Bab 3

Romance Completed 12519

“Saranghaeyo, Nadhia Natasya!” ucap Fadhli sebaik saja
menghabiskan nyanyiannya.

Nadhia sudah mengalirkan air mata. Dia tak menyangka Fadhli
yang tak meminati drama Korea sanggup menghafal lagu kegemarannya.

“Wallaweyh! First time aku dengar kau nyanyi semerdu ni.
Sebelum ni macam katak panggil hujan je.” Izzah menepuk tangan diikuti
Syamira dan Idham.

“Alololo, touching pulak minah air mata ni. Laplah
air mata tu, nanti orang fikir apa pulak tengok kau nangis beria-ia
ni.” Syamira mengusap bahu Nadhia.

Nadhia tersenyum sambil mengelap air matanya. “Thanks,
awak… thanks sebab nyanyikan lagu kegemaran saya walaupun suara awak
tak semerdu Jang Keun Suk.”

“Untuk awak, apa pun saya sanggup.” Fadhli mengenyit mata.

“Jom sambung study balik, dah lebih 15 minit kita break
ni.” Izzah membuka buku di depannya.

“Na... na... na... mana aci kau tak kena lagi. Jangan nak
mengelak eh? Aku tahu sangat kau tu.” Fadhli merampas buku di tangan Izzah.

Izzah menjegilkan mata. Isy, mamat ni kan... tahu je aku
nak mengelak! “Okey, fine! Yang pasti aku akan terlepas.” Dengan penuh
yakin Izzah menjawab.

“Bismillahirrahmanirrahim...” Fadhli memusingkan botol itu.
Laju botol itu berputar. Semakin lama semakin perlahan, perlahan dan
perlahan. Akhirnya muncung botol itu berhenti di depan Izzah.

Izzah menjatuhkan mukanya di atas meja. Dia mengeluh kuat.
Tangannya memukul perlahan permukaan meja.

“Truth or dare?”

Izzah mengangkat mukanya semula. Dia berfikir sejenak
sebelum menjawab. “Dare!” Sengaja dia memilih dare. Dia tak mahu
menjawab soalan-soalan yang merapu dan agak sukar untuk dijawab.

Fadhli tersenyum penuh makna. “Aku nak kau lafazkan cinta
pada...” Fadhli memandang sekeliling taman. Dia tersenyum apabila
matanya terhenti pada suatu objek. “... pokok tu!” Jari dituding pada
sebatang pokok besar yang tak berapa jauh dari tempat mereka duduk.
Sengaja dia memilih pokok itu kerana hanya pokok itu yang masih kosong
dan belum diduduki orang.

Izzah, Syamira, Idham dan Nadhia mengalihkan pandangan
mengikut telunjuk Fadhli.

“Alah, kacang goreng je tu!” Izzah mula bangkit mahu
melangkah ke arah pokok yang ditunjuk Fadhli tadi.

“Nanti dulu!” tahan Fadhli apabila Izzah sudah mula melangkah.

“Apa lagi?” Izzah berpatah semula ke mejanya apabila Fadhli
menggamit.

“Kau kena ikut arahan aku ni. Dengar baik-baik eh? Kau kena
berjalan dari sini hingga ke pokok tu dengan menutup mata.” Fadhli
menjungkit kening.

Terbuntang mata Izzah. Tak masuk akal betul!

“Bila dah sampai kat pokok tu kau kena melutut macam putera
raja nak melamar kekasih hatinya.”

Izzah sudah bercekak pinggang.

“Lepas tu kau jerit I love you kuat-kuat, barulah kita
orang boleh percaya yang kau dah berjaya menyahut cabaran ni!” Fadhli
tersengih lagi.

“Fulamakkk! Boleh tahan jugak dare kau ni eh? Aku
langsung tak terfikir nak buat macam tu. Give me five!” Idham dan
Fadhli menyatukan tapak tangan mereka.

Syamira dan Nadhia hanya mampu tersenyum melihat wajah
mencuka Izzah.

“Kau ni kejamlah Li! Dahlah orang ramai kat sini. Kang tak
pasal-pasal nanti dia orangcop aku ni mental pulak. Tukar lainlah.”
Izzah tak berpuas hati. Dia duduk dengan kasar di bangku yang
ditinggalkan tadi.

“Pandai pulak kau merungut kan? Tadi time aku, kau suruh
minum air asam jawa campur garam. Kira kejamlah jugak tu. Hurry up!
Hurry up! Lambat kau buat, lambatlah kita sambung study,” paksa Idham.

“Yalah... yalah... aku buat!” Izzah memusingkan badan dan
melangkah perlahan.

“Oit,minah... tutup matalah!” Nadhia mengingatkan.

“Aku nak kira langkah dulu. Kalau main redah je boleh
pengsan aku nanti terlanggar batang pokok tu,” jawab Izzah tanpa
menoleh. “Satu... dua... tiga... empat... lima... enam... tujuh...
lapan... sembilan... sepuluh...” Dia mengira selangkah demi selangkah.
Kemudian dia melangkah ke belakang semula dengan kiraan yang sama. Dia
meliarkan matanya ke sekeliling taman.

“Apa yang kau cari tu, Cik Izzah Qhaireena oiii?” soal
Syamira pelik.

“Aku nak cari bunga. Barulah nampak real sikit.” Izzah
melangkah ke arah pokok bunga raya lantas memetiknya sekuntum.

Syamira menepuk dahinya. “Perangai gila-gila dia dah mai
dah...”

“Tadaaa...” Izzah menayangkan bunga yang dipetikya.
Kemudian dia memusingkan badannya untuk memulakan cabaran. “Tengok ni,
aku pejam mata, okey!” Dia melangkah setapak demi setapak dengan membuat
kiraan di dalam hati. Satu... dua... tiga...

“Izzah!” panggil Nadhia apabila baru setengah jalan Izzah
melangkah.

Izzah berhenti mengejut. Dia menunggu Nadhia menyambung
kata. Matanya masih ditutup.

“Tak payah panggil. Biarkan je,” halang Idham. “Go,
Izzah! Go!” Idham menepuk tangan memberi sokongan kepada Izzah.

Izzah kembali meneruskan langkahnya.

“Kalau dia marah macam mana?” Nadhia bersuara cemas.

“Ni barulah nampak real.” Idham tersengih. Mereka berempat
menumpukan kembali perhatian kepada Izzah.

Lapan... sembilan... sepuluh... kiranya dalam hati. Dia mula
melutut seperti yang diarah Fadhli. Bunga raya yang dipetik tadi
dihalakan ke depan. Matanya masih ditutup dan... “I love youuu!!!”
jerit Izzah. Dia tersenyum. “Erk?” Dia pelik apabila terasa ada yang
menyambut huluran bunganya.

Pandai betul pokok ni sambut bunga aku! Dia tersenyum lagi.
Wait! Wait! Pokok? Bunga? Eh, pokok mana ada tangan! Takkan pokok ni
berhantu kot? Mampus kau, Izzah! Hantu dah sambut cinta kau! Bercinta
dengan hantulah kau nampaknya! Dia berteka-teki di dalam hati.

Tapi... mana ada hantu siang-siang! Hantu selalu keluar
waktu malam je. Perlahan-lahan matanya dibuka. Objek pertama yang dia
lihat adalah seorang lelaki bercermin mata berbingkai hitam. Rambutnya
pula disikat belah tepi. Baju yang dipakainya dibutang hingga ke atas.
Wajahnya keanak-anakan dan ada iras-iras Ming Dao. Lesung pipit di
kedua-dua belah pipi lelaki itu menyerlahkan lagi kecomelannya. Anak
matanya yang berwarna hazel itu membuatkan Izzah terpaku lama. Cantik
sangat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience