“Assalamualaikum” suara yang menjadi pengunjung setia rumah dua tingkat itu kedengaran pagi itu.
Teacher Basirah sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur sewaktu dia mendengar suara garau itu. Terus ditinggalkan tugasannya sebelum kakinya bergerak laju menuju ke pintu rumahnya.
“Waalaikumussalam. Kejap” dia melaung sambil melangkah laju tetapi kerana kegelojohannya , nafasnnya mula tercungap – cungap. Dadanya terasa sempit sebelum seperti semenjak dua ini dada kirinya terasa seperti ditekan. Langkahnya terhenti selepas beberapa meter dia melangkah. Tangannya mengusap dadanya perlahan dan dia cuba menstabilkan pernafasannya.
“Sekejap Fakhrul” Teacher Basirah melaung lagi. Dia mahu menstabilkan dirinya supaya tidak kelihatan seperti sedang menanggung sakit di hadapan menantunya.
Beberapa minit berlalu barulah dia terasa sedikit ringan di dada. Kali ini , Teacher Basirah lebih berhati – hati melangkah. Sesampai dia di hadapan pintu rumahnya yang tertutup itu , dia berhenti sebentar untuk mengumpul kekuatan dirinya. Apabila dia yakin dirinya telah stabil , tangannya menarik tombol pintu sebelum bibirnya mengukir senyuman memandang ke arah menantunya.
“Sorry Fakhrul tunggu lama. Mak tengah basuh pinggan dekat dapur” Teacher Basirah menutur kata saat Fakhrul menyalaminya. Wajah menantunya yang semakin cengkung itu dipandangnya sayu.
“Tak lah mak. Tak lama pun tunggu” Fakhrul mengariskan segaris senyuman seikhlas yang dia mampu. Beg pakaian yang disangkut di bahunya itu di Tarik turun sebelum dia melangkah masuh ke rumah dua tingkat itu. Seperti tiga tahun lepas , haruman rumah itu membuatkan rindunya pada Hana Aishah bertambah kuat.
“Fakhrul cuti berapa lama “ Teacher Basirah yang membuntuti menantunya bertanya. Mereka menuju ke ruangan keluarga yang sudah lama tidak dihiasinya. Segalanya di dalam rumah itu sudah lama tidak berubah. Dia tidak mahu mengubah apa – apa pun. Setiap sudut di rumah itu dilarangnya daripada diubah walaupun dari segi susunan kerana hanya itu sahaja perkara yang mengingatkannya kepada Hana Aishah.
“Hmmm. Weekend only mak” Fakhrul melabuhkan punggungnya di sofa berwarna kelabu gelap itu. Dia memandang kea rah Teacher Basirah yang melabuhkan punggung di atas kerusi malas bertentangan dengannya.
“Kejap lah Fakhrul stay” Fakhrul dapat menangkap nada kecewa ibu mertuanya.
“Fakhrul stay until Monday. I`ll head to work from here” mendengar bicara menantunya , senyuman kelegaan menghiasi wajah yang semakin berkedut itu. Fakhrul merenung ibu mertuanya yang hanya berkain batik dipadankan dengan sehelai T – Shirt berlengan panjang itu. Rambut Teacher Basirah yang sudah memutih itu semakin jelas sekarang.
“Abah mana mak?” Fakhrul bertanya pelik. Selalunya bapa mertuanya ada sahaja di rumah. Kapten Azam sudah jarang bergaul dengan orang semenjak dua ini. Fakhrul tahu sangat puncanya.
“They are doing tahlil and bacaan at the mosque. Baru renovate kan masjid. Itu abah pergi tolong pasang khemah dengan meja semua” Teacher Basirah membalas sambil tangan kirinya diurut.
“Mak tak join?” Fakhrul bertanya pelik. Wajah ibu mertuanya yang pucat itu diperhatikannya.
“Badan mak tak sihat sangat. Itu abah je pergi” mendengar bicara ibu mertuanya Fakhrul terus kerisauan.
“Mak demam ke? Tangan mak sakit? Fakhrul tengok mak asyik urut je dari tadi” saat dia menegur sebegitu , terus Teacher Basirah memberhentikan urutannya. Tidak sangka Fakhrul meneliti perbuatannya.
“Ehh tak ada apalah. Tangan ni lenguh sebab basuh pinggan kot. Biasalah dah tua ni” terus Teacher Basirah berdalih. Tubuhnya didudukkan tegak.
“Mak cakap badan tak sihat tadi” Fakhrul tidak berpuas hati mendengar penjelasan Teacher Basirah.
“Berjangkit dekat budak – budak ni lah minggu lepas. Everyone was having flu and fever. Itu mak berjangkit” Teacher Basirah sudah tidak keruan. Mulut dia pun, boleh pula terlepas kata.
“Fakhrul bawak mak pergi clinic Fakhrul. I`ll get you check” Teacher Basirah menggeleng kepalanya laju.
“Allah. Tak payahlah Fakhrul. I just need some Panadol. I`ll be ok after that” Teacher Basirah memandang menantu cuba menyakinkan Fakhrul.
“Fakhrul risau lah mak. Dah berapa lama lengan kiri mak sakit. Mak ada sakit dada , peluh – peluh ke…” Fakhrul masih bertanya tidak berpuas hati. Ibu mertuanya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum cuba menyakinkannya.
“Mak ok. Don’t worry about me. Mama macam mana sekarang? I hope she`s progressing well” terus Teacher Basirah mengubah topik. Fakhrul mengeluh perlahan. Kedegilan itu. Kedegilan yang dia rindui. Yang membuatkan hidupnya dipenuhi warna warni sebelum ini. Kalau dilihat dari segi rupa , Hana Aishah salin tidak tumpah seperti bapanya tetapi perangainya sebijik ibunya. Kedegilan itu , sikap ambil berat , sentiasa memikirkan tentang orang sekeliling sampai mengorbankan diri sendiri.
“You`re changing the subject mak. Fakhrul risau. Fakhrul takut mak ada masalah jantung. Kita buat ECG je. Fakhrul tak ambik darah pun” dia masih lagi memujuk.
“Fakhrul. I`m fine. No need to worry about me” Fakhrul tertawa perlahan mendengar balasan ibu mertuanya.
“Fakhrul tak boleh tak risaukan mak. Aishah would want me to take care of both of you. I wont let her down” saat kata – kata itu meluncur di bibir Fakhrul , air mata Teacher Basirah terus gugur.
“Please mak. Just let me take care of you. I failed as a husband. I don’t want to fail as your son in law” wajah Teacher Basirah dilarikan ke arah TV yang tertutup itu. Lama mereka diam. Sesekali kedengaran esakan Teacher Basirah.
“Mak nak jumpa adik. Sekali je. Itu je mak mintak dekat Fakhrul” Teacher Basirah meminta pilu memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka.
“I`m my trying my hardest. Tapi mak kena sihat. Kalau mak tak sihat macam mana mak nak tunggu Aishah” Fakhrul memujuk lagi.
“Mak tak nak pergi mana – mana. Mak nak tunggu Adik dekat rumah ni. Adik akan balik. Hati ibu mak kuat cakap Adik akan balik. Jadi mak akan tunggu dekat sini sampai Adik balik peluk mak” tubir mata Fakhrul terasa panas saat itu.
“Fakhrul mintak maaf” satu ayat yang sukar untuk dia tuturkan satu Ketika dahulu tetapi semenjak tiga tahun ini , itu sahaja perkataan yang paling banyak diulanginya.
“Yang paling berdosa mak. Dosa mak dengan Adik. Dengan … Allahu Akhbar..” esakan Teacher Basirah semakin kuat dan saat itu dia dapat rasakan seperti seketul batu sedang menghempap dada kirinya. Sesaknya hanya Tuhan yang tahu. Fakhrul terus berdiri meluru ke ibu mertuanya.
“Mak. Jom. Please mak. Fakhrul bawak mak pergi hospital” kepala itu digelengkannya kuat. Mata Teacher Basirah dipejam rapat menahan sakit di dada. Air matanya masih mengalir laju membasahi pipinya.
“Tak. Mak tunggu adik dekat rumah. Mak nak mintak maaf dekat Adik. Mak tahu dah balasan mak tengah menanti. Dosa mak dengan Adam sampai akhirat pun tak akan terhapus. Tapi … tapi mak nak jumpa adik” tersekat – sekat bibir itu berbicara. Fakhrul sudah terduduk di permaidani di ruangan itu. Tangannya mengusap bahu ibu mertuanya. Perasaan bersalah menyerang dirinya saat itu.
“Mak….” Teacher Basirah menggelengkan kepalanya kuat. Matanya dibuka sebelum dia merenung ke dalam anak mata Fakhrul. Anak mata coklat yang Fakhrul rindui. Bezanya anak mata coklat itu sudah nampak kesan penuaan. Anak mata coklat ini tidak sesinar anak mata isterinya.
“Kalau Fakhrul sayang mak , Fakhrul tak akan paksa mak tinggalkan rumah ini” bibir Fakhrul terkunci saat melihat wajah Teacher Basirah yang berkerut menahan kesakitan. Kata – kata itu mengunci peti suaranya.
“As my son , satu je mak mintak. Bawak mak jumpa Adik . Even for at least one last time. After that … “ wajah itu berkerut lagi. Perit untuk Menyusun bicara dalam keadaan jantungnya yang seperti di himpap batu besar itu.
“Lepas itu. Mak akan pergi mana je korang nak. Kalau mak meninggal pun … mak … mak dapat pergi dengan tenang” Fakhrul menahan air matanya daripada gugur saat kata – kata itu meniti bibir Teacher Basirah. Terketar – ketar bibir itu menahan kesakitan.
Fakhrul terus bangkit menuju ke dapur. Ubat tahan sakit yang dia temui saat itu terus dia ambil bersama segelas air. Kakinya melangkah menuju ke tempat ibu sedang berbaring itu. Ubat itu disuakan sebelum , dia membantu Teacher Basirah menghirup air suam yang dibawanya.
Perlahan – lahan Fakhrul lihat wajah ibu mertuanya hilang kerutan. Barangkali sakit Teacher Basirah semakin berkurangan apabila ubat tadi diserap ke dalam salur darah. Nafas yang tadi laju beransur kurang Fakhrul lihat. Napkin di poketnya diambil sebelum dia mengelap peluh di dahi Teacher Basirah itu.
“Adik. Adik balik. Mak tunggu adik” suara mamai itu meminta. Terhenti segala perlakuan Fakhrul saat itu.
“You did this” kata hati yang sentiasa ada untuk menambah deritanya kembali menjerit. Mata Fakhrul di tutup rapat. Mengakui kata hatinya tetapi buntu mahu berbuat apa saat itu.
“Sayang tolong abang. You always know what to do when it comes to this” hatinya meminta. Mengharapkan Hana Aishah dapat mendengar permintaannya di mana sahaja wanita itu berada saat itu. Mengharapkan jeritan hatinya itu mampu membawa Hana Aishah pulang.
*****************************************
Bunyi kaca pecah mengejutkan seisi rumah ladang di sempadan Scotland dan England itu. Tidak sampai beberapa saat , Hana Aishah dapat mendengar bunyi derapan kaki manusia yang dia pasti sedang bergegas menuju ke arahnya tetapi saat itu dia kaku berdiri di dapur rumah ladang itu. Matanya memandang ke arah kaca yang bergelimpangan di kakinya.
“Oh my god. Hana” suara Emir menjerit kuat saat melihat Hana Aishah yang berdiri kaku di dapur. Matanya melihat kearah kaca yang bergelimpangan di dapur itu tetapi yang merisaukannya adalah sos berwarna merah yang sudah mengotori lutut Hana Aishah sampailah ke kabinet di dapur itu.
“Hana! Hana!” Emir menjerit memanggil Hana Aishah kerisauan. Hana Aishah memandang ke arah lantai sudah kotor itu tidak berkedip.
“What`s that noise? What happen… Oh dear?” suara feminen yang pekat dengan aksen Scotland itu pula kedengaran.
“Hana. Damn it…. Urghh” Emir yang cuba melintasi kawasan lantai yang tidak terkesan dengan limpahan sos itu mengeluh apabila tapak kakinya mengenai serpihan kaca.
“Rose. Can help me grab the mop?” Emir meminta daripada wanita Berbangsa Britain yang sedang berdiri terkejut melihat dapurnya yang kelihatan seperti satu pembunuhan telah berlaku itu.
“Yes. Yes. Sure. Oh my god Hana. What happen beautiful?” kelam kabut Rose berjalan menuju ke stor rumahnya yang terletak di bawah tangga itu.
“Hana. Don’t move. Wait there. I need to clean up the glass first. Are you hurt Hana?” Emir memegang bahu Hana Aishah sekaligus membuatkan wanita itu tersedar daripada kejutannya.
“I.. I`m … Ya Allah” air mata Hana Aishah sudah bertakung saat dia tergagap – gagap Menyusun bicara saat itu. Emir mengeluh berat melihat wajah Hana Aishah yang sedang menanti masa untuk dibanjiri air mata.
“Its ok Hana. I`ll clean this thing up. I want to know now , are you hurt?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan menjawab pertanyaan Emir yang memandangnya risau.
“Oh Lord. Are you sure girl?” Rose bertanya penuh kerisauan saat dia menghulurkan mop kepada Emir.
Hana Aishah memandang ke arah wanita yang kelihatan dalam usia 50 an padahal hakikatnya ibu kepada Mikhail itu sudah berusia 72 tahun. Seperti semenjak kali pertama mereka bertemu , Rose sentiasa memberinya satu ketenangan di kala hatinya kesunyian mahukan ibunya. Rose yang sentiasa risaukan dirinya yang sudah mahu makan. Rose yang datang menjaganya selama satu bulan di London selepas dia melahirkan Adam. Rose yang sentiasa memarahinya kerana sentiasa berkerja tanpa rehat walaupun di kala dia bercuti. Rose yang akan datang tanpa berfikir sesaat pun sekiranya dia memerlukan bantuan untuk menjaga Adam sekiranya kesemua mereka terpaksa berkerja pada masa yang sama.
“Aunt Rose” air mata Hana Aishah berjujuran saat suara wanita itu bertanya. Kakinya melangkah melintasi tumpahan sos spaghetti dan kaca sebelum dia memeluk wanita itu erat. Emir tidak sempat hendak menahan Hana Aishah.
“I`m sorry. I`m sorry. I didn’t mean to ruin your kitchen. I …. I” wanita berbadan gempal itu memeluk Hana Aishah erat. Rambut Hana Aishah yang dibiarkan lepas itu selepas Hana Aishah mandi pagi tadi diusapnya lembut.
“What is this ridiculousness angel? We can always fixed the kitchen back. I don’t want you to get hurt that’s all. Shhh. Don’t cry mommy” esakan Hana Aishah bertambah kuat. Air matanya mengalir deras.
“Look at me” Rose merenggangkan pelukannya sebelum wajah Hana Aishah diraup. Muka wanita itu sembap dan basah dengan air mata. Senyuman manis dihadiahkan kepada Hana Aishah.
“Where does it hurt?” Hana Aishah mengigit bibir atasnya kuat. Terketar – ketar bibirnya mahu menutur kata.
“My left toe” Rose tersenyum seperti memberitahu Hana Aishah tiada apa yang perlu dibimbangkan. Air mata Hana Aishah dikesat sebelum sebuah kerusi di Tarik dan Hana Aishah didudukkan di situ.
Scott yang baru tiba dengan Adam di dalam dukungannya itu terkejut melihat keadaan dapur. Tetapi seperti Emir tadi saat dia melihat kaki Hana Aishah yang sudah dipenuhi dengan sos spaghetti berwarna merah itu terus memandang Hana Aishah panik.
“What the hell happen to you girl?” tidak sampai beberapa saat kata – kata itu meniti bibirnya , kepala Scott diketuk daripada belakang.
“Ouhhh. What the hell did I do?” dan sekali lagi , kepala itu disekeh. Rose memandang Scott tajam. Dia yang sedang memegang sebaldi air itu meletakkan di sisi kaki Hana Aishah.
“There`s an innocent child here. Watch your mouth young man” tajam kata – kata Rose tujukan pada Scott. Wajah lelaki itu masam mencuka apabila dimarahi ibu Mikhail.
“He barely speaks also. Your Nana is too much you know Adam” Scott membebel kepada Adam yang melihat ibunya dengan satu pandangan aneh. Mata Adam tidak putus melihat ibu yang kakinya sedang dibasuh Rose. Bibir anak kecil yang tadi petah berbicara dengan Scott sewaktu bermain dengan binatang ternakan di ladang itu kini diam. Bibir itu membentuk satu garis lurus.
“No. Aunt Rose. I`ll do it myself” Hana Aishah menolak keras apabila Rose membongkokkan dirinya sebelum kaki Hana Aishah di masukkan ke dalam baldi itu. Seluar legging yang dipakai Hana Aishah ditarik tinggi sebelum di membersihkan kaki Hana Aishah.
“You just sit there ok beautiful. You`re hurt” air mata Hana Aishah semenjak tadi mengalir semakin lebat. Tangannya digenggam kuat menahan pedih di kakinya. Tetapi hakikatnya , luka dihatinya berdarah kembali. Tiga tahun lepas , sewaktu situasi yang sama berlaku layanan yang dia terima lain sungguh dengan layanan yang dia terima sekarang.
*****************************************************
Pagi itu kepala Hana Aishah terasa berat saat dia bangun. Tubuhnya yang terasa berbisa itu digagahkan jua pagi itu. Selimut di Tarik menutup tubuhnya yang terdedah. Air matanya mengalir lagi pagi itu. Malam tadi nasib tidak memihak kepadanya. Penat menerima hukuman lelaki itu yang seperti tiada henti.
Kalau Datang angin Fakhrul , yang dia mampu buat hanya mengalirkan air matanya dalam diam menerima apa sahaja yang suaminya mahukan. Matanya dipejam rapat mahu melarikan diri daripada hakikat kehidupannya sekarang. Nafasnya dihela panjang . Kakinya yang kejang itu ditegangkan mahu melegakan kekejangan yang menjadi temannya semenjak dia mengandungkan Adam. Antara tanda – tanda awal yang meyakinkan dia tentang kehamilannya.
Anaknya. Terus segaris senyuman hadir tanpa dipinta saat dia teringatkan satu nyawa yang sedang membesar di dalam rahimnya. Tangannya pantas turun mengusap perutnya yang semakin membesar itu.
“Umi nak baby boy. Boleh tak?” Hana Aishah tersenyum meminta dini hari itu.
“Because if Baba hurt me, baby boy Umi can protect Umi” air matanya mengalir lebat saat kata – kata itu diutarakannya.
Tetapi momen itu hanya mampu dihayatinya sementara Saat matanya melihat jam di dinding.
“Astaghfirullah” kelam kabut Hana Aishah bangkit daripada katil saat dia melihat jam yang sudah menunjukkan hampir pukul 6 pagi itu.
Selalunya dia akan bangun awal. Pukul 5 pagi jam penggera akan mengejutkannya. Takut tidak sempat menyediakan sarapan suaminya dan membersihkan semula dapur sebelum mereka ke tempat kerja. Semalam sudahlah tidurnya lambat lelaki itu pula datang melawatnya di bilik tamu yang menjadi tempat tinggal barunya semenjak sebulan ini. Entah jam berapa dia tidur dia pun tidak pasti.
“Ya Allah. Ease my day today” Hana Aishah sempat berdoa sebelum bergegas mandi dan bersolat subuh sebelum dia turun untuk menyediakan sarapan untuk suaminya. Dia berharap lelaki itu juga akan bangun lambat pagi itu. Kepenatan semalamnya belum habis lagi untuk dia menerima hukuman baru.
Usai subuh , Hana Aishah tergopoh – gopoh memasakkan bihun goreng untuk suaminya. Banyak kesan lecuran yang dia kena pagi itu kerana kelam kabut menyediakan sarapan lelaki itu sebelum suaminya turun. Matanya asyik memandang ke arah jam bimbang dia terlambat. Nasib baik saat derapan lelaki itu kedengaran Hana Aishah sudah siap menghidangkan segalanya di atas meja.
“Makan abang” Hana Aishah menjemput sambil menyenduk bihun goreng yang masih panas itu. Air kopi pekat kegemaran suaminya dia tuangkan. Fakhrul lansung tidak memandangnya.
“Abang makan dulu , Aishah nak naik siap. I`ll come down in awhile to clean things up” Hana Aishah memberitahu suaminya yang tidak mengendahkannya. Saat dia hampir sampai ke tangga paling atas , suara Fakhrul kedengaran.
“Where`s my fruits?” laungan Fakhrul membuatkan langkah Hana Aishah terhenti.
Keluhan berat dilepaskan sebelum dia melangkah kembali turun. Kepalanya sudah berpusing saat itu kerana kepenatan dengan tidak cukup tidurnya. Hana Aishah berdiri memaut dinding saat dia sampai ke anak tangga paling bawah. Tangan kanannya sudah mengusap perutnya.
“Kau pekak ke Hana Aishah?” tengkingan Fakhrul memaksa Hana Aishah melangkah perlahan menuju ke arah suaminya.
“Sorry abang. Aishah terlupa potong buah. I woke up late. Abang tunggu sekejap ye. Kejap je Aishah potongkan” Fakhrul tidak membalas sebaliknya dia sibuk melihat telefonnya. Hana Aishah menggerakkan kaki menuju ke dapur. Kepalanya dipicit beberapa kali melegakan denyutan yang mula hadir kembali.
Tidak sampai lima minit beberapa jenis buah telah dia potong and susun di atas sebuah piring kaca. Nafas dalam ditariknya sebelum kakinya melangkah menuju ke ruangan makan tadi. Tetapi kerana tangannya yang sedang terketar – ketar itu , pinggan itu terlepas daripada pegangannya.
“You idiot. Look at what you did. You ruin everything that you touch” sebelum sempat dia mahu memproses segalanya yang berlaku , pipi kanannya menjadi tempat persinggahan lelaki itu. Air matanya mengalir laju memegang pipi yang terasa perit. Wajahnya ditundukkan ke lantai melihat kea rah kaca yang bergelimpangan.
“You ruin my life already , now you want to ruin my property also. Kau bersihkan semua ini. Make sure everything is spotless by the time I come back down” Dalam keadaan tubuhnya yang penat itu , Hana Aishah kelam kabut mengemas dapur itu. Lelaki itu pergi tanpa bertanya apa. Hanya turun untuk memastikan segalanya telah dibersihkan sebelum melangkah pergi.
********************************************************
“Mimi. Mimi” Panggilan Adam mengejutkan Hana Aishah daripada memori lama. dia masih dapat rasai tamparan yang dia terima pagi itu kerana terpecahkan pinggan kaca suaminya. Matanya dipejam rapat seketika cuba memadam memori yang datang mengasak.
“No Adam. Umi is hurt. Let hold you first okay baby” . Scott cuba untuk mengalih perhatian anak kecil itu tetapi jeritan Adam cukup untuk membuatkan Hana Aishah mendepakan tangannya menyambut Adam.
“Adam” suara sayu Hana Aishah memanggil sambil dia memeluk erat anaknya. Adam seperti tahu perasaan ibunya yang bergolak hebat itu terus membaringkan kepalanya di dada ibunya. Wajahnya digesekkan di dada Hana Aishah. Satu tabiat yang Adam akan lakukan setiap kali Hana Aishah sedih.
“Mmmm” suara Hana Aishah mengerang menahan sakit apabila kakinya dilap kering oleh Rose.
“Oh dear. You have cuts all over both feet” Rose memberitahu saat dia melihat luka – luka yang jelas nampak apabila kaki itu sudah bersih.
“Damn … I mean urmmm. Let me look at it” Scott cepat – cepat membetulkan bicaranya apabila dijeling Rose. Dia melihat kesan koyakan di kaki Hana Aishah. Terdapat sisa – sisa kaca di dalam luka – luka itu.
“Dude , Get the band aid box” Emir yang sedang mengemop lantai dapur itu menjeling ke
arah Scott.
“Yeah. I`m so damn free right now to get it for you. Can`t you see what I`m doing now and look at my foot” Scott menjeling ke arah Emir yang memerlinya.
“What get your panty so twisted this morning dude. If you don’t want to help then shut the fu…. I mean freak up” wajah masam Scott menjeling ke arah Emir.
“Enough both of you. I`ll get Mikey. Always fighting both of you. Don’t make me grounded both of you” Rose menggelengkan kepalanya ke arah kedua – dua sahabat baik anaknya.
“You know Rose like for once can you not treat me like a child” Scott menjawab dan balasannya sekali lagi kepalanya menjadi mangsa.
“I practically raise you up. Don’t act all cocky with me. Do I need to tell on you to your mom” masam wajah Scott kerana dimarah sebegitu tetapi mengingatkan pada ibunya yang sudah lama tidak dijenguk terus mati niatnya untuk menjawab balik. Dia lagi rela di marahi Rose daripada berjumpa dengan ibunya yang sentiasa suka menyibuk dengan hal hidupnya.
“I cant hear you Scotty” Scott mengetap bibirnya apabila diperli Rose.
“Sorry” dalam keterpaksaan , Scott meminta maaf.
“Mom. Did you…. What on earth happen here?” Mikhail yang baru kembali daripada memandikan kuda di bangsal itu terkejut melihat dapur ibunya. Dia berdiri di pintu belakang rumah ibunya kaku melihat seisi rumah itu.
Emir yang sedang mengemop lantai dengan wajah masam , Scott yang sedang duduk di lantai dapur di hadapan Hana Aishah dengan wajah tidak berpuas hati, ibunya yang sedang berdiri bercekak pinggang dengan wajah yang tersenyum penuh kejayaan dan Hana Aishah yang berwajah sembap sedang memeluk Adam.
“Ok. Why does everyone looks so upset except for you Mama” suara Mikhail memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka.
“Ignore those lads. They`re just antsy this morning” Rose menuju ke arah Hana Aishah.
“Hana hurt her feet. Can you sort it out. I`ll settle Adam” Rose mengusap rambut Adam perlahan.
“Who wants to come with Nana to chase the chicken?” Rose cuba menarik minat anak kecil itu tetapi Adam memeluk kejap Hana Aishah.
“What happen Hana?” Mikhail membuka bootnya sepantas kilat sebelum dia melangkah menuju ke arah Hana Aishah.
“I accidentally drop the sauce bowl. I .. I didn’t … I`m sorry” terketar – ketar bibirnya memohon maaf. Mikhail memberinya senyuman yang sama Rose berikannya tadi.
“Why are you sorry girl. Things happen. I just don’t want you to get hurt” air mata Hana Aishah kembali mengalir deras. Kenapa insan yang sepatutnya melindunginya menyakitinya manakala ajnabi – ajnabi ini pula melindunginya.
“Is it hurting too much?” Scott yang sedang cuba mengeluarkan serpihan kaca itu bertanya gusar. Hana Aishah mengigit bibirnya yang bergetar kuat.
“Hey. Come one sweetheart” Mikhail menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.
“What happen Hana?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan. Pelukannya pada Adam dieratkan.
“I`m scared” terluah bicara itu daripada bibirnya.
“Of?” Scott merenung ke dalam anak mata Hana Aishah.
“I don’t know. The feeling kept coming since after Adam`s birthday. Rasa macam susah hati. It come and goes but its getting more frequent. Like… Oh God. Why my life have to be so hard?” masing – masing terdiam mendengar bicara Hana Aishah. Jujurnya itu kali pertama Hana Aishah meluahkan rasa.
“Hana. Sweetheart” Rose memegang tangan kiri Hana Aishah lembut.
“I don’t know. I don’t know what I`m scared. I don’t know ok” suara Hana Aishah naik seoktaf.
“Its ok. Its ok to feel whatever you are feeling” Rose memujuk lembut.
“I was just cooking fine. And then .. and then … this feeling come. It feels like something bad is going to happen. Like… like …. Allahu Akbar” Hana Aishah mengeluh berat.
Lama Hana Aishah membisu. Pelukannya pada Adam diketatkan. Adam diam membisu di dada ibunya. Seperti memberi kekuatan pada ibunya.
“Like that day” Rose masih memegang tangan Hana Aishah erat. Tidak memahami maksud bicara Hana Aishah tetapi membiarkan bibir itu berbicara.
“I called mak. I told her I don’t feel well. My heart wasn’t at ease. She brush it off as always. And then … and then … he … he .. came. That was it. It was just pain after pain. I`m tired. I`m so tired” terketar – ketar bibir Hana Aishah.
“Oh sweetheart” simpatinya tumpah melihat kesakitan yang diluahkan Hana Aishah.
“I`m scared. Something is going to happen. The feeling is there. Since after his 2nd birthday” Mikhail menguatkan pelukannya.
“And I`ll be there with you. Its going to be ok after this. I promise” janji itu dibalas dengan senyuman pahit Hana Aishah.
“Make it go away. I don’t think I`ll make it out alive this time” suasana sunyi menyelubungi mereka saat Hana Aishah meluahkan bicara. Esakan Hana Aishah dipandang mereka dengan pelbagai emosi.
**************************************************
Angin sepoi petang itu menyamankan cuaca petang di taman bunga milik Kapten Azam. Suara burung berkicauan diselang seli dengan hilai tawa cucu – cucu Kapten Azam. Fakhrul sedang duduk di bangku merenung bunga – bunga milik bapa mertuanya.
“Aishah suka duduk sini. Best. Kalau balik kerja stress especially during the time when I was in your team , I always spend my off day here. Waktu kerja memang tak sempat lah. You kejam tau. Buli Aishah suruh datang kerja pagi pastu balik mesti lambat” perbualan dengan isterinya sewaktu Hana Aishah berpantang selepas keguguran anak mereka.
Banyaknya memori di rumah itu. Setiap sudut membawanya kembali ke zaman isterinya masih berada di sisinya. Memori indah. Bukan seperti di rumah banglonya. Setiap genap rumah itu mengingatkan dia pada tangisan isterinya, rayuan Hana Aishah sewaktu dia menyakiti tubuh itu. Kalau diingatkan dia boleh kira dengan jari berapa banyak memori indah mereka di banglo miliknya. Mahu menghapuskan rumah itu dia tidak sanggup tetapi mahu mendiami rumah itu pula menyesakkan jiwanya. Antara rindu dan kepedihan.
Kerana itu dia akan selalu ke sini. Kerana rumah ini menyimpan banyak memori manis bersama isterinya. Pemergian Hana Aishah mengubah rutinya 360 darjah. Kalau dahulu liat untuk dia meninggalkan banglonya. Bersendiri adalah hobi kegemarannya. Tetapi sekarang , kalau dia tidak kerumah mertuanya , dia ke rumah ibu bapanya. Kalau perkara – perkara itu tidak mampu mengubatinya , berada di samping Adam adalah ubat paling mujarab.
“Let her go Fakhrul. She`s gone. I`m sure she doesn’t want to be found. Move on. It’s been 3 years” kata – kata Hariz sebelum dia berangkat ke Jerman.
Perjalanan yang sekali lagi sia – sia. Sahabat baik isterinya sewaktu belajar di India , Jo melihat Fakhrul bingung saat lelaki itu memunculkan dirinya di tempat kerjanya. Senang Hariz berbicara tetapi semenjak kejadian Hana Aishah ditikam sehingga saat ini , dimindanya sentiasa memikirkan Hana Aishah. Setiap detik berlalu tidak pernah tanpa memikirkan wanita itu.
Walaupun dia cuba membenci Hana Aishah sewaktu fitnah itu dilemparkan dia tidak mampu. Setiap kesakitan yang diberi ke tubuh isterinya hanyalah untuk membuat Hana Aishah merasai kesakitan yang dia rasai. Bodohnya dia sebagai manusia. Dayusnya dia sebagai suami.
Fitnah yang begitu mudah dia percaya. Dia tidak tahu mengapa apabila melibatkan Hana Aishah akal logiknya tidak dapat berfungsi. Dia terlalu takut Hana Aishah akan melakukan sepertimana manusia – manusia di dalam kehidupannya lakukan sehingga tanpa dia sedari dia sendiri telah menghalau Hana Aishah pergi.
“Jauh menung Bang” suara Lateef yang menegurnya mematikan lamunan Fakhrul. Lateef mengambil tempat bertentangan dengan Fakhrul.
“I have Kak Wa famous Masala Tea” Lateef meletakkan dua mug yang masih berasap. Senyuman hambar Fakhrul membalas suara ceria birasnya. Tangan kanannya memegang mug yang dihulurkan kepadanya tadi. Suasana kembali sunyi di meja batu itu.
“Sorry for calling you guys back on a short notice” Fakhrul memecah kesunyian mereka.
“Its ok plus we don’t have any plan this weekend anyway. Penat sepanjang minggu lepas pergi appointment Beeqa so we thought about chilling at home but then we get bored” Lateef tersenyum ceria sambil bercerita.
“How is she?” Fakhrul bertanya mengenai anak Lateef, Hannah Labeeqa.
“Ok je. We`re still figuring out regarding this. We`ll take one step at a time” Fakhrul cemburu melihat keceriaan Lateef. Lelaki yang sentiasa ceria biar apa ujian dihulurkan kepadanya daripada Dia. Macam mana mahu menjadi seperti Lateef.
“Abang ok?” Lateef bertanya saat melihat wajah Fakhrul yang berubah keruh. Fakhrul menghelakan nafas sebelum pandangannya jatuh pada anak – anak saudara Hana Aishah yang sedang berlari bebas. Tiada bebanan yang dibawa jiwa kecil itu. Untung mereka. Zaman kanak – kanaknya yang dia tidak sempat lalui lama.
“I`ll be fine” sepatah dia membalas.
“Best kan kalau kita dapat jadi macam budak – budak tu. Running everywhere without a care in the world” Lateef tersenyum lebar melihat anaknya yang bermain basikal dengan sepupu – sepupunya. Hana Labeeqa yang paling muda antara mereka.
“At time I wish she wouldn’t grow up. So, she won’t know” Fakhrul memandang ke arah Lateef saat suara ceria lelaki itu berubah nada.
“You look like you`re fine with everything though” terlepas jua kata – kata itu daripada bibir Fakhrul. Lateef tersenyum lebar memandang birasnya itu.
“Entah. Kalau Lat risau pun bukan boleh mend whats done kan. Plus her mom already freaking out like everything in her life has ended” jarang Lateef berbicara mengenai perasaannya tetapi petang itu entah mengapa dia membuka pekungnya.
“How do you do it?” Fakhrul bertanya.
“You mean act like I don’t care but I actually am scared and worried what will happen to her future” Lateef tertawa di akhir bicaranya. Memeningkan kepala Fakhrul melihat lelaki yang seperti tidak kisah dengan apa pun ujian yang di beri kepadanya, tetapi sebenarnya memendam rasa.
“Entahlah. Abang tak rasa penat ke kalau asyik risau about things that you can’t change?” Lateef bertanya penuh makna.
“Tapi if that things matter to us, the worry will always be there kan?” Fakhrul tidak tahu bagaimana untuk tidak berfikir tentang isterinya. Dia tidak tahu bagaimana mahu merasai bahagia kalau kunci kebahagiaannya telah pergi.
“Betul. Itu Lat setuju. Macam bila doctor yang sama cakap my baby girl is perfect and healthy tapi tiba – tiba drop the bomb saying there has been a mistake” saat itu Fakhrul dapat melihat kepahitan di wajah Lateef. Wajah yang selalunya ceria itu bertukar raut saat itu.
“Rasa macam nak ambik kerusi campak dekat kepala doctor tu. How can she make a mistake? Aren’t doctors suppose to be perfect? Tak kan tak boleh detect Beeqa if deaf all this while we went for check up with her?” tangan Lateef menggenggam erat mug kaca itu. Geram mengingatkan kembali doktor pakar kanak – kanak itu.
Sewaktu Hana Labeeqa berumur 2 tahun 6 bulan , pakar kanak – kanak di hospital swasta yang selalu mereka bertemu janji itu memberi mereka berita tentang keadaan anak mereka. Hana Aqilah yang sentiasa mahukan kesempurnaan kerana itu , isterinya mahu anak mereka dipantau pakar kanak – kanak di hospital swasta. Hospital kerajaan tidak efisien katanya.
Lateef ikutkan sahaja. Tetapi kalau itu sudah percaturan Dia, tidak kira siapa pun yang memantau perkembangan anaknya pasti akan terlepas pandang. Hana Labeeqa yang masih tidak mampu berbicara. Hanya bunyi yang tidak bermakna sahaja yang kedengaran. Setelah disiasat rupanya , Hana Labeeqa pekak sepenuhnya di telinga sebelah kanannya dan telinga sebelah kirinya hanya 50% sahaja pendengaran. Kerana itu anaknya tidak mampu bertutur.
Sebulan yang pertama , mereka pergi daripada satu doktor ke doktor yang lain mahukan pendapat lain sampailah satu saat Lateef berhenti. Kerana dia tahu Hana Aqilah tidak akan berhenti sampailah dia berjumpa dengan satu doktor yang mampu memberitahunya anaknya tidak pekak. Sekarang dengan izin Tuhan , Hana Labeeqa sedang mendapatkan rawatan yang diperlukan. Walaupun isterinya masih dalam fasa penafian , Lateef sudah dapat menerimanya
“Tapi Lat lupa. Mana ada orang yang perfect. Nothing in this world is perfect. Yang sempurna hanya Dia” Lateef tersenyum pahit.
“Dosa Lat banyak. Betul Kak Dik cakap. A relationship that you start with sin , will not be easy. I tainted it and now my baby has to pay for it” Fakhrul terdiam mendengar bicara Lateef.
“But its ok. Lat dah redha. Lat kena redha. Now kita focus on what we can do for her. Yang lain Lat serah mutlak dekat Allah” penuh yakin suara bapa itu bertutur.
“So, you think I have to stop looking for her?” Lateef tersenyum pendek memandang birasnya. Lelaki yang sangat susah dia mahu baca semenjak kali pertama mereka bertemu waktu pernikahan Hana Aishah. Selalunya senyap tanpa bicara , sentiasa melekat dengan Hana Aishah seperti magnet.
“Usaha kena ada. Macam Lat pergi bawak Beeqa jumpa segala macam therapist. Speech therapist, the ENT specialist, the paediatrician and entah segala benda therapy lah” dia menghirup teh yang sudah suam itu. Dia memandang ke arah anak kecilnya yang sedang menaiki basikal dengan Wahiey. Tertawa gembira mereka berdua saat itu.
“Usaha kena ada cuma tawakal tu. Itu part yang susah. Nak put your full trust in Him” Lateef tersenyum penuh makna kepada Fakhrul yang merenungnya penuh erti saat kata – kata itu dituturkan Lateef.
“Hah. Borak apa korang berdua ni” Hana Azuwa yang sedang berjalan beriringan dengan suaminya mematikan perbualan biras berdua itu.
“Men talk Kak Wa. Mana boleh cerita” Hana Azuwa menjelirkan lidahnya mendengar jawapan Lateef itu. Dia melabuhkan punggungnya dia buaian di laman bunga bapanya itu.
“Kenapa Fakhrul panggil kitorang semua balik ni?” Hana Azuwa bertanya kepada adik iparnya itu. Dia merenung Fakhrul yang sudah jauh berubah. Fakhrul yang dikenali dahulu bukan Fakhrul yang sekarang. Kalaulah Hana Aishah dapat melihat suaminya sekarang. Hatinya berbisik sendiri.
“I need to talk to you guys. Alif and Achik mana?” Fakhrul bertanya.
“Alif tadi balik terus naik bilik. Achik ada tu tengah sibuk bergayut dengan kawan dia” Hana Azuwa menjawab.
“I want to talk about mak. I need you guys to sit down together for this” Fakhrul menerangkan kepada mereka yang ada tetapi lebih tepat kepada Hana Azuwa.
Hana Azuwa sahaja yang mampu membuatkan mereka semua berkumpul dan mendengar kata. Aura kakak sulung yang garang memang menakutkan semua adik beradiknya. Jujurnya Fakhrul juga gentar kalau berhadapan dengan wanita seorang ini.
“Achik! Baby! Turun sekarang” Wazir yang duduk di sebelah isterinya terus mengerutkan wajahnya saat mendengar pekikan isterinya itu. Lateef sudah tertawa saat melihat isterinya yang kelam kabut berjalan menuju ke arah mereka.
“If I knew this is what it takes to get you off the phone dah lama , Lat summon Kak Wa” Lateef memerli isterinya.
“Alif Haziq! Nak bentang red carpet ke!” laungan kedua Hana Azuwa menunjukkan tahap kesabarannya yang semakin menipis. Tidak sampai beberapa minit mereka adik beradik sudah berkumpul di situ.
“So everyone is here. You can proceed Fakhrul” Hana Azuwa menjeling Alif Haziq yang sedang bermain telefon bimbitnya.
“Mak is resting and abah is at mosque. So that’s a good thing” Fakhrul memulakan bicara.
“And my Kak Dik is not here because of you. Bravo” Fakhrul yang sudah terbiasa dengan layanan Alif Haziq itu tidak mengambil hati pun.
“Cabai banyak dekat dapur tu. Dah lama tak kena cabai ke Alif Haziq” itu cukup untuk mengunci bibir Alif Haziq.
“Fakhrul mintak maaf for rushing you guys to gather at a very short notice but I need to let you guys know about something” Fakhrul memulakan bicaranya.
Lama mereka berbincang dan apabila Kapten Azam melangkah masuk ke rumah apabila Maghrib hampir menjelma , kata putus sudah mereka capai sebagai adik beradik. Fakhrul yakin keputusan yang dia ambil dengan memaklumkan mereka tiga beradik adalah yang terbaik. Dia pasti itu yang Hana Aishah mahu dia lakukan.
***********************************************************
Mikhail melangkah menuruni tangga berhati – hati. Rumah milik ibunya yang menjadi tempat dia lari daripada kehidupannya di Kota London. Baju sejuk yang disarungnya itu dirapatkan ke tubuhnya. Dalam kesamaran malam dengan hanya beberapa lampu sahaja yang hidup itu , Mikhail meniti berhati – hati.
Punca dia bangun malam itu dicarinya dan saat dia menjumpai apa yang dicarinya itu terus senyuman terukir dibibirnya. Kakinya melangkah lebih laju menuju ke arah figura yang sedang bersujud di dini hari itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa berhampiran dengan Hana Aishah itu. Lama sujud Hana Aishah dini hari itu.
Mikhail tahu sesi outburst Hana Aishah itu hanyalah segelimpas dari masalah yang sebenarnya. Sewaktu awal Hana Aishah berpindah duduk dengan mereka , entah berapa kali mereka terpaksa menenangkan Hana Aishah yang meracau di dalam tidurnya. Tetapi semenjak Hana Aishah berjumpa dengan gurunya sewaktu di sekolah perubatan , Prof William, igauan itu semakin berkurangan.
Tetapi semenjak dua ini , igauan itu kembali. Mengapa? Dia juga mahukan jawapan itu. Selalu salah seorang daripada mereka akan menemani Hana Aishah dan Adam tidur bimbang sekiranya Hana Aishah meracau lagi tetapi semenjak hari jadi Adam yang ke dua , entah berapa kali Adam akan ditidurkan berasingan dengan Hana Aishah. Mikhail risau Adam akan terganggu dengan keadaan Hana Aishah yang menjadi semakin tidak stabil itu.
“What she is having is PTSD with depression. I`m trying to just stick to one problem but unfortunately, she`s having both. I think we`re tackling the PTSD quiet well but the problem right now is her depression. The depression will trigger her PTSD and I`m scared she will relapse and we are back to square one” panggilan yang dia terima daripada Prof William sebelum mereka bergerak menuju ke rumah ibunya untuk bercuti.
Untuk Hana Aishah bersetuju untuk bercuti adalah sesuatu yang aneh kerana itu , Mikhail risau memikirkan tentang keadaan Hana Aishah. Hampir dua tahun , Hana Aishah memerlukan bantuan ubat untuk wanita itu tidur itupun dengan adanya mereka di dalam bilik yang sama. Sekarang dia bimbang , mereka akan kembali ke asal.
“You`re thinking hard” teguran Hana Aishah mematikan lamunan Mikhail. Senyuman lebar dihadiahkan kepada Hana Aishah.
Mikhail menarik Hana Aishah naik ke atas sofa. Kepala Hana Aishah dibaringkan ke ribanya. Dia mengusap kepala yang dibaluti telekung itu. Suasa senyap menyelubungi mereka. Yang kedengaran hanyalah bunyi binatang ternakan ibu Mikhail.
“I love coming here. Its so serene” Hana Aishah mematikan kesunyian mereka.
“Yet its so hard for you to take a vacation” jelas nada tidak berpuas hati Mikhail menjawab.
“Cause I`ll feel guilty” kening Mikhail berkerut saat mendengar jawapan balas Hana Aishah.
“Guilty? Why? What change now?” Hana Aishah yang berbaring mengiring itu menelentangkan badannya. Wajahnya merenung ke arah Mikhail. Anak mata Mikhail yang berwarna kelabu kehijauan itu ditenungnya lama.
“Sebab hutang dah langsai” Mikhail mengerutkan dahinya masih tidak menangkap bicara Hana Aishah.
“Hutang bersalin Adam. The one you paid for me. The hospital fees. I banked in to you few days back” Mikhail merengus kasar saat mendengar jawapan Hana Aishah.
“Kenapa kerut macam tu. Hutang Hana dah settle dah dengan Mika” Hana Aishah menggunakan jari telunjuknya untuk meluruskan kerutan di dahi Mikhail.
“Cause I told you I don’t want you to pay me anything. Adam is my son too” Hana Aishah tersenyum pahit.
“Tapi dia bukan” Hana Aishah membalas.
“Yes he is. Just not on paper but one day InsyaAllah” Hana Aishah menelan air liurnya kesat saat mendengar kata – kata Mikhail.
“Mika..” Mikhail menggelengkan kepalanya sambil tersenyum ceria.
“Nope. I`m not taking no as an answer. I`ll wait for no matter how long it may takes” Hana Aishah merenung Mikhail dengan rasa bersalah saat mendengar bait kata Mikhail.
“I`m not …. I don’t… I… “ Mikhail mengunci bibir Hana Aishah yang tergagap itu meletakkan jari telunjuk kanannya di bibir Hana Aishah.
“You cant sleep again” Mikhail kembali berkata. Hana Aishah diam membisu.
“Come. Lets get some sleep” dan seperti selalu , anak mata coklat itu kelihatan gusar mendengar perkataan tidur.
“Don’t worry beautiful. You sleep while I guard so the monster wont come in your sweet little dreams. Ok” Senyuman lebar terukir di bibir Hana Aishah. Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju.
Dini hari itu , Hana Aishah dengan kepalanya beralaskan riba Mikhail sambil tangannya memeluk lengan Mikhail kuat. Matanya yang ditahan supaya tidak tidur itu , akhirnya terlelap jua. Mikhail merenung wanita yang berjaya mencuri hatinya semenjak kali pertama mereka bertemu. Wanita yang semakin hari semakin kuat cinta terhadapnya. Wanita yang dia tahu kemungkinan besar masih hak lelaki bernama Fakhrul.
“I cant just wash you out. You`ve grown in my heart. Adam is my son. And you are the love of my life” Mikhail berbisik ke telinga Hana Aishah yang tertidur nyenyak itu. Hanya itu sahaja cara untuk Hana Aishah tidur. Sekiranya salah seorang daripada mereka tidak tidur dan menjaga Hana Aishah daripada kegelapan alam tidurnya.
***************************************************
“Ya Allah. Aku tahu dosa aku terhadap Hana Aishah isteri aku tidak terbayang banyaknya. Setiap kesakitan yang aku berikan untuk wanita yang sentiasa mahu melihat aku bahagia. Yang sentiasa menurut walaupun hatinya tidak gembira” Fakhrul sedang duduk di atas sejadah dini hari itu. Tangannya sedang menadah memohon pada yang satu.
“I know I`m not a good husband. I know I`m not a good father. Sebab itu kau ambik kedua – duanya daripada hidup aku” air matanya bertakung. Air liurnya ditelan. Untuk dia menutur kata – kata seterusnya.
“Aku … aku … aku redha dengan permergian mereka berdua. Aku redha Ya Allah. Kalau ini hukuman untuk aku atas segala dosa aku terhadap Hana Aishah dan Adam. Sesungguhnya aku terima dengan redhanya” saat kata – kata itu meniti bibirnya , air mata Fakhrul gugur.
Saat itu bebanan yang dia tanggung selama tiga tahun itu seperti diangkat pergi. Kesunyian itu masih ada tetapi di dini hari itu , beban perasaan yang dia tanggung pergi. Seakan – akan air matanya laju membasuh derita itu pergi.
Hatinya semakin tenang saat alunan ayat suci Al-Quran itu dibaca. Dini hari itu , sebagai suami dia meredhakan permergian Hana Aishah. Ketenangan yang dia cari selama ini kembali. Kalau itu hukumannya , untuk bersendiri sehingga ke akhir hayatnya hanya dengan memori Hana Aishah dan Adam dia sudah redha.
Derita isterinya tidak mampu dia gambarkan. Sakit kehilangan anak ditambah dengan tempat bergantung. Kalau kelumpuhan yang dia rasai kerana pemergian Hana Aishah dan Adam adalah apa yang terpaksa Hana Aishah lalui setiap detik wanita itu hidup bersamanya , memang dia patut hidup dengan kesunyian ini.
“Abang redha sayang” Fakhrul berbisik sambil tidur berselimutkan selimut kegemaran Hana Aishah. Pertama kali sepanjang tiga tahun itu dia tidur dan yang menyambut lenanya adalah wajah Adam. Bibir itu mengukir senyum di dalam lenanya.
Share this novel
Saya sokong Hana dengan Mikhail. pls do that????
hi dear..plz update
morning dear. tqvm