Pintu dihempas kuat oleh Ashraff. Raina memejam mata seketika dan perlahan-lahan air mata membasahi pipinya. Percutian mereka sepatutnya ada 2 hari lagi tamat begitu sahaja sebaik Ashraff membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia.
“ Awak memang ada hati lagi kat jantan tak guna tu kan? Awak jawab Raina Elisya!!” tengking Ashraff. Dadanya berombak menahan amarah yang mula menguasai dirinya. Raina menggeleng disusuli air mata yang tak henti-henti mengalir.
“Sa….saya berani…bersumpah yang Farhan tiada dalam hati saya walaupun sebesar zarah. Saya memang tak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi!” tangisan Raina yang semakin kuat itu menyukarkan dia untuk bersuara.
“ Awak jangan bohong saya Raina! Setelah apa yang awak buat ingat saya boleh percaya ke? Awak ingat saya akan berdiam diri setelah melihat isteri saya berpeluk sakan dengan jantan lain hah?! Saya percaya yang mama cakap awak terperangkap dengan Farhan dulu. Tapi sekarang awak nak cakap apa? Awak tak sengaja berpeluk dengan dia? Macam tu?” bahu Raina dipegang kejap. Raina menggeleng.
“Awak silap. Apa yang awak lihat tu salah! Awak salah sangka Ashraff!!”
“Diam!! Saya tak nak dengar apa-apa lagi.”Ashraff menghayun kaki keluar dari bilik mereka. Buat sementara ni dia perlu jauh dengan Raina. Takut dia akan bertindak mengasari isterinya kalau lebih lama dia berada di situ. Mujur sahaja semasa mereka sampai mama dan papanya tiada di rumah. Kalau tidak pasti pertengkaran mereka akan didengari dan tentu sahaja kepulangan mereka pada hari ini menjadi tanda tanya.
Malam itu, Raina menunggu Ashraff di kolam renang untuk makan malam bersama. Katanya sakit perut sebab tu Ashraff menyuruh Raina tunggu di kolam renang. Raina memandang sekeliling sebelum matanya terarah ke susuk tubuh yang amat dia kenal. Farhan.
“Ina apa khabar?” Raina tersenyum kelat. Farhan dah tahu dia sudah bersuami, rasanya tak perlu kut dia nak ‘aku’ ‘kau’ lagi..
“Sihat je. Err…macam mana awak boleh ada kat sini?” Farhan tersenyum.
“ Saya pun menginap kat hotel ni..”
“Hah?”
“Saya cakap….Saya pun menginap kat hotel ni.” Ulang Farhan. Sungguh Raina terkejut.
‘Tak kan hotel ni jugak kut?’
“Ouh…” dia memandang air kolam yang tenang itu. Raina bertambah tidak selesa apabila Farhan berganjak mendekatinya.
“Raina Elisya…Maafkan Han ya atas apa yang berlaku? Han menyesal… Han menyesal sebab tinggalkan Ina tapi masa tu Han belum bersedia menggalas tanggungjawab seorang suami. Sekarang Han dah bersedia, Han nak jadi suami kepada Ina…” Farhan mencapai tangan Raina dan mengengamnya. Raina terkedu.
“Ap…Apa…Apa yang Han cakap ni?”
“ Raina Elisya, sudikah awak kembali kepada saya dan menjadi suri hati saya?” Tangan Raina yang digengam dibawa ke dadanya. Raina cuba menarik namun semakin kemas pula pegangan Farhan.
“Farhan! Awak sedar tak apa yang awak cakap tu? Saya ni isteri orang!” Raina memandang sekeliling, dia takut Ashraff melihat dan salah sangka kepadanya.
“Han sedar! Han sedar Ina… dan Han tahu Ina isteri Ashraff. Jadi….Ina mintak cerai ya? Ina mintak Ashraff ceraikan Ina dan lepas tu kita kahwin. Kita kahwin ya Ina?” rayu Farhan. Raina merentap kasar tangannya.
“ Gila!!” belum sempat Raina meninggalkan Farhan keseorang di situ, Farhan bertindak memeluk Raina dari arah belakang.
“ Raina Elisya.. Farhan betul-betul cintakan Raina dan Farhan yakin yang Raina juga masih cintakan Han. Han tahu Ina tak bahagia kan hidup dengan Ashraff? Kita kahwin ya? Farhan cintakan Raina Elisya…” luah Farhan. Belum sempat Raina melenting, dia terpaku. Dari panahan tajam mata lelaki itu, dia tahu… Lelaki itu amat marah.
“ Raina!!” Ashraff berjalan laju ke arah manusia yang sedang berpeluk-pelukan itu. Dengan kasar dia menarik Raina menjauh dari Farhan sebelum satu tumbukan melayang tepat ke muka Farhan.
“Kurang ajar! Berani kau peluk isteri aku hah!! Jantan tak guna!” sekali lagi dia menumbuk Farhan. Farhan jatuh tersungkur di tepi kolam. Ashraff menarik kolar baju Farhan supaya berdiri.
“Kau dengar sini baik-baik! Jangan kau berani nak sentuh isteri aku walaupun hanya hujung jari. Aku tak benar kan! Kalau kau berani-berani lagi sentuh isteri aku, mampus kau aku kerjakan! Faham!!” sejurus itu Ashraff menumbuk Farhan sehingga menyebabkan Farhan jatuh ke dalam kolam.
Raina yang melihat sudah terduduk. Dia gerun dengan wajah garang Ashraff sekarang dan dia juga risau dengan Farhan. Dah lah tubuh Farhan lemah dek dikerjakan oleh suaminya dan Raina tak yakin yang Farhan masih boleh berenang dengan keadaannya itu. Ashraff menarik tangan Raina namun Raina mengeraskan diri.
“Awak..Farhan, awak. Saya takut dia lemas. Tolong selamatkan dia. Tolong…” marah Ashraff semakin membuak-buak mendengar rayuan isterinya.
“ Lagi bagus kalau dia lemas!” ujar kasar Ashraff. Tubuh Raina dicepung dan bawa jauh dari situ. Tempat dimana iserinya dilamar oleh lelaki lain…
Share this novel