DIA 03

Romance Completed 131781

Hanis duduk betul-betul di sebelah kubur mamanya. Hanis langsung tidak mengalirkan airmata. Hanya panas matahari menemaninya di situ. Lara pula hanya memerhati dari jauh. Tadi bila dia mendekati Hanis, kena halau. Tangan Hanis naik ke batu nisan yang tertera nama mamanya. Kali ini, air mata mutiaranya gugur.

"Ma... Berita apa yang mama dengar tentang Hanis, ma?" Soal Hanis.

"Ma... Hanis tak ada buat apa-apa benda yang... Benda yang tak betul. Mama percayalah cakap Hanis ni. Hanis kerja kerani je dekat KL. Ma..." Ujarnya sayu.

Hanis angkat muka memandang kereta Lara. Dia bangun. Langkah di atur mendekati kereta Lara.

"Lara... Kita balik rumah babah aku jom." Ajak Hanis.

"Kau serius nak balik rumah babah ni?" Hanis mengangguk laju.

Lara mengangguk lalu membuat isyarat menyuruh Hanis masuk ke dalam kereta.

---

Hazzar menuruni tangga dengan laju sekali. Dia ada meeting dekat pejabat Tan Sri Razak. Satu suara memberhentikan langkahnya.

"Hazz? Nak pergi ke mana cepat-cepat tu?" Soal ayahnya.

Hazzar menoleh lalu berjalan menghampiri ayahnya sambil mengatur tali lehernya.

"Hazz ada meeting dengan ahli lembaga pengarah pasal projek yang gagal minggu lepas tu." Ujarnya.

Ayahnya mengangguk faham. Ayahnya memberi isyarat menyuruhnya duduk tetapi dia menggeleng.

"Menyesal Hazz pass projek tu dekat Ikram. Sekali dia tak buat apa-apa langsung. Meeting dengan ahli lembaga pengarah pun dia tak datang. Apa nak jadi dengan Ikram tu ayah?" Soal Hazz geram.

Ikram Iskandar adalah adik bongsu dari mereka tiga beradik. Hazzar juga mempunyai seorang kakak, Jannah Imani. Jannah kini berada di luar negara, uruskan kedai kek miliknya.

"Ayah pun tak tahu apa nak jadi dengan Ikram tu. Ade je masalah yang dia buat." Balas ayahnya.

"Itulah, yang kena hadap bukan dia, ni Hazz yang kena hadap dengan semua ahli lembaga pengarah tu. Pening kepala. Ayah, Ik mana?" Soal Hazzar.

"Like usual. Clubbing. Ikram tu kalau mabuk memang tak ingat dunia dah." Balas ayahnya sambil mengutuk Ikram.

Tiba-tiba ada suara yang menyampuk.

"Yelah... Ik ni kan anak tak bertanggungjawab, adik yang tak berguna kan? Mabuk macam orang gila." Ujarnya.

Ayahnya dan Hazzar sekadar melihatnya. Hazzar memeluk tubuh.

"Angah... Kau tak payah risau. Aku akan hadap semua ahli lembaga pengarah tu. Kau tak perlu nak back up aku. Aku pandai buat, pandailah aku tanggung." Ujarnya lalu meninggalkan mereka berdua.

Hazzar dan ayahnya saling berpandangan.

"Hazz ikut dia. Hazz pergi dulu ayah." Pamitnya lalu melangkah meninggalkan ayahnya.

---

Langkah Hanis berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk apabila melihat susuk tubuh babahnya yang sedang berdiri di ruang tamu sambil bercekak pinggang. Hanis menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk.

Mendengar bunyi tapak kaki Hanis, babahnya terus membaling telefonnya ke arah Hanis. Hanis dapat menangkap telefon tersebut dengan cekap. Wajah babahnya merah padam.

Anak mata Hanis melihat apa yang terpapar pada skrin telefon tersebut. Hanis membaca baris demi baris. Tangannya mula bergetar. Hanis angkat muka memandang wajah babahnya.

"Ba--Babah... Hanis tak buat semua ni. Ini... Ini bukan Hanis." Nafi Hanis.

"Kalau itu bukan kau, siape lagi? Gambar siapa yang terpapar dekat situ? Hanis Adawiyah!" Tengking babahnya.

Hanis terkelu.

Bayangkan muka yang sebiji macam muka kau ada dalam kelab malam lepas tu, ayah kau tengok gambar tu.

Hanis menggeleng sambil matanya memandang wajah babahnya.

"Ha--Hanis tak buat semua ni bah..." Nafi Hanis lagi.

Tetapi tiada gunanya lagi. Minda babahnya sudah dipengaruhi dengan gambar dan kata-kata yang disampaikan oleh seseorang yang tidak dikenali.

"Aku tak nak dengar apa-apa alasan yang keluar dari mulut budak yang... Memalukan keluarga. Sebelum kau buat kau tak fikir ke apa akibat dia? Macam mana kalau orang kampung tahu pasal ni? Mana aku nak letak muka aku ni!?" Marah babahnya.

Hanis terdiam seketika sebelum membuka mulut lagi.

"Malu? Babah lebihkan malu babah daripada hati anak babah sendiri ke? Babah... Sumpah Hanis tak buat benda terkutuk tu abah." Ujar Hanis lagi.

Dia cuba untuk mendapatkan kembali kepercayaan babahnya tetapi sia-sia. Satu perkataan pun babahnya tidak percaya.

"Jangan bermain dengan sumpah. Nanti sumpah tu makan diri. Aku tak nak dengar apa-apa yang keluar dari mulut kau. Aku cuma nak kaki dan tangan kau je buat kerja." Ujarnya dengan suara mendatar.

"Kaki dan... Tangan?"

"Kaki kau melangkah ke bilik. Tangan kau, kemas semua barang-barang kau dan keluar dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi." Terus babahnya berpaling ke belakang.

Luruh hati Hanis mendengarnya. Hanis mendekati babahnya lalu duduk dan memeluk kaki babahnya. Hanis menangis sambil tangan menggenggam kaki babahnya. Babahnya menolak-nolak Hanis beberapa kali menyuruhnya melepaskan kakinya. Hanis menggeleng. Lara masuk lalu menarik Hanis. Hanis meronta meminta dilepaskan. Lara menarik Hanis ke dalam biliknya.

"Kenape kau bawak aku masuk bilik!?" Marah Hanis.

"Aku... Aku bukan nak masuk campur dalam urusan keluarga kau tapi, aku rasa lebih baik kau ikut je kata-kata babah kau. Nanti makin teruk." Ujar Lara perlahan.

"Aku tak kisah semua tu. Aku dah hilang mama dan aku tak nak hilang babah aku pulak. Kau fahamkan?"

"Iye aku faham. Tapi sekarang ni baik kau biarkan babah sejuk dulu. Tenangkan hati kau jugak. Nanti kau datang sini cuba pujuk dia lagi. Okay?"

Hanis sekadar memandang wajah Lara. Hanis mengangguk perlahan. Lara tersenyum lebar kemudian tangannya naik menyeka air mata Hanis.

"Aku tolong kau kemas barang okay?" Hanis mengangguk.

---

Hazzar sekadar mendengar semua luahan hati semua ahli lembaga pengarah terhadap Ikram. Ikram pula mengangguk-angguk dan menerima semua kutukan yang dia dapat. Dah nasib apa boleh buat.

"Encik Hazzar. Kami berharap tiada lagi hal sedemikian berlaku lagi di syarikat ini. Bukan kecil dia punya nilai projek tu, ratus ribu." Ujar seorang lelaki bergelar Encik Hamdan.

"Saya akan cuba Encik Hamdan." Balas Hazzar.

"Baiklah jika tiada apa-apa lagi, semua boleh bersurai." Arah Encik Hamdan.

Semua bangun dari tempat duduk masing-masing lalu keluar dari pejabat tersebut. Encik Hamdan mendekati Ikram dan Hazzar.

"Encik Ikram, saya tahu ini pejabat ayah kamu tapi... Buatlah kerja macam pekerja lain contohnya abang kamu, Encik Hazzar." Ikram mengangguk perlahan.

Encik Hamdan berlalu keluar dari bilik mesyuarat.

"Ik... Bila kau nak berubah ni?" Soal Hazzar.

"Aku akan berubah bila ada bidadari syurga turun dan aku janji semuanya akan berubah." Ujar Ikram lalu mengenyit mata sebelum meninggalkan Hazzar.

"Bidadari syurga? Tak cukup ke perempuan dekat kelab malam tu?" Soal Hazzar seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience