Bab 34

Romance Series 113890

Tok tok tok

"Masuk"

"Assalamualaikum" ucap Syam

"Waalaikumsalam" ucap Aniq lalu memandang Syam dan senyum.

"Amboi.. Berseri-seri kau hari ni. Dah berbaik dengan Yus ke?" soal Syam.

"Kau ni macam tau-tau je kan." ucap Aniq pula.

"Tau la, kalau dah muka kau berseri bak bulan purnama ni. Dah dapat la tu..." usik Syam sambil jarinya mencucuk lengan Aniq.

"Ish, tak habis-habis otak kuning" menjeling Aniq pada Syam.

Syam sudah mengambil tempat di depan Aniq.

"Kalau dah berbaik ni maknanya Yus dah tau la Mona tu adik kau dan Tan Sri Mokthar tu papa kau?" soal Syam mahu kepastian.

"Tak." pendek balas Aniq.

"Aik, pelik. Dah tu macam mana boleh berbaik pulak. Tak faham aku." ucap Syam.

Terhela nafas panjang Aniq.

"Afya tak nak ambil tahu pasal perkara lepas, pasal Mona tu. Tapi ada juga Afya tanya pasal siapa ayah kandung aku dan ada jumpa tak lepas berpisah dengan mama" jawab Aniq.

"Dah tu, kau cakap apa?" soal Syam.

"Aku cuma cakap papa aku masih hidup. Full stop"

"Cam tu je? Patutnya kau cuba terangkan pada dia. Aku bukan apa, takut satu masa nanti Yus dapat tahu siapa kau sebenarnya dari orang lain. Masa tu parah kau Niq" nasihat Syam.

"Ntah la. Aku buntu la. Ikutkan aku tak nak Afya tau Tan Sri Mokthar tu papa aku. Tak ada apa faedah pun. Sama je" ucap Aniq lalu bersandar pada kerusinya.

"Ikut kau la Aniq, apa pun yang kau nak buat, fikir dulu baik buruknya. Aku tak nak disebabkan perkara ni, hubungan kau dengan Yus terjejas pulak"

"Thanks Syam. Kalau tak ada kau, tak tau la aku nak mengadu dengan siapa" luah Aniq.

"Dah, dah jangan nak drama swasta sangat. Ni aku ada benda nak bagitau pasal CCTV yang kau minta hari tu"

"Ha, dapat apa-apa info mengenai orang yang letak sampul tu?" soal Aniq tak sabar.

"Suspek ni bijak, dia minta satu budak lelaki melayu umur sepuluh tahun yang letak sampul kat wiper kereta kau. Budak ni ikut kakak dia pergi kedai, sementara kakak dia buat bayaran di kaunter, dia main di tepi kaki lima kedai tu. Suspek kemudian datang beri sepuluh ringgit sebagai upah untuk letak sampul tu" terang Syam.

"Budak tu cam tak muka suspek?" soal Aniq.

"Tak, suspek pakai topi besbol warna hitam dengan kain menutup muka, nampak mata je" tambah Syam.

"Tak guna betul. Dah tu CCTV dari tempat gambar Afya diambil pulak?"

"Tak nampak apa-apa yang mencurigakan, aku rasa gambar diambil dari dalam bangunan yang berhampiran tempat Yus berada tu." jelas Syam lagi.

"Dah tu, apa yang kau nak buat sekarang. Aku rasa macam suspek sentiasa mengekori Yus. Takkan tak nak bagi dia keluar rumah pulak" tambah Syam.

"Nanti aku fikirkan macam mana. Tapi kau rasa perlu ke tak perlu bagitau Afya mengenai perkara ni?" soal Aniq minta pandangan.

"Pada aku baik tak perlu, takut nanti Yus rasa takut pulak. Cuma kau patut beritahu pada Amy, paling tak boleh juga Amy tengok-tengokkan Yus" cadang Syam.

"Betul juga. Okey lah, nanti aku bagitau Amy"

"Eh, nanti kau ikut tak balik kampung sabtu ni, hari tu balik kampung ikut aku kau tak balik jumpa mak kau. Kali ni balik kampung kau balik jumpa mak kau. Nanti membebel dia. Bukan jauh pun rumah mama dengan rumah mak kau tu" pesan Aniq.

"Mak mengadu dengan kau ke?" ketawa Syam.

"Ye. Kau pun rajin-rajin la call mak." pesan Aniq.

"Okey okey, kejap lagi aku call"

+++

Aniq : Hai sayang

Yus :??

Aniq : Sayang...

Yus : Ye

Aniq : Sayang sayang sayang

"Ish, abang ni dah kenapa, duduk sebelah-menyebelah pun nak whatsapp bagai" ucap Yus sambil memandang Aniq yang berada di sebelahnya.

Aniq hanya mempamerkan senyum.

"Apa-apa la dia ni." kata Yus sambil geleng kepala.

Aniq : Sayang....

Terus Yus pusing mengadap Aniq.

"Ye abang sayang, intan, payung.. Nak apa?" meleret suara Yus melayan karenah Aniq.

"Tak ada apa. Saja abang panggil sayang. Abang penat sangat dua tiga hari ni. Sayang urutkan bahu abang boleh?" soal Aniq sambil menepuk perlahan bahunya.

Minggu ini banyak pula kes baru yang diterima yang perlu dirancang perlaksanaan operasinya. Ada sahaja suspek yang diburu berada dalam radar pemerhatian. Operasi yang akan dijalankan pula perlu dirancang dengan teliti dan mengikut S.O.P.

"Cakap la nak minta urut. Mengada-ngadakan" marah Yus sambil Aniq dijeling.

"Kata nak urut, meh la duduk kat bawah ni depan sayang" panggil Yus.

"Ala.. Urut sambil duduk tak best" ucap Aniq.

"Dah tu, urut sambil berdiri?" marah Yus. Mengada-ngada tau.

"Sayang jangan la marah, tak kesian kat abang ke?. Sampai hati nak urut sambil berdiri. Abang baring la. Pastu sayang urutkan" soal Aniq sambil buat muka sedih.

"Ee.. Cepatlah, masuk bilik" panggil Yus dan terus berdiri mahu berjalan ke bilik.

"Hah, bilik?" tanya Aniq. Suka menyakat Yus.

"Ye la.. Kata nak baring, atas katil dalam bilik la. Takkan kat dapur pulak. Ish, apa-apa saja la abang ni. Cepatlah" lantas Yus menghayun langkah ke bilik tidur.

"Sini, baring. Buka baju tu" arah Yus.

Aniq kemudian naik ke atas katil lalu meniarap untuk Yus mengurut belakang dan lehernya.

Yus kemudian menitiskan minyak aroma pada kulit Aniq di belakang. Nak guna minyak angin nanti berbau macam orang dalam pantang pulak. Guna minyak aroma, wangi pun wangi.

Yus memulakan mengurut di bahagian bahu kiri dan kanan dengan perlahan dan kemudian turun hingga belakang. Diulang beberapa kali, dilihat Aniq memejamkan mata. Sekata nafasnya. Hm.. Dah lena la ni. Tak sampai sepuluh minit urut dah lena. Nampak sangat Aniq penat. Kesian pula Yus pada Aniq. Kuat sangat kerja.

Setelah hampir setengah jam mengurut, tangan Yus semakin lenguh, sudah beberapa kali menguap kerana menahan kantuk. Perlahan sahaja urutannya dan akhirnya Yus terlena di atas belakang Aniq.

+++

Pagi tu apabila tersedar dari tidur Yus dapati elok sahaja dia berada dalam pelukan Aniq. Ntah bila Aniq betulkan tidurnya pun tak perasan.

"Morning sayang.." ucap Aniq lalu dicium sekilas pipi mulus itu.

"Hm.. Morning abang. Sorry sayang terlena" ucap Yus.

"It's okey. Thanks sayang urutkan abang. Lega rasa bahu dan belakang ni." ucap Aniq.

"Thanks je, upah mana?" tanya Yus sambil menadah tangan kirinya.

Aniq kemudian menarik perlahan tangan tersebut dan mencium tapak tangan Yus.

Senyuman manis Yus berikan buat Aniq.

"Jangan senyum macam tu" ucap Aniq.

"Dah kenapa pulak tak boleh?" soal Yus pelik.

"Nanti abang tergoda" balas Aniq sambil kenyitkan mata.

"Mengada, dah la. Sayang nak bangun, nak mandi." ucap Yus lalu mengucup pipi Aniq dan terus bangun menuju ke bilik air.

+++

Kak Syikin : Assalamualaikum. Yus. Hari ni jom makan dengan akak. Akak ada story nak bagitau.

Yus : Waalaikumsalam. Story apa? Ada-ada je Kak Syikin ni.

Kak Syikin : Pasal anak Tan Sri Mokthar yang tu la. Nanti kita jumpa tempat biasa ek.

Yus : Hm.. Apa-apa lah Kak Syikin ni. Ye lah. Tengah hari jumpa tempat biasa.

Kak Syikin : Bye. Jumpa sana.

Yus : Bye.

Hm.. Bab gosip bagi kat dia.

+++

"Best juga sekali-sekala jumpa macam ni. Boleh story-mory" kata Kak Syikin.

"Story apanya." soal Yus.

"Tak, Yus ingat tak pasal anak Tan Sri yang akak cerita tu?" tanya Kak Syikin

"Kenapa dengan anak Tan Sri, Dah jumpa ke?" soal Yus.

"Ada orang nampak Tan Sri jumpa anak dia kat restoran tapi anak Tan Sri tak nak layan dan tak nak jumpa dia" terang Kak Syikin.

"Pulak, dah kenapa?" soal Yus.

"Kan Tan Sri penah halau anaknya tu.. Tapi kan, anak Tan Sri tu hendsome Yus.. plus sado lagi. Dengar kata anak Tan Sri tu rupanya pegawai polis. Tak silap namanya Raqib" panjang lebar Kak Syikin bercerita.

"Ye ke akak ni. Boleh percaya ke sumbernya?" soal Yus.

"Eh.. Mestilah. Ha, akak ada gambar anak Tan Sri tu, jap akak send" kata Kak Syikin sambil mengambil beg tangan dan mahu mencari telefonnya.

"Ala.. Telefon akak tinggal dalam kereta pulak. Kejap lagi akak send. Yus tengok ye, segak orangnya.. Beruntung siapa jadi isteri" beriya Kak Syikin bercerita.

"Akak ni, tah-tah dah beristeri. Melepas la akak" usik Yus.

"Ish, akak dah tua, Yus la muda belia.. Tapikan kalau anak Tan Sri tu dengan Yus memang sepadan." kata Kak Syikin.

"Eh.. Saya pulak dikaitkan" kata Yus.

"Mana tau jodoh.. Kita mana tau" beriya Kak Shikin ni.

"Aduhai.. Saya dah kahwin la kak.. Cuma akak je yang tak tau. Tapi bukan tak nak bagitau cuma hari tu buat kecil-kecilan je arwah abah, mak dan abang baru je pergi. Maaflah. Memang ramai lagi yang tak tau. Nanti Yus dan suami akan buat majlis makan-makan untuk kenalkan pada semua hubungan kitaorang" terang Yus.

"La.. Ye ke.. Hm.. Melepaslah.. Eh tapi nanti Yus tengok, antara suami Yus dengan anak Tan Sri, mana lagi hendsome" ucap Kak Syikin.

"Lupa nak tanya, suami Yus kerja apa?" tambah Kak Syikin lagi.

"Kerja biasa-biasa je kak.." balas Yus. Bukan tak nak bagi tahu Aniq kerja apa tapi tak perlu kot.

"Eh, gambar nanti akak send ek"

"Ye lah.. Nanti Yus tengok. Hai la akak ni." tergeleng kepala Yus.

+++

Sedang Yus memandu kereta untuk pulang ke rumah, bunyi mesej diterima di telefonnya. Hm.. Kak Syikin la ni. Ye, ye je nak send, tengok-tengok lupa. Ni baru hantar. Kak Syikin.. Kak Syikin..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience