Ampang Jaya
Setelah empat hari berlalu Fazura begitu tekun menjaga Awaisha Laila dan selama empat hari juga Awaisha Laila tidak dapat berkerja,
Farid Husin menjadi pendiam, jarang sekali dia berbual dengan Fazura, setiap kali dia balik dari kerja dia akan memaki hamun Awaisha Laila, selama itu juga dia tidak bertegur dengan ayahnya,
**
Teguh holding
Ketiadaan Awaisha Laila sebagai peguam syarikat memberi masalah kepada Dato sri Hassan kamarudin kerana minggu hadapan perwakilan perusahan dari Jakarta akan tiba bagi urusan pengambil alihan anak syarikat Teguh holding di Jakarta,
"So macam mana nie ayah?,"
Tanya Fuad sobri selepas berbincang dengan ayahnya berkenaan dengan masalah ketiadaan peguam
Dato sri Hassan kamarudin mengeluh pelan, dahinya di usap-usap beberapa kali
"Ayah kena pujuk syakilah, itupun kalau dia nak, kalau dia tak nak, kita upah je peguam luar,"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin memandangkan Puan syakilah dulu adalah salah seorang peguam syarikat Teguh holding, namun selepas kematian Arwah Nek Ja, puan syakilah terus melatakkan jawatan
"Ayah ada tanya Farid, kenapa isteri dia tak datang kerja,"
"Call ayah pun dia tak jawab, kat luar, mana ada dia tegur ayah, ayah bagi salam pun dia tak jawab,"
"Aduhh.. dia bengang lagilah tu, sebab ayah halau dia dari bilik mesyuarat,"
Dato sri Hassan kamarudin tergeleng-geleng
"Entahlah Along, ayah ada dengar cerita, dia mengamuk ari tu kat pejabat Peguam, ayah malas nak masuk campur nanti dengan ayah sekali yang kena,"
"Along pun ada dengar juga,"
"Takpelah, nanti tengahari ayah nak pergi melawat Said, kalau ayah jumpa Syakilah kat sana, ayah cuba pujuk dia,"
Fuad sobri terangguk-angguk
"Yelah Ayah,"
**
Ampang Jaya
Farah mengurut-gurut dahi Awaisha Laila, diam-diam dia datang ke rumah Farid Husin ketika Farid Husin berkerja,
Fazura tidak sanggup mendengar rintihan Awaisha Laila di malam hari, nak tak nak dia terpaksa memberanikan diri menghubungi Farah untuk meminta bantuan, Farah begitu terkejut setelah melihat keadaan Awaisha Laila, walaupun ada perasaan benci pada adik iparnya itu namun dia tidak menyangka farid Husin sanggup memukul Awaisha Laila seteruk itu
"Awaisha, kakak bawa Awaisha pergi hospital ya,"
Kata Farah, lembut nadanya
Awaisha Laila mengeleng, wajahnya berkerut menahan sakit namun bibirnya masih mampu tersenyum
"Takpe Kak saya boleh tahan lagi,"
"Awaisha, perut kamu bengkak, lebih baik kita pergi hospital periksa,"
"Jomlah kak Sha, janganlah degil sangat,"
Kata Fazura pula cuba memujuk
Awaisha Laila mengeleng
"takpe Zura, Kak farah, saya boleh tahan, nanti lama-lama hilang juga sakit nie, lagi pun saya dah terbiasa,"
Bertaut kening Farah, hairan
"Dah terbiasa? maksud Awaisha, farid memang selalu pukul kamu ke?,"
"Ah.. ah?,"
Fazura cepat-cepat menutup mulutnya, bila sedar sudah terlepas cakap, padahal dia ingin merahsiakan dari kakak iparnya
Farah menarik tangan Fazura, pipi adik iparnya di cubit
"Aduh.. Aduh.. sakitlah kak,"
Rintih Fazura membuatkan Awaisha Laila geli hati,
"Bagi tahu kak sekarang, betul ke farid selalu pukul Awaisha,"
Tanya Farah sambil mengosok-gosok pipi adik iparnya selepas dia mencubit
"Tapi kak farah jangan bagi tahu abang Farid, nanti dia mengamuk, Zura takut,"
"Kalau gitu, betullah Farid memang selalu pukul Awaisha,"
Fazura mengangguk, Farah mengeluh pelan, kepalanya tergeleng-geleng, bola matanya merenung Awaisha Laila
"Zura tolong pakaikan Awaisha tudung, kita pergi hospital sekarang,"
pinta Farah
"Eh, takpe kak?,"
"Ikut saja cakap kakak, jangan degil,"
Air mata Awaisha Laila menitis, dia bukan tidak mahu pergi mendapatkan rawatan tapi dia takut jika pihak hospital menahannya di hospital dan akan menanyakan punca kecederaannya, semua itu pernah dia alami ketika Farid Husin cuba membunuhnya lima tahun yang lalu, doktor yang merawatnya berkali-kali menanyakan tentang kecederaan di badannya sehingga menjadi kes polis
Farah seperti tahu apa yang sedang di fikirkan Awaisha Laila
"Awaisha jangan risau, kak bawa Awaisha pergi hospital swasta, hospital tu dah macam hospital keluarga kita,"
"Tapi saya tak nak kena tahan kak,"
Farah mengangguk
"Ya kak tahu, Awaisha jangan risau ya,"
Setelah memujuk Awaisha Laila, Farah bersama Fazura membawa Awaisha Laila ke hospital Ampang puteri untuk mendapatkan rawatan, syukurlah tiada kecederaan serius di dalam perut, Awaisha di berikan ubat tahan sakit, ubat krim untuk kecederaan luarannya
**
Beberapa hari telah berlalu, Fazura sedang berdiri memandang langit, bintang-bintang berkelipan di dada langit, begitu indah dengan cahaya bulan menerangi muka bumi, angin malam yang bertiup sesekali mengibarkan tudung Fazura,
Tidak beberapa lama kemudian, pintu pagar luar terbuka, kereta yang di pandu suaminya memasuki pekarangan rumah, Bibir fazura tersenyum lebar, sudah beberapa hari suaminya pulang lewat malam,
Farid Husin keluar dari kereta, bibirnya tersenyum bila melihat isteri tercinta, badan isterinya di rangkul erat kemudian mencium dahi dan pipi isterinya, pipi Fazura di elus-elus lembut
"Abang pergi mandi dulu ya, nanti abang turun semula,"
Kata Farid Husin, wajahnya tenang
Fazura mengangguk
Di ruangan dapur, Fazura duduk termenung, menunggu suaminya turun, tangannya mengusap-ngusap perut, sudah hampir 2 minggu dia tidak datang haid, tapi dia tidak berani memikirkan yang bukan-bukan kerana sebelum ini sudah beberapa kali dia mengalami kelewatan haid
"Sayang... ,"
Bahu Fazura terangkat agak terkejut dengan teguran suaminya
Farid Husin tersengih
"Amboi.., jauhnya termenung, sampai abang turun pun Zura tak sedar,"
Fazura cepat-cepat bangun dari kerusi, bibirnya tersengih-sengih
"Zura minta maaf,"
Farid Husin memeluk isterinya
"Tak usah minta maaf Zura, Zura tak pernah buat salah dengan abang,"
Fazura mendongak, tangannya mengusap kedua pipi suaminya
"Abang, boleh tak abang janji dengan Zura,"
Farid Husin mengeluh pelan, bibirnya menyenget
"Tak.. abang jangan salah faham, ini bukan pasal kak Sha, Zura cuma nak abang janji, apa pun terjadi, abang jangan lupakan Zura, Zura cinta sangat pada abang,"
"Kenapa pulak abang nak lupakan Zura, abang sayangkan Zura, cintakan Zura, abang janji, abang tak akan sesekali lupakan Zura,"
"Betul,"
"Ya sayang,"
Farid Husin mencubit hidung isterinya, sebelum kedua bibir mereka bertembung
**
Teguh holding
Hari rabu selepas beberapa hari negara Malaysia menyambut tahun baru, puan syakilah duduk di kerusi sambil membelek-belek beberapa dokumen di atas meja, sudah beberapa hari dia berkerja sementara di syarikat Teguh holding kerana ketiadaan Awaisha Laila namun dia merasa bangga pada anak didik suaminya itu kerana awal lagi sudah menyediakan dokumen-dokumen berkenaan dengan pengambil alihan anak syarikat Teguh holding di jakarta oleh perusahaan di sana memudahkan perkerjaannya
Bunyi nada dering dari Telefon pintar milik puan syakilah berdering, jari telujuk puan syakilah terus menekan skrin telefon pintarnya,
"Awaisha?,"
Bibir Puan syakilah tersenyum, cepat-cepat dia mengankat telefon pintarnya untuk menjawab
"Assalamualaikum Sha,"
"Waalaikummusalam, makcik apa kabar?,"
"Makcik baik je Sha,"
"Pakcik?,"
"Alhamdullilah, setakat nie pakcik kamu baik je, kemungkinan dalam beberapa hari insyaallah, dia akan sedar,"
"Syukur Alhamdullilah,"
"Kenapa Sha call?,"
"Esok wakil dari perusahaan dari jakarta datangkan,"
"Ah.. ah betul,"
"Esok Sha masuk kerja, Sha nak bantu makcik,"
"Hiss tak usahlah Sha, jangan paksa diri kamu, rehat je kat rumah,"
"Makcik jangan bimbang, Alhamdullilah Sha dah sihat dah sekarang,"
Puan syakilah menghela nafas tenang
"Okay, kalau itu kemahuan Sha makcik tak nak halang, nanti jumpa esok ya,"
"Baiklah, Terima kasih makcik,"
**
Ampang Jaya
Ke esokkan harinya, Wajah Awaisha Laila berkerut cemas, dia berjalan mundar-mandir di pekarangan rumah sambil di perhati Fazura, sudah hampir setengah jam Grab yang di hubungi masih belum sampai, jam di skrin telefon pintarnya pula sudah menunjukkan waktu ketika itu 09.00 pagi
"Hiss mana pulak Grab nie,"
Keluh Awaisha Laila
Fazura berjalan ke arah pagar rumah yang sudah terbuka kemudian berdiri sambil memeluk tubuh memandang ke arah jalan
"Jalan sesak kot,"
"Itulah, kat app nie dari tadi 10 minit lagi akan sampai, tak sampai-sampai pun,"
Balas Awaisha Laila sambil menghentak kakinya
Fazura tergelak, itulah pertama kali dia melihat Awaisha Laila bertingkah seperti itu,
"Sabar kak sha, kan makcik syakilah ada kat sana,"
Pujuk Fazura sambil merangkul lengan Awaisha Laila
Tangan yang di rangkul Fazura di tarik kemudian tangan itu memeluk bahu fazura, Awaisha Laila sengaja mengoyang-goyang tubuhnya sehingga kelihatan dia dan Fazura seakan sedang menari
"Yaaa.., tapi kalau boleh kakak tak naklah datang lewat,"
"Pukul berapa mesyuarat tu,"
"10.00,"
Tidak berapa lama kemudian, sebuah kereta Toyota vios berwarna biru menghampiri mereka berdua
"Maafkan saya puan, jalan jem teruk,"
Kata pemandu wanita selepas menurunkan tingkap kereta
"It's okay,"
Balas Awaisha Laila,
"Zura, kak pergi dulu ya,"
Fazura mengangguk sebelum memeluk Awaisha Laila seketika, Fazura memerhati kereta itu membuat pusingan, Awaisha Laila melambai, Fazura tersenyum lebar turut melambai namun secara tiba-tiba fazura menekan dada, jantungnya berdetak laju, darahnya pula berderau
"Ya Allah, Ya tuhan ku, lindungilah hamba mu Awaisha Laila dengan suami ku Farid Husin, semoga kami bertiga boleh hidup bahagia,"
Fazura berdoa dalam hatinya sambil mendongak ke langit
**
"Maaf puan, jalan jem teruklah,"
Kata pemandu wanita itu dari tadi kereta yang di pandunya hanya mampu bergerak sedikit demi sedikit
"Tak apa cik, saya faham,"
Balas Awaisha Laila dengan raut wajah tenang namun hatinya merasa gusar
Awaisha Laila melihat jam di skrin telefon pintarnya
"Aduh dah nak dekat pukul 10,"
Getus hati Awaisha Laila berkerut wajahnya
Setelah 45 minit barulah Grab yang di naiki Awaisha Laila berhenti di luar pintu masuk lobi Teguh holding, selepas membayar tambang, Awaisha Laila bergegas keluar dari kereta, puan syakilah baru sahaja mengirim whatsapp menyuruhnya pergi ke tingkat 25
Awaisha Laila berjalan laju ke arah penghadang laluan tanpa menghiraukan mata-mata sedang memerhati gerak gerinya
Pintu lif terus terbuka selepas berhenti di tingkat 25, Awaisha Laila bergegas keluar namun kadua kakinya terhenti sebaik sahaja melihat dua orang lelaki berpakaian kemas sedang berdiri tegak tidak beberapa jauh dari pintu bilik mesyuarat
"Hey David, Rudi,"
Tegur Awaisha Laila, bibirnya tersenyum lebar bila melihat rakan sejawatnya ketika dia berkerja di cawangan Teguh holding jakarta
"Hey Laila, omg how are you?,"
Jawab seorang lelaki berwajah tampan, begitu teruja ketika Awaisha Laila menghampiri mereka berdua
Bibir Awaisha Laila masih tersenyum, dia membiarkan lelaki itu memeluk tubuhnya seketika
"I'm fine David, how are you?,"
"Superb, you still look beautiful,"
Jawab lelaki itu, tangannya memegang bahu fazura
"Thanks,"
Fazura memandang lelaki di sebelah David pula
"Kamu apa kabar Rudi?,"
"Ya.. Guwey Baik-baik aja Laila, syukur gak di pecat,"
Awaisha Laila tergelak namun lelaki bernama David tiba-tiba menyentuh pipinya
"your face looks like it's sick, are you okay Laila?,"
Awaisha Laila tersenyum, dia memegang tangan David sudah di anggap seperti abangnya
"don't worry I'm okay,"
"Pak!,"
"Pak!,"
"Pak!,"
Farid Husin menepuk tangannya
"Wow..., hebat kau Sha, ada kekasih gelap rupanya,"
Mata Awaisha Laila terbeliak, wajahnya berubah pucat, tangan David di pipinya cepat-cepat di tolak, David kehairanan namun tidak bagi Rudy, dia mengenali Farid Husin ketika Farid Husin datang ke cawangan Teguh holding di Jakarta tahun lepas
Farid Husin terus mengayun langkah mendekati Awaisha Laila,
"Dari tadi aku perhati je, gembira betul kau ya bila jantan nie peluk kau, siap sentuh pipi lagi, sorrylah kalau aku ganggu korang berdua nak bercium tadi,"
Awaisha Laila diam tidak menjawab, tubuhnya membeku, jantungnya pula berdengup laju, matanya langsung tidak berkedip seakan malaikat maut sedang berdiri di sebelahnya
David tidak berpuas hati bila melihat wajah Awaisha Laila seperti ketakutan, bibirnya melirik senyuman sinis, dia tidak mengenali Farid Husin, kerana ketika Farid Husin berada di Jakarta dia mempunyai urusan kerja di tempat lain
"Hey goblok, kamu ini siapa?,"
Tanya David dengan wajah berang sambil berdiri berdepan dengan Farid Husin, dalam masa yang sama Rudi cuba menarik tangan David supaya menjauhi Farid Husin
Farid Husin tersenyum, dengan sekelip mata saja tangannya menghayun penumbuk tepat mengenai muka David, David masih mampu berdiri akan tetapi hayunan kali kedua yang begitu kuat mengenai tepat di tengah muka David menyebabkan lelaki itu tersungkur di lantai
"Puki***!! kau sial!! berani kau panggil aku bodoh, haram jadah!!,"
Maki Farid Husin, wajahnya merah padam kerana terlalu marah
Sebaik sahaja melihat David tersungkur, Rudi cuba menghalang Farid Husin dari terus memukul David akan tetapi Farid Husin terus menghayun penumbuknya tepat mengenai hidung Rudi, David tergeleng-geleng cuba bangkit namun mukanya di sepak Farid Husin
"Mampus kau!! mampus kau!!,"
Melihat keadaan David sudah tidak sedarkan diri tetapi Farid Husin masih lagi memukul kenalannya itu, Awaisha Laila memberanikan diri cuba menghalang Farid Husin dari terus memukul David
"Cukup Farid!!,"
Jerit Awaisha Laila sambil memeluk belakang badan suaminya namun tindakannya itu menambahkan lagi kemarahan Farid Husin
Farid Husin pantas memusingkan badannya, Satu hayunan penumbuk tepat mengenai pipi kiri Awaisha Laila, Awaisha Laila hampir terjatuh, belum pun sempat dia membuka mata satu lagi penumbuk mengenai pipi kanannya,
"Bangsat kau perempuan sundal, celaka sial!!,"
Maki Farid Husin sekuat hati selepas Awaisha tersungkur di lantai, dia menyepak beberapa kali tulang rusuk kiri Awaisha Laila menyebabkan Awaisha Laila mengelupur kesakitan
"Ya Allah!.. Farid!!,"
Jerit puan syakilah begitu terkejut bila melihat Farid Husin sedang menyepak badan Awaisha Laila
"Hey Farid! apa kau dah buat tu!!,"
Jerit Dato sri Hassan kamarudin pula turut terkejut melihat perbuatan anak lelakinya setelah keluar dari bilik mesyuarat akibat bunyi bising
Wajah Farid Husin semakin bengis, dia seperti hilang akal, ketika Puan syakilah hampir menghalangnya, dia menghentak beberapa kali tapak kasutnya dengan kuat tepat di muka Awaisha Laila
"Cukup Farid!!,"
"Diam!!, celaka,"
Farid Husin mencekik leher Puan syakilah
"Laki bini tak guna, selama nie korang yang sorok celaka nie daripada aku,"
"Sabar Farid,"
"Lepaskan tangan kau Farid, ini makcik kitalah,"
Arah Fuad sobri, dia bersama fadil Fitri dengan Hamdan cuba melepaskan tangan Farid Husin dari terus mencekik leher puan syakilah
"Ya Allah Farid, bawa mengucap Farid,"
Rayu Dato sri Hassan kamarudin, menggigil-gigil badannya melihat anak lelakinya mengamuk
Farid Husin melepaskan tangannya, puan syakilah tercungap-cungap namun dia terus melihat keadaan Awaisha Laila
"Puas hati aku, sial punya betina, kalau dia mampus pun aku tak kisah, puii,"
Farid Husin memandang setiap wajah di hadapannya
"Kalau korang nak report polis, report kalau berani, jangan sampai aku akan cari korang semua nanti,"
Selepas menghembur kata-kata berbau ugutan, dengan bersahaja Farid Husin mempebetulkan blazernya kemudian jari jemarinya menyisir rambut tetapi kakinya sempat menyepak badan Awaisha Laila untuk kali terakhir
"Cukup Farid,"
Puan syakilah meraung, kepala Awaisha Laila di peluk erat
Farid Husin memandang Abang-abangnya sebelum mengalih pandangannya memandang ayahnya
"Lelaki yang kat sana tu ayah, kekasih si sundal nie, dia panggil anak ayah nie bodoh sebab farid halang dia waktu dia nak cium si sundal nie, sebab itulah farid mengamuk,"
Kata Farid Husin, dengan sengaja mereka-reka cerita
Dato sri Hassan kamarudin menoleh memandang ketua perwakilan dari Jakarta seperti inginkan jawapan
"Maaf Bapak, aku nggak tahu, jika lelaki ini kekasih isterinya bapak Farid,"
Lelaki berusia separuh abad itu cepat-cepat menoleh memandang Stafnya sedang menekup hidung
"Benar Rudi, kalu David bilang sama Bapak Farid bodoh,"
Rudy mengangguk-ngangguk, dia tidak berani menceritakan hal sebenarnya kerana takut dengan Farid Husin
Farid Husin mengukir senyuman sinis, bola matanya melirik ke bawah melihat Puan syakilah sedang menangis sambil memeluk Awaisha Laila, hatinya benar-benar puas dapat membantai Awaisha Laila kemudian memusingkan tubuhnya berjalan ke arah Lif
Baru separuh langkah, telefon pintarnya berdering, Farid Husin menyeluk poket seluar, mengeluarkan telefonnya
"Hello mak,"
"Apa!, mak tunggu situ, nanti Farid hubungi ambulan,"
Selepas menamatkan panggilan, Farid Husin bergegas berlari ke arah pintu lif Vip sambil di perhatikan Dato sri Hassan kamarudin, Fuad sobri, Fadil Fitri dan semua orang berada di kawasan itu
"Along, tolong hubungi ambulan,"
Pinta Puan syakilah dengan tangis esak
"Dah, Angah dah call,"
Jawab Fazilah, sejak tadi dia bersembunyi di balik pintu bilik mesyuarat, hanya memerhati Farid Husin memukul Awaisha Laila, sebab itulah dia menghubungi ambulan walau hakikatnya dia senang melihat adiknya memukul adik iparnya itu
**
Hospital Ampang puteri
Wajah Farid Husin begitu cemas, selepas ibu mertuanya menghubunginya tadi mengatakan Fazura terjatuh dari tangga ketika berada di rumah ibu mertuanya dan tidak sedarkan diri,
kedua kakinya di ayun laju masuk ke dalam hospital, Farah yang melihat adik bangsunya cepat-cepat melambai sambil memanggil nama adiknya
"Macam mana dengan Zura kak?,"
Tanya Farid Husin dengan wajah cemas
Farah menepuk bahu Adik bongsunya
"Zura takde apa-apa, doktor cakap Zura terlalu letih sabab tu dia pingsan,"
"Kata jatuh dari tangga,"
"Bukan dari atas, kat bawah tu je, mak Zura terlalu panik waktu tu,"
Farid Husin melepaskan nafas lega, jantungnya seakan terhenti kerana telalu risaukan Isterinya
"Jomlah, kakak tunjukkan bilik dia,"
**
Kereta Suv yang di pandu Fuad sobri mengekori rapat ambulan di hadapan,
Dato sri Hassan kamarudin duduk di belakang jari jemarinya mengaru-garu rambutnya, wajahnya pula berkerut seperti mencemaskan sesuatu
"Ya Allah, patutlah ayah macam kenal je dengan nama tu, dulu Arwah nenek kamu selalu sebut nama tu, tak habis-habis memuji nama tu,"
"Along pun tak sangka Yah kalau Farid tergamak buat macam tu, patutlah dia tak datang waktu Arwah nenek sakit sampai arwah nenek meninggal, rupanya dalam lokap,"
Kata Fuad sobri
"Itulah, tergamak betul Farid, sanggup dia nak gugurkan kandungan anak dia sendiri, lepas tu nak bunuh pulak Awaisha, padahal salah dia sendiri,"
Kata Fazilah pula, dia menangis teresak-esak, selepas mendengar cerita dari Puan syakilah mengatakan anak yang di kandung Awaisha Laila telah gugur, barulah dia sedar, selama ini Awaisha Laila tidak pernah bersalah, adik iparnya itu menjadi mangsa pembalasan dendam adik bongsunya
"Farid... Farid,"
Ucap Dato sri Hassan kamarudin, mengeleng kepalanya kemudian memandang anak ketiganya duduk di sebelah Fuad sobri
"Alang,"
Panggil Dato sri Hassan kamarudin bila melihat anak ketiganya dari tadi hanya termenung
"Ya Ayah,"
Jawab Fadil Fitri
"Betul ke Alang bagi Hanis sampul surat tu?,"
Fadil Fitri menoleh ke belakang, kepalanya di angguk
"Ah..ah, waktu arwah nenek kena bawa keluar dari bilik, nurse bagi sampul surat tu pada alang, kebetulan waktu tu Hanis dengan Farah masuk dalam bilik, sampul surat tu pun memang dah ada nama pakcik said sebab tulah alang bagi pada Hanis,"
**
Hospital kpj Ampang puteri
ke esokkan harinya
Fazura dengan Awaisha Laila masih lagi menerima rawatan di hospital Kpj ampang puteri dan berada di tingkat yang sama, Fazura masih tidak sedarkan diri akibat kepenatan yang melampau, Awaisha Laila pula doktor telah mengesahkan dia mengalami kecederaan yang teruk di kepala kemungkinan akan berada dalam keadaan koma
Puan syakilah sudah menghubungi anak gadisnya yang masih belajar di UUM sintok kedah bertanyakan tentang sampul surat yang di berikan Fadil Fitri namun anak gadisnya tidak dapat mengingat tentang sampul surat tersebut lalu Puan syakilah terpaksa menyuruh anak gadisnya itu pulang dengan segera
Datin Sri Sahara menangis sambil mencium beberapa kali dahi Fazura yang masih tidak sedarkan diri, selepas memeluk ibu fazura, dia minta diri untuk pergi melawat Awaisha Laila
Hanya selang beberapa bilik, Datin Sri Sahara di temani Farah memasuki bilik rawatan Awaisha Laila, Datin Sri Sahara terus menangis teresak-esak, tangan Awaisha Laila di genggam erat sambil memohon maaf beberapa kali, setelah mengetahui kisah sebenar dari suaminya, dia tidak menyangka rupa-rupanya Awaisha Laila menjadi mangsa pembalasan dendam anak bongsunya, dia merasa sungguh menyesal kerana pernah menampar muka menantunya itu
Farah yang berada di sisi ibunya turut merasa sedih, dengan tangisan yang masih tersisa, Datin Sri Sahara mencium dahi Awaisha Laila
"Maafkan mak Awaisha, mak janji jika Awaisha sedar nanti mak akan layan Awaisha seperti anak mak sendiri,"
Ucap Datin Sri Sahara
**
Puan Hajar bertudung labuh duduk sebentar di kerusi untuk menghilangkan lelahnya membiarkan seorang Kanak-kanak lelaki berpakaian seperti pelajar tahfiz berdiri di depannya,
"Mari Farhan,"
Puan Hajar mendukung Farhan, selepas dia mengankat beg pakaiannya, kedua kakinya di ayun ke arah pintu
** "Mak nak datang sini semula ke nanti,"
Tanya Farah sebelum keluar dari bilik rawatan Awaisha Laila
Datin Sri Sahara mengangguk
"Awaisha dah takde keluarga, itu dah jadi tanggungjawab mak sebagai mak mertuanya, mak kena jaga dia, tak akan mak nak biarkan syakilah yang jaga,"
"Mak tak usah risau, nanti kita bergilir je jaga Awaisha ya,"
Datin Sri Sahara mengangguk sambil tersenyum, dia memandang seketika ke arah Awaisha Laila kemudian keluar dari bilik itu
Datin Sri Sahara bersama Farah berjalan perlahan menghampiri kaunter jururawat, pada ketika itu Puan Hajar sedang berdiri di depan kaunter sambil mendukung Farhan
"Comelnya awak nie, nama siapa?,"
Tanya salah seorang jururawat sedang berdiri di balik kaunter
Farhan tersenyum riang
"nama saya Muhammad Farhan,"
"Sedapnya nama, Nama ayah Farhan siapa,"
Jari telujuk Farhan mengetuk-ngetuk dagunya
"Ummm.. Nama ayah Farhan, Farid Husin,"
Langkah Datin Sri Sahara serta-merta terhenti begitu juga dengan Farah sebaik sahaja mereka mendengar nama anak bongsunya di sebut Farhan
"Farid?,"
Ucap Datin Sri Sahara saling berpandangan dengan Farah
"Budak tu baru je sebut nama ayah dia Farid Husin mak,"
Kata Farah
"Hiss biar betul, Syakilah cakap kandungan Awaisha gugur,"
"Cuba kita pergi tanya dulu,"
Datin Sri Sahara mengangguk, saat itu jantungnya tiba-tiba merasa berdebar
"Assalamualaikum,"
Ucap Datin Sri Sahara, lembut
"Waalaikummusalam,"
Jawab Puan Hajar sambil memalingkan tubuhnya
Alangkah terkejutnya Farah bila melihat wajah Kanak-kanak lelaki sedang di dukung Puan hajar, manakala Datin Sri Sahara pula terbeliak matanya bila melihat wajah Kanak-kanak lelaki itu tidak ubah seperti wajah Farid Husin semasa kecil
"Si.. siapa na.. nama ibu Kanak-kanak nie,"
Puan Hajar tidak terus menjawab, dia merasa hairan dengan pertanyaan Datin Sri Sahara
"Awaisha Laila,"
Jawab Farhan walaupun sebutannya kurang sempurna
"Anak Awaisha, Ya Allah dugaan apa pula nie,"
Datin Sri Sahara meraup wajahnya,
"Ya sara, itu anak Awaisha dengan Farid Husin,"
Kata Puan syakilah sambil melangkah menghampiri puan Hajar
"Tapi syakilah, you cakap Awaisha keguguran,"
"Maafkan i sara, selama nie i dengan said terpaksa merahsiakan tentang Farhan, sebab kami takut Farid apa-apakan dia nanti, sebab farid ben..?
Kata-kata Puan syakilah tergantung bila dia menyedari Farhan sedang mendengar
"I harap you faham sara, anak nie tak bersalah, Selepas Awaisha melahirkan dia, Awaisha mengalami tekanan jiwa, dia tidak pernah bagi kasih sayang pada Farhan sebab dia truma, selama nie puan Hajarlah yang jaga dia,"
"Ayah benci Farhan, ibu tak pernah sayang Farhan,"
Ucap Farhan wajahnya seperti ingin menangis
"Ya Allah, ya tuhan ku,"
Datin Sri Sahara ingin mengambil Farhan dari dukungan Puan Hajar, puan Hajar tidak keberatan, terus sahaja menyerahkan Farhan
"Farhan sayang, ini nenek Farhan, mulai hari nie, nenek akan jaga Farhan ya,"
Kata Datin Sri Sahara, air mata menitis membasahi pipinya
Farhan tersenyum, tangan mulusnya mengesat air mata Datin Sri Sahara
"Nenek jangan benci Farhan ya,"
"Ya Allah, tak.. tak nenek tak akan sesekali benci Farhan,"
Datin Sri Sahara terus memeluk erat tubuh cucunya
(Bab akan datang)
Selepas Fazura sedar, dia menangis teresak-esak bila mengetahui nasib madunya
Farid Husin datang ke rumah orang tuanya dan ketika itu dia tidak tahu jika seluruh ahli keluarganya sedang menunggu,
"Anak Farid?,"
Farid Husin terkejut
Akhirnya Farid Husin mengetahui selama ini Awaisha Laila tidak pernah bersalah selepas menonton rakaman yang di tinggalkan arwah neneknya
"Abang, boleh tak kalau Zura pergi melawat Kak Sha,"
Tanya Fazura ketika suaminya bersama hamdan sedang berjalan ke arah kereta yang di parking di luar pagar rumah
Farid Husin dengan wajah masam memandang ibu mertuanya, kemudian memandang fazira sebelum beralih memandang isterinya
"Zura, lepas nie zura bebas pergi ke mana sahaja zura nak pergi, abang tak akan halang,"
"Apa maksud abang,"
Farid mengeluh berat, dia memandang wajah ibu mertuanya
"Maafkan saya mak,"
Mohon Farid Husin
"Kenapa abang minta maaf pada mak,"
"Zura, dengar apa abang nak cakap,"
Bibir Fazura tersenyum, kepalanya di angguk
"Mulai hari nie, abang ceraikan Fazura dengan talak satu,"
Tunggu!!
Share this novel