Pandangan Arif terlekat pada tali coli warna biru di bahuku sebelum turun ke bawah sedikit demi sedikit. Cepat cepat aku membelakangi dan meninggalkan Arif. Tak sanggup aku nak berlama lama di situ. Takut kucing berubah jadi harimau.
Aku masuk ke bilik terus memakai baju dan seluar tidur. Ni semua sebab Joy. Aku ingatkan dia yang balik.
"Kau nak mandi ke tadi?", tanya Arif sebaik dia memasuki pintu dapur dan terlihat aku di dapur sedang mengisi air paip ke dalam cerek.
"Haah. Boss nak kopi?", balasku sambil mengutuk dalam hati sah sah la dia dah dengar apa yang kukatakan semasa membuka pintu tadi.
"Boleh juga. Tapi kalau kau nak mandi, pergilah", ujar Arif berdiri bersandar pada kabinet dapur di belakang aku.
"Mak saya kata kalau ada tetamu datang rumah, wajib kita jamu walaupun air kosong. So, boss duduk dulu. Saya buat kopi". Aku menekan suis di dinding untuk memasak air dan Arif masih tak berganjak.
Aku menghampiri Arif dengan senyuman terukir, berdiri di sebelah mencapai tin biskut yang ada di belakangnya. Rak pinggan pun berada di situ. Masih dapat aku hidu haruman yang dipakai. Dia ni pakai perfume apa, tahan dari tadi.
"Kau ni nampak je sosial, boleh buat kerja rumah juga rupanya", bisik Arif ketika berpaling menghadapku disebelahnya. Aku menyusun biskut lemak di dalam piring. Itu saja yang ada. Dah malam lagi pun.
"Apa yang sosialnya saya ni?", soalku dan berpaling padanya di sisi. Kami terlalu hampir, sama seperti semasa di pejabat tadi. Mata Arif menjalari tubuhku dari atas ke bawah.
"Penampilan. Sikap kasar kau".
"Sampaikan Nazri tak berminat dengan saya? Shamrin sekadar nak have fun dengan saya? Saya tak faham la lelaki ni. Apa yang mereka mahukan? Perempuan macam mana yang mereka nak? Shamrin tu dah ada isteri cantik, model pula tu. Masih nak cari perempuan kat luar"
"Shamrin tu cari duit. Dia jual video video tu. Ramai orang suka video raw macam tu. Natural. Bukan sikit duit dia dapat. Nazri, dia tengok rupa. Mungkin dia suka perempuan yang ayu".
"Itu macam saya dulu. Ayu ayu pun kena tinggal juga", keluhku sambil mengacau bancuhan kopi di dalam teko. Arif tolong mengangkat dulang berisi dua biji mug, sepiring biskut dan letak di atas meja.
"Seth tu buta. Tak de la lawa mana pun perempuan yang kita jumpa hari tu", kata Arif duduk di sofa. Aku menekan butang on di remote astro. Entah apa cerita yang ada malam malam begini.
"Ish... cantik la. Dah jadi isteri yang sah pun", bidasku. Di mata aku, Naza memang cantik.
"Ala kau ni. Takkan dapat sorang terus nak kawin. Kawan la dulu. Berkawan biar seribu, berkasih biar satu", tambah Arif mengambil kotak berisi cakera permainan Aedy yang ada di bawah meja. Aku duduk di sebelah Arif. Hanya ada satu sofa untuk tiga orang.
"Ye la tu, nanti orang kata saya playgirl. Saya nak berkawan je sekarang ni. Tapi awal awal lagi dah kena. Bukannya masa first date tu saya terus tanya, awak nak kawin dengan saya?", ujarku sambil berlakon, memegang tangan Arif dan memandang tepat ke dalam mata. Arif terdiam, mata kami bertentangan dan buat aku tak selesa. Arif menggenggam kuat.
"Kalau aku cakap, aku nak. Macam mana?", tanya Arif dengan nada serius. Mata kami masih sama seperti tadi. Suhu badanku meningkat, rentak jantungku mulai rancak. Aku salah percaturan. Masalah ni.
"Boss.. saya main main je la. Saya tak kan buat macam tu kalau first date. Saya ni nak la keluar tengok wayang, pergi main air kat Sunway Water Park, berkelah tepi pantai. Macam standard orang bercinta dating. Lepas tu baru la, cakap pasal kawin", balasku. Tangan sebelah lagi cuba meleraikan genggaman Arif.
"Oh ok". Arif melepaskan tanganku, mencapai mug berisi air kopi dan minum. Aku pula yang masih berdebar, mematahkan biskut lemak tadi ke dalam mug kopi dan bangun ke dapur mengambil camca kecil. Kemudian aku kaut serpihan biskut yang sudah agak lembut lalu kusuap ke dalam mulut.
Arif tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Kenapa?", tanyaku tanpa terus melihat Arif. Aku pandang ke dalam mug. Aku tergoda dengan bibir Arif. Apa dugaan yang Kau berikan ni? Aku yang degil tak nak kawin hari tu, konon nak fokus bekerja, boleh kawal diri dan kawin tak ada dalam kamus hidup. Tapi sekarang, aku diuji begini. Menyesal tak halau Arif balik terus tadi. Masalah betul, hormon estrogen aku dah mencanak canak ni.
"Macam dia".
"Buah hati boss?". Dia mengangguk dan hati aku terasa sakit. Peratus hormon gatal merenyam tadi turun mendadak. Arif ni suka main main bab kawin, macam nak sangat kat aku. Mungkin dia sekadar nak menceriakan suasana. Aku je perasan lebih.
"Saya dari dulu makan macam ni. Sedap tau. Ada seorang abang sepupu saya kat kampung suka sangat kalau saya suap dia biskut macam ni". Tiba tiba aku teringat Bang Chik. Terbit rasa rindukan dia setelah sekian lama. Lama sangat. Tak seorang pun sebut nama Bang Chik sejak kami pindah dari kampung. Aku pun dah terlupa dia sebenarnya.
"Sekarang pun kau masih suap dia?", soal Arif ingin tahu. Aku menggeleng.
"Kau tak nak suap aku?". Soalannya buat aku terkesima. Aku mengerdipkan mata. Terasa basah pipiku.
"Kau menangis?". Arif menarik tisu dari kotak tisu berhampiran dan mengesat pipiku yang basah.
Aku menyuap Arif biskut yang terendam dalam kopi sambil berkata, "Tah la. Tiba tiba saya rasa rindu kat dia. Dah lama sangat saya tak jumpa dia. Apa khabar dia sekarang. Entah macam mana rupa dia".
"Sedap. Suap lagi", pinta Arif bersandar mendepang tangan di sofa umpama raja. Sementara aku duduk tegak di sisi, berpaling ke arah dia kerana tadi menyuap biskut.
"Meh saya patahkan dalam mug boss", tawarku.
"Tak nak. Aku nak yang tu juga. Kau suap. Dah lama orang tak suapkan aku". Tudingnya pada mug yang aku pegang.
Eh, mengada sangat ni. Lebih dari Bang Chik. Dulu Bang Chik lagi banyak suap aku, dari aku suap dia. Kalau kutip buah rambutan pun sama, dia kupaskan dan beri padaku. Aku tau makan je. Nak harap along dengan angah?? Diorang campak kulit je kat aku dari atas pokok. Di mana Bang chik sekarang?
Aku menyuap Arif biskut yang terendam, beriya dia makan.
"Seronok orang suapkan makanan. Bak sudu tu, aku suap kau", ujar Arif kembali duduk tegak mengambil mug aku.
"Tak payah. Saya boleh suap sendiri", bantahku menarik mug yang cuba diambil Arif.
"Tak pe. Kau rasa la nikmatnya makan bersuap. Nak nak lagi aku yang suapkan kau. Special tau".
Ye la tu, special sangat. Aku tak nak.
Kami berebut mug dan air tumpah mengenai baju Arif. Kami terhenti.
"Ha.. tu la. Kan dah tumpah. Tunggu, saya ambil kain basah", marahku. Baju aku pun terkena percikan juga.
Sampai dari dapur, Arif dah buka baju. Dan aku hanya mampu menelan air liur. Jangan la ada yang menjejeh, malu.
"Mintak sini baju tu, saya cuci dan gantungkan". Arif menghulurkan pada aku. Jenuh aku nak melarikan mata dari terus memandang tubuh Arif. Please Nura, jangan tergoda dan menggoda. Malu! Ingat mak kat kampung.
Setelah siap mencuci dan mengantung baju Arif di balkoni dapur, aku masuk ke bilik mengambil kemeja kotak kotak yang aku selalu pakai.
"Cuba pakai ni. Rasanya muat dengan boss", kataku menghulurkan kemeja tersebut padanya. Itu yang saiz paling besar aku ada. Nampak gaya macam sekadar cukup menutup badan Arif tapi ok la dari dia separuh bogel didalam rumah.
"Ini kan baju favorite kau". Nampak sangat Arif ni tau semua baju yang aku ada. Dia menyarung baju sementara aku masuk ke dalam bilik mengganti baju lain. Arif cuba menbutangkan baju manakala aku di pintu bilik bila pintu rumah terbuka.
Joy dan Aedy di luar pintu. Aku dan Arif terkesima memandang mereka. Cara senyum Joy, aku dah dapat tangkap. Semacam je. Kononnya gotcha!
"Eh, kami ganggu you all ke? Sorry", ujar Aedy serba salah bila melihat aku dan Arif memandang mereka, seolah kami melakukan sesuatu yang mungkar sebelum pintu dibuka.
"Tu la. I dah kata balik rumah you. You tetap nak balik sini", sampuk Joy memeluk pinggang Aedy, sepertinya berpaut kuat. Joy tak mampu berdiri sendiri. Sah minah ni minum tadi. Joy bukannya boleh minum sangat. Habis setengah tin dah longgar lutut, kalau habis satu tin semua dia ceritakan. Memang tak boleh simpan rahsia kat dia.
"Mana la I tau Arif kat sini. You pun tak tanya Nura tadi kan? I ni cuma kesian kat Nura tinggal sorang lelama. Dah la lagi tiga hari kita nak ke Bangkok", balas Aedy memapah Joy masuk.
"Eh, kami tak buat apa pun", ujarku memberitahu yang sebenarnya.
"Really?". Mata Joy mengerling pada baju yang tersarung di tubuh Arif. Aduh!!
"Aedy, you nak kopi?", soalku bila Aedy keluar dari bilik setelah membaringkan Joy di bilik.
"Boleh juga. Bro, main bola tak?", kata Aedy sudah berada di depan tv dan menukar setting tv. Aku nampak diambilnya PES 2010.
"Main je", balas Arif menyambut wireless controller dari Aedy.
"Jom. Lets begin". Dua dua lelaki itu duduk di atas sofa dengan kaki bersila menghadap permainan kegemaran ramai.
"Aedy.. you janji tadi", jerit Joy dari dalam bilik.
"Kejap la sayang. You mandi dulu bagi wangi wangi. Nanti i datang. I nak warm up ni", balas Aedy menjerit juga. Aku mengemas meja dan meninggalkan mug berisi kopi untuk Aedy dan Arif.
"Tapi dah lewat ni bro. Tak pe ke?", tanya Arif tiba tiba. Aku duduk di tempat meletak lengan di sofa sebelah Arif.
"Ok je. Orang sini tak kesah hal orang. Nak tidur sini pun boleh. Temankan Nura. Lagipun hujan kat luar tu. Kau nak balik camne. Kita bersukan dulu", jawab Aedy, matanya fokus pada tv.
Merah padam muka aku mendengar jawapan Aedy, Arif mengangkat kening padaku. Aku siat jugak mulut Si Aedy ni kang. Main sedap je suruh Arif temankan aku tidur.
"Boss nak tidur sini ke?", tanyaku serba salah. Yelah, nak suruh balik hujan pula. Memang dengar lebat hujan di luar tu. Malam ni la pula nak hujan. Selalunya tak pun. Panas lagi ada la. Sebijik macam drama melayu.
"Hujan berhenti kang aku balik la", jawab Arif.
"Saya nak masuk tidur ye. Kalau nak balik, bagitau Aedy", nyataku padanya dan berjalan ke bilik.
"Ok. Good night sweetie".
Sweetie?? Aku berpusing, Arif menghadiahkan senyuman dan mengenyit mata. Dah la baju tak berbutang.
Arif oiiii...jangan la buat aku macam ni. Aku sedang mencair di kala hujan lebat di luar sana. Walaupun sejuk cuaca, tubuh aku panas. Jangan buat aku tersuka kat kau boleh tak? Jangan buat aku yang goda kau malam ni. Tolong la!
Share this novel
eh eh eh ariff ni...
ohhh... bang chick a.k.a arif fahmi ni.. rupanya sepupu nura.. dah terpisah yer nura dgn bang chick. nanti kita tunggu pinangan ariff utk gadis idaman nya dari dulu.