Bab 19

Drama Completed 35637

Selepas peristiwa Tiara meminta tolong Hadi untuk jauhkan diri daripada nya, Hadi lakukan seperti yang diminta.

Hadi tidak datang dekat dengan Tiara dan tidak bercakap dengannya. Mereka berdua seperti orang yang tidak pernah kenal.

Kawan Hadi dan Tiara juga perasan dengan situasi itu. Tetapi, Farhan dan Hadirah faham mengapa Tiara berbuat begitu. Yang tidak faham nya Akmal dan Hafiz.

"Asal semenjak dua menjak ni aku tengok Hadi dah tak bercakap langsung dengan Tiara? Selalu dulu ada jugak dia cakap dengan Tiara. Sekarang ni diaorang dua dah macam stranger. Tak kenal satu sama lain" kata Akmal mulakan perbualan.

Ketika itu, Hadi tiada di situ.

"Itu lah! Aku pun perasan. Diaorang bergaduh ke?" teka Hafiz

"Bergaduh? Diaorang kan selalu dah bergaduh. Tapi, Hadi elok je selalu dengan muka tembok dia tu tegur Tiara. Walaupun dia bergaduh dengan Tiara. Melainkan kalau diaorang bergaduh tapi diaorang…" Akmal sengaja biarkan ayatnya tergantung.

"Diaorang in relationship?" Sambung Hafiz

"Yess! Kan? Logik kan?!" tanya Akmal teruja

"Haah lah! Kalau diaorang bergaduh masa diaorang tak ada apa-apa , Hadi dengan Tiara biasa je kan? Tapi kalau diaorang ada apa-apa, mesti lah lain kalau bergaduh. Tak bertegur sapa" kata Hafiz 

Seronok betul berdua ni membuat spekulasi sendiri.

"Hadi… Senyap senyap ek. Tak percaya aku" kata Akmal

"Itu lah. Dah besar dah Hadi sekarang" kata Hafiz

"Hahahaha" ketawa mereka berdua.

Ini kalau Hadi dengar perbualan mereka yang pandai pandai buat cerita sendiri, memang kena hentak kepala mereka berdua.
//
Walaupun Hadi dan Tiara tidak bertegur sapa di universiti, mereka kerap juga bersembang di alam maya seperti yang Tiara janjikan.

Dengan cara ini, Hadi tidak lah rasa Tiara terlalu jauh dengan nya.

Hadi : Kau dah balik rumah ke?

Tiara : Dah. Aku dah sampai rumah dah. Kau?

Hadi : Sama lah. Aku dengar mak kau balik ni 2 minggu je. Lepastu outstation balik. Bila mak kau outstation lagi ?

Tiara : Kau curi curi dengar ek aku cerita dekat Hadirah dengan Farhan?

Hadi : Hahahaha. Bukan curi, dah suara kau kuat. Aku terdengar lah.

Tiara : Betul lah tu. Mak aku outstation balik nanti. Dia pergi lusa. Hari Khamis.

Hadi : Aku nak jumpa mak kau lah dulu sebelum dia pergi outstation

Tiara : Macam mana kau nak jumpa mak aku?

Hadi : Kau balik dengan aku lah. Aku hantar kau balik rumah.

Hadi terlupa antara perjanjian dia dengan Tiara.

Tiara : Kepala hotak kau. Kau dah lupa ke perjanjian kita? Mana boleh aku tumpang kau balik.

Hadi menepuk dahi nya. 

"Haah lah! Terlupa aku. Ish! Apa kena dengan dia ni sebenarnya sampai tak bagi aku cakap dengan dia?" Hadi mengomel sendiri.

Hadi : Tak apa lah. Nanti kau kirim salam aku dekat mak kau. Okey?

Tiara : Okey.

Hadi : Tiara

Tiara : Apa kau nak?

Hadi teragak-agak untuk bertanya walaupun dia tahu yang Tiara tak akan beri jawapan yang dia mahu.

Hadi : Aku memang tak boleh tahu ek sebab apa kau buat perjanjian ni?

Tiara tersentak. Ikutkan hati dia nak cerita tapi entah lah. Dia cuma tak nak cerita.

Tiara : Kau tahu jawapan aku kan?

Hadi mengeluh.

Hadi : Tahu. Saja try tanya. Okey lah wei, aku nak mandi dulu

Tiara : Okey okey. Byee

Hadi : Bye

"Dia macam marah je. Ermm, tak apa lah. Pandai pandai lah dia nanti" kata Tiara seorang diri.
//
Hari Khamis sudah tiba. Buat kali kedua, Puan Wardah bersiap sedia dengan semua begnya untuk outstation. 

Tiara juga sudah bersiap untuk ke universiti. Dia akan keluar bersama dengan Puan Wardah tetapi dia akan naik grab.

Puan Wardah mahu menghantar Tiara ke universiti tetapi Tiara menolak. 

Entah kenapa pagi itu Puan Wardah rasa tidak sedap hati. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang akan terjadi kepada Tiara. Tetapi dia positif kan diri nya. Mungkin dia risau kerana dia mahu meninggalkan anak perempuan nya seorang diri. 

"Betul ni Ara boleh pergi sendiri? Kalau tak ibu boleh hantarkan" kata Puan Wardah di luar rumah. Tiara sudah order grab.

"Boleh je lah. Alah ibu ni. Ara dah biasa dah lah naik grab pergi universiti" jawab Tiara tersenyum

"Ara jaga diri elok-elok. Jangan jalan dekat tempat yang tak ada orang. Bahaya" pesan Puan Wardah.

"Iyaaa. Ibu tak payah bagi pesanan panjang lebar. Ara boleh guna pesanan ibu yang dulu punya. Baru lagi" gurau Tiara

"Itu lah dia. Orang cakap dia main main. Okey lah, ibu pergi dulu. Ingat, jaga diri elok-elok" pesan Puan Wardah lagi sekali.

"Okeyy. Bye, assalamualaikum" kata Tiara sambil tersenyum manis

"Waalaikumussalam" jawab Puan Wardah kemudian dia masuk ke dalam kereta dan menyusur pergi.

Selepas 5 minit kereta ibunya pergi, grab yang dia order sudah sampai. 

Seperti biasa, Tiara akan menyuruh pemandu grab untuk menurunkan Tiara di bus stop berdekatan universiti. 
Selepas turun, Tiara berjalan ke arah universiti nya.

Semasa dia sedang berjalan, tiba-tiba datang seorang pemuda yang menunggang motosikal ke arahnya. Tiara mula cemas. Dah lah jalan tu tak banyak sangat kereta lalu.

"Heyy! Nak kemana tu?" tegur lelaki itu sambil turun dari motorsikal nya. Kemudian dia berjalan ke arah Tiara. Tiara mula cemas melihat tindakan lelaki itu.

"Kau sibuk apahal?! Tepi lah! Aku nak lalu!" kata Tiara separa menjerit.

"Garangnya dia. Nampak je manis tapi garang. Siapa nama ni?" kata lelaki itu sambil bergerak ke arah Tiara

"APA BENDA KAU NI?! TEPI LAH!" jerit Tiara

Dia betul betul takut ketika itu. Dia berharap ada orang yang lalu di situ.

"Jangan lah jerit nanti orang dengar lah" 

Lelaki itu semakin dekat dengan Tiara. Tiara sudah hampir tidak boleh ke belakang kerana longkang besar berada di belakang nya.

Lelaki itu mahu memegang Tiara, tetapi Tiara menepis tangan lelaki itu.

"Eh! Dia main tolak tolak tangan pulak" kata lelaki itu dalam nada bergurau

"TAK PAYAH LAH PEGANG PEGANG! APA MASALAH KAU NI?!" 

"Ya Allah, selamatkan lah hambamu ini ya Allah" rintih Tiara dalam hati. 

Hadi yang kebetulan lalu di jalan itu nampak mereka berdua. Tapi, pada mulanya Hadi tidak tahu itu Tiara.

"Dah kenapa tu?! Perempuan tu macam dalam bahaya je" kata Hadi seorang diri

Kemudian, semasa Tiara mahu menolak lelaki itu ke tepi, Hadi dapat cam beg yang dipakai oleh Tiara.

"ITU TIARA LAH!!" jerit Hadi gelabah. Dia tanpa menunggu lama memberhentikan kereta nya di tepi dan berlari ke arah mereka.

"HEY HEY! APA BENDA NI?" jerit Hadi dari jauh.

Tiara yang nampak Hadi datang menolak lelaki itu sekuat hatinya ke tepi. Lelaki itu terkejut dengan kehadiran Hadi. 

"Hadi!!" Tiara berlari ke arah Hadi dan berdiri di belakang nya. Turun naik nafas Tiara kerana terlalu takut.

"Apa benda ni bro? Kau buat apa ni?" tanya Hadi berang.

"Eh Hadi. Mana ada apa-apa" jawab lelaki itu tergagap.

"Kau kenal aku? Kejap, aku rasa aku kenal kau. Kau ni Syakir kan? Student universiti jugak?" tanya Hadi

"Be..betul" jawab Syakir tergagap. Rupanya takut dengan Hadi.

"Kau nak buat apa tadi? Kau kenal ke perempuan ni? Dia girlfriend kau?" tanya Hadi 

"Dia boyfriend kau ke?" tanya Hadi kepada Tiara pula. 
Tiara menggeleng kepala laju. 

"Kau tahu tak kalau aku bawak kau pergi balai, boleh ke dalam kau. Sebab aku boleh jadi saksi. Aku nampak semua kau buat tadi" kata Hadi

"Hadi… Kau jangan pandai pandai kau je" kata Syakir sambil tersengih tetapi ketakutan.

"Well, aku pelajar undang-undang. Aku tahu. Ingat! Aku dengan kau tak settle lagi. Kau tunggu" kata Hadi memberi amaran.

Ikut hati nak dia selesaikan je Syakir waktu tu jugak tapi dia melihat Tiara sangat takut. Dia tak mahu buat Tiara bertambah takut lagi.

Kemudian dia pusing ke belakang dan menarik pergelangan tangan Tiara yang berlapik dan berjalan ke arah keretanya. 
"Jom" kata Hadi sambil menarik tangan Tiara.

"Aduhh!! Mampus aku! Apahal Hadi pulak yang datang? Kenapa tak orang lain!" amuk Syakir apabila melihat Hadi dan Tiara sudah jauh.

"Masuk dalam kereta. Aku hantar kau" kata Hadi serius. Tiara tak pernah nampak Hadi seserius itu.

Tiara hanya menurut kata Hadi dan masuk. Dia masih lagi trauma dengan kejadian tadi. 
Hadi masuk ke dalam kereta dan pandu kereta nya.
Tiara hanya senyap sahaja begitu juga dengan Hadi.

Hadi memandang Tiara yang ketakutan itu. Ikut hati nak dia belasah je Syakir tadi sampai lunyai.

"Kau dari mana tadi?" tanya Hadi. Masih lagi dengan nada serius.

"Aku dari bus stop. Tengah aku jalan tiba-tiba dia datang" cerita Tiara takut-takut.

Itu kali pertama Hadi melihat Tiara setakut itu. Kalau tidak sebelum ini Tiara lantang bersuara.

"Err, Hadi. Kau turunkan je aku tepi ni. Aku boleh…"

"Tak payah. Kau duduk je situ. Aku hantar kau sampai depan pintu universiti" potong Hadi.

Tiara terdiam. Kejadian tadi masih terbayang bayang di fikirannya. 

Kereta Hadi sudah sampai di hadapan universiti. Tanpa menunggu lama, Tiara keluar dari Hadi tanpa berkata apa-apa. Hadi hanya melihat sahaja Tiara keluar.

"Ya Allah… Nasib baik lah aku lalu situ tadi. Kalau tak.." kata Hadi kemudian dia meletakkan dahinya di stereng kereta.

Sepanjang hari itu, Hadi melihat Tiara senyap sahaja. Tiara juga banyak termenung. Hadi tidak pernah melihat Tiara bersikap begitu. Ini membuatkan Hadi jadi risau dengan keadaan Tiara. 

Hadirah dan Farhan ada juga bertanya kenapa Tiara hanya senyap. Tidak seperti hari hari sebelum ini.

Tetapi Tiara mengatakan yang dia okey sambil memberikan senyuman palsu. Hanya Hadi saja yang tahu apa yang jadi.

"Boleh tak aku tumpang kau balik, Hadirah?" tanya Tiara selepas mereka habis kelas.

"Alahh, Tiara sorry. Aku kena balik rumah cepat. Ada hal. Kau tumpang Farhan boleh? Boleh kan Farhan?" tanya Hadirah kepada Farhan

"Bolehh. Jom, pergi dekat kereta aku" ajak Farhan. Farhan tak terfikir pun mengapa tiba-tiba Tiara memintanya menumpang kan Tiara pulang ke rumah.

Hadi yang baru keluar dari bilik itu mencari Tiara. Dia ingin menghantar Tiara pulang ke rumah. 

Tiba-tiba dia ternampak yang Tiara berada dengan Farhan dan menaiki kereta Farhan.

Hadi hanya diam sahaja. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutnya. Yang pasti, dia tak suka melihat Tiara balik dengan Farhan.

"Tak apa lah. Janji Tiara selamat balik. Itu yang penting, Hadi" kata Hadi dalam hati. 

"Hadi! Kenapa kau keluar cepat sangat? Kau kejar siapa?" tanya Hafiz dari belakang Hadi.

Dia dan Akmal baru keluar dari bilik itu.

"Tak ada apa-apa lah. Weh, jom kita duduk dekat meja sana tu kejap. Aku nak cakap something" ajak Hadi kemudian dia pergi ke arah meja yang dikatakan. 

Akmal dan Hafiz hanya mengikut sahaja Hadi dari belakang.

"Apa benda yang kau nak cakap tu? Kau buat aku gelabah pulak" kata Akmal apabila mereka bertiga sudah duduk di meja.

Lantas, Hadi pun menceritakan kejadian pagi tadi kepada mereka berdua.

Terkejut mereka berdua mendengar cerita Hadi.

"Habistu? Tiara okey tak?" tanya Hafiz

"Dia okey. Cuma tadi dari start kelas sampai habis dia senyap je. Banyak termenung. Trauma lah tu kot" jawab Hadi

"Siapa mamat tu wei? Wahh, gila betul dia" kata Akmal

"Dia student universiti ni jugak" jawab Hadi

"Student universiti ni?! Gila! Siapa weh? Kau kenal ke dia?" tanya Hafiz.

"Entah lah. Aku tak kenal dia sangat cuma aku tahu lah nama dia. Syakir" balas Hadi

"Syakir? Syakir mana? Dia amik course apa?" tanya Akmal. Dekat universiti tu bukan seorang sahaja nama Syakir. 

"Aku tak tahu. Kan aku cakap aku tak kenal dia sangat. Tapi, dia sama umur dengan kita tak silap aku" kata Hadi

"Kau cakap dekat aku ciri-ciri dia macam mana. Tinggi ke pendek, gelap putih" kata Hafiz

"Dia tinggi dia macam kau Fiz. Tak tinggi tak rendah. Kulit dia putih jugak. Kurus melidi. Bawak motor" terang Hadi

"Itu je lah yang aku boleh cakap. Aku bukan temu bual dia tadi" sambung Hadi

Selepas mendengar penerangan pendek Hadi, Hafiz kelihatan seperti teringat sesuatu.

"Jap! Aku rasa macam kenal mamat tu. Dia course sama dengan Rafiq! Dia pun rapat jugak dengan Rafiq. Tapi, tak ada lah rapat sangat. Tapi, rapat lah jugak. Tapi bukan macan kawab rapat" kata Hafiz

"Apa benda gila kau merepek rapat tak rapat, tak rapat sangat. Cakap elok-elok lah. Kau ada nombor dia tak?" balas Akmal. 

"Jap aku check. Aku kan banyak dalam whatsapp group universiti ni. Hampir semua group ada aku lah senang cerita" kata Hafiz sambil melihat telefonnya. Mencari nombor Syakir.

"Nasib baik kau tak ada dalam group whatsapp course designer je" balas Akmal

"Hah! Ni dia! Ini kan mamat tu?" kata Hafiz sambil menunjukkan profile picture Syakir.

"Hah! Mamat ni lah ni! Nasib baik kau ada nombor dia. Bagi kat aku nombor dia. Memang aku settle kan dia ni harini jugak" kata Hadi.

Setelah dia mendapat nombor Syakir, dia pun call. Nasib baik Syakir mengangkat panggilan itu. 

"Hello?" kata Syakir dari hujung talian.

"Hello. Aku Hadi. Ingat lagi pagi tadi? Aku cakap yang kita tak settle lagi kan? Aku nak jumpa kau sekarang. Aku dekat meja bawah pokok ni" kata Hadi dingin.

"Hadi.. tolong Di. Aku janji aku tak buat lagi. Tolong lah lepaskan aku" rayu Syakir

"Baik kau datang sekarang. Kalau kau tak datang makin teruk kau kena. Kau tahu apa aku boleh buat kan?" kata Hadi sinis

"Okey okey aku datang sekarang jugak" kata Syakir kemudian menamatkan panggilan.

"Boleh tahan kau ugut dia ek Di? Aku yang dengar ni pulak yang seram" kata Hafiz

"Bila Ikhwan Hadi mengugut" kata Hadi sambil tersenyum berlagak.

Kemudian Syakir datang ke arah mereka. Hampir 10 minit Syakir kena 'ceramah'. Memang dia silap langkah ada masalah dengan Hadi.

"Aku mintak maaf Hadi. Aku janji tak buat lagi" kata Syakir sambil menunduk

"Eh, jangan mintak maaf dengan aku. Mintak maaf dengan Tiara. Kau buat salah dengan dia!" balas Hadi

"Esok aku nak kau cari dia lepastu kau mintak maaf dengan dia. Kalau dia maafkan kau, aku lepaskan kau. Tapi, kalau dia tak maafkan kau… Aku tak ada pilihan selain heret kau pergi balai. Sebab Tiara mangsa bukan aku. Jangan cakap aku suka suka buat cerita. Aku ulang balik, aku pelajar undang-undang" sambung Hadi.

"Okey Hadi. Aku cari dia esok, aku mintak maaf dekat dia" kata Syakir ketakutan. Penakut rupanya. Tadi kemain lagi berani sangat. 

"Aku tunggu esok kau mintak maaf dengan Tiara. Dah, kau pergi lah" kata Hadi

Kemudian, Syakir pergi meninggalkan mereka bertiga.

"Wahh, boleh tahan jugak ek kau ambik berat pasal Tiara. Aku kagum" kata Hafiz memulakan usikan. Memang kegemaran dia dan Akmal untuk mengusik Hadi.

"Hah? Biasa lah tu kan? Semua orang akan buat macam tu. Kita lelaki, tugas kita melindungi kaum hawa. Tak ada sebab lain" kata Hadi hampir tergagap-gagap.

"Tapi kau punya protect lain macam. Tak pernah aku tengok kau macam ni Hadi" usik Hafiz

"Ahh! Merepek lah korang dua. Dah lah, pergi lah balik! Makin lama duduk sini makin seronok korang dua membahan aku ye" kata Hadi kemudian dia bangun dan meninggalkan mereka berdua.

"Macam tu je dia blah? Hadi! Belanja lah kitaorang minum ke apa!" kata Hafiz bangun dan berlari mendapatkan Hadi.

"Entah. Kau dah mintak tolong kitaorang, kau blah gitu je. Tak boleh jadi ni" balas Akmal

"Rumah ada air kan? Minum kat rumah. Kalau bekalan air terputus, datang rumah aku" kata Hadi selamba.

Mereka bertiga dalam perjalanan untuk ke kereta.

"Macam ni lah kawan. Bila susah, cari. Dah senang tinggal macam tu je" kata Akmal pura pura merajuk.

"Tak apa lah Mal. Dia bukan nak belanja kita air pun. Dia nak belanja Tiara je minum Starbucks" kata Hafiz

Hadi yang mendengar kata-kata Hafiz itu terkejut dan langkahnya terhenti.

"Macam mana kau kau aku pergi Starbucks dengan dia haritu?" tanya Hafiz

"Hey Hadi" panggil Akmal dengan nada berlagak "Mata kitaorang ni ada dekat mana mana. Kitaorang nampak haritu dekat Starbucks dekat dengan universiti ni"

"Kau tak payah lebih lebih. Itu masa aku dengan Tiara nak siapkan assignment lah. Sebab dah nak siap, buat lah dekat tempat lain" terang Hadi. 

Setelah mendengar penerangan Hadi, Hafiz dan Akmal menjauhkan diri daripada Hadi. Mereka seperti sudah sepakat.

"Buat assignment ke dating?!" jerit mereka berdua kemudian lari. 

Hadi yang mendengar sabar sahaja dengan perangai dua orang kawan dia yang tak pernah nak matang. 
//
Malam itu, rumah Tiara senyap seperti sebelum ini. Hanya Tiara sahaja yang berada di rumah. Tiara sedang melipat baju di atas katilnya. Sedang dia melipat, dia terpandang pergelangan tangan nya.

Dia teringat yang Hadi menarik nya pagi tadi.

Kemudian dia baru teringat yang dia tak cakap terima kasih lagi dekat Hadi sebab tolong dia.

Dia lantas mencapai telefon nya. Belum sempat dia membuka telefon, tertera nama Hadi di skrin. Hadi sudah call dia dulu.

"Dia ni. Macam tahu tahu je yang aku nak call dia. Dia dah call dulu" kata Tiara tersenyum kemudian mengangkat panggilan itu.

Baru sahaja dia angkat, Hadi sudah bersuara.

"Kau okey tak?" tanya Hadi

"Weh, rilekk. Gelabah sangat kau ni. Tanya perlahan lahan lah" balas Tiara sambil tergelak kecil.

Hadi tersengih. 

"Sorry sorry. Kau okey tak sekarang ni?" tanya Hadi sekali lagi.

"Aku okey je. Cuma tadi lah trauma lagi. Hah, Hadi. Aku terlupa nak cakap terima kasih sebab tolong aku tadi" kata Tiara

"Sama-sama" balas Hadi

"Kau cakap tadi, lelaki tak guna tadi tu satu universiti dengan kita?" tanya Tiara

"Haah. Dia satu universiti dengan kita. Kenapa?"

"Tak adalah. Aku takut dia jumpa aku lagi" 

"Kau tak payah risau. Dia tak akan berani buat apa-apa lagi dekat kau" kata Hadi meyakinkan Tiara

"Betul ni? Yakin? Tadi ye lah kau ada. Nanti kalau aku sorang macam mana?" Tiara gusar.

"Kau percaya aku. Aku yakin dia tak akan kacau kau lagi. Kau balik dengan siapa tadi?" tanya Hadi sengaja.

"Aku balik dengan Farhan tadi. Aku mula-mula nak tumpang Hadirah tapi dia ada hal. Tu yang aku balik dengan Farhan tu" 

"Aku kan ada. Kenapa kau tak balik dengan aku je?" tanya Hadi.

Tiara tidak menjawab.

"Apa-apa je lah. Mak kau dah pergi outstation?" Hadi mengubah topik.

"Dah. Pagi tadi dia pergi" jawab Tiara.

"Ouhhh. Okey lah, kau pergi lah tidur. Byee, jumpa esok" kata Hadi

"Insyaallah, byee" kata Tiara kemudian menamatkan panggilan.

"Argh! Penat betul harini. Aku harap aku tak jumpa lagi lagi mamat tu. Aku pegang kata-kata Hadi. Bila ingat balik pagi tadi, ya Allah seram betul" kata Tiara kemudian baring memandang siling. Baju yang baru separuh dilipat nya dibiarkan begitu sahaja.

thankyou sebab sudi bace :):) sorry atas kekurangan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience