BAB 9

Romance Completed 67139

        ADARA tayang muka tak percaya. Apa Aris buat dekat sini? Adara segera meliarkan pandangan ke sekeliling. Mana tahu ada Iqbal datang bersama dengan Aris pada ketika itu.

Malangnya tiada. Hanya ada Aris. Adara melepaskan keluhan dalam diam. Dia memandang tepat ke arah Aris yang berada tidak jauh darinya sekarang.

"Apa kau buat dekat sini, Aris? First, kau datang majlis pertunangan aku and now you are here? Tell me. Are you stalking me, Aris Hazryn?"

Soal Adara berani. Kerana bagi Adara itulah yang fikir tentang lelaki misteri di hadapannya sekarang. Stalker. Kalau tak, kenapa lelaki itu boleh berada di semua tempat yang dia berada kan.

Entah-entah Aris penyebab Iqbal tak datang majlis pertunangan hari itu. Fikir Adara mula percaya benda yang bukan-bukan.

Aris mengerutkan dahi apabila mendengar kata-kata Adara tadi. A stalker? Dia, Aris Hazryn is a stalker? Serendah itu first impression Adara terhadap dia.

Oh please, he is more than just a stalker.

Aris berdecit perlahan. Tak dapat dinafikan egonya terasa tercabar apabila reputasinya yang selama ini terjaga direndahkan sebegitu sekali.

"I'm sorry. But I'm not your stalker Adara." Jelas Aris dengan nada yang annoyed. Sempat perkataan not itu ditekan.

Adara mengangkat kening terhadap jawapan yang keluar dari mulut Aris. Matanya memandang tubuh Aris atas bawah. Cuba menilai sesuatu. Aris masih mengekalkan riak muka yang sama. Keliru.

Woman is so confusing sometimes.

"But you do seems like one, Aris. Kalau betul kau bukan stalker aku. Then, tell me how you get here." Ujar Adara mahukan jawapan. Dia menyilangkan tangan ke dada. Wajahnya sengaja ditegangkan.

Aris menapak selangkah ke hadapan mendekati Adara. Pintu kereta dibuka lalu dia menundukkan badan untuk menemui pandangan Adara terhadap dirinya.

"Listen here, Adara. Aku takkan apa-apakan kau. I'm here sebab Iqbal. Dia yang hantar aku untuk jaga kau." Terang Aris cuba menyakinkan Adara.

Adara terdiam. Wajah Aris dipandang. Iqbal hantar Aris untuk jaga dia? Adara berkira-kira untuk percaya semua kata-kata Aris.

Adakah itu bermaksud yang Iqbal masih sayangkan Adara dan ambil berat tentang dia? Tiada siapa yang boleh jawab persoalan tersebut selain Iqbal sendiri.

"Apa sebab untuk aku percaya kau?" Duga Adara lagi mahukan kepastian. Dia mengecilkan mata ke arah Aris.

"Simple. It's okay kalau kau tak percaya aku. But that's mean kau tak percaya Iqbal jugak. Because Iqbal trust me enough to protect you. Don't you think so, Adara?"

Balas Aris bersahaja. Sebelah tangannya diseluk ke dalam poket hoodie yang dipakai. Adara jeling Aris sekilas.

Ceh, pandai betul dia bercakap eh.

"Fine, I trust you. But not completely okay?" Adara mengalah. Dia menyandarkan badan pada seat kereta. Tangan masih disilangkan ke dada. Matanya menjeling Aris tajam.

"Okay." Ringkas sahaja balasan Aris. Pandangan tajam Adara itu langsung tak diendahkan. Ingat dia kisah?

Adara yang ralit menjeling Aris tersedar sesuatu. Ada seseorang mendekati mereka berdua. Seseorang yang berpakaian sut serba hitam tadi.

"Siapa tu? Kawan kau ke Aris?" Soal Adara ingin tahu. Siap ajak member jugak ke nak jaga aku? Berapa banyak bodyguard yang Iqbal upah untuk jaga dia sebenarnya?

Susah sangat ke nak jaga aku seorang? Monolog Adara sendiri.

"Damn it, itu bukan kawan tapi lawan." Gumam Aris tak puas hati. Cap hoodie dipakai semula pada kepala. Adara sudah kerut dahi.

"Lawan?" Tanya Adara tak faham. Aris toleh ke arah Adara semula. Tapi kali ni dengan pandangan serius.

"Yes. Remember I need to protect you? And from who? From him." Jawab Aris sambil pandangannya tertancap pada lelaki yang bersut hitam tersebut.

"Tapi-"

"Stay in the car. Jangan keluar. No matter what happens."

Arah Aris serta-merta memotong kata-kata Adara sebelumnya.

"Tapi kau macam mana?" Sambung Adara risau. Bukan risau sebab apa tapi siapa nak jaga dia kalau Aris tak ada kan?

"No need risaukan aku. Keselamatan kau lagi penting. Sekarang aku nak kau duduk diam-diam dalam kereta. Drive kereta kau jauh dari sini kalau ada peluang and jangan patah balik ke belakang."

Sebuah lagi arahan diberikan oleh Aris. Adara mengangguk tanda faham walaupun sebenarnya otaknya masih sukar untuk memproses segalanya.

"Ambil ni. Senang aku nak track kau nanti. Gotta go now. No worries, I'm right behind you."
Pesan Aris lalu menyerahkan sebuah telefon pintar kepada Adara sebelum berlalu pergi. Adara hanya menghantar pemergian Aris dengan pandangan.

Seriously, now she has a bodyguard?

Ini kalau dia cerita dekat Adila pun dah confirm dia kena tuduh penipu. Tapi nak buat macam mana. Sebab itulah kenyataannya. Adara ada bodyguard.

Not to mention, Iqbal yang upah bodyguard untuk Adara selepas tinggalkan Adara semasa hari pertunangan mereka berdua.

Sweet? No bitter sweet.

Adara meraup muka masih tak percaya. Tak percaya dengan semua yang sedang berlaku sekarang ni. Tolonglah cakap ini mimpi. Terlalu pahit realiti ini untuk Adara.

Tetapi siapa sangka semua yang berlaku membuatkan Adara tersedarkan sesuatu. Membuatkan Adara tertanya-tanya tentang siapa sebenarnya Iqbal selama ini.

Siapa Iqbal sebenarnya sehinggakan lelaki itu perlu mengupah seorang bodyguard untuk dirinya?

Dan siapa pulak lelaki bersut hitam tadi yang dikatakan lawan oleh Aris?

"Lelaki itu ada kaitan dengan Iqbal ke?" Gumam Adara sendirian. Perasaan ingin tahu mula membuak-buak dalam diri.

Hanya satu jalan penyelesaian. Dia perlu cari Iqbal sendiri. Dapatkan penjelasan daripada bekas tunangnya.

"Siapa awak sebenarnya, Iqbal?"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bang!

Sedas tembakan dilepaskan betul-betul di antara kaki Aris sebagai amaran. Aris masih tegak berdiri seolah tiada apa yang berlaku. Mulutnya dibuka seolah sedang menguap.

"Really? Kau nak takutkan aku dengan tu. Try better next time." Ejek Aris.

Dia meregangkan otot lehernya yang terasa berselirat. Kedengaran bunyi otot lehernya diletupkan. Membuatkan dia melepaskan nafas lega.

"Dani, mana dia?" Soal Irsyad dingin. Di sisinya terdapat dua orang bawahannya yang bertubuh sasa. Tembakan tadi dilepaskan oleh salah seorang daripada mereka.

"Don't you have anything else to do other than asking me, questions please? I'm bored. Entertain me." Ujar Aris selamba. Sengaja mahu membuatkan Irsyad panas hati.

Salah satu taktik yang sering dilakukan oleh Aris terhadap lawannya. Dia tersenyum manis cuba menambah lagi minyak pada api yang marak.

Malangnya, senyumannya itu dibalas kembali oleh Irsyad. Membuatkan Aris mematikan senyuman. Nampaknya serangannya berpatah balik kepada dirinya.

"As you wish. Bosan kan tadi Aris? Don't worry, ada orang yang nak main dengan kau. Betul tak Zain, Din?" Balas Irsyad mengarahkan dua orang bawahannya bergerak ke arah Aris.

Zain melangkah ke hadapan dahulu. Din menurut langkah Zain dari belakang. Masing-masing sudah tidak sabar membelasah Aris cukup-cukup.

"Enjoy your game, Aris." Ucap Irsyad bersama senyuman sinis.

Zain dan Din mula mengepung Aris. Aris senyum senget. Adrenalin mula mengalir laju dalam tubuh.

"Oh I will definitely enjoy it more than you do, Irsyad." Balas Aris mengenyitkan mata sekilas ke arah Irsyad.

Sepantas kilat, Aris melayangkan penumbuk pada bahagian bawah perut Zain ketika lelaki itu sedang leka. Secara refleks, Zain merengkokkan tubuh menahan sakit yang teramat.

"Tak guna!" Marah Zain memegang abdomennya yang terasa senak. Din mula menyerang semula bagi pihak Zain. Tangannya mengeluarkan sebilah pisau belati.

"Sini kau, jantan!" Jerkah Din kuat. Laju dia sahaja menerpa ke arah Aris. Aris pantas mengelak. Menyebabkan Din jatuh tersorong ke depan. Pisau belati di tangannya terlepas dari genggaman dan jatuh ke tanah.

Dengan kesempatan itu, Aris merampas pisau tersebut. Tetapi dirinya dihalang oleh Zain yang menyerang dari belakang secara tiba-tiba. Lehernya kini dikunci dengan pegangan Zain yang semakin kuat.

Aris menyiku kuat perut Remy beberapa kali sehingga pegangan pada lehernya terasa longgar. Dia segera melepaskan diri.

Wajah Zain yang jelas menahan sakit ditumbuk bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Pisau yang berada di tanah tadi diambil oleh Aris.

Din yang baru bangun pula menjadi mangsa Aris seterusnya. Aris menyeringai. Sebelah tangan Aris yang berpasir di campak pada wajah Din untuk mengaburkan pandangan lelaki itu.

Sedang Din menahan pedih di mata, paha kirinya ditusuk pisau belati yang dipegang oleh Aris sebentar tadi.

"Argh!" Jeritan Din memecah suasana sepi di kawasan itu. Aris meraup rambutnya yang kini sedikit basah kerana peluh ke belakang.

"Nice game." Puji Aris kepada Zain dan Din yang sudah selamat tersungkur berada di atas tanah. Aris toleh ke arah Irsyad.

"Another round?" Cabar Aris. Dia sengih menunjukkan sebaris giginya yang putih. Tanpa dia sedar, sebuah penumbuk hinggap di wajahnya.

Buk!

Terteleng kepala Aris akibat daya yang dikenakan oleh penumbuk itu tadi. Bibirnya pecah mengeluarkan darah. Begitu juga dengan hidungnya.

"You okay there, man?" Soal Irsyad menggunakan ayat Aris sewaktu pertemuan kali pertama mereka berdua dulu. Bibirnya sudah mengukir senyuman mengejek.

Aris melepaskan tawa halus. Tangannya mengelap bibirnya yang berdarah. Matanya tajam menikam anak mata Irsyad. Tanpa amaran, Aris meludahkan darah yang terkumpul di dalam mulutnya pada kasut Irsyad. Dia tersenyum mengejek.

"Perfectly fine, dude."

Serta-merta, Irsyad menyepak kuat kedua-dua belah kaki Aris sehingga Aris jatuh melutut. Tak lama selepas itu, sebuah pistol Glock 17 diacukan pada tepi kepala Aris.

"Last chance, mana Dani?" Soal Irsyad mencengkam kuat rahang Aris. Kelihatan darah merah mengalir dari hidung Aris.

"Can you just kill me already?" Jawab Aris tak mahu membuka mulut. Biarlah dia mati bersama rahsia itu sekali.

"Choose. Kau nak aku bunuh kau ke Adara?" Cabar Irsyad. Jarinya menarik picu.

Klik! "Bunuh aku-"

"STOP!"

Kedengaran jeritan seseorang menarik perhatian mereka berdua. Aris menolehkan kepala. Saat pandangannya jatuh pada figura tersebut, mulutnya bergerak mengatakan sesuatu.

"Shit, Adara?"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

       "ADARA, apa kau buat dekat sini? Mana kau dapat pistol tu?" Soal Aris pelik. Dalam masa yang sama geram kerana Adara tak mendengar arahannya tadi.

"Aku-"

"Kenapa tak lari dari sini? Don't you realise how dangerous is this situation?" Marah Aris geram.

"Lepas tu nak tinggalkan kau mati dekat sini? No!" Bentak Adara tak puas hati. Sekurangnya terima kasih pun cukup rasanya untuk balas jasa dia.

Terketar-ketar tangan Adara mengacukan pistol yang diambilnya dari dalam kereta Aris tadi ke arah lelaki yang berpakaian hitam di sisi Aris. Irsyad menghentikan perbuatannya.

"Lepaskan dia. Kalau tak aku tembak!" Adara membuka mulut memberikan amaran. Nafasnya ditarik panjang. Perasaan takutnya diatasi selama yang boleh.

"Adara, don't! Lari, tinggalkan aku!" Arah Aris cuba bangun dari kedudukannya sekarang. Irsyad menghalang tindakan Aris.

"Aku call polis!" Adara menunjukkan sebelah tangannya yang memegang telefon pintarnya. Langsung tak mengendahkan arahan Aris tersebut. Aris mendengus.

Stubborn!

Secara tiba-tiba, Irsyad menjauhkan muncung pistol daripada kepala Aris. Aris tayang muka tak percaya. It's work?

Adara sudah menghela nafas lega. Tak sangka trick tersebut berjaya. Dia turut menurunkan muncung pistol yang diacu pada arah Irsyad tadi. Kelihatan Irsyad mengangkat kedua-dua belah tangan ke udara.

But all of that is just calm before the storms.

"Adara!" Panggil Aris kuat cuba memberi amaran. Kini baru dia faham mengapa Irsyad tiba-tiba bertindak sedemikian. Ada seseorang lagi yang bersama mereka sekarang. Tapi semuanya sudah terlambat.

"Drop the gun, sweetheart. It doesn't suit your pretty hands."

Sapa satu suara garau menyapa koklea pendengaran milik Adara. Betul-betul dari belakangnya. Adara mengeraskan tubuh. Tak berani menghadap pemilik suara itu.

Apa nasib dia hari ni?

"Don't you dare touch her, Aiden!" Jerit Aris memberi amaran keras. Dia sudah berjaya bangun. Malangnya, Irsyad menghalang laluan Aris daripada mendekati Adara.

"Or what?" Soal Aiden menyinis. Senyuman sinis diberikan kepada Aris yang jelas dihalang oleh Irsyad. Adara mengambil peluang ini untuk menyerang.

Sekilas, Adara menolehkan badannya dengan pantas menghadap tubuh tegap Aiden. Tangan kecilnya lantas mengacukan pistol milik Aris tepat pada dada bidang di hadapannya.

"Lepaskan dia!" Jerit Adara kuat. Hilang segala ketakutannya tadi. Dia sendiri tak tahu dari mana datangnya keberaniannya sekarang. Mungkin kerana pistol yang dipegang. Atau daripada lelaki hadapannya?

"Eyes up here, sweetheart." Tegur Aiden, signature smile jelas tersungging di hujung bibirnya. Tak dapat dinafikan, Aiden sedikit terkejut dengan sisi bold Adara dihadapannya sekarang.

But he likes it more than anything already.

"Sorry, but I'm not your sweetheart." Bidas Adara tak suka dengan nama panggilan yang diberikan oleh Aiden. Matanya naik membalas renungan Aiden terhadap dirinya.

Adara menahan nafasnya untuk seketika sebaik matanya mendarat pada wajah Aiden.
Dari rambut hitam keperangan yang digayakan menampakkan dahinya luas. Alis kening yang nipis. Turun pula pada hidung yang mancung. Sehinggalah pada bibir merah bak delima milik Aiden.

Iris hitam pekat itu masih merenung tepat ke dalam anak mata Adara. Adara menelan air liur. Dia menekan sedikit hujung pistol itu pada dada Aiden. Tak lama selepas itu, kedengaran tawa halus dari Aiden.

"Fine, you're not my sweetheart woman. But now like I said earlier, drop the gun." Ucap Aiden dengan nada biasa. Sebelah tangannya diseluk ke dalam poket seluar dengan bersahaja.

"No. Lepaskan Aris and I will drop the gun." Balas Adara masih berdegil. Ingat dia tak tahu dengan helah yang cuba digunakan Aiden?

"If you say so. Irsyad, proceed." Arah Aiden memberikan isyarat kepada bodyguard peribadinya itu. Irsyad segera melepaskan Aris.

"Done, your turn." Aiden tersenyum penuh makna kepada Adara.

Dia menjeling pistol Adara pada dadanya. Adara tahu ada sesuatu yang tak kena. Takkan macam tu je? Tetapi dia alihkan juga pistol tersebut sebelum menjatuhkannya ke atas tanah.

"But you don't said not to kill him, right?"

Sebaik kata-kata itu keluar dari mulut Aiden, Irsyad menarik tubuh Aris ke arahnya sebelum menyuntikkan sesuatu pada leher Aris. Aris mendesis kesakitan kerana serangan mengejut itu.

"No! Apa kau buat dekat dia!" Jerit Adara jelas terkejut. Langsung tak menyangka Aiden akan bertindak sebegitu.

"Oh don't worry. He's just been drugged." Balas Aiden selamba.

Dia menoleh ke arah Irsyad memberikan isyarat untuk menyelesaikan semua kerja dengan pantas. Irsyad mengangguk laju tanda faham.

"Drugged? Gila ke!" Marah Adara sudah tak dapat menahan amarah di dada.

Dia menapak setapak ke hadapan mendekati Aiden dengan berani. Menikam mata Aiden seolah dia mahu membunuh lelaki dihadapannya hidup-hidup.

Aiden menundukkan wajah untuk menyamai ketinggiannya dengan Adara. Dia mengukir senyuman mengejek. Hembusan nafas kasar milik Adara menyapa wajah Aiden.

"You're cute when you mad, woman." Bisik Aiden tepat pada wajah Adara.

Aiden menolak sedikit dagu Adara untuk mendekatkan lagi wajah mereka berdua. Namun tangannya ditepis oleh Adara dengan kasar. Membuatkan Aiden semakin teruja.

"But you will be more cuter if you don't mess with my business."

Bisik Aiden menyambung kata-katanya pada telinga Adara. Lantas, dia berlalu pergi dari situ melepasi Adara seolah tiada apa yang berlaku. Adara menjulingkan bebola matanya ke atas.

"Tunggu! Boleh tak bagitahu apa kau nak buat dengan Aris? Dia tak bersalah." Tanya Adara ingin tahu. Matanya mengerling ke arah Irsyad yang meletakkan Aris yang pengsan ke dalam kereta.

Aiden menghentikan langkah. Keningnya diangkat sebelah. Tak menyangka Adara masih tak berputus asa. Dia menyarungkan sepasang cermin mata hitam. Jam Rolex di tangannya dikerling sekilas.

"None of your business. So can you leave and forget all about this? I'm getting late." Balas Aiden dengan nada tak puas hati.

“Jerk! Fine, aku report polis. See you in jail.” Bidas Adara berani. Aiden menurunkan sedikit cermin mata ke bawah.

"Go on report me to police. I insist. See you soon too, woman. We'll meet again for sure." Ucap Aiden memaksudkan kata-katanya. Hujung bibirnya menyimpan sebuah senyuman. Namun perkara itu tidak disedari oleh Adara.

"Yeah maybe. In your dreams!"

Adara menghentakkan kaki tanpa menoleh ke arah Aiden lagi. Buat sakit hati, jiwa dan mental sahaja. Membazir air liur.

Adara menarik nafas panjang. Semua akan okay. Dia cuba menenangkan hati sendiri. Sebaik sahaja dia melaporkan kegiatan that jerk kepada polis, Aris akan diselamatkan. Lagipun dah terbalik sebenarnya.

Sepatutnya Aris yang jaga dia bukan Adara!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

       "ADARA, you're late! Awak sedar tak betapa pentingnya meeting ni untuk company? Saya percayakan awak sepenuhnya untuk handle projek ni tapi tengoklah apa awak buat? Macam mana saya nak sorok muka saya kalau HQ turun buat pemeriksaan and you're not here when you're supposed to? Answer me now, Adara!" Marah Encik Khairul.

Adara menunjukkan wajah. Sudah tahu dengan salah sendiri. Bibirnya dikemam menahan rasa. Bukan sengaja dia datang lewat pada hari ini. Tetapi keadaan yang tak mengizinkan.

"Maafkan saya, Boss. Saya betul-betul minta maaf." Luah Adara perlahan. Kedua-dua belah tangannya disatukan. Tubuhnya ditundukkan tanda menyesali tindakannya hari ini.

Encik Khairul melepaskan keluhan. Sedikit kecewa dengan pekerja kesayangannya. Tambah pula dengan tekanan kerja membuatkan dia tanpa sengaja melampiaskan amarahnya kepada Adara.

"Macam nilah Adara. Saya tak ada maksud nak marah awak hari ni dan saya minta maaf jugak. Tapi saya rasa mungkin lebih baik awak ambil cuti untuk tenangkan fikiran awak. Saya tak nak awak libatkan hal peribadi awak dengan kerja." Cadang Encik Khairul sudah tenang.

"Apa maksud boss? Saya okay." Adara tak faham. Apa kaitan dia lewat hari ini dengan hal peribadi dia?

"Tentang pertunangan awak. Saya dapat tahu daripada Laila. Mungkin awak masih bersedih tentang tu. Saya faham." Jawab Encik Khairul bersimpati dengan nasib Adara.

Adara mencengkam tangannya dengan kuat. Dalam kepalanya sudah memikirkan beberapa cara yang paling brutal untuk menutup mulut murai Laila. Geram!

"Tapi boss, saya okay-"

"Sorry, I'm late."

Bagaikan déjà vu, sekali lagi satu suara yang sama memotong kata-kata Adara untuk kali keduanya hari ini. Adara mematikan niat untuk meneruskan kata-katanya.

Suara tu macam kenal. Tapi takkanlah.

No that can't be him.

“ Tuan Aiden, silakan duduk."

Kini suara Encik Khairul pula kedengaran. Adara masih tak mahu melihat ke arah gerangan yang baru saja masuk ke dalam pejabat Encik Khairul.

Tak mungkin!

"Maafkan saya, Tuan. Lupa pula saya kenalkan. Adara, this is Tuan Aiden. Tuan Aiden, this is Adara. Your new chief supervisor for MZ Holdings."

Encik Khairul memperkenalkan dengan mesra. Adara beranikan diri untuk memandang majikan baharunya itu. Atau lebih tepat lagi musuh barunya pada hari ini.

Adara terlopong terkejut. Senyuman penuh makna yang terpamer di wajah Aiden hampir membuatkan Adara mengangkat tangan untuk menamparnya.

"Kau..." Jerk!

"It's really nice to meet you, Miss Adara."

Happy reading! Jangan lupa drop ur comments See you tomorrow <333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience