Chapter 43

Drama Series 633633

“Cha. Ok tak ni?” suara Zarik menarik Hana Aishah kembali ke realiti.

Hana Aishah yang ralit melihat Sakinah dan Fakhrul melayan Adam yang sibuk mahu mendaki gelongsor. Bukan mahu bermain seperti biasa , anaknya sedang cuba melawan arus. Jadi Sakinah menanti di hujung gelongsor manakala Fakhrul pula sedang mengawal daripada tepi supaya anaknya tidak jatuh tergolek.

Pagi – pagi lagi Hana Aishah sudah memulakan harinya. Malam tadi matanya tidak mahu lelap sehingga ke pagi. Kepalanya pusing memikirkan segala emosi yang bercampur baur ini. Tubuhnya sentiasa bertindak bertentangan dengan emosinya.

Semakin lama dia di rumah mertuanya , semakin sesak dadanya terasa. Jadi sewaktu Fakhrul pulang daripada solat subuh , Hana Aishah sudah menanti dia pintu masuk rumah agam Tan Sri Fadhil. Tiada bicara yang perlu Hana Aishah utarakan , Fakhrul terus mengambil Adam yang sedang dikendong Hana Aishah sebelum tangan Hana Aishah dipaut.

Fakhrul memandu kenderaan pergi menuju ke mana dia pun tidak tahu tetapi semakin jauh Hana Aishah daripada rumah itu semakin mindanya kosong. Hatinya masih sesak tetapi tidak terlalu sesak seperti sewaktu dia berada di rumah mertuanya.

Saat kereta BWM hadiah pemberian Fakhrul untuknya diparking di hadapan pintu pagar rumah Sakinah, segala sakitnya pergi. Seperti air hujan yang mengalir membawa pergi segala kekotoran di bumi, seperti itu pelukan Sakinah yang erat menghalau segala kekusutan di mindanya.

Sakinah dengan muka baru bangun tidur itu hanya pergi menukar baju sebelum dia menaiki kereta BMW berwarna coklat. Hana Aishah membaringkan kepalanya di paha Sakinah.

Matanya yang tidak mahu lelap semenjak semalam terus tertutup saat kepalanya mendarat di paha Sakinah. Pegangan erat tangan kiri Sakinah di tangannya dan usapan lembut Sakinah di kepalanya membawa dia ke alam di mana dia dapat melarikan diri daripada pergelutan emosinya.

Sewaktu dia terjaga , hanya ada dia dan Sakinah di dalam kereta. Dengkuran Sakinah mengejut tidur Hana Aishah. Rindunya dengan dengkuran Wanita itu , Tuhan sahaja yang tahu.

Entah bila mereka sampai di situ, tetapi Hana Aishah yakin Sakinah menyuruh Fakhrul membawa mereka ke situ. Tasik yang menjadi tempat dia sentiasa melarikan diri sewaktu dia tertekan dengan kehidupannya sewaktu zaman persekolahannya.

Setiap kali Kapten Azam pergi menyertai misi yang selalunya memakan masa berbulan – bulan , Hana Aishah terasa seperti dia dipaksa menjadi ketua keluarga itu. Teacher Basirah akan berubah sekiranya bapanya tiada. Amarah ibunya seperti berganda sehinggakan tiada satu kesalahan pun mereka adik beradik boleh lakukan.

Mahu marahkan ibunya Hana Aishah tidak sampai hati kerana dia tahu Teacher Basirah rindukan Kapten Azam dan menguruskan empat orang anak yang pelbagai ragam bukan mudah. Jadi Hana Aishah lah yang perlu menjadi pengantara antara ibunya dan adik beradiknya yang hanya memikirkan perasaan remaja mereka.

Terkadang dia rasa dia dipaksa matang terlalu awal. Adik beradiknya dapat merasai zaman remaja mereka manakala dia pula perlu menguruskan rumah bersama ibunya. Satu – satunya tempat yang dia mampu mendapat ketenangan adalah geng sekolahnya.

Di situ untuk seketika dia tidak perlu kisah akan perasaan sesiapa. Hana Aishah bebas menjadi dirinya. Sakinah tahu segala pergelutannya kerana itu setiap kali Kapten Azam mengikuti misi , Sakinah lah yang akan datang membawa lari ke sini.

Tiada bicara yang perlu Hana Aishah berikan. Sakinah itu lebih mengenali isi hatinya kalau hendak dibandingkan dengan saudara sedarahnya. Sekilas pandang sahaja Sakinah sudah mengetahui apa yang dia perlukan. Lama Hana Aishah baring memeluk Sakinah sebelum mereka berangkat keluar daripada kereta itu.

Tadi sewaktu Sakinah membawa dia ke taman permainan , suara Adam bergema di taman yang sunyi itu. Hari berkerja seperti itu memang kosonglah taman itu. Suka betul anaknya pagi itu kerana dilayan Zarik dan Fakhrul di buaian.

Melihat Zarik dalam pakaian formal meyakinkan Hana Aishah sama ada Sakinah atau Fakhrul memanggil Zarik untuk ke taman itu. Tetapi hari ini biarlah dia pentingkan dirinya. Dia perlukan mereka berdua.

“Aek. Kau sayang aku tak?” tanpa perlu menanti sesaat Zarik menganggukkan kepalanya laju. Bibir lelaki itu senyap tetapi wajah itu tanpa secalit kepalsuan meyakinkan dia dengan perasaan Zarik terhadapnya.

“Bodohkan aku still nak stay dengan dia” Hana Aishah tertawa hambar saat kata – kata itu akhirnya terluah di bibirnya.

“Bodoh tak bodoh la” wajah serius Zarik membuatkan tawa Hana Aishah pecah. Kelakar betul muka Zarik waktu itu.

“Eh gelak pulak dia” Zarik menarik muka masam melihat Hana Aishah yang menertawakannya.

“Alorh majuk dah dia. Majuk majuk” Hana Aishah mengejek dalam pujukannya.

“Nasib baik aku rindu tengok kau gelak , kalau tak memang dah aku sekeh kepala kau Cha” Zarik membalas sekaligus mematikan tawa Hana Aishah. Zarik mengeluh nafas berat melihat Hana Aishah.

“Kau la yang paling pandai among geng kita. Kalau kau bodoh , aku ni memang tak dapat nak cakap level IQ” Zarik memulakan bicaranya dengan lawak jenaka tetapi saat itu dia dapat melihat wajah sahabatnya. Arif sangat dia dengan perangai Hana Aishah yang satu ini.

“Kenapa sebenarnya Cha. Aku tahu this is not about Adam. This is not about Fakhrul. You are fighting with something inside of you” Hana Aishah melarikan wajahnya dan saat itu Zarik tahu sangkaannya tepat sama sekali.

“Cha. Cerita lah. Berapa lama kau nak pendam. Kau tak penat ke asyik fikir pasal semua orang. Kau tak penat ke jaga semua orang. Dari dulu Cha” Zarik dapat melihat butiran air mata Hana Aishah yang mulai gugur. Jauh pandangan sahabat baiknya itu melihat tasik yang terbantang luas.

“Aku bukan kenal kau setahun dua. We`ve known each other dari darjah satu. Waktu hingus kau meleleh dengan serkup yang menutupi tiga per empat muka and kau still balik minum susu botol dekat rumah” tergelak Hana Aishah mendengar kata – kata Zarik.

“Aku yang tengok ni pun penat tau. Mula kau jaga family kau everytime Kapten went on a mission , lepas tu kau jaga pulak Teacher and Kapten bila adik beradik kau mula buat perangai , lepas tu kau kawin dengan mamat tu sebab Achik … kalau tak cukup aku boleh list lagi” Zarik meluahkan kegeramannya.

“Kau tak nak bagi tahu aku tak apa but at least talk to Kina ke Mas ke Abu ke ahhh siapa siapa lah. Janji kau cakap. Kau pendam macam ni tak healthy” Zarik memujuk lagi.

Hana Aishah diam membisu. Setiap bicara Zarik masuk ke dalam mindanya. Dia memproses segala bicara Zarik. Penat. Siapa tidak penat. Tetapi macam mana untuk berhenti.

“I don’t know how to put myself first anymore” akhirnya terluah bicara itu daripada bibir Hana Aishah. Bergetar bibir dia saat meluahkan rasa. Zarik terdiam melihat Hana Aishah.

“Tak berbaloi pun kau korban semua bahagia dan perasaan kau untuk orang lain. Kau ingat family kau dengan orang yang sayang kau happy ke tengok kau sengsara macam ni” suara Zarik bertukar sebak saat itu.

Zarik dapat melihat kesakitan sahabatnya. Sesak di dada Hana Aishah jelas kelihatan dalam setiap helaan nafas Wanita itu. Beberapa minit berlalu sebelum Hana Aishah merenungnya. Sepasang anak mata coklat itu membawa seribu kesakitan dan kebingungan.

“Sekali ni je. Don’t even think about Adam. Kau fikir apa yang kau nak. Just today, be selfish” Zarik menyusun kata – katanya penuh hati – hati.
****************************************************************

“Tadi Kina told me the wedding will be held in another 3 months. Kalau sayang nak spend time plan the wedding with her, abang boleh jaga Adam” Fakhrul memecah kesunyian yang menyelubungi kereta itu.

Hana Aishah yang semenjak tadi termenung melihat pemandangan luar itu hanya diam membisu. Selepas mereka makan tengah hari tadi, Sakinah meminta diri bersama Zarik dan meninggalkan mereka tiga beranak. Fakhrul berterima kasih kerana dia mahu berbincang dengan Hana Aishah tentang hala tuju perkahwinan mereka.

Mata Fakhrul sempat melirik ke cermin belakang melihat Adam yang sedang tidur nyenyak di dalam kerusi bayinya. Anaknya sedang tidur lena selepas kekenyangan.

Puas hati Fakhrul melihat Adam yang berselera menjamah nasi ayam di warung yang mereka singgah tadi. Warung nasi ayam kegemaran Hana Aishah dan Sakinah tetapi isterinya hanya menjamah sedikit sahaja.

Perhatiannya kembali beralih ke arah Hana Aishah. Fakhrul tidak penat melayan emosi isterinya yang seperti air pasang surut itu kerana dia tahu apa yang dia lihat hanyalah sebahagian daripada kesakitan yang sedang Hana Aishah lalui. Dan puncanya adalah dia.

“Sayang. You want to share anything with me? You don’t look …” sebelum sempat Fakhrul menghabiskan ayatnya , Hana Aishah laju memotong

“Let`s go somewhere” suara tenang Hana Aishah meminta. Fakhrul terdiam sejenak. Cuba menafsirkan apa yang cuba disampai Hana Aishah.

“Sayang nak pergi mana?” Fakhrul bertanya. Tangan kiri Fakhrul mencapai tangan kanan Hana Aishah. Hana Aishah masih merenung ke luar tingkap melihat bangunan pencakar langit yang sedang mereka lintasi.

“Anywhere” Hana Aishah membalas. Wajahnya dipalingkan merenung ke arah Fakhrul dan membuatkan hati Fakhrul dicengkam rasa bersalah. Rasa yang tidak pernah hilang semenjak hari pertama Hana Aishah meninggalkan dia.

“Far away” suara Hana Aishah bergetar saat dia meminta.

Fakhrul membalas pandangan Hana Aishah sebelum dia mengangguk perlahan. Wajah isterinya kelihatan bingung saat itu. Anak mata coklat itu kelihatan tidak puas seperti mencari sesuatu untuk sekian lamanya tetapi tidak dijumpai.

Fakhrul memandu pergi. Bibirnya diam membisu tetapi tangan Hana Aishah yang berada di dalam genggamannya diletakkan di atas paha Fakhrul. Kesunyian yang selalu menemani Fakhrul selama empat tahun ini tidak lagi menyakitkan dia.

Hana Aishah dan Adam ada menemaninya tetapi mengapa dia rasa lagi terseksa melihat isterinya. Hana Aishah seperti sedang menyiksanya dirinya sendiri dan Fakhrul tidak mampu berbuat apa – apa.
***************************************************

Hana Aishah terjaga saat dia dapat merasai sinaran mentari yang menyilaukan pandangannya. Tubuhnya terasa berat tetapi segar seperti segala rehat yang selama ini tubuhnya pinta akhirnya telah dilunaskan. Matanya berkelip kelip melihat punca dia terjaga.

Disebalik langsir yang sedap bertiup dengan angin sepoi yang menampar wajahnya, cahaya oren sedang mencuri masuk. Cahaya oren yang menandakan malam yang bakal hadir.

Kali ini telinga Hana Aishah menangkap bunyi yang sebenarnya membuatkan tidurnya lena tanpa sebarang mimpi. Hana Aishah tidak mempunyai memori buruk kali ini apabila dia terjaga daripada tidurnya. Tiada anak mata arwah Adam , tiada tangisan dia , tiada tengkingan Fakhrul , tiada cacian mereka.. ahh segalanya tiada.

Dengan satu tolakan selimut nipis yang menyelubungi tubuhnya dilontarkan ke lantai. Tubuhnya yang terdedah itu mengigil kesejukan bukan kerana penghawa dingin, tetapi kerana angin yang semenjak tadi menyamankan tubuh dia. Katil empuk itu berombak saat Hana Aishah menggulingkan badannya ke hujung katil.

Saat tubuhnya didudukkan Hana Aishah dapat merasai dunianya berpusing seperti selalu. Kepala berpusing beberapa saat sebelum rasa itu berangkat pergi beberapa saat kemudian. Kakinya yang terasa kejang itu direnggangkan seketika.

Dia merenung pahanya yang terdedah. Gaun coton yang nipis berwarna merah itu diperhatikannya. Entah milik siapa dia tidak tahu tetapi yang pastinya kulitnya terasa nyaman dia dalam persalinan itu.

Mata Hana Aishah mulai meliar melihat bilik asing itu. Bunyi yang kedengaran seperti deruan ombak itu mengiringi sesi jelajahan Hana Aishah. Bilik yang bertemakan bohemian itu membuatkan hatinya berentak irama lain. Hana Aishah sukakan rumah bertemakan warna – warna bumi.

Hana Aishah melepaskan nafas kelegaan saat kedua telapak kakinya yang tadi kebas dapat merasai kelembutan permaidani tebal berwarna krim itu. Gabungan warna kulit coklatnya dan permaidani berwarna susu itu mengingatkan dia tentang coklat Cadbury kegemarannya.

“Lapar” Hana Aishah mengomel sendiri sebelum tubuhnya naik berdiri. Beberapa renggangan dilakukan melegakan uratnya yang berbelit menghilangkan sisa – sisa kepenatan di tubuhnya.

Kakinya mulai melangkah mahu mencari makanan dan juga meneroka rumah idamannya itu. Saat dia menolak langsir yang berterbangan di pintu kamar itu , hatinya semakin terpaut pada rumah itu.

Bunyi deruan ombak yang semakin kuat seperti magnet menarik Hana Aishah keluar mencari pemandangan yang dia sudah dapat bayangkan di dalam mindanya. Kalau tadi hatinya sudah terpaut dengan seni bina rumah itu tetapi saat kakinya melangkah ke beranda rumah itu , Hana Aishah mahu terus tinggal di situ selamanya.

Pemandangan di hadapannya seperti syurga di atas muka bumi ini. Pantai yang luas terbentang dihiasi dengan cahaya oren yang terpancar daripada matahari yang hanya separuh sahaja kelihatan. Pasir putih yang bersih tanpa sebarang sampah kelihatan seperti salju di London.

”Mimi” suara Adam memanggil dan saat itu pemandangan di hadapannya menjadi sempurna. Adam sedang duduk berdiri sambil berpaut pada Fakhrul. Kedua – dua lelaki itu sedang memandang ke arah dia dengan senyuman lebar.

Hana Aishah melangkah dan dalam setiap langkahnya seperti segala keraguan dan kesulitan di dalam mindanya terbang pergi. Beban yang menjadi pengikut setianya selama ini hilang. Setiap kali dia cuba menggapai bahagia, bebanan itu akan menarik kembali dia kedalam lubang yang gelap. Lubang yang penuh dengan kesakitan dan penderitaan lepasnya.

Pasir lembut yang tidak panas seperti sangkaannya meninggalkan bekas telapak kakinya. Angin senja menyamankan tubuhnya yang hanya diliputi gaun berwarna merah. Saat dia sampai di sisi anak beranak yang sedang duduk merenungnya, bibir Hana Aishah mengukir satu senyuman.

“Hi sayang” Fakhrul menghulurkan tangannya yang berpasir dengan senyuman lebar.

Hana Aishah merenung ke arah Fakhrul yang hanya berseluar panjang itu tanpa baju itu. Adam pula sedang tersengih menunjukkan gigi putih yang tersusun cantik. Untuk saat itu dia teringat janjinya pada Fakhrul.

“Aishah nak bagi abang a family. Aishah tak nak abang sedih. Aishah tak nak abang lonely. Aishah nak abang rasa apa yang Aishah rasa growing up. Overwhelming loves that always surrounds me because you deserve that more than anyone. Imagining you with our little ones, teaching them about life and how to live…. I cant wait for that moment” mata Hana Aishah terasa panas saat kata – kata yang pernah dia ungkapkan itu kembali bermain di kotak ingatannya.

Tangannya dihulurkan menyambut tangan Fakhrul dan dengan sekali tarikan dia sudah jatuh ke dalam ribaan Fakhrul. Mata mereka bersabung dan saat itu segala cinta yang suaminya ada untuknya terpancar jelas.

“Did you have a good rest?” Fakhrul bertanya lembut sambil tangannya menyeka rambut Hana Aishah yang bertebar dibawa angin senja itu.

Hana Aishah mengangukkan kepalanya perlahan. Bibirnya terkunci saat itu. Asyik merenung ke dalam anak mata Fakhrul.

Empat tahun lamanya dia merindui renungan sepasang mata yang dahulu sentiasa merenungnya penuh cinta. Empat tahun dia mahukan Fakhrul yang selalu meyakinkan dia dengan renungan sebegitu bahwa mereka adalah jodoh yang sudah Tuhan takdirkan untuk satu sama lain.

“Good cause now its time to have fun” Hana Aishah terjerit saat tubuhnya dengan mudah diangkat Fakhrul dengan Adam yang bergayut di leher babahnya.

Hana Aishah terjerit saat tubuhnya mulai basah dengan air sejuk pantai itu. Perlahan – lahan tubuhnya direndamkan dan badannya mulai menyesuaikan diri dengan suhu air itu. Mata Hana Aishah masih lagi merenung wajah suaminya yang sedang tersenyum lebar. Hatinya berentak irama lain petang itu.

Petang itu tawa mereka bergema di pulau yang Hana Aishah tidak tahu namanya. Petang itu , dia tidak lagi mencuba menolak segala perasaan negatif yang mengasak mindanya. Rasa itu hilang dengan sendirinya.
*******************************************************************

“Isnt it cold out here sayang?” Fakhrul menegur Hana Aishah yang sedang bersantai sendirian di laman villa itu.

Permintaan Hana Aishah tengah hari tadi membuatkan Fakhrul menukar destinasi mereka. Awalnya dia menuju ke rumah bapanya di Bangsar tetapi melihat wajah isterinya yang kelihatan seperti hilang tanpa arah, dia terus mematikan segala barang komunikasi dengan dunia luar sebelum membawa isterinya ke situ.

Pulau di Selatan tanah air yang indah dalam kesunyiannya. Pulau persendirian yang Fakhrul yakin akan memberikan isterinya ketenangan yang di cari.

“Come here you beautiful queen?” Fakhrul melabuhkan punggungnya di sebelah Hana Aishah sebelum menarik isterinya ke dalam pelukannya dan sekaligus menyelimutkan mereka.

Suasana sunyi menyelubungi mereka saat itu. Deruan ombak tenang membuai pasangan itu. Adam sudah diuruskan Fakhrul awal tadi. Selepas mereka bermandi manda di tepian pantai yang jernih itu , mereka membersihkan diri sebelum Fakhrul mengimamkan solat mereka.

Adam yang penat bermain dan menjelajah sepanjang hari itu terlelap di dalam dakapan Hana Aishah selepas mereka selesai menunaikan solat maghrib dan isyak. Fakhrul membiarkan Hana Aishah membawa diri manakala dia menguruskan anaknya.

“Sayang tak makan lagi. I cook pasta for Adam dan you earlier. Abang suap ok?” Fakhrul melembutkan suaranya mahu memujuk Hana Aishah.

Wajah isterinya kelihatan seperti sedang berfikir dalam sambil merenung ke arah bulan purnama malam itu. Kata – katanya entah masuk atau tidak ke dalam telinga isterinya. Tetapi dia tidak boleh berputus asa sebegitu sahaja.

Fakhrul tahu punca Hana Aishah tidur nyenyak sampai tidak menyedari perkara yang berlaku di sekeliling isterinya. Sesampai mereka di situ, dia siap menukar pakaian isterinya tetapi lansung tidak menganggu lena isterinya.

Oleh itu dia tahu, Hana Aishah memang tidak akan menjamah apa – apa sekiranya dia tidak menyuap. Ubat yang menjadi jalan untuk isterinya tidur lena tetapi akan membuatkan nafsu makan dan mood isterinya menjadi tidak stabil.

“Sayang wait here. I`ll get the pasta for you ok sayang” Fakhrul merenggangkan pelukan mereka tetapi Hana Aishah yang tadi membelakanginya terus memalingkan tubuhnya ke arah Fakhrul sebelum memeluk erat tubuh Fakhrul.

Wajah isterinya dibenam ke dada Fakhrul yang terdedah manakala tangan sejuk itu memaut belakang tubuh Fakhrul. Nafas panjang isterinya menampar dadanya.

“Abang tahu sayang ambik ubat tu balik” suara Fakhrul berbisik lembut. Tangannya mengusap lembut ubun – ubun Hana Aishah. Bibirnya berzikir dalam senyap sebelum dikucup ubun – ubun isterinya lembut.

“Ya Allah kau lembutkan hati isteri aku Hana Aishah binti Azam , kau ampunkan segala dosa dia kerana salah aku tidak kuat mendidik isteri aku” doa yang tidak pernah putus dalam setiap solat Fakhrul.

Fakhrul diam membisu membiarkan Hana Aishah mencari ketenangannya. Fakhrul tahu emosi Hana Aishah sedang tidak stabil tetapi selagi Hana Aishah tidak mahu berkomunikasi dengannya selagi itu dia tidak jumpa jalan keluar untuk mereka.

“Kenapa muncung panjang sangat ni?” Fakhrul mengusik saat Hana Aishah mengangkat wajahnya merenung ke arah Fakhrul dengan wajah sedih.

“Aishah betray Adam ke kalau Aishah stay dengan abang?” Fakhrul terkedu saat mendengar pertanyaan Hana Aishah.

Hatinya seperti dicarik seribu dan tidak kiralah bagaimana dia mahu mencantumkan semula , perkara itu tidak akan dapat mengubat kesakitan yang sedang dirasainya. Pertanyaan Hana Aishah saat itu jujur tanpa sebarang maksud tersirat mahupun tersurat. Polos suara itu bertanya seperti anak kecil yang mahukan kepastian.

“Aishah stay with you. I stayed despite all the pain you were giving Adam and I lost Adam. Now I still choose to stay with you. Aishah betray Adam ke? Will Adam be mad at me? I failed Adam kan. Aishah…. Aishah…” kata – kata isterinya mati di situ. Kedua – dua belah mata isterinya dipejam rapat dengan rembesan air mata yang berjujuran.

“Aishah takut. Aishah takut Adam tak nak jumpa Aishah sebab Aishah tak boleh tinggalkan abang. I`m gonna choose you again despite everything that you`ve done. I don’t know how to erase my feeling for you” esakan Hana Aishah kedengaran. Jelas kebingungan isterinya saat itu.

“Kenapa Aishah tak boleh control my feeling? Kenapa when it comes to you everything just doesn’t make sense? Kenapa Aishah macam ni?” bertubi – tubi soalan itu di tanya Hana Aishah tetapi Fakhrul tidak mempunyai jawapan untuk persoalan isterinya itu.

“Please give me an answer. I cannot take it anymore. Aishah rasa macam nak mati. Like everyday I`m waking up and … and I have to battle this. Every single day. Sakit sangat abang… its so painful” Hana Aishah menyembamkan wajahnya ke dada Fakhrul untuk kesekian kalinya. Air mata isterinya membasahi dada Fakhrul.

Sakit itu bukan Hana Aishah sahaja sedang lalui. Sakit itu dia sedang lalui jua. Kerana hakikatnya sakit Hana Aishah , sakitlah Fakhrul. Ini yang sedang Hana Aishah lalui dan jalan penyelesaian yang isterinya ambil adalah dengan membawa dirinya pergi dengan mengambil pil penenang itu.

Fakhrul memejam matanya erat cuba mengurangkan kekusutan mindanya dengan bunyi deruan ombak yang sekarang sedang berselang seli dengan tangisan Hana Aishah.

Tangannya yang tadi berada di pinggang Hana Aishah diangkat naik meraup kedua – dua belah pipi isterinya. Wajah Hana Aishah yang tadi disembunyikan di dadanya diangkat supaya bertentangan dengan wajahnya.

Nafas Fakhrul menjadi tersekat kerana kerongkongnya terasa sempit. Kejelitaan Hana Aishah yang menambat hatinya semenjak kali pertama dia bertemu isterinya.

“Did you know I`ve fallen for you the first time our eyes met. This brown eyes that is so full of passion. Always ready to fight back me back” bibir Fakhrul bergetar saat dia membuka isi hatinya.

“This smart mouth that never fail to amaze me with so many beautiful curses that you`re always ready to fire my way” bibir Fakhrul turun mengucup bibir Hana Aishah. Lama dia biarkan di sana. Menyalurkan segala rasa cintanya kepada Hana Aishah.

“But beyond everything was the love that you have for me” saat itu air mata Fakhrul gugur.

“Till the day I die, abang tak mampu padam segala sakit yang abang bagi dekat sayang dan Adam. Selagi abang bernafas , abang akan bawak dosa abang dekat sayang dengan Adam” Fakhrul mengetap bibirnya menahan sebak saat dia menyambung bicaranya

“You don’t deserve this pain. Yang berdosa abang. Yang salah abang. You were and are a wonderful mother. I could not ask for a more perfect mother for our babies” Fakhrul tersenyum penuh keyakinan saat dia menutur kata – kata itu.

“You didn’t fail Adam. You didn’t hurt Adam. You… you didn’t… didn’t kill Adam” dada Fakhrul terasa sesak saat itu. Terasa seperti ada batu besar sedang menekan dadanya tetapi kata – kata ini perlu dia beritahu kepada Hana Aishah.

“Abang yang buat. Abang… abang yang buat” giliran Fakhrul memejam matanya rapat kerana kesakitan itu tidak terperi rasanya saat itu.

Fakhrul cuba mengumpul kekuatan yang masih bersisa kerana Hana Aishah tidak patut dihukum sebegitu. Yang salah dia, yang berdosa dia tetapi kenapa isterinya yang perlu hidup dengan menghukum dirinya sendiri.

Saat Fakhrul membuka kelopak matanya, Hana Aishah sedang merenung menanti dia. Anak mata coklat itu kembar dengannya saat itu. Kesakitan yang mereka bawa , kedukaan yang tidak pernah hilang , kerinduan yang sarat dalam setiap saat yang berlalu dan kegagalan masing – masing.

“Do no ever punish yourself for what happen to Adam. It was all on me. Faham?” Fakhrul mengeraskan suaranya kerana saat itu lebih daripada apa pun di dalam dunia ini, dia mahu diberi kuasa untuk menghapuskan penderitaan yang di tanggung Hana Aishah.

Hana Aishah memeluk erat tubuh Fakhrul malam itu. Seerat yang dia mampu dengan sepenuh kekuatan yang dia ada. Fakhrul menyandarkan kepalanya di sofa yang sedang mereka diami.

“Ya Allah tolong kami” hati Fakhrul menjerit di dalam yang hening itu.

Kesakitan yang mereka tanggung saat itu terlalu hebat. Keyakinan Fakhrul semakin goyah. Memang ini kah penamat untuk mahligai mereka? Memikirkan itu rasa takut membuatkan bulu romanya menegak. Membayangkan hidupnya tanpa Hana Aishah.
************************************************************

Hana Aishah sedang termenung melihat pokok kepala yang sedang beralun lembut mengikut alunan angin tepi pantai itu. Matanya berkelip – kelip merenung indahnya ciptaan Tuhan.

Hana Aishah sedang merehatkan kakinya di dapur villa itu. Jendela luas yang memberinya pemandangan hutan terbantang luas di belakang villa itu. Cantik dan tersusun segalanya di pulau itu.

Pohonan pokok kelapa yang tumbuh redang tersusun membentuk satu jalan untuk menuju ke laluan untuk meneroka hutan itu. Teringin juga dia meneroka hutan yang kelihatan penuh misteri itu tetapi memikirkan Adam dan Fakhrul niatnya dimatikan.

Dia terjaga pagi tadi di dalam dakapan Fakhrul. Mereka tertidur di beranda villa itu sehingga ke pagi. Adam pun tidak terjaga sepanjang malam tadi. Sinaran mentari yang meninggi itu menyilaukan pasangan yang tidur berpelukan itu.

Pagi itu , subuh mereka berdua terlajak. Sudah terlalu lama tidur lena tidak menjadi sahabat mereka berdua. Tetapi malam tadi , lena tidur mereka mungkin kerana sudah menjumpai bantal peluk yang dicari selama ini ataupun kerana pekung sudah dibuka. Maka dengan dada yang lapang masing – masing mampu tidur lena.

Rutin mereka kembali seperti tiada apa berlaku semalam. Usai solat subuh berjemaah , Hana Aishah menyediakan sarapan untuk mereka bertiga. Kemudian Fakhrul membawa Adam meneroka ke segenap pantai itu. Adam kalau sudah berjumpa air memang mustahil untuk memisahkan anaknya itu daripada sukan kegemaran Adam. Berenang.

Hana Aishah menyibukkan dirinya dengan menyediakan makan tengah hari. Peti ais yang penuh di rumah itu menarik dirinya untuk tenggelam dalam aktiviti memasaknya. Pelbagai juadah dia sediakan sehingga sempat dia membuat kek.

Semuanya kerana dia tidak mahu berfikir tentang semalam. Tetapi tidak kisah sesibuk manapun dia cuba melarikan dirinya daripada realiti hidunya, dia sampai juga ke saat seperti ini. Sendirian dengan segala perkara bermain di mindanya.

“Thanks sayang for the lunch. Puas abang and Adam makan” Hana Aishah yang sedang mengelamun itu terkejut saat suara Fakhrul kedengaran di telinga kirinya. Satu kucupan turut singgah di pipinya sebelum Fakhrul menyelesakan diri di kerusi bertentangan dengannya.

Wajah Fakhrul tersenyum memandangnya tetapi keceriaan yang hadir semalam kembali hilang. Lelaki itu seperti sedang memaksa diri untuk menyembunyikan kesakitannya. Hana Aishah merenung ke arah Fakhrul sejenak sebelum satu keluhan berat dilepaskan.

“We need to go back. Tomorrow is the akikah” Hana Aishah memulakan bicara. Matanya sekarang tengah fokus pada jus limau yang sedang berputar di dalam gelasnya.

“No we don’t. Abang tak nak sayang paksa diri sayang when you know you`re not ready” saat itu tangan Fakhrul sudah mencapai tangan kirinya. Mengelus lembut tangan kirinya.

Hana Aishah diam membisu. Sejujurnya setelah semalam , dia tidak tahu mahu berfikir apa. Tetapi yang pasti hatinya sedikit tenang. Emosinya tidak melalui fasa pasang surut yang terlalu drastik. Pagi ini sehingga sekarang air matanya tidak gugur, berada berdekatan Fakhrul tidak membuatkan hatinya dirundung rasa marah atau pun benci.

“The wardrobe is complete. Whose clothes are these? Everything was exactly my size?” Hana Aishah cuba memulakan bicara. Melarikan diri daripada topik yang sebenar mahu dia utarakan.

“I drop by at the mall before heading here. We came here empty handed so my PA arrange for delivery to the car” Fakhrul membalas pendek.

“And Aishah tak sedar throughout the whole ordeal?” Hana Aishah bertanya pelik.

“Nope. Abang siap tukarkan baju sayang and all” lelaki itu seperti mahu menyambung bicara tetapi ayat itu dibiarkan tergantung.

Sewaktu dia ke bilik air di warung nasi ayam semalam , Hana Aishah sempat menelan pilnya. Pil yang dia berjaya beli semula setelah Fakhrul mengambil bekalan ubatnya dan menyimpan di tempat yang tidak dapat dia jumpai. Semalam saat dia tahu dia perlu kembali ke rumah agam itu Hana Aishah menjadi panik semula. Dadanya terasa sesak.

Berhadapan dengan keluarga besar mereka dan juga kemungkinan akan bertembung dengan adik Fakhrul membuatkan emosinya seperti menaiki roller coaster. Tidak sempat dia mahu bertenang , emosi akan naik dengan turun secara drastic.

“I started going to William 6 months after Adam`s delivery” laju bibirnya memulakan bicara. Genggaman di tangannya terasa lebih kejap saat itu. Hari ini dia mahu memberi tahu Fakhrul. Jadi tanpa berfikir banyak dia membiarkan hatinya meluahkan rasa.

“He`d diagnosed me earlier when I had my first breakdown the first day me and Adam were home but I refuses to go for the therapy” tangan kanan Hana Aishah masih meneruskan kacau air limau yang menjadi semakin keruh di setiap pusingan yang dia lakukan.

“I didn’t want to admit, I still cant believe I ended up with it till now…” Hana Aishah tertawa hambar sambil meneruskan bicaranya.

“But as Adam`s age increasing, the days are becoming more longer. Today`s 24 hours was longer than yesterday. Its like I`m counting the seconds to pass so that the feeling will go away” Hana Aishah dapat merasakan kesakitan yang mulai hadir mengingatkan hari – hari yang dia perlu lalui.

“It was the guilt of taking Adam away from you. It was the guilt of not doing the same for his brother that ended up with his death. It was the guilt of taking you away from Adam when I know he was the one happiness you`ve waited all your life” Hana Aishah jeda sejenak mengumpul kekuatan.

“It was eating me away and I was dragging Adam with me. He had to take care of me. He had to learn how to control his emotions when my emotions go haywire. The thing you’ve seen for past few days was just a glimpse of what Adam had to go through on daily basis with me” Hana Aishah menarik nafas sedalam yang mungkin saat dia menghabiskan ayatnya. Tubir matanya tidak hangat seperti yang dia sangka akan berlaku.

Matanya masih lagi merenung ke arah air limau itu. Air yang tadinya keruh bertambah jernih saat dia menghentikan pergerakan tangannya yang mengacau air limau itu.

“Those years of therapy never allows me not even once to sleep peacefully without nightmare. My mind kept stirring and the cloud kept getting thicker. Macam air limau ni. Lagi lama Aishah kacau lagi keruh dia jadi but I couldn’t stop the thought that kept stirring inside my mind. Whether I`m sleeping or awake its there” Hana Aishah memejam matanya rapat.

“I used to be scared to close my eyes. Because everytime I close it his eyes will pop. It was that beautiful brown eyes that shines everytime I call out his name. It was that eyes…” bibir Hana Aishah bergetar. Sebak yang dia sangka tidak akan hadir , hadir jua. Adam anak syurganya. Adam anaknya yang tidak berdosa tetapi menanggung terlalu banyak kesakitan dalam beberapa hari di atas muka bumi ini.

“It was his longing eyes. His longing red eyes. He waited for us. He waited despite all the pain that was coursing through his tiny … tiny body” hatinya yang tadi sakit menjadi Lelah saat itu. Bayangan Adam di dalam inkubator.

“Dia tunggu abang. Adam tunggu abang” saat itu esakan sudah tidak dapat ditahan lagi. Hana Aishah tidak sanggup memandang ke arah Fakhrul. Semenjak tadi dia tidak mampu merenung mata itu. Takut membayangkan apa yang akan dia lihat.

Tidak sampai sesaat dia sudah berada di dalam pelukan Fakhrul. Hana Aishah menangis petang itu di dalam pelukan Fakhrul. Momen yang dia harapkan sewaktu Adam pergi tetapi saat itu , dia dipaksa menguruskan jenazah anaknya sendirian.

“Kenapa abang buat macam tu dekat Adam. Why do you have to let him go in that way. He was waiting for you? Ya Allah” Hana Aishah mengongoi di dalam pelukan Fakhrul.

“But here I am now , only able to sleep without those nightmares when I`m in your arm. Here I am crawling back into the same place that pushes me to the edge of the cliff” Hana Aishah menggenggam tangannya kuat di sisinya.

Kesakitan yang datang saat itu terlalu kuat. Sakit yang tidak pernah dia rasai sewaktu pemergian Adam. Sakit yang dia nantikan tetapi baru sekarang hadir. Rasa kebas yang membunuhnya selama ini mulai hilang, tetapi ia digantikan dengan sakit yang tidak terperi.

“Kenapa abang tinggal Aishah? Why did you leave Adam? Kenapa abang tak kesian dekat Adam? Adam tunggu abang… he waited for you!” tengah hari itu segala kemarahannya dilemparkan.

Segala kesunyian yang Fakhrul berikan sepanjang dia mengandungkan zuriat sulung mereka , segala keperitan yang dia terpaksa tanggung sendiri sepanjang hayat anaknya , hari ini dia lemparkan kepada Fakhrul.

Hana Aishah tidak tahu berapa lama masa berlalu , tetapi tangannya terus memukul dada Fakhrul sepuasnya. Jeritan yang selama ini tidak mahu dizahirkan dalam realiti hanya di dalam mimpinya , sekarang dia hamburkan kepada Fakhrul.

“Abang tinggal Aishah! You left me ! You left me! You promise me you wouldn’t! Abang janji!” berulang kali kata itu dilemparkan kepada Fakhrul sehinggalah tubuhnya penat dan dia terbaring di lantai dapur itu.

“Adam umi. Adam umi. My baby” Hana Aishah mengongoi di dalam esakannya.
*******************************************************************

Sekali lagi Fakhrul terkedu tanpa bicara. Dia mahu Hana Aishah membuka segala derita isterinya. Dia mahu memikul kesakitan itu tetapi semakin luas pintu kebenaran di buka , semakin tidak terganggung dia rasakan.

Air mata Fakhrul gugur untuk kesekian kalinya. Dia terduduk di lantai bersebelahan dengan Hana Aishah yang sedang terbaring mengeringkuk seperti selalu. Itulah posisi kegemaran Hana Aishah tetapi cukup dibenci Fakhrul.

Melihat Hana Aishah sebegitu membuatkan dia rasa seperti orang asing. Seperti Hana Aishah menghijabkan dirinya daripada Fakhrul. Seperti ada satu dinding besi dibina isterinya.

Fakhrul bingung saat itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengurangkan sakit Hana Aishah. Kuatnya isteri dia dan lemahnya dia. Kalau di saat ini dia sudah rasa Lelah , membayangkan Hana Aishah membawa sebegitu banyak beg berserta dengan membesarkan anak mereka …. Hebat isterinya Hana Aishah kerana masih mampu bertahan.

Fakhrul menghembuskan nafas panjang sebelum dia berbaring bertentangan dengan Hana Aishah. Matanya merenung ke dalam anak mata isterinya. Anak mata itu kembali kosong dan di saat itu seperti Tuhan menghembuskan satu kekuatan ke dalam diri Fakhrul.

“Isteri abang , Puan Hana Aishah” Fakhrul memanggil lembut tetapi penuh tegas. Sama seperti pertama kali dia menyapa Hana Aishah saat mereka selesai diijab kabulkan.

Saat itu Fakhrul dapat melihat pertarungan isterinya. Anak mata coklat itu bergerak – gerak mencari punca untuk hilangkan kekosongan ini. Fakhrul menarik tangan isterinya yang sedang memeluk tubuh itu dan ditarik rapat ke dadanya.

“Sayang abang , Hana Aishah” Fakhrul memanggil lagi. Saat itu suaranya sebaknya tidak disembunyikan lagi.

“Abang ada dekat sini sayang. I`m never going anywhere” Fakhrul menarik tangan isterinya yang keras sebelum kedua – dua tapak tangan itu dicium lembut.

“Hana Aishah isteri solehah abang” tangan isterinya yang tadi keras mulai kendur saat di mengucup jari jemari isterinya sambil meluahkan rasa. Kemudian kedua telapak tangan Hana Aishah diletakkan di dadanya.

Tangan kiri Fakhrul merangkul pinggang Hana Aishah manakala tangan kanannn menarik tubuh isterinya yang sedang berpeluk tubuh itu rapat ke dadanya. Saat hidung mereka berlaga , air mata yang ditahan Fakhrul dibiarkan mengalir.

“Hana Aishah umi yang terbaik dunia akhirat untuk anak – anak abang , Muhammad Adam” Fakhrul berbisik ke wajah isterinya.

“Ya Allah kau ambik kesakitan Hana Aishah dan kau gantikan bahagia yang tiada tandingan untuk isteri solehah aku” doa Fakhrul saat itu dia zahirkan. Biar Hana Aishah mendengar hebatnya seorang Hana Aishah. Betapa isterinya layak menggapai bahagia.

Lama mereka berkedaan begitu. Fakhrul bersyukur kerana Adam nyenyak di dalam lenanya kerana saat itu dia mahu mengambil semua kesakitan Hana Aishah dan gantikan dengan kebahagiaan berkali ganda untuk isterinya.

“Aishah rindu abang” terketar – ketar suara isterinya saat berbicara. Hidung mereka dilagakan. Fakhrul tersenyum kelegaan. Hana Aishah mulai membuka hatinya.

“I miss you too sayang. I miss you bumping your nose against me. Telling me how much you love me. How open you are with me” Fakhrul memujuk lagi. Suara dia lembut berbicara.

“Its abang , sayang and our babies. Just our …” Fakhrul tidak sempat menghabiskan bicara , Hana Aishah laju memotong.

“Just Fakhrul and Aishah small little rainbow family” saat itu segala keraguan dan ketidakpastian Fakhrul hilang. Janji mereka suatu masa dahulu. Janji isterinya kepadanya.

“It`ll be rainbow and sunshine after this. Even if the storm come, abang akan protect sayang and the kids. I`ll never let this hand go. Till my last breath” janji itu dimeterai dengan satu kucupan di bibir Hana Aishah. Saat tangan isterinya naik memeluk lehernya , Fakhrul yakin jalan bahagia sudah terbuka untuk keluarga kecilnya.
**********************************************************

“I miss the house already” suara Hana Aishah kedengaran suram saat itu.

Fakhrul sedang memandu keluar daripada pulau itu. Jalan sunyi mengiringi pemergian mereka. Dari pagi tadi dia sudah perasan mood isterinya yang kelihatan suram. Tenang tetapi ada kesedihan di balik wajah itu.

“I`ll bring you and Adam here later ok. Abang dah cakap dah nak extend stay, you didn’t want to” Fakhrul menarik tangan kanan isterinya sebelum mengucup.

“We cant. Ni pun dah lambat. We need to make it in time for akikah” Hana Aishah mencebikkan bibirnya. Jelas kesedihan di wajah Hana Aishah.

“I thought we talked about it already yesterday. I don’t want you to put anyone first. You need to come first. So, if you`re not comfortable then we don’t have to…” Hana Aishah memotong laju ayat Fakhrul.

“And the world doesn’t work like that. Mama will be crushed if we are not there. She`s waited for so long for all of us to be there” Hana Aishah mengeluh berat di akhir bicaranya.

“Fine then but I don’t want to see that sulking face. We`ll come back here whenever you want ok?” Fakhrul mengalah.

“You own the house ke?” Fakhrul tersenyum lebar mendengar pertanyaan isterinya.

“Sayang suka ke rumah tu?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju.

“Ok then, consider it yours” Fakhrul menutup mulut isterinya yang terbuka luas itu.

“You jangan merepek Fakhrul. Seriously rumah siapa tu?” Hana Aishah bertanya kegeraman.

“One of my business partner house but I`ll put a deal on it since you love it so much. I didn’t know you like living by the beach side” Fakhrul merenung wajah isterinya yang masih lagi terkejut itu sebelum fokus kepada pemanduan semula. Saat itu mereka sudah memasuki jalan utama yang menghubungkan pulau itu dan pekan yang terdekat.

“You jangan buat kerja gila. I main – main je. I mean I like the house tapi you gila ke nak beli” suara Hana Aishah naik satu oktaf.

“Gila” tidak semena – mena satu suara kecil mengulangi perkataan yang Hana Aishah sebut. Terkejut Fakhrul saat dia melihat Adam yang tadinya tertidur sedang tersenyum dengan gigi putih sebaris yang cantik tersusun.

“Shit. I mean astaghfirullahalazim. Adam don’t repeat that word. Its bad” wajah Hana Aishah yang tadi panik bertambah panik saat menyedari apa yang berlaku.

“Gila” wajah Hana Aishah bertambah cemberut mendengar anaknya yang sengaja mengulangi perkataan itu. Fakhrul menahan tawa melihat situasi itu tetapi melihat wajah Adam yang tersenyum simpul penuh agenda itu , wajahnya ditegaskan.

“Adam that’s a bad word. Adam is babah good boy so Adam will use good words only” Fakhrul bersuara lembut tetapi tegas.

“Mimi bad” Adam menunjukkan jarinya telunjuk kanannya kearah Hana Aishah.

“Nope. Umi made a mistake and umi is sorry. If you make a mistake you apologized, Allah will love you” Fakhrul meneruskan bicaranya. Intonasinya diperlahankan supaya Adam dapat menghadam kata – katanya. Anaknya kelihatan sedang berfikir dan cuba menghadam kata – katanya.

“Umi is sorry Adam. Umi shouldn’t say that word. It’s a bad word” Hana Aishah memusingkan badannya sambil meyakinkan Adam.

“Ok mimi. Babah ish mimi ok. Mimi is sorry” Hana Aishah mengetap bibirnya mendengar keletah anaknya.

“Ok tonight babah will punish mimi” Fakhrul tersenyum mengusik manakala wajah Hana Aishah seperti baru telan mempelam masam.

“Mengada la you ni” Hana Aishah menjelingkan matanya.

“Malam ni Adam sleep, babah will punish mimi” Fakhrul mengeyitkan matanya sebelum tawa besarnya bergema ke segenap kereta.

Suasana di dalam kereta BMW itu berubah ceria. Mulut Fakhrul pula seperti bertih jagung berborak dengan isterinya dan Adam. Ada sahaja perkara yang mereka bualkan. Untuk saat itu dia bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Dia bersyukur kerana mendengar kata hatinya dua hari lepas. Hana Aishah perlu memberitahunya segala kesakitan isterinya. Selama ini dia hanya mampu membayangkan pergelutan hati isterinya tetapi saat ini dia tahu setiap helaan nafas Hana Aishah merupakan satu kekuatan yang luar biasa. Apa yang Hana Aishah lalui terlalu sedikit mahu dibandingkan dengan apa yang ditunjukkan isterinya.

Senyuman yang terukir di wajah Hana Aishah saat itu dipandang dengan satu fahaman yang lain. Senyuman yang sentiasa menyembunyikan kesakitan yang dibawa Hana Aishah.

“You dengar tak ni I cakap!” bentakan Hana Aishah mengejutkan Fakhrul yang hanyut dalam pemikiran dia.

“Sorry sayang , I didn’t catch what you said?” Fakhrul cepat – cepat membersihkan wajahnya dari sebarang emosi negatif.

“I tanya I memang tidur mati ke throughout the journey here?” wajah Hana Aishah kelihatan kemerahan saat itu. Bahagia. Ahh sudah lama dia tidak melihat reaksi itu di wajah isterinya.

“Tengok , you space out again. Ish geram lah macam ni?” Hana Aishah mencebikkan bibirnya dan tidak sampai sesaat Fakhrul sudah memberhentikan kereta mereka di bahu jalan.

“What the…ummm?” tidak sempat Hana Aishah terkejut bibirnya dipangguk Fakhrul. Lama. Mata mereka bertaut di kala bibir mereka Bersatu.

Air mata Fakhrul bertakung tidak sampai beberapa saat. Hatinya berdoa supaya bahagia ini Tuhan kekalkan sampai bila – bila. Fakhrul takut untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka. Takut sekiranya isterinya akan kembali bertarung dengan perasaan sendiri.

“I love you so much” suara Fakhrul kedengaran sebak. Tangannya membelai kedua belah pipi isterinya. Hana Aishah kelihatan terkejut.

“I`m scared. What if we go back and then things change again. I want us to get better. I…” Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum tangannya naik memaut leher Fakhrul.

Hana Aishah menarik leher Fakhrul mendekatinya sebelum hidung mereka dilagakan. Tidak sampai sesaat segala ketakutan Fakhrul hilang. Dia rindu Hana Aishah. Terlalu rindu dengan isterinya yang manja dan sentiasa berusaha menolak malunya untuk memadam kekusutan Fakhrul.

“We`ll be fine. You , me and Adam” Hana Aishah berbicara. Walaupun suara itu tidak kedengaran yakin tetapi sekurang – kurangnya Fakhrul tahu yang mereka berdua sekarang sedang berusaha untuk memulihkan keluarga mereka.
*************************************************************

Hana Aishah memaut tangan Fakhrul erat. Hampir sepuluh minit mereka sudah sampai di rumah agam Tan Sri Fadhil yang meriah petang itu. Masing – masing keberatan untuk keluar daripada kereta.

Tangan kanan Hana Aishah memaut erat tangan kiri Fakhrul sambil tangan kirinya menampung tubuh Adam yang sedang menyusu itu.

Hana Aishah pasti Fakhrul dapat merasai kegugupannya daripada tahan kebasahan dan kesejukan telapak tangannya. Dia takut. Terlalu takut dengan apa yang akan mereka hadapi tetapi mengingatkan keadaan Fakhrul beberapa jam lepas dia cuba menguatkan dirinya.

Fakhrul memarkirkan kereta dia sudut hujung oleh itu mereka masih belum kelihatan kalau tidak dia pasti mereka akan diserbu semenjak tadi lagi. Tadi mereka sempat singgah di rumah Fakhrul untuk menukar pakaian.

Hana Aishah sedang menggayakan jubah berwarna hijau lumut sepasang dengan Fakhrul dan Adam saat itu. Entah bila mereka ada sepasang baju pun dia tidak tahu. Pasti kerja Fakhrul yang membeli belah ini.

“Its ok sayang. We`ll go through it together?” pujukan Fakhrul membawa pandangan Hana Aishah yang tadi meliarkan melihat orang yang keluar masuk daripada rumah mertuanya ke arah Fakhrul.

Bersih wajah Fakhrul tanpa sebarang rambut di wajah. Lelaki itu kelihatan tenang. Sepasang anak mata hitam itu kembali bersinar semenjak semalam. Sinar yang Hana Aishah mahu sentiasa kekal bersama pemilik anak mata hitam yang menjadi racun dan ubatnya.

“I wish so many things right now but more than anything can you promise me something?” Hana Aishah meminta. Tubir matanya yang hangat dikawal supaya air matanya tidak gugur.

Fakhrul merenung sejenak sebelum bibir itu mengukir senyuman. Anggukan Fakhrul diikuti dengan kesunyian daripada Hana Aishah. Memikirkan bagaimana untuk menyusun bicara. Segala perkataannya seperti berterabur.

“I… can you… I mean…” Fakhrul masih setia menanti melihat Hana Aishah yang seperti kehilangan kata – kata.

Hana Aishah memejam matanya rapat. Bayangan Adam di dalam incubator kembali. Senyuman simpul Adam yang kembar dengan suaminya. Lesung pipi yang kecil kelihatan sama seperti Fakhrul. Dadanya terasa sesak seketika.

Matanya kemudian dibuka sebelum renungannya jatuh pada Adam yang sedang menyusu tenang. Kedua – dua belah mat aitu tertutup rapat. Bulu mata lentik anaknya menyentuh pipi montel Adam. Pipi yang sedang bergerak laju menyusu.

“Please don’t hurt Adam and don’t let me hurt Adam” Hana Aishah meminta. Air mata yang dia tahan mulai mengalir tetapi laju diseka suaminya.

Dagunya ditarik sebelum pandangannya dihalakan ke arah Fakhrul. Mata lelaki itu penuh azam saat itu. Segala keyakinan yang hilang daripada diri Hana Aishah kembali tanpa perlu mendengar bicara Fakhrul. Hana Aishah mengigit bibirnya kuat menahan sebak.

“You didn’t hurt Adam and never will. Both of us will be ok not just for Adam sake. But for us” Hana Aishah memejam matanya rapat.

Dia mahu percaya setiap kata – kata Fakhrul. Dia mahu meletakkan harapan seperti sebelum ini. Tetapi kenangan lampau tetap menghantui walau sejauh mana dia cuba melarikan diri.

Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan. Biarlah rasa dihatinya disimpan dalam. Takut menghadapi saat seterusnya tetapi demi Adam dia harus terus melangkah.

Hana Aishah mematikan susuan Adam beberapa minit kemudian. Kalau ikut Adam , sampai ke esok tidak berhenti menyusu. Saat bentil susunya berpisah daripada mulut anaknya yang sedang laju menyusu , rengekan Adam kedengaran.

“Sayang pass Adam to me. I`ll handle him” Hana Aishah membiarkan Fakhrul mengangkat Adam sebelum keluar daripada perut kereta.

Kancing baju dalam dibetulkan sebelum zip jubah itu ditarik naik. Tas tangannya dicapai sebelum digeledah. Tidak sampai beberapa minit , wajahnya yang tadi sembap kembali normal. Bedak ditepek sebelum bibirnya dioles gincu.

Hana Aishah mengambil beberapa nafas dalam saat pintu kereta dibuka Fakhrul. Adam yang sangkanya akan sedang merenungnya dengan mata buntang yang segar.

“Come sayang” Fakhrul menghulurkan tangannya dan Hana Aishah menyambut walaupun dalam keraguannya. Kerana itu dia berat hati mahu pulang ke situ. Memori di situ terlalu banyak yang pahit.

Tangan kiri Fakhrul memaut pinggang Hana Aishah manakala tangan kanan suaminya sedang mengendong Adam. Adam kelihatan teruja melihat hiasan berwarna warni di rumah mertuanya.

Hana Aishah dapat merasakan gugupannya yang semakin mencengkam dirinya dalam setiap langkah mendekati rumah agamnya. Melihat kelibat khemah daripada kejauhan Hana Aishah dapat mengagak jemputan yang pastinya ramai.

“Hana!” suara nyaring ibu mertuanya menghentikan langkah Hana Aishah saat dia sampai ke pintu utama rumah banglo itu.

Tubuhnya yang tadi berada di dalam rangkulan Fakhrul dalam sesaat bertukar. Pautan ibu mertuanya kuat berserta esakan Puan Sri Maria. Hana Aishah membalas pelukan Puan Sri Maria.

“Mama dah risau Hana tak balik” Hana Aishah tersenyum tawar mendengar kerisauan mertuanya. Tangannya mengusap belakang badan Puan Sri Maria.

“Sorry ma” Hana Aishah meminta maaf. Dia tahu pasti ahli keluarganya risau. Melihat wajah ibunya yang kelihatan lega dari kejauhan membuatkan perasaan bersalah Hana Aishah bertambah – tambah.

“Its ok sayang. Mama tak nak Hana apologised. Mama risau je. Tapi Hana dah balik ni , Mama tak risau dah. Mama happy” senyuman lebar Puan Sri Maria menyambut. Wajahnya dikucup berkali – kali mertuanya.

“Hana hilang tiba – tiba tu yang mama risau. Tapi lepas Angah call papa bagi tahu you guys are going for a holiday baru lah mama tenang sikit. Dah tua – tua ni hati mama risau je selalu” Hana Aishah hanya mampu membalas dengan senyuman melihat kerisauan mertuanya. Air mata Puan Sri Maria dikesa sebelum Hana Aishah mengucup pipi ibu mertuanya.

“Dah jom masuk. Baru nak start marhaban. Mama suruh delay sampai lepas asar. Hati mama kuat cakap Hana balik and I was right” tangan Hana Aishah dipimpin masuk. Hana Aishah membuntuti ibu mertuanya.

Saat dia sampai ke tempat Teacher Basirah berdiri , Hana Aishah menyembamkan wajahnya di dada ibunya. Haruman ibunya kembali menenangkan hati. Teacher Basirah mengusap kepalanya lembut sebelum dahinya dikucup.

“Next time inform me. Mak risau tau tak” Hana Aishah memejamkan matanya mendengar bebelan Teacher Basirah.
**********************************************************

Fakhrul sedang duduk di salah sebuah meja di laman rumah papanya. Dia sedang meribakan Adam yang sudah terlentok lena. Siang sudah menganjak ke malam saat itu.

Marhaban dan majlis akikah sudah selamat di jalankan. Sekarang tiba masanya mereka meluangkan masa bersama sanak saudaranya. Saudara sebelah ibu dan bapanya berkumpul di bawah satu bumbung. Perkara yang tidak pernah berlaku sepanjang Fakhrul hidup.

Melihat naninya hadir ke rumah papanya menandakan permulaan yang baru bagi keluarga mereka. Mungkin ibu dan naninya masih belum bercakap dengan satu sama lain tetapi sekurang – kurangnya mereka sudah boleh duduk di dalam satu ruangan yang sama.

Rancak dia melihat naninya berborak dengan ibu mertuanya. Hati Fakhrul mula bermain bunga bahagia. Fakhrul tidak menyangka bahagia itu boleh hadir hanya dengan menikmati momen – momen kerdil seperti itu.

“How is she?” Fakhrul yang sedang mengelamun itu tersedar saat papanya menegur.

Kerusi disebelahnya yang kosong di diami papanya saat itu. Sepasang mata yang sudah jelas tanda penuannya sedang merenung Adam penuh dengan kasih sayang. Suatu renungan yang tidak pernah papanya berikan kepadanya sewaktu dia membesar.

“Yeah. She needed the break” Fakhrul membalas pendek sambil cuba membuangkan rasa negatif yang mula menguasi dirinya.

“Angah brought them where?” tangan papanya sedang mengurut lembut kaki Adam yang terkulai di atas pahanya.

“Somewhere south. My friend`s island” matanya Fakhrul saat itu sedang merenung Hana Aishah yang sedang tertawa besar berada di samping Mami Maznah. Entah apa yang mereka bualkan , sampai ke situ dia mendengar tawa isterinya.

“I hope you guys already sort out your issues togethers” suara Tan Sri Fadhil saat itu kedengaran keruh dan perkara itu membuatkan Fakhrul tertanya tanya.

“Why do you sound worried? What happen?” Fakhrul kembali mengalihkan fokusnya kepada Tan Sri Fadhil. Wajah papanya kelihatan tenang tetapi matanya itu gagal menyembunyikan kerisauan.

“Its just that when they were in London…” dan sebelum sempat Tan Sri Fadhil menghabiskan bicara suara nyaring isterinya kedengaran.

Segalanya berlaku terlalu pantas. Dalam masa tidak sampai seminit isterinya yang tadi sedang bergelak tawa dengan mak cik Fakhrul sekarang berada di dalam pelukan seorang lelaki asing.

Fakhrul dapat mendengar bunyi jantungnya yang hancur berderai saat itu. Seperti mana setiap insan di situ , Fakhrul tergamam tidak tahu mahu berbuat apa saat Hana Aishah berlari ke dalam pelukan lelaki itu.

“Oh my God. I miss you Mika. I miss you so much” esakan Hana Aishah kedengaran diselangi dengan pujukan lelaki bernama Mika itu.

Fakhrul melihat wajah serba salah papanya. Matanya bertukar merah saat itu. Kesakitan yang dia rasai saat itu tidak mampu dia ungkapkan. Ujian apa pula ini?

So hard to write this chapter. Sorry guys for the delay. Semakin lama semakin sukar untuk menyusun ayat . sobsss

Share this novel

Rindu Kasih
2023-07-18 23:12:41 

hai author.. lamanya menyepi, Bila nak dpt update terbaru?

YAZNI-ERNIE
2023-02-11 23:01:11 

nite

Ayunie Che Wahab
2023-02-03 20:41:08 

lama menyepi..huhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience