Mereka sampai di bangunan tinggi yang menjulang itu.
"wah tingginya kan bangunan ni..." dia memusing badannya melihat sekeliling.
Dan matanya memandang lurus ke arah jalan.
"Andi itu kan hotel arwah papa tau" dia menunjukkan jarinya ke arah sana.
Tapi kini dia tidak tahu siapa yang mengambil alih perniagaan arwah orang tuanya.
Andi hanya mengangguk dan diam.
"jom Puan",
Nia hanya membuntuti Andi.
"tuan Andi,boleh saya bantu?" sapa penyambut tetamu yang berada di situ.
"boleh saya jumpa Tan Sri?"
"sebentar" perempuan itu memandang ke arah Nia dan Nia hanya melirik senyum.
"kak katakan Nia Calissa ingin berjumpa" ujar Nia bila perempuan itu menatapnya mungkin ingin bertanya siapa.
Nia hanya tersenyum biar saja jadi sebuah pertanyaan tanpa jawapan,tiada siapa tahu status dia.
"ini bukannya anak Datuk Nazrin?"satu suara menyapanya .
Nia dan Andi menoleh bersama.
"iya...ini..." Nia cuba mengamati dan mengecam figura di depannya.
"uncle Zam..kan?" soal Nia .
Lelaki dewasa itu mengangguk mengiyakan pertanyaan Nia.
"sudah besar ya kamu...sudah enam tahun rasanya uncle tak jumpa kamu tapi Alhamdulillah masih mengecam lagi..cuma kamu tumbuh begitu besar ya sekarang,bertambah cantik"
Azam merupakan rakan rapat arwah papanya dulu ,dia merupakan jiran tetangga Nia dan keluarga nya.
Tetapi Azam sudah berpindah sejak enam tahun yang lalu kerana urusan perniagaan.
"saya masih cam uncle sebab tahi lalat tu",Nia menunjukkan ke arah muka Azam dan tergelak.
" hahah ternyata kamu masih nakal seperti dulu ya" Azam turut tergelak melihat gelagat nakal Nia yang tidak pernah berubah.
" maaf uncle,saya macam ni kan dari dulu.."
" masih tinggal kat sana lagi keluarga nya?"
"tak uncle kitaorang dah pindah lepas uncle pindah..hihi tak best sebab keluarga uncle tak ada" ujarnya sambil gelak.
"ada ada aja kamu" Azam juga turut tergelak.
"oh ya uncle,Zakiah ada mana sekarang ? lama tak jumpa dengan dia " Zakiah adalah anak sulung Azam yang sebaya dengannya.
"dia melanjutkan pengajian ke Jordan sekarang ni"
"ooo....tercapai juga impian dia ya uncle nak jadi ustazah..."
"alhamdulillah,berkat doa dan usaha"
"Nia sendiri buat apa ya?"
"saya pun masih belajar uncle tapi kat sini aja,biasalah anak orang bisnes kan..ambil bidang bisnes lah"
Azam mengangguk angguk faham.
"papanya gimana? sihat ?"
" papa dah dua bulan yang lalu meninggalkan Nia...dia dah pergi bersama buah hatinya ke negara abadi" jawab Nia tapi masih dalam nada bergurau.
Azam yang mendengarnya kehairanan tidak tertangkap sama ucapan Nia tadi.
"dah meninggallah...uncle.."
"oh..maafkan Uncle sebab memang tak tahu"
"tak apalah...mungkin uncle tak baca berita kan..its ok" jawab Nia,dengan senyuman.
"iya..ya..."
Itulah dia tidak pernah nak mempamerkan kesedihan depan sesiapa pun dia tetap ceria dan tenang.
Andi hanya mendengar dan memerhati perbualan mereka.
"baiklah uncle saya pergi dulu ya...nanti kalau ada masa kita ke temu lagi", ujarnya memohon diri untuk pergi.
"iya...nanti jumpa lagi" Nia dan Andi berlalu pergi.
Azam merupakan warga negara Indonesia yang berkahwin dengan warga Malaysia.
Merupakan jiran tetangga keluarga Datuk Nazrin ketika dulu dan Nia pernah menjadi sahabat kepada anaknya yang bernama Zakiah.
Selepas enam tahun baru hari ini mereka bertemu kembali.
Sampai di pejabat Tan Sri Darwin yang berada di tingkat paling atas itu terus mereka melangkah masuk .
'"kenapa ya selalunya bos suka cari bilik yang berada di tingkat paling tinggi sekali ya Andi", ujarnya .
"kalau ada kecemasan kan susah nak selamatkan diri" dia terus mengomel sendiri.
Andi hanya mendiamkan diri,dia tahu isteri tuannya itu pasti akan menanyakan macam macam soalan.
"Andi..kenapa tuan mu tidak suka kalau saya ke pejabatnya? atau kekasihnya ada di sana?" dia terus bertanya dan tiada jawapan dari Andi.
"Andi bukan ker pejabat abang dan papa bersebelahan ,kalau saya datang jumpa papa maksudnya saya pun mesti boleh ke pejabat dia kan?" Andi tetap berdiam.
Bukk!!
dia menumbuk lengan Andi yang masih berdiri menunggu pintu lift terbuka.
Andi menahan sakit.
'kau ni manusia ker robot hah,seribu patah saya tanya satu jawapan pun tidak kau berikan,apa jawapan pun kena minta dengan tuanmu?!! dia memalingkan muka dan mendakap tangan ke dadanya berang dengan perangai orang kanan suaminya itu.
"kamu sama tuan mu sama aja,menyebalkan,dingin..kan bagus kalau korang jer kahwin..memang sesuai"
"tapi kami sama sama lelaki puan" jawab Andi.
"emm....tahu pula kau jawab " Nia mendiamkan diri sampai pintu lift terbuka.
ting!
Nia membulatkan mata apabila pintu lift terbuka.
Andi turut terkaku tanpa kata.
Sepasang kekasih yang seolah tiada malunya sedang berpelukan dan seolah ingin berciuman.
"oooo...patutlah tak bagi aku datang,rupanya sedang berasmara kat sini", gumamnya sendiri.
Andi memandang ke arah Nia yang masih terkaku itu dan matanya,sedang menatap terus ke arah pasangan itu tidak lain ialah Tuan Darin Ashraff sedang merangkul pinggang Syakila.
"Calis..", ujar Darin terkejut bila melihat isterinya itu berada di depannya.
"saya datang jumpa papa,don't worry...saya buta tak nampak apa yang berlaku" ujar Nia dan berlalu pergi.
Nia berlalu cepat meninggalkan mereka dan segera Andi mengikuti dari belakang.
Nia menarik nafas panjang menahan sebak di dalam dada.
"kak..papa ada?", tanya nya pada setiausaha yang sudah mengenalinya.
"sebentar ya Cik Nia"
Dia berdiri kaku dan tidak menoleh ke arah Andi yang berdiri di sebelahnya dengan muka yang agak ketakutan itu.
Andi tahu puan mudanya dalam keadaan marah.
"cik Nia,Tan Sri panggil masuk"
"terima kasih kak"
Terus dia berlalu masuk ke dalam dan diikuti dengan Andi.
"nanti!! Andi berhenti melangkah.
"maaf saya tak perlukan kamu,biar saya sendiri" segera pintu di tutup dan Andi hanya berdiri kaku dan mengalah untuk menunggu di luar.
"assalamu'alaikum pa", segera dia menyalami bapa mertuanya itu.
"waalaikumussalam"
Nia duduk di sofa.
"maaf ya pa,sebab ganggu pa di sini"
"tak ganggu pun..mesyuarat pun dah habis...ni dari mana?",soal Tan Sri tahu yang menantunya itu seolah sembunyi kan sesuatu.
"kejam kan anak papa,dia halang Calis ke kuliah hari ini,tapi dia tinggalkan Calis dan Andi dengan anak anak yatim" Nia mencebik kesal dengan sikap suaminya itu.
"Calis ingat dia nak temankan jalan jalan..." Nia terus meluahkan dan seperti biasa lelaki tua itu mendengarnya penuh minat.
"ni kes marah dan merajuk lah ya..patut datang mengadu kat papa", Tan Sri mengusap lembut kepala menantunya itu yang dianggap macam anaknya sendiri.
"bukan mengadu..cuma meluah...kan baik kalau mama dan papa Calis ada...mesti nasib Calis tak macam gini", ucapnya sayu dan masih menahan airmatanya dari terus gugur,dia tidak sedih ditinggalkan di rumah anak yatim kerana dia suka,tetapi dia kesal bila lihat kemesraan antara suaminya dengan perempuan lain.
"tak baik Nia cakap macam tu,Allah dah tentukan nasib kita ,jadi doakan yang baik baik ya,sedekah kan Alfatihah buat mereka,papa tahu Nia anak yang baik"
"eh..papa,dah lewat ni,Calis balik dulu ya"
Tan Sri Darwin mengernyit mata hairan kesedihan yang terpapar jelas tadi di wajah menantunya itu tiba tiba kembali ceria.
Dia menggelengkan kepala,melihat gelagat gadis nakal itu.
Sejak dia mengenali Nia daripada usia anak gadis itu berusia enam belas tahun semasa mereka berpindah ke sini bersama keluarganya gadis itu sememangnya seorang yang lincah dan periang.
Mereka sudah lama saling mengenali ,ketika itu Darin Ashraff melanjutkan pelajaran ke luar negara jadi mereka tidak saling mengenali
Berbeza dengan keluarga Nia yang selalu berkunjung ke rumahnya dan kebetulan Datuk Nazrin adalah bisnes partner nya yang telah bertahun membangun perniagaan hotel bersama.
Selain itu Datuk Nazrin juga merupakan pemilik beberapa restoran mewah di ibu kota yang kini di mengamanahkan kepada Tan Sri Darwin sebelum usia Nia berusia 21 tahun
Dia memegang amanah itu sesuai dengan keadaan akan dia serahkan kepada pemilik asalnya bila tiba waktu dan tika
"pa...pa" lamunan Tan Sri terhenti bila lengannyanya digoncang kuat oleh Nia yang juga sedang tergelak.
"emmm...kenakan papa ya",
"pa..tadi mama call nak jumpa Calis kat salon...bye pa,Calis pergi dulu" dia hanya mengangguk dan melihat menantunya itu berlalu pergi.
"semoga kau peroleh kebahagiaan Nia,papa akan doakan kau sentiasa bahagia dan jodoh dengan anakku berkekalan" itulah doanya untuk mereka berdua.
Share this novel