Bab 3

Short Story Series 1693

Esokkannya.
Pukul 8.30 pagi aku sampai di pejabat.Masih lengang lagi. Mungkin ramai yang pergi minum. Aku dah bersarapan dengan mama papa tadi jadi aku terus melangkah menghala ke lif. Saja aku datang awal supaya tidak terkejar-kejar untuk berebut lif dengan pekerja-pekerja yang lain.

Syukurlah tiada orang yang menaiki lif selain aku. Bolehlah aku bersandar dan betul-betulkan rambut yang ditiup ketika menaiki bas sebantar tadi. Lagi satu inci lif nak tertutup, ia terbuka semula. Alah kacaulah! Tak boleh tunggu lif lain ke? Aku berdiri tegak. Tak jadi menyandar.

"Morning, Encik Hezree."
Rasa kecut pula apabila ternampak wajah lelaki itu di muka pintu lif. Segak bergaya dengan blazer hitam. Kaca mata hitam di sangkut di kocek blazer. Kasut hitam yang berkilat, silau mata memandang. Aku hanya tunduk sahaja.

Hezree pula hanya senyap saja tanpa membalas ucapan aku berikan tadi. Mungkin Hezree masih marahkan aku disebabkan kisah silam aku dengannya dahulu. Sungguh aku merasa bersalah sekali dengan dengan apa yang berlaku. Namun, aku akan cuba untuk perbaiki hubungan kami dahulu supaya tidak bermasam muka lagi.

Ting! Lif terbuka. Oh, syukurlah. Cepat - cepat Encik Hezree berlalu tinggalkan aku dari belakang. Lalu aku menuju ke bilik kerja aku. Aku cuba untuk bersikap tenang, tapi aku tidak mampu untuk tenang. "Morning,Hazel" Kak Wati di muka pintu bilikku membuatkan aku terkejut dengan teguran Kak Wati. Lalu Kak Wati berkata " Kak Wati ada beberapa fail untuk Hazel check, Nanti siap Hazel boleh serahkan kepada Bos iaitu Encik Hezree". Aku pun menjawab dengan jawapan " Okay Kak Wati".

Selepas waktu lunch. Aku baru saja hendak menghantar fail ke bilik Encik Hezree, baru hendak mengetuk pintu, tak sempat diketuk Encik Hezree telah pun membuka pintu untuk ke pantry lalu ada perlanggaran berlaku antara kami. Habis semua fail yang dibawa Hazel berterbangan. Lalu Encik Hezree dengan cemasnya bertanya kepada Hazel "Kau tak apa-apa?. Aku menjawab pertanyaannya dengan" Saya tak apa-apa, saya okay" aku jawab sambil tunduk ke lantai.

Nasib baik tiada kecederaan berlaku antara mereka. Hazel kembali mengambil fail-fail yang berselerak di atas lantai lalu menyusun semula sebelum diletakkan di atas meja Encik Hezree. Tidak lama kemudian, Encik Hezree bersuara dengan berkata "Kenapa kau minta putus dengan aku dulu haa?" Aku tergeman mendengar pertanyaan Encik Hezree. Namun apakan daya "aku hanya mampu berdiam diri saja". Biarlah menjadi rahsia antara aku dengan cousin Encik Hezree dan sahabat baiknya a. k. a ex girlfriend Encik Hezree. sewaktu dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience