Bab 5

Humor Series 30996

Ketika itu 14 Februari.

Seperti biasa, selepas makan sesuap dua, Azlan akan berlari menuju ke kedai buku untuk curi tatap wajah Lisa. Dan hampir setiap kali itulah Azlan akan cuba kumpul semangat untuk memulakan perbualan dengan Lisa.

aku nyatakan betapa cantiknya dan bidadari Lisa ini?

Masuk saja ke dalam buku, mata Azlan mula melilau mencari kelibat Lisa.

Ada!

Lisa sedang mengemaskan buku di rak. Tidak seperti hari-hari lain, hari ini dia terlalu ingin nak memulakan perbualan dengan Lisa Tapi Azlan buntu.

Dengan cara apa agaknya dia mampu untuk menarik perhatian Lisa terhadapnya?

Azlan dapat satu idea.

Azlan bergerak hampir ke rak buku berdekatan dengan Lisa. Sengaja dilakonkan gaya seorang yang sedang mencari sesuatu tapi tidak berjumpa.

Dengan harapan, Lisa perasan akan hal itu dan mula bertanyakan padanya tentang apa yang dicari Azlan. Itu mungkin boleh menjadi permualan kepada sebuah perbualan yang terindah (bagi Azlan).

Hampa.

Sepanjang 45 minit itu, cuma ada seorang lelaki berwajah kacuk datang menyapa dan bertanya. Lisa? Lansung tidak ada. Azlan merasakan ini semua sia-sia. Azlan mengambil keputusan untuk keluar dari kedai buku dan mula menuju ke tempat kerjanya. Waktu rehatnya pun sudah hampir tamat.

Ketika itulah, ianya berlaku,

“To all customer in Boarders bookstore, i would like to wish Happy Valentine Days to all customers and please enjoy yourself while in here. Thank you,” Sesudah habis bercakap menggunakan microfon, Lisa terus berlalu pergi dan masuk ke dalam stor (seperti selalu).

Ya, Azlan tahu. Kata-kata itu sudah tentu pasti bukan ditujukan untuk dirinya seorang. Sudah pasti bukan. Sahih.

Tapi hari itu, akal memberikan hati peluang untuk berasa gembira sedikit. Akal biarkan hatinya berkata-kata dusta palsu yang nyata, bahawasanya kata-kata gadis itu sebentar tadi ditujukan untuk dirinya dan dirinya sahaja.

Azlan tersenyum dan berlalu pergi. Andai ditolak keadaan akal yang sengaja membiarkan hatinya membohongi dirinya sendiri, itulah antara hari yang paling bahagia dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience