BAB 1

Family Completed 1384

Kilat berdentam dentum di langit membuatkan Allyssa sedikit cemas.

Jika dulu dia suka dengan cuaca hujan, dia pasti akan menikmati hujan sambil menghirup teh atau air koko hangat namun sejak kebelakangan ini dia seperti mahu berselubung sahaja di dalam gebar yang tebal dan hangat.

Namun dia tidak punya pilihan, dia harus berani melawan ketakutan yang merajai dirinya kini.

Meskipun usianya tujuh tahun dan tubuhnya kecil, tapi dia mampu hidup sendirian. Kematian ibu dan bapanya pada seminggu lalu mengajar dia untuk hidup berdikari.

Meskipun rasa rindu kepada dua orang yang amat disayangi menyapa dirinya, dia tetap cekal. Lebih-lebih lagi, Allyssa menginap di sebuah lorong gelap seorang diri sudah hampir dua hari di bumi Gaza ini.

Cuma bertemankan burung-burung dan lopak air.

Perut Allyssa mula berkeroncong lagu yang aneh-aneh. Bergema lorong gelap itu dengan bunyi dari perutnya.

Dia mengusap-usap perlahan perutnya. Kedua-dua matanya dipejamkan dan cuba untuk bersabar.

Walaupun begitu berat ujianyang diberikan, Allyssa cuba menempuhnya dengan penuh kesabaran. Pasti ada hikmah segala yang berlaku.

“Mana abang pergi? Allyssa lapar.” Ucap Allyssa sambil menitiskan air mata. Kemudian dia mengesat air mata yang berada di pipi gebunya.

Selama dua hari dia tidak makan. Lapar. Sunyi sepi. Dia mahu sahaja keluar daripada lorong gelap itu untuk mencari makanan.

Namun abangnya, Khalid tidak membenarkan dia keluar dari situ. Allyssa bingung. Dia tidak tahu apa-apa yang tejadi di negaranya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience