Bab 8

Action Series 9408

Anna yang sedang duduk di sebuah restoran makanan segera sedang leka menyelak dan membaca isi kandungan fail yang bewarna hitam itu. Semenjak dia bekerja di syarikat ini, ke mana sahaja dia pergi dia pasti akan membawa kerja untuk di teliti. Kerja menyiasat bukan mudah lebih-lebih lagi untuk amatur macam dia. Walaupun ayah dia sendiri penyiasat untuk syarikat dan Anna telah mewarisi kebijakkan ayahnya dalam tugas ini, tetapi setelah sudah lama dia tidak bekerja di bidang ini dia juga seperti perlu belajar semula dari mula tentang bidang ini.
Sepanjang masa dia akan biarkan mindanya berjalan dengan hal kerja. Tidak mudak nak cari pengkhianat dalam syarikat lebih-lebih lagi dia perlu melakukan kerja ini secara rahsia.
Anna terdiam apabila melihat laporan audit dari 3 tahun yang lepas pada salah satu cawangan mereka. Dia mula mengambil fail dari tahun seterusnya yang telah di simpan di dalam beg kerjanya. 5 fail kini berada di atas meja dan dia mula teliti satu persatu. Sambil baca Anna mengetuk meja dengan jarinya perlahan. Anna kemudian mengeluarkan telefonnya dan menghubungi Taufiq. Sekejap sahaja Taufiq sudah menjawab panggilannya. Anna tanpa berdolak-dalih segera menyatakan hasratnya.
“Abang, Anna tak masuk pejabat hari ini, ada hal sikit yang Anna nak selesaikan. Hari ni juga Anna nak pergi keluar daerah atas sebab nak periksa salah satu cawangan syarikat. Abang free tak hari ni dan esok? Anna nak abang ikut teman Anna.”
“Aik? Kenapa Anna nak melawat cawangan lain? Ada kena mengena ke dengan siasatan Anna?”
“Kalau abang ikut Anna, nanti Anna cerita.”
Kata Anna selamba cuba memancing Taufiq agar mengikut dia.taufiq terdiam cuba memikirkan cadangan Anna.
“Abang kena tengok jadual abang dulu. Abang risau kalau jadi lama je. Anna nak melawat tu bersebab betul tak?”
Anna ketawa kecil.
“Yes, bawalah baju lebih mana tahu jadi lama. Tapi abang jangan bagitahu sesiapa pasal ni. Ni rahsia antara kita je.”
“Aik? Kenapa ni Anna? Kalau abang nak melawat cawangan sana abang kena beritahu papa abang untuk dia sediakan staff sambut kita.”
“Eh jangan! Anna dah kata ni rahsia, abang ni apa, orang nak menyiasat mana ada orang sebarkan supaya orang ramai tahu. Diam diam sahajalah!”
Bebel Anna. Taufiq tercengang.
“jadi betullah ada kaitan? Okaylah abang setuju ikut Anna. Abang janji tak akan bagitahu sesiapa. Anna nak abang ambil Anna dekat rumah pukul berapa?”
Anna melihat jam di tangannya.
“Sekarang pukul 12, pukul 3 abang datanglah. Kad access rumah Anna abang adakan?”
“Ada, kita jumoa nanti. Abang nak siapkan kerja sikit sebelum kita pergi.”
“Kalau kerja banyak abang bawa je sekali. Tiada masalah.”
“Okay Anna, jangan risau, abang cuba selesaikan mana yang mampu.”
Kata Taufiq sebelum mereka berdua mematikan talian.
Anna kembali memandang fail yang tersusun di atas meja sebelum ada satu suara yang menegurnya.
“Anna, sanakan sikit fail tu.”
Bisik Amiruddin perlahan. Anna memandang Amiruddin yang sedang memegang sedulang penuh makanan yang dipesan untuk dia dan Anna.
Anna tersengih serba salah. Dia segera membersihkan meja dan meletakkan fail tersebut di atas beg kerjanya.
“So, kau nak makan dulu ke atau nak bincang dulu?”
Tanya Amiruddin tenang. Setelah setahun dia tidak berjumpa Anna tiba-tiba sahaja Anna menghubungi dia. Katanya ada hal mustahak. Anna dan Amiruddin adalah rakan dari kecil. Selain Anna, Amiruddin juga merupakan anak didik ayahnya. Dia kini membuka syarikat penyiasatannya sendiri.
“Kau lapar ke? Kau beli makanan banyak macam lapar je.”
Tanya Anna sambil melihat dulang yang penuh dengan makanan.
“Aku tak lapar, last kita jumpa tahun lepas kau makan banyak sangat. Jadi aku pesanlah makanan banyak sikit.”
Sindir Amiruddin. Anna menjeling geram. Lalu dia mengambil fail bewarna merah yang telah di sediakan untuk Amiruddin. Diberi fail itu untuk Amiruddin siasat. Amiruddin segera membaca isi kandungan fail tersebut.
“Aku nak minta kau siasat mak tiri aku. Aku tak boleh buat benda tu sebab aku risau kalau dia hantar orang untuk ikut aku. Jadi aku perlukan bantuan kau.”
“Untuk hal syarikat? Aku perlu siasat juga ke?”
Tanya Amiruddin dan Anna menganggukkan kepalanya.
“Aku perlukan kau untuk siasat bagi pihak aku. Aku tak boleh buat benda ni seorang sebab aku masih perlu lindung identiti aku di syarikat aku bekerja ni. Aku kena lindung ibu.”
Kata Anna perlahan. Dia menghela nafas lemah. Amiruddin menganggukkan kepalanya faham. Matanya masih ralit memandang isi fail tersebut.
“Anna, ibu dekat mana?”
Soal Amiruddin. Dia sudah menganggap ibu Anna seperti ibunya sendiri.
“Kali terakhir aku jumpa ibu dia mengadu Fatimah dah jumpa dia setelah bertahun aku sembunyikan ibu, aku terpaksa minta kenalan aku sembunyikan dia dan aku juga tak tahu dekat mana dia sembunyikan ibu. Ini semua demi keselamatan ibu.”
Anna dan Amiruddin terdiam. Suasana jadi sepi.
“Berapa bayaran untuk perkhidmatan kau?”
Soal Anna tegas, dia tahu semua ini bukan percuma walaupun mereka sahabat tapi punca pendapatan Amiruddin adalah dengan menyiasat.
“Aku tak ambil bayaran untuk kau Anna, kita nak selamatkan ibu dan ayah kan? Tak perlu aku meminta bayaran pada orang yang dah bantu aku dari aku kecil hingga sekarang.”
Amiruddin berkata lembut. Dia kemudian meletakkan fail di tepi meja dan mula menarik dulang walaupun perbincangan mereka masih belum habis. Anna ketawa kecil nampak sangat Amiruddin lapar sebenarnya.
“Aku tetap akan bayar juga. Kau jangan risau.”
“Kalau kau bagi aku pulangkan dekat ayah balik. Kisah pula aku.”
Kata Amiruddin mengejek lalu dia terus makan. Anna mengambil bahagian dia juga.
“Kau boleh kosongkan jadual kau untuk bekerja dalam syarikat aku bekerja ni?”
“Tiada masalah, syarikat aku ada ramai lagi penyiasat, mereka boleh take over kerja aku. Lagipun aku bos, kisah apa aku.”
Anna ketawa kecil, terhibur melihat gelagat Amiruddin.

XXXXXXXXXX

Taufiq menekan loceng rumah Anna berkali-kali tetapi tiada sesiapa yang membuka pintu, kemudian dia mula mengetuk pintu rumah Anna sambil menjerit memanggil nama Anna, tetapi bukan Anna yang membuka pintu, Amirul yang membuka pintu rumahnya. Dia melihat Taufiq yang sedang mengeluh di hadapan rumah Anna.
“Ye, encik cari siapa?”
Soal Amirul pelik.
Taufiq menoleh ke belakangnya memandang Amirul. Dia tersengih lebar.
“Kau Amirul ke? Aku Taufiq abang Anna.”
Taufiq menghampiri rumah Amirul teruja.
“Err, Anna tak ada abang..”
Kata Amirul takut sekiranya Taufiq adalah penceroboh. Taufiq ketawa.
“Ala, anak bos dia, mustahil Anna tak cerita yang pak cik Farid dengan bos tempat dia bekerja rapat macam family, aku lah anak bos pak cik Farid.”
Kata Taufiq teruja dia kemudian menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Amirul. Amirul menyambut huluran Taufiq setelah dia teringat siapa Taufiq.
“Masuklah dulu, Anna beritahu tadi yang dia sakit perut. So dia suruh aku jemput kau masuk rumah aku dulu.”
Kata Amirul ceria kemudian taufiq masuk ke dalam rumah Amirul dan duduk di ruang tamu. Amirul datang dan menghidangkan air untuk Taufiq.
“Dah berapa lama kau kenal Anna?”
“3-4 tahun juga, Kami pindah rumah pada hari yang sama terserempak dekat lif. sejak tu Anna dengan aku berkawan. Lagi lagi ada ibu, tu yang kami lagi rapat.”
“Oh, tak nak try Anna ke?”
Kata-kata Taufiq ada maksud yang mendalam. Amirul ketawa sebelum buat muka frust.
“Banyak kali. Tapi Anna tu blur sangat. Dah bagi hint elok pun dia tak faham juga.”
Bebel Amirul geram. Taufiq ketawa geli hati.
“Ya, dia tersangatlah blur. Aku tak faham dengan budak tu. Ramai nak try dia tapi semua failed termasuklah si Aliff tu.”
Ketawa Taufiq.
“Tapi si Aliff tu agresif sangat. Kereta aku dia pergi sembur dengan cat.”
Sedang mereka bergelak ketawa ada satu suara bengang yang menegur mereka.
“Seronok kutuk aku?”
Tanya Anna geram. Amirul dan Taufiq terdiam. Mereka memandang Anna yang sedang berdiri di pintu rumah Amirul. Mereka berdua tersengih seperti kerang busuk setelah tertangkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience