chapter 6

Romance Series 9599

 

***

   "Apapun masalahmu, bentang sajadahmu." caption yang ditulis pada akaun Instagram seseorang itu, Anisa baca dengan perlahan. Sekali sekala kepala diangguk bersama bibir terjuih. Sedikit kagum. Banyak juga post islamik selain daripada gambar-gambar resort milik jejaka itu dan meeting dengan orang berpangkat besar.

Sekarang ni dia tengah erm stalk IG Encik Nufail a.k.a duda anak satu tu lah. Tak, bukan apa...dia bukan stalker cuma itulah curious je. Ek ehem. Jangan fikir bukan-bukan.

  Sambil baring-baring atas katil, Anisa skrol lagi post jejaka itu sehinggalah ke post yang paling bawah, dia tertekan like. Gelabah menguasai diri. Ha mampus! Terlike post duda tu!

Cepat-cepat Anisa bangun dari pembaringan, post yang terlike tadi, diunlike semula. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus.

Tenang, Anisa tenang...

Dia takkan perasan punya. Alah, biasalah businessman mananya nak sempat tengok telefon sangat. Kan...?

"Anisa! Oh Anisa..." laungan suara Puan Asma' menyentakkan gadis itu.

  "Ye ibu! Kejap!" Baru sahaja kaki kanan Anisa cecah lantai, Puan Asma' muncul di muka pintu biliknya bersama sesuatu di tangan.

Anisa mengerutkan dahi.
"Eh ibu! Kenapa, ibu? Tu apa tu?" lantas dia bangun dari katil dan bergerak ke arah ibunya. Plastik yang dalamnya ada tupperware bersaiz sederhana itu, Anisa tilik seketika.

    "Apa ni, ibu?"

  "Rendang pedas ayam." Puan Asma' sua kepada Anisa. Anisa sambut huluran tersebut dengan 1001 persoalan.

    "Rendang? Aik, raya belum lagi lah, ibu."

  Puan Asma' menaikkan kening sebelah kanannya lalu bercekak pinggang. Anak dia ni ada penyakit lurus bendul ke?
"Ingat rendang hari raya ja ka? Hari biasa pun bolehlah! Amboi! Dah! bawak ni pi rumah Opah Tijah." dia tolak tubuh kecil anaknya keluar dari bilik tanpa sempat Anisa kata apa-apa.

   "Eh! Eh! Ja...jangan la tolak, ibu! Rumah Opah Tijah? Ayooo..." Anisa tepuk dahi.

  "Dah kenapa ayo ayo?" Bahu kiri Anisa ditampar kuat. Langsung tiada belas kasihan. Anisa mengaduh sakit. Bahu yang sedikit pedih itu digosok perlahan. Rasanya dah bengkak ni! Selalunya penangan Puan Asma' memang berbisa sejak dahulukala. Ha tibe.

   "Ni...nak kena pergi lah ni?" Anisa tayang muka comel. Mata sengaja dibulatkan dan dikerdip tiga empat kali.

Sekali lagi bahunya ditampar tapi sebelah kanan pula. Terlompat Si Anisa menahan sakit.

  "Ibu!"

"Pi lani. Jangan nak malas sangat! Lani, Anisa Ufairah!" Suara Puan Asma' naik seoktaf. Tangannya diangkat tinggi bersedia untuk menampar anaknya lagi namun cepat-cepat Anisa mengelak.

   "Okay ibu okay! Orang pergi sekarang! Kejap nak pakai tudung. Tak kan orang nak pi free hair pulak. Kalau orang tak—"

   Tak sempat Anisa habiskan ayat, dia digertak lagi oleh ibu gangster. Macam lipas kudung dia larikan diri masuk ke dalam bilik. Garang nau ibu ni!

Haih! Mintak-mintak lah Si Duda tu tak ada. Tapi...hari ni hari minggu. Takkan dia kerja pulak kan? Alah, takpe. Lepas bagi rendang pedas ni, terus balik je lah kan. Apa susah!

•••

Setibanya dia di rumah Hajah Khadijah, nafas disedut dalam-dalam sebelum dilepas perlahan. Kemudian salam diberi dengan nada suara separa kuat.

   "Assalamualaikum Opah! Ooo assalamualaikum!"

Okay bukan separa kuat, memang kuat sangat suara dia sampai burung yang bertenggek atas pokok pun terbang menjauh dari kawasan itu. Biadap punya burung!

"Waalaikumsalam dik." Salam diberi telah dijawab. Anisa hela nafas lega. Ingat tak ada orang. Mana tahu kut-kut Opah Tijah cuti-cuti satu Malaysia ke, sapa tahu en?

Tapi...kena suara jawab salam tu, lain maciam je. Sejak bila suara Opah Tijah garau semacam ni dan sejak bila pula Opah Tijah panggil aku adik ni?

   Anisa tengok sekeliling, leher juga dipanjangkan sedikit bagi mencari dimana gerangan yang menjawab salamnya tadi.

Tengah khusyuk jadi stalker dan batang hidung orang jawab salam pun dia tak nampak, Anisa berpaling ke belakang.

"Oh mak engko! tong gas meletup!" latah Anisa bila terpandangkan satu sosok tubuh sasa bersarung hoodie dan berseluar track suit. Tangan kiri dan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Nufail yang baru pulang dari joging, berlapis-lapis dahinya melihat tingkah laku gadis itu, tak pasal-pasal tawa besar terlepas dari mulutnya. Yelah, mana tidaknya...tak habis-habis dengan.
melatah dia tu. Tong gas meletup, pfft!

   "Encik! Astagfirullah! Tiba-tiba muncul! Terkejut saya! Dari mana datangnya, Encik...ya Allah." Anisa urut dada. Riak muka macam nak menangis dah tu. Nasib baik dia tak ada penyakit lemah jantung.

Tak balas dulu, Nufail melangkah mendekati gadis itu. Jarak antara mereka tinggal tiga langkah. Masih jauh. Masih jaga batas.

   "Mana saya tahu apa-apa. Saya baru balik dari joging. Sampai je rumah tengok ada orang pendek—"

   "Pendek?!" Mencerlung mata Anisa pandang jejaka itu. Tak tahu di mana lawak, mudah sahaja Nufail melepaskan tawanya. Namun cepat-cepat dia cover mulut. Anisa pantang betul orang panggil dia pendek. Ei! Apa 156 CM tak cukup tinggi ke?

   "Maksud saya...saya nampak seseorang depan rumah. I don't know who but saya jawab je salam. Cik yang terkejut sendiri. Bukan salah saya." Nufail angkat kedua belah tangan tanda tak bersalah.

Anisa mencebik.
"Saya pelik la. Setiap kali terjumpa, mesti Encik terkejutkan saya. Nasib baik saya tak ada penyakit kencing manis tau."

Nufail blur. Apa kena mengena kencing manis dengan Anisa yang terkejut.

     "Apa kena menge—"

    "Anisa! Bila sampai?" Suara Datin Kauthar mengundang hinjutan pada bahu Anisa. Tapi cepat-cepat Anisa larikan diri, menjauhi jejaka itu bagi mendapatkan Datin Kauthar. Dia sendiri tak tahu kenapa dia cakap macam tu. Memang tak ada kena mengena. Langsung tak! Kencing manis mende? Puih!

Tak sempat Nufail balas, Anisa dah mengatur langkah pergi. Keluhan dilepaskan. Kepala digeleng.

   "Weirdo."  ucapnya sendiri. Langkah dibawa masuk ke dalam rumah. Tapi sebelum dia melangkah masuk, dapat dia dengar Anisa tolak pelawaan mamanya untuk masuk ke dalam rumah. Heh, gelabah setiap masa dah kenapa.

     "Meh la masuk dulu."

   
    "Eh takpela Aunty. Saya—"

   "Lah kenapa tak nak masuk dulu? Anisa ada kerja ye? Kalau tak ada, meh la masuk dulu. Ni mama ada buat cucur udang dengan goreng pisang. Panas-panas lagi. Meh masuk."

Memang tak boleh buat apa dah, laju sahaja Datin Kauthar tarik tangan Anisa masuk ke dalam.

Aunty...apa dosa Anisa! Huwaaaaaa

•••

"Anisa dah berpunya?"

"Pffttt!" Soalan spontan dari Datin Kauthar membuatkan Anisa yang tengah hirup air teh, tersedak sekaligus mengundang perhatian Si Nufail dan Hajah Khadijah yang sedang menikmati cucur udang. Hidup Anisa agaknya tak sah kalau tak terkejut. Nasib baik tak tersembur air teh tu dekat muka Nufail. Sudahlah jejaka itu duduk bertentangan dengannya.

"Ya Allah! Macam mana boleh tersedak ni? Alahai. Ni tisu." Kelam kabut Datin Kauthar hulur tisu kepada gadis itu. Belakang Anisa diusap perlahan. Anisa lap hidung dan mulutnya dengan perasan malu yang menebal. Engkau rasa kalau engkau di tempat Anisa, tiba-tiba tersedak sampai air keluar dekat hidung depan jejaka sepeti Nufail ni dan opahnya serta mamanya, agak-agak malu tak? Malu lah anak oi!

Dah tenang sikit, Anisa tayang gigi. Sumpah malu! Mana nak letak muka ni. Bawah meja aci tak?

    "Soalan umi susah sangat ke? Hahahaha. Aduh lawak betul kamu ni." Kepala Anisa digosok sambil ketawa besar. Amboi Datin...syoknya gelak dekat orang. Anisa angkat wajah, pandang muka mamat tu dan dia nampak mamat tu tengah tahan gelak. Haaaaa ni sumpah rasa macam nak mencarut! Astagfirullah, sabaq Anisa sabaq.

   "Opah pun nak tau jugak. Anisa dah ada sapa-sapa ka? Tapi kalau Anisa keberatan nak bagitau, takpa. Rilek sudah." Ayat sempoi Hajah Khadijah bagi. Anisa tak habis-habis tayang gigi. Ni yang sayang Opah ni! Baguih betoi!

    "Eh, tapi saya nak tahu lah mak. Ha ada sapa-sapa ka Anisa?" Datin Kauthar tak mahu mengalah. Terus menerus dia tanya soalan yang sama kepada Anisa. Nufail cuma diam sedari tadi. Seronok juga jadi pemerhati ni. Tingkah laku Anisa tak pernah kecewakan dia. Ada saja yang mencuit hati.

Anisa hela nafas berat lalu berdehem.
"Erm...tak ada siapa-siapa lagi. Haha." hujungnya dia tergelak tak ikhlas pula. Niatnya nak gelak besar, tapi  takpela.

   "Alhamdulillah! Masih ada peluang! Kan kan?" Datin Kauthar tuju ayat itu kepada anaknya dengan nada ceria. Kini giliran Nufail pula yang tengah menikmati cucur udang yang waktu itu sudah masuk separuh tekak. Terbatuk-batuk jejaka itu dibuatnya. Spontan Anisa hulur air kepada Nufail. Laju jejaka itu menarik cawan tersebut lalu diminum sedikit rakus.

Anisa baru tersedar. Ala bongok! Awat aku pi huloq ayaq kat dia? Bodo. Setepek.

"Ha elok lah tu. Sorang tersedak ayaq, sorang terlekat cucoq udang. Macam-macam la hampa dua oqang ni." Opah Khadijah menggeleng kepala dan kemudian dia menukar pandangan penuh makna dengan Datin Kauthar.

Anisa gigit bawah bibir lalu sengih lagi dan lagi. Penuh tembok atas muka dia sekarang ni. Ha tahan je lah Anisa oi! Lepas ni taubat takmau hantar makanan dekat rumah Opah Tijah dah. Sumpah serik! Kena bahan macam ni, ayoyo!

Nufail pula dah pandang mamanya semacam. Macam nak tembus dia pandang Datin Kauthar. Mama memang sengaja. Sengaja betul betul betul sengaja ni. Dari ayat Mama dia dapat agak dan dapat tafsir maksud disebaliknya.

    "Papa...jom mancing." Zulaikha tak tahu turun dari langit mana, terus mengajak papa kesayangan pergi memancing. Mata ditenyeh. Sebelah tangan kiri memegang telefon. Sah! Zulaikha tengok video memancing lagi. Pelik-pelik anak dia yang seorang ini. Selalu perempuan mana suka benda-benda macam ni. Memancing? Pelik nau.

   Nufail menggamit anaknya supaya datang mendekat. Zulaikha akur. Nufail peluk bahu kanan anaknya.

   "Papa bukan tak nak tapi..."

   "Eh Mama!" Baru perasan akan kehadiran Anisa, Zulaikha bertukar arah. Dia menghampiri Anisa yang masih blur blur budak nerd. Nufail mengeluh kecil sebelum kening diangkat penuh kehairanan. Pelik benor lah dia dengan Si Zulaikha ni. Baru kenal je kut dengan gadis bernama Anisa ni. Tapi rapat dia... Macam kenal dari kecil.

Tindakan spontan, rambut Zulaikha diusap manja. Walaupun perkataan 'mama' tu buat Anisa rasa nak bwerkk nak muntah! Mama apooo muda muda belia macam dia ni. Layan aje lah. Pandangan mereka yang lain, cuba dia abaikan.

  "Ikha suka memancing ye?" tanya Anisa penuh nada ceria. Laju Zulaikha menjatuhkan kepalanya.

   "Suka! Mama suka tak?"

Anisa ketawa kecil dengar soalan anak kecil itu. Dia rasa macam nak guling-guling bawah lantai sekarang ni. Seumur hidup, dia tak pernah memancing. Tak pernah. Nama je duduk kampung tapi dia memang tak minat memancing. Sebab dia tahu nak memancing ni, perlukan kesabaran yang tinggi dan dia juga tahu, dia bukan dari kalangan orang yang cepat bersabar.  Silap-silap boleh terbelah dua, batang mancing tu sebab marah ikan tak makan-makan umpan.

   "Tak minat lah sayang. Tak reti mancing." balas Anisa.

    Zulaikha diam, berjeda. Mungkin tengah fikir sesuatu. Seketika kemudian, Zulaikha senyum lebar.

   "Takpe! Papa kan ada! Papa dulu juara mancing tau! Papa boleh ajar mama! Kan papa?"  Zulaikha tuding jari telunjuknya ke arah papanya. Nufail speechless habis.  Dahi ditepuk. Kepala digeleng-geleng.

  Zulaikha...mengapa perlakukan orang tuamu begini Wahai anakku...

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience