Bab 35

Vampire Series 4523

Wajah yang lagi lena itu ditatap dalam . Dari siang hingga ke malam dia menatap wajah itu tanpa jemu . Jari jemarinya digenggam erat .
Macam mana gadis itu boleh cedera pun dia tidak tau . Dia mengeluh kecil

“ Aku minta maaf . ” kata Cleo cukup perlahan . Maaf kerana tidak dapat melindungi kau .
Terasa dirinya amat tidak berguna . Kenapa susah sangat dia nak melindungi gadis itu ?

Sekejap itu juga perbualan Uncle Federico dan Aunty Bethany menerpa ke pendengarannya .

~~~~

“ Saya rasa mereka kena pulang ke dunia mereka . ” kata Uncle Federico . Sesekali matanya memandang sekilas bilik tidur Emelyn .

“ Kenapa ? ” soal Aunty Bethany agak terkejut . Cepatnya mereka nak balik . Jujur dia tidak mahu melepaskan gadis itu . Gadis itu sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri .

“ Kenapa ? Awak tak nampak ke betapa bahayanya mereka duduk di dunia ni ? Awak tak nampak kesan luka dekat badan dia ? ” kata Uncle Federico keras . Ya.. dia pun tidak ingin melepaskan gadis itu . Namun terpaksa . Untuk kebaikan Emelyn dan adiknya .

“ Awak tak nampak betapa bahayanya Cleo tadi ? ” sambungnya lagi . Wajahnya tertunduk . Keluhan berat dilepaskan .
Masih terbayang lagi betapa liarnya Cleo sebentar tadi . Kalau saja mereka tidak menahan Cleo dari hilang kawalan , pasti gadis itu sudah tiada .
Sikit saja lagi gigi taring Cleo dibenam ke belakang Emelyn . Nasib baik Carl sempat menahan adiknya itu .
Aunty Bethany turut mengeluh lalu menggeleng perlahan . Tidak ada pilihan lagi . Mereka terpaksa melepaskan Emelyn untuk pulang ke dunia sebenar mereka .

“ Kalau macam tu baiklah.. ”

~~~~

Cleo meraup kasar wajahnya . Matanya terpejam rapat . Cepatnya masa berlalu . Tidak sangka mereka akan pulang ke dunia mereka nanti .
Belum sempat pun dia ungkapkan kata kata cintanya kepada gadis itu hoho ! Sedihnya !
Kenapa perlu jadi macam ni ? Tak boleh ke kalau gadis ni sentiasa berada di sisinya ? Kenapa mesti dia kehilangan gadis ni ? Kenapa ?
Fikirannya bercelaru .

Kalau dia tinggal disini , silap silap dia boleh terbunuh . Dan aku akan kehilangan dia untuk kali kedua . Namun kalau dia balik ke dunia asalnya , aku tetap akan kehilangan dia .
Keluhan berat dilepaskan .
Biarlah.. Asalkan dia selamat dan mampu untuk bernafas lagi , aku rela..
Aku tak nak sakiti dia lagi .

Lamunannya terganggu apabila Emelyn mula mengerakkan jari jemarinya .
Perlahan lahan matanya yang terpejam dibuka . Penglihatannya samar samar . Terasa seperti baru bangun dari tidur yang panjang .
Apabila penglihatannya sudah jelas , wajah tampan Cleo menghiasi seluruh pandangan matanya .

“ Awak buat apa dekat sini ? ” soal Emelyn seraya bangun dari perbaringannya . Wuish ! Asal menyengat betul rasa belakang aku ni ?
Berkerut dahinya menahan sakit yang menjalar di belakangnya . Dah apa yang kau buat dekat belakang aku ni Cealyn oi !

“ Awak janganlah bangun dulu . ” kata Cleo perlahan sambil menahan tubuh Emelyn dari duduk .

Terkebil kebil Emelyn memandang wajah Cleo yang dekat dengan wajahnya .
Eh.. Aku salah dengar ke ? Atau aku masih lagi bermimpi ni ?

“ Kenapa ? Belakang awak masih sakit ke ? ” soal Cleo apabila menyedari gadis itu diam tidak berkutik langsung .
Masih sakit ? Yes of course ! Aku baru habis berperang ke apa ni sampai rasa nak patah saja segala tulang belakang ni .
Ah tak kisahlah ! Yang jadi persoalan sekarang ni.. Asal lembut semacam saja percakapan Cleo sekarang ? Ke dia ingat Cealyn masih kawal tubuh badan aku ?
“ Cleo.. Saya Emelyn tau . Bukan Cealyn . ” kata Emelyn sambil mendekatkan lagi wajahnya . Kot kot kena sampuk ke apa Vampire ni .
Cleo ketawa kecil lalu menolak lembut dahi gadis itu . Dah kenapa dengan dia ni ? Bangun bangun saja terus cakap macam tu .

“ Saya tau lah awak ni Emelyn . Sejak bila pula awak jadi Cealyn ? ” soal Cleo lembut .

“ Habis kenapa awak lembut sangat ni ? ” soal Emelyn semula . Seram sejuk pula dia dengan perangai Cleo .

“ Saya berlembut bila saya dah mula sayang . ” jawab Cleo sambil menongkatkan kedua pipinya .

Mata Emelyn yang sudah sedia bulat bertambah bulat bila mendengar kata kata Cleo . Nasib tak terkeluar biji mata dia .
What ?! Ini yang susah nak dipercayai ni ! Jangan mempermainkan hati seorang gadis ye wak !

“ Awak.. ” jari telunjuknya dihalakan ke wajah Cleo .

“ Sayang saya ? ” jarinya dihalakan ke wajahnya sendiri .
Berdegup kencang hatinya menunggu jawapan dari insan tersayang gitu . Begini rupanya perasaan bila crush suka kita balik..
Tapi ini hanya novel semata mata HOHOHO !

Lama Cleo memandang wajah di hadapannya itu . Akalnya masih memikirkan persoalan yang baru saja diajukan oleh Emelyn .
Aku sayang dia ? Hmm...

“ Ya . Saya sangat sayangkan awak . ” kata Cleo yakin dengan kata hatinya .

Oh My Vampire ! Kedua tangannya ditekapkan tepat di dadanya .
Mana tahu hatinya dah terjatuh . Terjatuh pergi mana ? Terjatuh pergi tangan jebon seorang ni . Ehem.. Sebenarnya dah lama pun jatuh dekat tangan dia hehe .
Senyuman lebar diukir . Nasib tak pengsan balik . Mana taknya . Bangun bangun saja terus dapat panahan cinta dari si dia .

“ Saya pun sayang awak . ” kata Emelyn dengan semangatnya lagi mengukir bentuk love menggunakan kedua tangannya .
Wahai hati . Janganlah berharap sangat . Wajarlah tu kan nak sayang orang ? Dia baru sayang hokey . Bukan cinta . Hm .

“ Awak pergi mana tadi ? ” soal Cleo . Wajahnya turut berubah serius .
Waduh ! Soalan jenis KBAT pula dia tanya ni .

“ Arh.. Erh.. saya pergi mandi dulu . ” laju saja alasan diberikan . Yalah.. Takkan nak cakap yang Cealyn kawal aku tadi ?

Baru saja Cleo ingin bersuara , Emelyn terlebih dahulu memecut laju masuk ke dalam bilik air .
Cleo tersenyum lalu menggeleng perlahan . Kau nak lari dari aku ? Takpa . Nanti aku tanya balik .

Luka yang berada di belakangnya ditatap sekilas melalui pantulan cermin . Patutlah sakit semacam saja . Rupanya kena cakar .
Emelyn merengus geram . Belum pernah lagi tau aku luka sebanyak ni ! Paling paling pun luka sebab jatuh masa main dulu .
Lama dia menatap wajahnya di hadapan cermin . Sekejap itu juga segala memori pahit terlintas di dalam fikirannya .
Memori dimana kedua orang tuanya dibunuh oleh Demon . Ditambah lagi dengan memori Cealyn yang turut kehilangan kedua ibu dan ayahnya .
Ya dia tahu bahawa ibu dan ayahnya mati disebabkan hilang kawalan . Tapi takkan manusia tu yang cederakan diri sendiri ? Gila ke apa ?
Jadi kematian kedua orang tuanya dikategorikan sebagai dibunuh . Tapi siapa ? Apa salah kedua orang tuanya sampai dibunuh .
Disebabkan pembunuh tu.. dia hidup sebatang kara . Dan disebabkan pembunuh itulah.. dia kehilangan ahli keluarganya !

Kedua tangannya mencengkam kuat sinki di dalam bilik air itu . Naik turun nafasnya menahan kemarahan yang tiba tiba memuncak .
Memori pahit yang bermain di minda mulai menghadirkan perasaan dendam di dalam hatinya . Separuh mati dia cuba menepis perasaan itu . Namun payah..
Wajahnya yang tertunduk diangkat memandang cermin . Mahu saja dia menjerit di dalam bilik air itu . Sakit ui bila berlawan dengan hati sendiri .
Balas dendam ? Itu yang dia inginkan ! Setelah apa yang pembunuh tu buat ! Mana mungkin dia lepaskan pembunuh itu !

Entah jin mana yang merasuki dirinya ketika itu . Segala memori pahit yang bermain di mindanya membuatkan perasaan dendam semakin menjadi jadi .
Serentak mata kirinya bertukar menjadi merah pekat . Aku tak akan lepaskan kau !

“ Kak Lyn ! Cepatlah ! ” jerit Emelya dari luar pintu bilik air . Lama betul kakaknya mandi . Rasa macam berabad abad dah dia menunggu di sini .

Jeritan Emelya menyedarkan dia dari terus hanyut ke dalam perasaan dendam .
Terkejut dia memandang mata kirinya bertukar warna . Setapak demi setapak dia berundur . Tangan kirinya menutup mata yang semakin merah .
Apa yang jadi dekat aku ? Aku manusia kan ?

Tangan kanannya mencengkam kuat rambutnya . Manakala tangan kirinya menutup matanya yang semakin merah .
Kenapa ni..

Tiba tiba perbuatannya terhenti . Dia memandang dirinya dari pantulan cermin .

“ Aku nak tengok sejauh mana kau cuba untuk dekati aku . ” gumamnya seorang diri . Tangannya diturunkan . Matanya yang semakin merah dibiarkan . Senyuman kecilnya diukir .
Kalau ini yang kau inginkan , baiklah.. Aku akan tunjukkan macam mana nak membunuh !

••••

Kukunya yang tajam ditatap dalam . Inilah senjatanya untuk membunuh gadis itu nanti . Senyuman sinis terukir .

“ PENGECUT ! ”

Tiba tiba saja jeritan ini terngiang di pendengarannya . Berani betul gadis tu menggelarnya pengecut .
Bukan itu saja , dari tadi dia turut merasakan aura yang aneh dari gadis itu . Seolah olah yang dicakarnya tadi bukan seorang manusia .
Sepasang mata yang terlukis sebuah dendam oleh gadis itu juga jelas dipandangannya . Itu bukan mata Cealyn ke ?

Ya dia masih ingat bagaimana bentuk mata Cealyn bila berdendam . Mata manusia itu sama persis dengan mata Cealyn sewaktu dia membunuh kedua orang tua gadis itu .
Cakap pasal ibu dan ayah Cealyn..

Heh.. Terasa diri amat bahagia bila melihat Cealyn hidup sebatang kara . Paling bahagia lagi bila sepasang suami isteri itu mati di depan anak perempuannya .
Dia mula ketawa lantang memenuhi rumah yang sudah usang dan reput itu .
Aku suka tengok kau menderita Cealyn . Aku bahagia bila nampak air mata kau mengalir . Bahagia sangat sangat .
Lepas ni aku akan buat kau lagi menderita . Kau tunggu !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience