...haishhh..Sudahlah malas aku nak bercakap dengan kau.. Tak guna org yg tinggi akal tapi perangai jauh dari simpangnya. Think ok think...org tegur kau sebab org sayangkan kau.. Terserlah lah..kau kena minta maaf dengan umi walau apa jua keadaan pon..Syurga kau bawah kelapak kaki dia tahu?! Mikhail sudah lama bersabar dengan kakaknya terus keluar dengan amarahnya selepas Munirah selalu menyalahkan org di sekelilingnya.

Sayang? herghh...kalau sayang korang semua tak akan layan aku mcm ni..Bersuara Munirah seraknya setelah setitik demi setitik air matanya akhirnya mengalir juga dari pipinya. Seharian itu sahaja Munirah hanya menghabiskan masa berada dalam biliknya sahaja. Sedikit pun dia tidak keluar dari bilik untuk menegur mereka semua. Puan Ruziah hanya memberitahu En Syukri bahawa Munirah sibuk mengulang kaji pelajaran di dalam bilik dan tidak mahu sesiapa yg menganggunya. En Syukri hanya menerima sahaja jawapan itu walaupun disebaliknya Munirah sedang marah dan merajuk dengan mereka semua. Tidak mungkin Puan Ruziah mencerikan perkara sebenar kepada suaminya kerana takut En Syukri akan melepaskan amarah dan barannya itu kepada Munirah.

Sudah masuk 3 minggu dia bersekolah dan menempuhi pelbagai ujian sebagai pelajar akhir tahun. Memandangkan Munirah adalah pelajar harapan sekolah itu dia terpaksa mengalas bebanan yg berat demi mengharumkan nama baik sekolahnya. Jadual Munirah sibuk seperti biasa berbanding dengan pelajar lain masih lagi boleh gelak ketawa dan bermain. Baginya setiap waktu adalah berharga dan tidak mungkin dia akan mempersiakan peluangnya yg ada untuk belajar sebaik mungkin sebelum keluar ujian bulanan nanti. Wehh Irah..kau tahu tak lepas ni kan ada cikgu Seni baru yg gantikan Cikgu Zurina yg sedang cuti berpantang. Kau rasakan cikgu lelaki ke perempuan?? Tegur kyra setelah melihat Munirah sibuk saja tangannya sedang menulis nota kecil di tepi buku teks. Hanya ada segelintir sahaja pelajar di kelas mereka mengambil subjek tambahan seperti seni kerana mahu menambah skor A dalam peperiksaan SPM nanti. Munirah sangat gemar subjek seni ini dan sering melukis jika berkelapangan waktu. Dia tidak memberitahu umi dan abahnya kerana tidak mahu mereka membantah dan tidak memberi keizinan untuknya mengambil subjek kegemarannya itu. Entah la..aku tak kisah pun..for sure hope 'perempuanlah' Kau tahulah kan cikgu seni lelaki macam mana. Annoying. Jawab Munirah seperti akan dapat tangkap saja ayatnya itu. Dia bukanlah kaki gossip yg selalu mengambil kesempatan untuk ngorat jika ada cikgu lelaki yg masih bujang dekat sekolah ini. Yeye je kau..aku rasa lelakilah..Kita bertaruh nak tak? hujung minggu lanjee ABC?? Amacam?? Kata Kyra berharap sangat jika cikgu ganti ini adalah cikgu lelaki. Dia mahu membuktikan kepada Munirah yg sangkaannya tidak tepat kali ini. Okey..No hal. wait n see.. Ujar Munirah sambil menaikkan keningnya ke arah Kyra yg tidak berbuat apa pun ketika itu. Munirah tahu Kyra adalah pesaing yg tegar di dalam kelas selepas dirinya. Walaupun di sekolah Kyra tidak menunjukkan yg dia adalah pelajar terbaik tetapi siapa tahukan "diam-diam ubi berisi".

Dalam beberapa minit, Assalamualaikum kelas..Ucap salah seorang guru sambil berjalan masuk ke dalam kelas 5 Agung. Waalaikumsalamwarahmatullahiwabarakatuh..
Jawab semua pelajar di dalam kelas itu dengan gembira dan tersenyum lebar apabila memandang wajah cikgu ganti baru untuk subjek seni. Semua pelajar perempuan terus berbisik sesama sendiri kecuali pelajar lelaki masih lagi fokus ke arah susuk tubuh cikgu ganti baru itu. Okey..Pertama sekali saya mahu kenalkan diri saya dekat kamu semua. Nama saya Muhd Azhar bin Haji Darus. Panggil saja Cikgu Azhar. Saya merupakan cikgu Seni ganti buat sementara waktu memandangkan Cikgu Zurina cuti dalam tempoh ini. Salam perkenalan. Ujar Cikgu Azhar ramahnya kepada semua pelajar di dalam kelas itu. Mempunyai rupa paras dan tampan dan sejuk saja mata memandang membuatkan semua pelajar perempuan di dalam kelas itu tersenyum lebarnya. Spek mata bulat trend terkini menjadi pilihan Cikgu Azhar dengan mengenakan kemeja blue black lengan bajunya dilipat ke atas. Memakai kemas tali leher berwarna hijau tua sesuai sangat dengan penampilannya itu. Matanya tidak lepas memandang ke arah setiap pelajar satu demi satu. Dari jauh Munirah ternganga luas mulutnya apabila memerhati gelagat Cikgu Azhar itu. So..Annoying!!! Nguman Munirah menelan pahit air liurnya itu. Pada masa yg sama Kyra tersenyum gembira akhirnya tekaan Munirah tidak tepat kali ini. Munirah terus menjeling sahaja apabila Cikgu Azhar memberikan senyuman kepadanya. Dia mengeluh panjang mendapat cikgu ganti lelaki seperti Cikgu Azhar.

Oh shitt!!! Aduh camne ni...Air tertumpah lak..Bersuara Munirah kuatnya selepas air di dalam cawan itu habis terkena bajunya sekolahnya. Cepat-cepat dia mengambil tisu lalu mengelap sebelum ia menyerap dan menjadi basah teruk. Tu la kau..kan aku dah kata..jangan letak tepi sangat air tu. kan dah basah baju kau. Membebel Kyra turut membantu mengelap sisa air di meja Munirah. Ye lah aku tahulah..Marah Munirah geramnya perkara begini berlaku ke atas dirinya. Ada saja nasib malang yg selalu menimpa dirinya itu. Cikgu Azhar tersenyum saja melihat gelagat mereka berdua dari jauh. Tidak lama kemudian dia pun berjalan pergi ke arah Munirah yg sedang gelabah tidak tentu pasal itu. Tak apa..jangan risau..perkara kecil je ni. Nah ambil kain ini..Guna tisu bukan nak kering..lagi basah adalah..Sapa cikgu Azhar terus memberikan kain putih kepada Munirah. Semua pelajar di dalam kelas itu terus memandang ke arah mereka ketika itu. Tergamam Munirah selepas melihat senyuman Cikgu Azhar tidak lekang dari bibirnya. Perlahan-lahan Munirah mengambil kain itu di tangan Cikgu Azhar. T..terima kasih Ujar Munirah terus meneruskan kerjanya mengelap kesan basah di bajunya semula. Sedikit pun hatinya tidak tergugat dengan layanan baik yg diberikan oleh Cikgu Azhar itu. Semua pelajar yg lain terus berbisik antara satu sama lain. Bukan mereka tidak tahu, ada saja guru yg ingin rapat dengan Munirah memandangkan dialah pelajar kebanggaan sekolah ini. Perasaan dengki mula menjalar dalam diri mereka sendiri. Cantik lukisan awak..teruskan usaha. Kata Cikgu Azhar setelah melihat permandangan dari atas bangunan yg di lukis oleh Munirah itu. Okey..semua..mulai hari ini saya mahu semua pelajar bawa kain buruk or kain lap meja supaya air tumpah nanti mudah untuk lapnya. Ok semua?? Tambah Cikgu Azhar lalu berjalan melepasi Munirah. Baik Cikgu..jawab semua pelajar itu meneruskan kerja mereka semula. Muka Munirah merah padat memendam perasaan amarah terhadap Cikgu Azhar. Disebabkan olehnya semua pelajar di kelas itu akan membahannya tidak lama lagi. Kyra juga menahan ketawa selepas melihat muka Munirah menahan marah yg teramat sangat. Dari mana datang ntah...saja ja nak kenakan aku..siot betul laa..Eee geramnya aku!!! Nguman Munirah masih tidak boleh melupakan perkara tadi. Dia tidak dapat fokus semula untuk meneruskan lukisannya dalam keadaan mood tidak baik. Tidak dapat ia bayangkan kelas seni selepas ini untuk berhadapan dengan Cikgu ganti Azhar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience