"Jangan kau berani jejakkan kaki kerumah ini lagi,aku tatang kau macam minyak yang penuh,belakang aku kau buat kerja setan ya ?
kau dengar sini baik-baik..sekali muka kau lalu depan aku..sampai mati aku benci kau".
Kring ! Kring ! Kring
"Astaghfirullahalazim".Mengucap Pak Ahmad terus bangun terduduk setelah tersedar daripada mimpinya.Dia meraup mukanya sehingga kebelakang kepala.Dia melihat jam loceng yang berada di kepala katil,sudah pukul 8 pagi."Eh,abang dah bangun baru nak kejutkan abang".Ucap Puan Hasnah isteri Pak Ahmad."Hmm,takpalah abang dah terbangun dulu,sebab mimpi buruk".Ucap Pak Ahmad."Abang mimpi lagi ya ?".Tanya Puan Hasnah layu seperti dia dapat mengerti apa yang dimimpikan suaminya itu."Alaa,mimpi je..mainan tidur kan..dah lah abang nak mandi".Jawab Pak Ahmad terus berdiri dan mengambil tuala yang tergantung di belakang pintu biliknya,dia membesarkan langkahnya menuju ke bilik air.Puan Hasnah mengalirkan air mata,kerana ego suaminya itu dia kehilangan seorang insan pada hari ini.
Sewaktu di meja makan,dia termenung teringatkan tentang mimpinya tadi,sejak kebelakangan ini dia kerap kali bermimpi dengan mimpi yang sama.Dia rasa tidak keruan dengan kejadian yang menimpa dirinya itu.
"Ayah ni selalu sangat termenung depan rezeki tau,tak baiklah ayah".
Ucap anak gadis Pak Ahmad dengan Puan Hasnah itu.Hanum Izzati adalah anak sulung.Dia kini berjaya menjadi seorang pensyarah.Dan bakal berkahwin pada hujung bulan ini bersama pilihan hati orang tuanya."Eh,mana ada..ayah tengah fikir nak buat meriah yang macam mana masa majlis kamu nanti".Ucap Pak Ahmad ingin menutup rasa dihatinya."Tak payah nak megah sangat lah ayah,sekadar majlis akad nikah pun dah memadai".Ucap Hanum penuh keikhlasan."Aah lah bang,kita pun tak jemput ramai sangat kan,nanti membazir pulak".
Sampuk Puan Hasnah yang tiba-tiba muncul sejak tadi menghilang tidak nampak bayang."Bila aku kata nak buat,aku akan buat juga..Hanum ni sorang je anak aku..takda sapa boleh bantah keputusan aku tu..faham ?".Tegas kata-kata Pak Ahmad kepada dua orang insan yang berada di satu meja dengannya.Hanum dan Puan Hasnah saling berpandangan,sesuatu yang bertandang di hati Puan Hasnah sekarang ini.Dia cuba menahan rasa itu dengan memgumpul semua kekuatan yang berada di dalam hatinya."Ayah ada nak ke bandar ke harini ?".Soal Hanum yang hendak menepis situasi sunyi sepi itu."Ada tapi nanti ayah tumpang pakcik Jamil je,sebab dia pun nak ke bandar juga harini".
Beritahu Pak Ahmad dengan suara mendatar.Hanum hanya mengangguk faham dengan penyataan ayahnya itu.Mereka sekeluarga menghabiskan makanan masing-masing sebelum memulakan tugas harian mereka.
~~~~~~~~~~~~~~
Hari ini adalah hari pertama Tuan Faizal Imran hadir ke pejabat.Dia seorang pakar motivasi tentang Perniagaan.Di usianya mencecah 40 tahun dia berjaya mendirikan sebuah Syarikat miliknya sendiri.Syarikat F.I Empire kini berdiri megah di Malaysia dan bersaing dengan syarikat besar-besar yang lain.Tuan Faizal walaupun sudah mencecah 4 dekad dia masih belum berpunya ataupun berkahwin.Dia hanya memberi tumpuan terhadap perniagaannya sahaja.Setibanya dia di bangunan kemegahan ramai itu,dia terus menuju ke pintu lif dan menekan butang ke tingkat 14.Sampai sahaja dia di tingkat tersebut,seseorang sudah memberi senyuman manis buat dirinya sebaik sahaja pintu terbuka.Dia keluar dari perut lif itu lalu menuju ke arah gerangan yang menghadiahkan senyuman buatnya tadi."Selamat pagi Marina,apa jadual saya pada pagi ni ?".Soalnya kepada pembantu peribadinya itu.
"Selamat pagi Tuan CEO,pagi ni Tuan takda apa-apa aktiviti selain ada tetamu yang sedang tunggu Tuan dalam bilik Tuan".Jawab Marina sambil memberi isyarat kepada Tuan Besarnya itu."Hmmm,bila dia datang ?".Soal Tuan Faizal diiringi keluhan yang berat.Kerana dia sudah dapat meneka gerangan tetamu yang dimaksudkan Marina itu.Pagi-pagi mood sudah spoil !.
"Erin,awak buat apa dekat pejabat saya pagi macam ni ? kalau ada urusan selain kerja boleh call saya lepas habis waktu kerja kita jumpa dekat luar je".Tuan Faizal terus memotong kata-kata erin sebelum gadis itu memulakan mukadimahnya."Sorry Tuan,saya cuma nak sampaikan amanah je..Papa yang suruh saya hantarkan fail penting ni pada Tuan,sebab papa ada meeting pagi ni".Erin berterus terang kepada Tuan Faizal atas tujuannya ke mari."Oh sure,well you can go now".Arah Tuan Faizal kepada gadis yang berusia 25 tahun itu.Erin meminta diri kepada Tuan Faizal dengan penuh hormat kerana lelaki itu sesusia bapanya tetapi masih belum mendirikan rumah tangga.Erin keluar dari bilik itu,dan dia berdiri di suatu kawasan di dalam tingkat 14 itu juga
"Kau sombong eh dengan aku,takpa Faizal aku akan pastikan kau jadi milik aku juga satu hari nanti".Ucap Erin sambil tersenyum sinis keseorangan.Erina Mikayla akan dapatkan apa sahaja yang dia mahu sehingga tercapai.
~~~~~~~~~~~~~~
"Eh,Iman kau ni lambat lah,cepat sikit boleh tak, nanti kita lambat pergi kelas.Kita kan ada Motivasi pagi ni".Ujar Amira rakan sebilik Iman.
"Sabarlah,aku tengah ada mood nak makeup ni,mana tahu ramai yang memuji-muji aku ?".Jawab Iman seraya berlagak kepada Amira."Eh,kau ingat kau tu artis ke ?".Soal Amira menyampah dengan keyakinan diri Iman itu."Mana lah tau ,aku boleh jadi famous kan ?".Jawab Iman lagi
"Dahlah Iman,aku malas nak layan kau,makin dilayan makin menjadi".
Luah Amira dengan perangai Iman Khalida.Iman Khalida adalah seorang pelajar pintar di UTM.Dia pernah mencapai kejayaan sebagai pelajar berprestasi tinggi pada tahun lepas.Pagi ini dia akan ke UTM dan mendengar sebuah motivasi yang akan disampaikan oleh seorang pakar di Malaysia.
Setibanya dia di UTM bersama Amira Majlis tersebut sudah berlangsung selama 30 minit.Majlis diawalkan kerana Pakar Motivasi kegilaan ramai itu sudah tiba awal dari waktunya.Iman mengeluh kerana dia terlepas beberapa bahagian didalam Majlis itu."Haa,tulah kau aku dah cakap dah jangan nak berangan sangat..tengok tak pasal-pasal dah melepas beberapa bahagian..Bengong lah kau ni".Marah Amira kepada Iman."It's okay,aku harap lepas apa yang aku buat dekat muka aku ni ramai lah yang puji sebagai balasan terlepas Majlis ni..kira sebagai bayar ganti lah tu".Ucap Iman dengan penuh yakin.Amira menepuk dahinya sendiri.Dia boleh gila kalau melayan kerenah sahabatnya ini terlalu banyak.
~~~~~~~~~~~~~~
Di rumah rumah sewa,Hadi sedang bersiap-siap untuk memulakan tugasnya pada pagi ini.Hadi adalah seorang Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia atau dikenali sebagai UTM.Dia mengambil bidang Arkeologi untuk diajar kepada Pelajarnya.Bidang tersebut tidak diminati oleh ramai orang dan sukar untuk dipelajari jika tidak memberi tumpuan sepenuhnya."Ehh,Hadi kau balik kampung bila ?".Tanya rakan serumahnya."Tak tahu lagi,kerja dah settle aku balik lah".Jawab Hadi selamba."Eh,takkan lah kau takda tarikh nak balik..habis nanti kalau kena tarikh hari pernikahan kau tapi kau masih kerja macam mana ?".
Soal rakan serumahnya yang risau dengan penyataan Hadi itu."Alaa,
nanti pandai-pandailah aku nak settle macam mana ?".Jawab Hadi bersahaja seperti tiada perkara penting yang akan berlaku."Kau ni aku tengok macam takda apa-apa yang penting jerk.Kau kan nak kahwin,
macam orang takda tanggungjawab.Kau tak suka ke dengan future wife kau tu ?".Soal rakan serumahnya,yang perasan dengan perlakuan Hadi yang bersahaja dan tidak bertanggungjawab itu."Dorang yang nak aku kahwin kan ? so kena terima lah kerja aku yang sibuk ni..dorang patut bersyukur sebab aku masih terima pilihan dorang".Balas Hadi dengan nada yang kurang menyenangkan seperti orang angkuh."Kau jangan seksa anak orang Di,kalau taknak cakap taknak".Nasihat diberi kepada Hadi tetapi sayang,kata-kata rakannya itu seperti buih tidak diendahkan walaupun sedikit.
~~~~~~~~~~~~~~
Pak Ahmad ialah seorang anggota polis bersara,dia akan dipanggil untuk bertugas pada masa tertentu sahaja diikuti bayaran elaun setiap kali dia menjalankan tugas."Eh,Mad kau takda kena panggil dengan Tuan ke ? sebab semalam aku dengar budak-budak tu cakap Tuan nak jumpa kita sebab ada tugas yang nak dia beri".Ujar pakcik Jamil rakan sekampungnya,rakan sekerjanya dan bakal menjadi besannya."Hmm,
takda pulak dorang bagitau aku yang Tuan nak jumpa ?".Nyata Pak Ahmad kepada rakannya itu."Hmm,takpalah kalau Tuan nak khidmat kita nanti dia panggil lah tu".Jelas Pak Jamil.Mereka menuju ke sebuah kedai makan untuk bersantapan bersama."Mad,kau tak nak cari budak tu ke ?".Soal Pakcik Jamil kepada sahabatnya tentang seseorang."Buat apa nak cari dia,bukan aku kenal dia pun".Jawab Pak Ahmad angkuh.
Pakcik Jamil melepaskan keluhan yang berat."Aku tahu Mad,yang nak kahwin ni bukan lah anak betul kau tapi jangan disebabkan ego kau,kau buang dia terus".Nasihat diberi oleh pakcik Jamil."Anak aku ada 2 orang je,Hanum dan adik dia.Nyawa aku adalah diorang je Mil.Kau jangan nak masukkan orang yang tak pernah aku kenal dalan senarai hidup aku ye".Suara Pak Ahmad tiba-tiba tinggi seoktaf dan mencuri tumpuan pada pelanggan di dalam kedai itu.
~~~~~~~~~~~~~~
"Okay,dekat sini saya nak tanya..siapa yang ada azam untuk membuka sebuah perniagaan ?".Soal Tuan Faizal di dalam dewan yang besar itu membuat suaranya bergema."Sayaa".Jawab pelajar-pelajar yang berada di dalam di dewan itu."Baik,jika kita ada niat untuk buka sebuah perniagaan,jadilah insan yang jujur..jujur macam mana ? jujurlah dari hati..jujurlah dari kata-kata dan juga kelakuan.Bila kita dah berniaga pasti akan perlukan sebuah tenaga.Kita pasti akan cari pekerja untuk menyelesaikan tugas-tugas yang kita tidak mampu untuk buat.Jadikan mereka keluarga kita bukanlah hamba kita.Jika baik niat kita,maka baiklah pengakhiran kita".Motivasi yang sangat bermakna diberi oleh Tuan Faizal.Dia mengakhiri ucapanya dengan kata keramatnya iaitu
"KEJAYAAN DEMI KEBAHAGIAAN"."Tuan,nak minta tandatangan boleh ?".Pinta seorang pelajar kepada Tuan Faizal.Marina yang berada di sebelahnya hanya mampu tertawa kecil,mana tidaknya majikan yang hangatnya itu menjadi kegilaan wanita di Malaysia ini."Ye boleh".Ucap Tuan Faizal apabila peminatnya meminta autograf darinya.Dia membalas tawa kecil Marina itu dengan sebuah senyuman yang boleh membuatkan ramai wanita menjadi gila.Dia meminta diri selepas habis menandatangani kertas-kertas kosong yang dihulurkan pelajar tersebut."Tuan..Tuan Faizal".Jerit seseorang memanggil namanya."Ye dik,ada apa ye..Tuan Faizal kena pergi sekarang".Jawab Marina mewakilkan majikannya yang hanya mendiamkan diri disisinya."Sorry,
saya cuma nak bagi hadiah je..nah ambil lah..harap Tuan sudi terimah hadiah yang tak seberapa ni".Ucap Iman Khalida sambil tersengih.
"Terima kasih atas pemberian ni".Ucap Tuan Faizal seraya menyambut hadiah teesebut dengan senyuman."Kami minta diri dulu ye ?".Ucap Marina yang terus menuju ke kenderaan mereka bersama majikannya.
"Wahh,ada hadiah lah..Budak tu bagi apa Tuan ?".Soal Marina ingin tahu.
"Malas lah saya nak buka sekarang nanti je saya buka".Nyata Tuan Faizal."Alaa,buka je lah..saya tak sabar nak tahu ni Tuan".Jawab Marina penuh yakin tanpa menghiraukan riak wajah pelik bosnnya itu.Tuan Faizal hanya turuti permintaan pembantu peribadinya itu.Dia membuka kotak hadiah tersebut,alangkah terkejutnya Tuan Faizal apabila melihat seutas jam tangan yang dihadiahkan kepadanya,walaupun tidak berjenama mahal seperti yanh dipakainya tetapi dia amat terkejut kerana pelajar itu mengikut citarasanya.Dia mengambil jam tersebut dan disuakan kepada Marina."Fuyooo,jam lah Tuan..uishh budak ni macam tahu-tahu je Tuan suka jam..Entah-entah secret admire Tuan kot".Teka Marina."Awak jangan mengarut ye Marina,saya potong bonus awak nanti".Ugut Tuan Faizal dengan nada bergurau.Kemudian dia mengambil sesuatu di dalam kotak jam tersebut.Dia melihat ada sekeping kad ucapan bersaiz kecil dan dibuka lalu dibaca."Whatt ?".
Menjerit Tuan Faizal apabila membaca kad ucapan itu."Eh,kenapa ni Tuan ?".Soal Marina ingin tahu.Tuan Faizal tidak mampu berkata-kata dia hanya menghulurkan kad tersebut kepada Marina."Wehh,gila ke ?".Ucap Marina sambil membutangkan matanya apabila membaca kad ucapan tersebut.
Share this novel