BAB 3

Family Completed 32037

Ibu tidak turun ke ladang hari ini kerana ibu demam. Jadi, aku yang menjaga ibu di rumah. Ibu sering muntah dan tak larat untuk berdiri. Setelah ke klinik doktor memberitahu bahawa ibu dalam keadaan tertekan. Ibu memerlukan rehat yang secukupnya. Pagi, petang dan malam tanganku ligat memicit kepala dan tubuh ibu supaya sakit ibu kekurangan.

"Ibu.."

aku membaringkan tubuhku di sebelah ibu dan terus ibu menarik aku masuk ke dalam dakapannya. Terasa tenang sahaja apabila berada di dalam dakapan ibu.

"Ya sayang..."

Ibu mengusap-usap rambutku membuatkan aku mengantuk.

"Ibu janji dengan Medina, ibu tidak akan tinggalkan Medina kecuali ajal yang memisahkan kita."

"Ibu janji sayang. Bak kata orang putih, no matter what happen I am always with you my love."

aku ketawa terkekek-kekek apabila ibu speaking mat salleh. Ibu menggeletek pinggangku sehingga aku ketawa tidak cukup nafas.

"Sayang ibu, andaikan satu hari nanti ibu jadi kaya... apa yang Medina nak?"

Aku tersenyum menampakkan barisan gigiku yang tersusun rapi. He he.

"Medina tak nak banyak. Medina nak dua sahaja. Satu Medina nak ibu selalu dengan Medina dan kedua Medina nak merantau satu dunia bersama ibu terutama sekali pergi ke Mekah."

Ibu tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

"InshaAllah suatu hari nanti kita akan jejak kaki ke sana."

Aku memeluk ibu dengan erat. Jasa ibu tak dapat aku nak balas walaupun seusaha mana sekalipun. Aku sayang ibu sangat-sangat. Tiada sesiapa yang dapat menggantikan ibu yang telah sanggup melahirkan aku dengan penuh keperitan.

"Ibu... kalau Medina tanya, ibu jangan marah, ya. Medina hanya nak tahu, siapakah ayah kandung Medina?"

Soalan aku itu dengan tiba-tiba membuat ibu menitiskan air matanya. Aku tergamam. Adakah aku telah menjadi anak derhaka kerana aku membuat ibu menitiskan air matanya?

"Ibu maafkan Medina. Jangan menangis. Medina salah."

Aku mengesat air mata ibu dengan lembut menggunakan ibu jariku.

"Eh bukan salah Medina, sayang. Ibu cuma bersalah sangat pada Medina kerana merahsiakan hal ini. Medina sudah besar sudah berhak untuk mengetahui ayah kandung Medina. Sebenarnya..."

Ibu menarik nafasnya sebelum memulakan cerita. Air mata jernihnya masih mengalir. Aku hanya diam mendengar percakapan ibu.

"Ibu diperkosa oleh seorang lelaki yang ibu sendiri tidak kenal. Dan dia menyebabkan ibu hamil dan lahirlah Medina ke dunia ini dengan pertolongan pak cik Medina."

Tekakku terasa pahit. Pahit untuk menelan kata-kata ibu tadi. Maknanya aku anak luar nikah? Aku anak tak sah taraf?

"Medina jangan marah sayang. Ibu sayang Medina. Sehingga sekarang Ibu sendiri tidak tahu ke manakah ayah kandung Medina.. puas ibu dan pak cik cari. Tak pernah jumpa."

Aku tersenyum.

"Tak perlulah ibu cari. Biarlah ayah sendiri yang cari Medina. Walaupun usia Medina akan meningkat ke-11 tahun, Medina faham. Medina tak pernah marahkan ibu malah Medina nak ucapkan tak terkira terima kasih pada ibu sebab jaga Medina walaupun Medina tahu perit untuk ibu lalui semua ni. Medina sayang ibu..."

Kami berpelukkan sambil menitiskan air mata. Kini aku tahu siapa sebenarnya diriku. Walaupun aku anak tidak sah taraf, aku bersyukur kerana ibu masih sudi melahirkan dan menjagaku. Sudah banyak berita yang aku dengar di corong radio. Bayi dibuang di dalam tandas selepas ibunya bersalin. Ada juga yang dibuang di dalam tong sampah dan ada yang membiarkan bayinya disakiti oleh haiwan dan dalam keadaan kesejukkan. Kasihan. Alhamdullilah, ibu mahu menjaga aku sehingga aku membesar dengan baiknya.

Ibu memang terbaik. Entah macam manalah ibu menempuhi tika dia sedang mengandungkan aku. Agaknya ibu mesti dicaci oleh orang kampung sini kerana ibu hamil anak luar nikah. Kuat sungguh dugaan ibu.

“Ibu, Medina nak bacakan doa untuk ibu. Ibu dengarlah.”

Ibu memandang wajahku lalu tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya.

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

Ya Allah, ampunilah segala dosa Medina , dan (dosa) kedua ibubapa Medina, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik Medina pada waktu kecil.
Aku dan ibu mengaminkan doa tersebut. Malam itu dengan nyenyaknya aku tidur di dalam dakapan ibu. Impian aku hanya satu, mahu sentiasa berada di sisi ibu sehingga akhir hayatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience