BAB 11

Mystery & Detective Completed 29704

Saiful bermonolog sendiri. Matanya terpandang sesuatu di atas meja dapur. Dia bangkit mendekati objek tajam tersebut. Sebilah pisau yang tampak baru sahaja diasah. Saiful membelekbelek pisau tersebut. Tiba-tiba terasa badannya ditepuk kasar. Dia memalingkan wajahnya dan terlihat ibunya sedang memeluk tubuh.

"Lepas ni, kau pula yang kena cari kerja. Faham?"

Mata Saiful kuyu. Kenapa begitu sukar ibunya memahami perasaannya kini? Kenapa tidak dibuang sahaja dirinya? Adakah ada sedikit kasih sayang di hati ibunya? Adakah mungkin di sebalik wajah ngerinya itu, wujud kesedihan atas kehilangan Baizura? Jika benar, sungguh Saiful masih menyayangi ibunya itu.

"Kalau Saiful kerja, boleh tak ibu berhenti kerja?"

Tiba-tiba terasa pipi Saiful ditampar dengan kuat. Saiful sungkur, rebah ke bumi. Pipinya merah menyala. Kali ini, dia tidak mampu menyembunyikan tangisan air matanya lagi. Dia cuba bangkit tanpa memandang wajah ibunya.

"Kau ingat kau siapa, hah? Kalau aku tak kerja, kau tak makan tau! Kau nak aku berhenti, hancurkan badan aku ni dulu !"

Saiful masih memegang erat pisau di tangannya. Terkumat-kamit bibirnya menyebut perkataan syurga. Dia kini bangkit lalu memandang wajah ibunya yang masih merah menahan perasaan marah. Secara tiba-tiba dia tersenyum sinis.

"Takpe ibu.. Saiful bawa ibu ke syurga ek.."

Dan tanpa apa-apa amaran, Saiful terus menikam ibunya dengan pisau. Terkejut ibunya. Badannya terjatuh dan darah terus mengalir. Ditarik rambut ibunya yang lemah ke bilik kurungan. Dikunci bilik tersebut lalu dipandang tajam ke arah ibunya.

"Saiful.. Berhenti Saiful.."

Ibunya terus merayu, meminta simpati daripada satu-satu anaknya itu. Namun Saiful tetap mendekati ibunya lalu ditarik rambutnya yang panjang. Dipotong rambut tersebut. Tangisan ibunya bagaikan tiada makna. Dipotong sehingga botak hinggakan kepalanya lukaluka.

"Rambut ibu yang cantik ni kena potong.. Lepas ni, takde siapa nak pandang rambut ibu ni lagi.."

Tanpa rasa belas ihsan, Saiful menyiat pula kulit ibunya. Meraung ibunya kesakitan namun Saiful tetap memekakkan telinga. Dia hanya terus dengan angannya sambil menyebut perkataan 'syurga'. Hatinya kini benar-benar kosong. Dia terus memberi seksaan kepada ibunya. Yang tinggal hanyalah wajah dan kedua-dua telapak tangannya.

"Aurat wanita itu ialah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan tapak tangannya. Sekarang, badan ibu dah hancur. Ibu berhenti kerja ek.."

Diam. Saiful memandang jasad ibunya yang mengerikan. Barulah dia fahami ibunya sudah tidak bernyawa lagi. Dia mengambil pelita di dapur lalu sengaja dijatuhkan pada rumah papannya. API! Terus menyelinap segala ruang isi rumahnya. Saiful duduk di tepi hujung rumahnya, duduk memeluk kakinya.

"Takpe.. Panas api ni tak sehebat panasnya api neraka. Betul tak, ibu.."

Tiba-tiba terlihat satu susuk badan yang sasa merempuh pintu rumahnya. Saiful terus diangkat keluar dari rumah tersebut. Terdengar ramai menjerit melihat kebakaran. Tika itu, Saiful sudah tidak ingat apa-apa lagi. Segalanya menjadi hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience