Mata yang terpejam itu akhirnya dibuka perlahan-lahan. Penglihatan awalnya kabur kini jelas. Khalis terpisat-pisat. Terasa ada benda menghempap lengan kanannya. Mahu menoleh kepalanya seperti dibalut mumia. Langit bilik direnung kosong. Gelap. Lampu tidak terbuka. Kepala cuba mengingat apa yang terjadi. Namun kosong. Otaknya seperti tidak berfungsi. Khalis mengerang sakit.
"Kau dah bangun ?"
Adam bangun. Rasa teruja menyelinap di hati. Dia mengambil telefon. Nombor ayahnya dibuat panggilan.
"Sakit..."
Dia tersentak. Telefon diletakkan atas meja. Butan merah yang tersedia ditekan. Datang beberapa orang nurse memeriksa kondisi adik angkatnya itu.
"Encik boleh keluar? Pesakit ni perlu sendirian buat masa sekarang."
Adam mengeluh kecewa. Langkah diatur keluar. Setelah beberapa minit, muncul seorang doktor di hadapannya.
"Maaf, ingatan Tuan Khalis hilang. Mohon jangan memaksa dia untuk ingat. Tuan boleh masuk, pesakit sedang tidur effect obat yang diberi. Jangan bising .
Pap! Adam Harris terkedu. Mata membulat. Dia melangkah lambat-lambat masuk mendekati Khalis. Wajah tampan adik angkatnya direnung. Rasa bersalah merentap tangkai hati.
Maaf...
_____
Khalis Rayyan hanya mendiamkan diri. Suasa sekelilingnya terasa begitu janggal. Kerusi roda yang didudukinya ditolak menuju ke sebuah kereta.
"Adik gembira tak keluar hospital?"
"Siapa adik kau ?" soal Khalis kasar. Raut wajahnya tegang.
Adam mengetap bibir. Kerusi roda terus ditolak. Sampai di kereta ayahandanya, terjengul wajah Chaca dan pemandu peribadi ayahandanya.
"Jom naik." tangan Khalis dipapah masuk ke dalam kereta Starex itu. Kerusi roda disimpan dalam bonet.
"Khalis nak makan apa."
"Nama aku bukan Khalis. Aku Rayyan!"
Chaca tercengang. Wajah Khalis dipandang dari pantulan cermin atas. Wajah itu datar, bukan seperti selalu. Adam dipandang meminta penjelasan. Gelengan yang didapat membuatkan rasa penasarannya semakin tinggi.
"Rayyan lapar?"
Rayyan menggeleng. Terasa menyampah dengan lelaki yang membahasakan dirinya sebagai seorang abang dari tadi itu. Dah lah tak kenal.
"Abang Rayyan nak minum?" kini Chaca pula menyoal.
"Aku serabut. Jangan banyak tanya." Rayyan mendesis.
Masing-masing kelu dengan perubahan sikap yang ditunjukkan Khalis. Mereka diam hanyut dengan fikiran masing-masing.
"Aku nak kecing." suara Rayyan memecah suasana yang hening.
"Kejap, nak sampai rumah dah ni."
Kini suasana kembali sepi. Kereta akhirnya sampai di kediaman mereka. Adam turun mengeluarkan kerusi roda dari bonet.
"Tak payah! Aku ada kaki, bukan cacat. Mana tandas?" tangan Adam yang terhulur ke arahnya ditepis.
"Mari ikut."
Rayyan mengekori. Tandas dimasuk. Keinginannya dilampiaskan.
Adam tercegat di luar. Dia menoleh bila bahunya di tepuk.
"Kenapa dengan Abang Khalis tu?"
"Ingatan dia..."
Chaca tergamam. Kaki berlari ke bilik kerja ayah angkatnya. Pintu dibuka tanpa meminta izin.
"Ayah! Abang Khalis hilang ingatan!"
Tan Sri Zaidi yang awalnya mahu marah terdiam. Dia hanya mengikuti bila lengannya ditarik turun ke bawah.
"Kau siapa nak jaga aku, hah!?" suara tempikan kedengaran. Kelihatan Rayyan sedang bergelut dengan Adam. Tangan Rayyan mencengkik leher Adam. Mereka terkaku melihat muka Adam yang sudah membiru.
Chaca mara. Tubuh Khalis dipeluk lalu ditarik ke belakang.
" Abang Khalis gila ke apa!? "
Rayyan mencerlung ke arah Chaca. Pantang dirinya dipanggil dengan gelaran Khalis, hatinya membuak-buak pedih tanpa alasan. Lengan gadis itu dicengkam kuat. Rahang diketap.
"Apa ni Abang Khalis? Sakit!"
"Siapa Khalis! Kenapa panggil aku Khalis?! Aku Rayyan, berapa kali nak ingatkan hah!"
TS Zaidi kekal sebagai pemerhati. Jasadnya terkaku disitu. Rohnya seperti sudah melayang ke lain.
Adam pula kelam tidak sedarkan diri. Tinggal Chaca yang berusaha melepaskan cengkaman Khalis pada lengannya.
" Abang Rayyan, lepaskan saya!"
Senyuman sinis terlakar pada bibir. Chaca diheret. Gadis itu kelihatan sudah tidak bermaya. Lantas tubuh itu ditolak masuk ke dalam kolam. Terkapai-kapai tangan Chaca di atas permukaan kolam.
Rayyan memerhati tanpa ada niat membantu. Sedikit rasa bersalah tidak langsung menerpa hati. Malah senyuman sinis tak lekang dari bibir. Entah kenapa dia terasa puas.
"Argh!" kepalanya berdenyut hebat. Khalis Rayyan rebah.
Linda menekup mulut tidak percaya. Peluh merintik di dahi. Apa yang sedang terjadi sebenarnya dalam rumah tangga majikannya ini?
Itulah Lana bila sedar dari koma. Novel ni 100 peratus dari kisah hidup Lana. Jadi kadang-kadang tak sanggup nak ingat apa yang pernah Lana buat dekat keluarga angkat Lana dulu. Jari pun asyik menggigil je, tak beri kerjasama langsung.
Share this novel