Khalish terjaga apabila Shira menggeraknya bangun. Keadaan masih gelap dan semua orang masih lagi dibuai mimpi.
Khalis duduk bersila berhadapan Shira dan meraup wajah dan rambutnya yang serabai beberapa kali. Mamai
"Hmm?" dia bertanya malas. Mata masih tak dibuka.
"Shira nak mandi la bang..." lengan Khalish digoncang perlahan, mengajak.
"Ah... Okay.. pergilah." tak semena-mena, Khalish kembali berbaring seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Shira terpampam sebentar. "Bang! Semalam suruh mandi sekali.. ni orang ajak mandi dia tidur pulak.. bang.. bangunlah!" omelnya perlahan seraya mengoncang bahu Khalish geram.
"Pergi je lah.." Khalish menghalau perlahan. Selimut ditarik menyelimutkan tubuhnya lagi.
Shira mengeluh berat. Dia masih tak berani mahu keluar berseorangan tapi.. bilik air di rumah kampung itu hanya ada dua saja. Lebih baik dia mandi pada awal pagi daripada berebut bilik air nanti. Lagipula, Shira memang akan mandi sebelum solat subuh.
"Ishhh abang niii.." tuturnya geram. Shira bangun dan terus ke bilik persalinan.
Sakit hati dengan Khalish yang seperti hanya memberi kata-kata palsu padanya semalam sekadar untuk memujuk.
'Abang bukan maksudkannya pun..'
Shira menyalin pakaiannya dan berlalu ke bilik air di luar sendirian. Dia cuba memberanikan diri.
Dia mandi dengan berhati-hati, setiap ruang pengudaraan di bahagian dinding atas dilihatnya sesekali. Takut juga jika hal semalam berlaku lagi.
Tapi tiba-tiba, sesuatu meloncat mengenai kakinya. Kabut Shira beralih dan terjerit macam orang gila apabila ada katak di kakinya.
Tak pasal-pasal selipar jepun yang dipakainya tergelincir dan..
Bukk!
"Ahhrggh... auuu.." dia jatuh menyembam lantai bilik air yang tak rata itu. Pedihh...
Dari luar, kedengaran bunyi bagaikan seseorang berlari marapati. Pintu bilik air dibukanya tanpa mengetuk dulu.
"Awak!" terkejut Shira dibuatnya. Khalish meluru ke arahnya yang terduduk di lantai. Tapak tangan dan lututnya sudah bercalar akibat terjatuh.
"Kan saya dah kata.. nak mandi ke apa..sekali. Kenapa awak degil sangat ni?" Khalish bertutur perlahan sambil cuba membantu Shira bangun.
Dengar saja kata-kata Khalish, kepala Shira mula berasap. Tangan Khalish yang memegangnya direntap agak kasar.
Dia memeluk tubuh dengan wajah yang sudah tersembik menahan tangisnya.
"Shira dah gerak dah tadi bagitau nak mandi! Abang buat dek je.. dah la! Pergila tidur tu.. tidur tu kan lagi penting.. Shira ni bukan penting pun. Kalau kene intai, rogol abang bukan kisah pun!" air matanya dikesat dengan belakang tangan.
Suasana diam sebentar sebelum kedengaran Khalish mengeluh berat.
"Shira..." panggilnya perlahan.
Shira pula buat bodoh. Baru dia mahu mandi semula, Khalish menarik tangannya lembut.
Kedua tapak tangan si isteri dilihatnya, kemerahan. Dibawa ke mulut dan ditiupnya perlahan beberapa kali.
"Sakit ye?" Khalish bertanya lembut. Shira hanya mengangguk tanpa bereaksi. Kedua tangan Shira dikucupnya lembut.
Sebenarnya Khalish berasa bersalah mendengar bicara Shira tadi. Kalau lelaki memandang isterinya pun rasa seperti mahu meletup dadanya menahan marah, inikan pula dirogol?
Dia tak akan benarkan apa-apa yang buruk berlaku pada Shira. Tak akan.
"Sakit mana lagi?" rambut Shira yang terjurai di tepi telinganya diselit ke belakang. Mata mereka bertentangan.
"Kaki.." Shira menunduk, entah mengapa dia pula yang termalu apabila Khalish yang 'ini' muncul.
Tubuh Shira diampu ke atas batu kolah dan kainnya diselak sedikit. Sebelah lutut Shira hanya tercalar sedikit dan sebelah lagi agak banyak.
Dia membasuh kaki Shira sebelum menatapnya kembali.
"Saya... minta maaf. Awak maafkan saya ye?" Wajah Shira berbahang apabila kedua tangan Khalish sudah melingkari pinggangnya.
Tubuh itu ditarik agak rapat pada tubuh Khalish sehinggakan Shira menahan dengan kedua tangannya pada bahu Khalish.
"Ye la.. Shira maafkan.. tapi.." dia cuba berlagak biasa. Peluang sudah ada.. jangan dilepaskan..
"Tapi apa? Awak cakap je.." Khalish bertutur lembut.
Ya Tuhan.. betulkah suami schizo aku ni..
"Pejam mata." arah Shira manja dengan senyuman yang cuba disembunyikan.
Pada mulanya Khalish mengerutkan dahi tanda tak mengerti tapi dia turutkan juga akhirnya.
Tak sampai beberapa saat....
Dia membuka mata apabila segayung air dituangkan perlahan di atas kepalanya. Perlahan-lahan membasahi batang tubuhnya yang masih lengkap berpakaian.
Sehabis saja satu gayung air itu, Shira ketawa dapat mengenakan si suami. Khalish pula pada awalnya geram pun tak jadi marahnya melihatkan senyuman Shira yang hilang sejak peristiwa semalam.
"Jom mandi." Shira dibawa turun sebelum dia membuka baju dan mereka mandi bersama.
~~~~~~~~~~~~
"Petang esok aku akan aturkan semuanya.. kau, buat apa yang sepatutnya. Jangan rosakkan plan kita. Faham?" wanita itu bertutur dingin sambil memeluk tubuh di pintu kereta, memerhati rakan subahatnya yang sedang enak merokok.
Lelaki itu menghembus asap rokoknya pada si dia dan ketawa kecil apabila wanita itu mengelak dan mencarut padanya.
"Aku tahulah.. makanan dah ada.. aku makan jela nanti. Kau tu.. jangan lupa bawakan Shira pada aku. And make sure, tempat tu clear.. aku nak la privasi sikit bila dah ehem ehem dengan Shira nanti.."
Dia tersenyum penuh makna pada wanita itu.
"Dasar jantan sial. Lantak kau lah aku tak kisah.. kalau kau buat sampai mati pun aku tak peduli. Yang penting Khalish aku punya." Tuturnya penuh tekad.
Dia akan pastikan segalanya berjalan lancar tanpa masalah. Lagi mudah untuk memisahkan Khalish dan Shira begitu.
~~~~~~~~~~~~~
Pagi itu mereka bersiap-siap dengan majlis akikah yang akan dibuat selepas solat zuhur. Warga jemaah masjid dan orang kampung turut diajak bersama bagi meraikan anak lelaki yang baru lahir.
Dua ekor kambing disembelih dan dimasak bersama ahli-ahli keluarga yang hadir. Orang lelaki sibuk memasang khemah dan menyusun atur kerusi meja di luar setelah siap melakukan penyembelihan manakala kaum wanita sibuk memasak dan mengemas di dapur.
Sedang Shira sibuk membantu ahli keluarga perempuan Khalish di dapur, telinga lintahnya menangkap sesuatu.
"Assalamualaikum.." seseorang memberi salam di pintu dapur dan tanpa dipinta dia masuk saja dan mula bersalaman dengan yang lain-lain ahli keluarga. Bagaikan sudah kenal rapat saja.
"Eh Qistina.. lama sampai? Rindunya nenek dengan kamu.." Pn Rohaya menegur ramah si tetamu itu sebelum mereka bersalaman dan berpelukan mesra.
Berdesing telinga Shira mendengar sebaris nama itu.
'Ohhhh.. budak kecik tudung labuh ni la Qistina ye... tak padan dengan kecik, kene penampar aku bersepai gigi karang.' omel Shira dalam hati.
Sambil sibuk mengelap jag-jag kaca yang baru dibasuh, sesekali dia menoleh pada Qistina.yang tampak leka berbual bersama Pn Rohaya.
'Datang sini nak sembang.. baik tak payah datang.. buat sakit mata aku je.'
Shira perasan Qistina bagaikan mahu mencari seseorang apabila sesekali dia terjenguk-jenguk melihat sekeliling.
'Haih.. sakit mata aku tengok muka polos kau tu. Cari apa ha? Laki aku..? Memang tak guna betullah..' sepanjang keberadaan Qistina di situ, bertambah-tambah dosa Shira kerana memaki-hamun wanita itu dalam hati.
Terutamanya apabila dia dan Pn Rohaya sibuk bercerita mengenai Khalish. Setelah Qistina 'dihalau' secara halus oleh Pn Zaleha barulah dia ke ruang tamu, menunggu tetamu lain untuk hadir bersama juga.
"Shira.. umi harap kamu abaikan je la ye Qistina tu. Jangan ambil hati dengan nenek jugak.." Pn Zaleha berkata perlahan apabila dia rapat dengan Shira.
"Takpe umi.. Shira tak kisah. Asalkan tak ganggu Shira dan abang Umar cukuplah. Kalau tak... memang Shira lempar je periuk ni kat kepala dia depan orang ramai. Biar padan muke. Berani-berani je.." tuturnya dalam nada bergurau dan mereka berdua ketawa bersama.
"Tak apalah kalau macam tu.. sambunglah kerja kamu. Umi nak layan tetamu dekat atas sekejap." Shira hanya menggangguk mengiakan dan kembali dengan kerjanya.
'Kau tak akan dapat suami aku lah perempuan.. don't mess with me.' desis hatinya.
*c u all nxt wk.. enjy it.
Share this novel
tq update